Tuesday 28 February 2012

Majlis aqiqah episod 2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..selesai jugak majlis aqiqah Hakim. Majlis aqiqah pun ade episod 2 ke..? Hehe..dah anak lelaki kan, 2 ekor kambing la. Seekor kambing dah buat majlisnye di kuala lipis, dah cerita kan dalam entry ni. Dan seekor kambing lagi majlisnye di bandar tenggara, johor, 25 februari lepas. Semoga aqiqahnye diterima Allah sebagai ibadah dan mendapat pahalanya...amin.

kambing kedua untuk aqiqah Hakim

Disebabkan majlis aqiqah dan potong jambul Hakim dibuat sampai 3 kali, banyak la rezeki dia. Biase la kan, sedara mara, jiran2 semua datang ade je la yang diselit2 tepi bantal la, dalam buai la, dalam baju pun ade..hehe..bile dikumpul semua banyak jugak la, dekat RM 800. Duit Hakim ye..abah dan umi tak boleh usik. Nak kena bukak akaun untuk Hakim la ni. Hadiah Hakim dapat pun boleh tahan banyak jugak la. Tak caye tengok gambar kat bawah ni. Kebanyakannye baju la, hamper yang besar tu dari supplier kedai mertua aku.

dah selesai majlis baru bukak semua hadiah ni..
InsyaAllah hari Jumaat ni nak cukur rambut Hakim sampai botak. Camane la rupa Hakim dah botak nanti ye...>__<

~Wassalam~

Thursday 23 February 2012

Anak itu anugerah dan amanah dari Allah..

Assalamualaikum...

Susahnye nak tidurkan Hakim malam2 sejak 2-3 hari ni. Tak tau la sebab ape. Kalau baby boleh bercakap kan senang, boleh tau ape yang tak kena..hehe..mengarut je kan. Malam2 sekarang panas je, Hakim sampai berpeluh-peluh. Mungkin dia tak selesa kot, tak boleh tidur, pastu asyik nak menyusu je, penat aku nak melayannye. Bile tengok dia dah berpeluh-peluh tu, bukak la baju dia, pastu kipas pun bukak laju2. Tak elok sepatutnye, nanti masuk angin pulak. Tapi kesian pulak tengok dia berpeluh tu. Dah malam tadi pulak dia batuk-batuk, pastu macam ade kahak or hingus. Dia bernafas pun bunyi macam tersumbat je hidungnye. Pagi tadi dia batuk sampai tersedak-sedak. Kesiannye Hakim. Petang ni nak bawak dia pegi klinik, risau jugak dibuatnye.

Anak itu anugerah dan amanah dari Allah. Hargai dan laksanakan lah amanah tu dengan sebaik-baiknye. Malam tadi tengok berita tv3, pasal bayi meninggal tersedak susu. Dah banyak kes camtu, makin bertambah pulak tu. Kat nursery atau pusat jagaan, diorang bagi susu pada bayi dengan cara sendalkan botol susu tu dengan bantal atau ape2 benda, pastu tinggalkan je bayi tu camtu. Camane la diorang sanggup tinggalkan bayi dengan botol susu kat mulut camtu. Kalau bayi tu dah kenyang, dah tertidur, susu yang ade lagi tu terus je keluar lagi. Mane la bayi tu reti nak alihkan botol tu sendiri kan. Sebab tu la bayi tu boleh tersedak. Kalau lambat atau tak perasan, susu boleh masuk ke dalam paru-paru bayi dan menyebabkan kematian.

Macam-macam kes sekarang kalau hantar anak kat nursery. Ade yang tersedak susu, kes dera pun ade. Hee..tak sanggup la nak bagi orang lain jaga anak. Biar la aku jaga sendiri, encik apis pun cakap camtu, alang-alang dah tak kerja ni, jaga je la anak dulu, tak yah pikir nak kerja lagi. Tu la kelebihannye tak kerja ek..huhu..



Nak jugak letak gambar Hakim nangis ni..hehe..masa ni dia kecik lagi baru berapa hari je, lepas mandi, nangis nak nenen la tu..^__^


~Wassalam~

Monday 20 February 2012

majlis potong jambul dan aqiqah

Assalamualaikum…
Hakim dah 2 bulan, tapi rambut dia belum cukur pun lagi. Sebenarnye masa umur dia 7 hari dah buat majlis kesyukuran dan potong jambul.  Tapi tak cukur habis rambut dia sebab nak buat majlis betul-betul sekali dengan aqiqah, nak tunggu aku habis pantang. Masa tu mengikut perancangannye nak buat aqiqah seekor kambing kat rumah mertua kat johor ni (aku berpantang kat rumah mertua). Seekor kambing lagi kat kampung aku di kuala lipis, Pahang.
Tapi bile dah habis pantang tak dapat tarikh sesuai pulak untuk majlis kat rumah mertua ni. Jadi 5 Febuari haritu buat majlis aqiqah di kuala lipis dulu. Majlis aqiqah di rumah mertua pulak 25 Febuari nanti baru dapat buat. Lepas tu baru la dapat cukur habis rambut hakim. Sebaik-baiknye cukur habis rambut bayi masa 7 hari, ni dah 2 bulan lebih baru nak cukur. Hakim ni cucu pertama kepada mak dan abah mertua aku dan juga kepada umi dan abah aku. Sebab tu la excited sangat diorang nak buat majlis untuk hakim ni.

majlis kesyukuran dan potong jambul - 7 hari

biri-biri untuk aqiqah di kuala lipis

majlis potong jambul dan aqiqah di kuala lipis
Mencukur rambut bayi sampai botak disunatkan pada hari ke 7 kelahiran. Pernah dengar ceramah kat radio ustaz tu cakap mencukur rambut bayi sampai botak dapat merangsang perkembangan pancaindera dia. Rambut yang dicukur akan ditimbang, ditukar dengan berat emas, untuk disedekahkan kepada orang miskin. Sebenarnye yang disebut potong jambul tu adat orang melayu, tapi sepatutnye rambut tu dicukur habis, bukan potong jambul je, boleh dipanggil `potong jambul’  dan buat majlisnye, tapi lepas tu kena cukur habis.
Ok la, sampai sini dulu, tak boleh lame2 mengadap laptop ni.
~Wassalam~

Thursday 16 February 2012

Dah dua bulan...

Assalamualaikum…
Susahnye nak update blog..macam busy sangat je sejak jadi new mom ni kan. Duduk rumah je pun, tapi lagi sibuk kot dari yang kerja tu. Bile hakim tidur je kena basuh baju, jemur, dan memasak. Bile hakim bangun je nak kena susukan, mandikan, dan  susukan lagi. Tak tentu pulak tu waktu dia tidur dan bangun. Kadang-kadang basuh kain belum sempat jemur dia dah bangun. Kadang-kadang masak baru separuh jalan dah berbunyi pulak `siren’ hakim tu. Tapi setakat ni ok la, baru nak menyesuaikan diri menjadi seorang ibu.
Muhammad Syafiq Hakim, bermaksud yang terpuji, penyayang, bijaksana. Nama kan merupakan doa. Semoga hakim menjadi seorang yang penyayang dan bijak. Menyayangi umi dan abah dia, atuk2 dia, semua keluarga dia, dan semua manusia, haiwan dan tumbuhan atas muka bumi ni. Bijak pandai dalam pelajaran dan mencapai kejayaan dalam hidup,pandai membezakan baik buruk, menjadi seorang yang berguna dan hamba yang taat kepada Allah s.w.t.
Sebenarnye aku nak panggil dia Syafiq, tapi mak cik2 dan atuk dia dah start panggil Hakim, dah tak boleh ubah dah, jadi panggil je la Hakim, ok je la kan. Semalam Hakim kena injection untuk dua bulan, nurse tu cakap biase budak akan demam lepas inject tu, nurse tu pesan balik rumah terus bagi ubat demam. Aku pun bagi la ubat demam tu. Petang tu bagi lagi kali kedua, tapi lepas tu dia muntah susu sekali ngan ubat tu. Tapi dia ok je, sampai malam pun tak de tanda2 demam, jadi dah tak bagi ubat demam. Sampai sekarang pun dia sihat je, tak demam pun.
Awal2 dulu masa aku dalam pantang lagi Hakim selalu jugak nangis, nak tidurkan dia pun susah. Ada satu masa tu aku macam tak cukup susu, susu macam kurang, Hakim menangis je, sampai encik suami pegi beli susu tepung tak sampai hati tengok dia lapar. Tapi tak tau la memang dia lapar ke sebab lain dia menangis. Dua kali je bagi dia susu tepung tu, pastu dah tak bagi dah. Memang aku nak bagi dia full breastfeeding sampai 6 bulan kalau boleh sampai 2 tahun, insyaAllah.
Sekarang dia dah tak nangis2 dah. Dah pandai senyum2, balas senyuman orang, dah keluar suara nak bercakap, mata pun dah nampak, dah pandai tengok orang. Ok la jom tengok gambar Hakim dah dua bulan..

~Wassalam~