Assalamualaikum...
Entry sebelum ni dah cerita pasal
road tax mati yang baru teringat masa dah on the way balik kampung. Macam-macam dugaan nak balik kampung dan masa di kampung. Mula-mula, malam sebelum balik kampung, iaitu rabu malam khamis, Hakim bangun pukul
3 pagi menangis-nangis tak nak tidur dah walaupun dah disusukan. Pujuk-pujuk, dia tidur balik, tapi sekejap je, pukul 4 lebih dia bangun lagi. Aku pun cakap kat encik apis,
'Hakim nak berak ni kot..seharian dia tak berak lagi'.
Sebenarnya aku dah start bagi Hakim
makan sejak dia 5 bulan lebih. Nanti la cerita pasal bagi Hakim makan ni. Jadi, sejak bagi makanan tambahan, Hakim susah sikit la nak berak, perut dia baru nak belajar
memproses makanan. Encik apis pun amek
ubat berak yang masuk kat bontot tu (sorry kalau bahasa kasar, tak tau nak guna perkataan ape dah). Masukkan ubat tu, tak lama Hakim pun berak, banyak jugak. Lepas tu baru la Hakim
senyum-senyum, susukan dia sekejap baru dia sambung tidur. Dah pukul 5 pagi kot masa tu, esok nak bangun pagi-pagi nak balik kampung.
Dugaan kedua pulak, pasal road tax kereta dah mati. Boleh baca la kisahnya kat entry tu ye. Dalam perjalanan balik kampung tu, Hakim senang je tidur, dia bangun pun nak nenen, pastu sambung tidur.
 |
| Ni first time aku makan marrybrown tau..di Raub |
Ikut
plan, khamis balik kuala lipis, sampai kan dah malam. Pagi Jumaat baru bertolak ke Kelantan, majlis kenduri kawen sepupu tengahari Jumaat tu. Tapi malam tu sampai je rumah di kuala lipis, umi aku ajak balik malam tu terus. Sebenarnya, kebetulan adik ipar aku nak ke Kelantan jugak, ikut kawan dia balik kampung. Jadi kitorang satu jalan la. Dan diorang
singgah rumah aku di kuala lipis malam tu, sebelum teruskan perjalanan ke Kelantan.
Last-last encik apis setuju nak terus
gerak ke Kelantan malam tu, lepas mandi dan rehat sekejap. Kiranya gerak sama-sama la dua buah kereta. Sampai rumah ayah Ngah di Melor, Kelantan pukul 2.30 pagi.
Dugaan lagi, Hakim dah lama tidur dalam kereta. Bila dah sampai dia dah
tak nak tidur pulak. Bayangkan encik apis yang dah
penat drive, dan aku pun penat dan mengantuk, nak kena layan si Hakim yang tak nak tidur tu. Pukul 6 pagi baru dia tidur. Kitorang sempat tidur kejap je la, pukul 8 lebih dah kena bangun
siap-siap nak pergi rumah ayah Su tempat majlis tu. Sangat la penat dan mengantuk!!!
Dugaan
sepanjang di Kelantan tu pulak, Hakim memang
tak boleh didukung atau dipujuk oleh orang lain. Dia nak
umi dan abah dia jugak. Kalau orang lain dukung terus dia
menjerit sekuat hati, tak nak berenti sampai la aku atau encik apis amek dia. Huhh..geram pun ada dengan Hakim ni tau..sabar je la. Dia
rasa lain kot masa kat sana, orang-orang nya semua lain, tak pernah tengok, tu yang
meragam je. Lagi satu memang cuaca panas. Tidur pun susah, bila
masuk kereta baru nak tidur.
 |
| sempat menyusu dalam bilik pengantin |
 |
| last-last lepak dalam kereta sebab dalam rumah panas dan ramai orang |
Majlis sebelah lelaki pulak hari Sabtu. Ikut plan terus nak balik kuala lipis lepas majlis belah lelaki tu. Tapi majlisnya dah
lambat, balik dah pukul 5 petang. Singgah rumah ayah Su lagi. Pastu diorang tak bagi balik lagi sebab malam tu keluarga belah lelaki nak datang. Ada buat
makan-makan sikit. Dah terkandas untuk balik lipis.
 |
| yang atas rumah perempuan, yang bawah rumah lelaki |
Jadi pagi Ahad baru balik, pukul 7 pagi gerak. Sampai kuala lipis pukul 12 tengahari.
Rehat, mandi, makan, gerak terus balik johor pulak, dalam pukul 3.30 petang. Sampai bandar tenggara dah pukul
12 tengah malam.
Jauh kan perjalanan kitorang. Hakim lagi la,
kecik-kecik dah jalan jauh camtu. Perjalanan jadi lama sebab berenti makan, solat dan rehat. Tapi Hakim dalam kereta banyak tidur je. Sampai je rumah mak mertua, dia bangun, bawak dia masuk rumah, dia tengok kedua-dua atok dia, dan mak su dia, sengih-sengih je. Past kat atok dia ok je. Tak de nak nangis-nangis. Agaknya dalam otak dia pikir
ni la orang-orang yang dia kenal, dah lama tak nampak. Macam-macam la Hakim ni.
p/s: panjang kan entry ni..perjalanan jauh punya pasal..entry pun panjang la..^^
wassalam^^