Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Tuesday, 31 July 2012

Tak puas berpuasa di kampung!!

Assalamualaikum...

Lamanya tak update. Balik kampung 3 hari je. Kepenatan sangat, sampai Hakim pun serba tak kena sejak dah balik sini. Penat sangat la tu berjalan jauh. Balik kampung di kuala lipis, hari selasa, balik semula ke johor hari jumaat pagi. Penat sangat rasanya balik kampung kali ni. Mungkin sebab puasa, dan Hakim pulak dah besar sikit, dah tak tidur sangat, nak bermain je, boleh golek-golek pulak dalam kereta.

Memang tak puas la berpuasa di kampung. Dapat berbuka 3 hari, dan bersahur juga tiga kali di Lipis. Masakan umi ku memang yang terbaik!! hehe..jom layan menu berbuka dan sahur kami..^^

Ayam percik from my Umi, memang special!!
Siput sedut masak lemak, juga masakan umi ku.. 
Rendang daging Kuala Lipis - wajib beli di bazar ramadhan kuala lipis!!
Rendang ni tak macam rendang daging biasa tau, tak tau nak cakap camane, tapi memang sedap!!

Siakap 3 rasa, yang ni aku masak^^

Ikan keli bakar, from bazar ramadhan kuala lipis, sangat mahal ok, seekor RM4!!

Murtabak, dibeli oleh abang ngah ku..

Sardin, simple tapi membuka selera!!

Banyak sebenarnya nak cerita pasal puasa ni, tapi tak de kesempatan la. Macam makin sibuk pulak dengan urusan-urusan lain. GA pun tak terurus dah. Nak update pasal senarai yang join GA dan hadiah, tapi belum sempat..haha..tu lah rajin sangat nak buat GA, tak sedar diri tu banyak kerja lain lagi.




Jom join my first GA!!
[klik banner]




wassalam^^

Saturday, 7 July 2012

Sambal kentang+daging burger+ikan bilis^^

Assalamualaikum...


Haa.tengok komen tu, dah suruh aku tepek resepi pulak kan. He..heh..dah agak dah mesti ada yang tanya resepi dan mesti korang tak pernah buat kan (ceh ayat berlagak betul la). Jadi aku nak tepek la resepinya kat bawah ni. Senang je pun, macam masak sambal ikan bilis makan ngan nasi lemak tu je. Cuma tambah kentang dan daging berger. Idea letak daging bege tu dapat dari mak mertua. Jom tengok resepinya, dah tengok wajib masak terus tau lepas ni..kalau tak dosa..hehe..main-main je ye..^^

Nyum..nyum^^

Kentang potong cam wedges tu, goreng sampai garing dan empuk.
Daging burger (ikut suka berapa keping) potong dadu, goreng sampai garing.
Ikan bilis juga digoreng garing.

Bawang besar, bawang putih, blend, tumis sampai garing.
Masukkan cili kering yang dikisar, tumis sampai garing.
Dah pecah minyak, masuk air asam jawa, gula sikit, garam secukup rasa.
Nak pekat tak yah letak banyak air, nak cair sikit letak la air ikut suka.
Rasa dah ok sambal tu, masukkan ketiga-tiga bahan yang digoreng tadi.
Gaul sebati, dah siap!!!
Boleh la makan...^^

Jom shopping!!!



wassalam^^

Friday, 6 July 2012

Menu berbuka>biasa-biasa je..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah lama tak berpuasa, apetah lagi berpuasa sunat, semalam dapat jugak brpuasa sunat. Ingatkan aku dan encik apis je puasa kat rumah ni, rupanya adik ipar, dek na, pun puasa. Tapi my MIL and FIL, dan adik ipar yang lain tak puasa. Jadi tengahari aku masakkan jugak la. Sebab dah memang aku la tukang masak kat rumah ni kalau hari kerja. My MIL kerja, jaga kedai. Kalau aku tak masak kang my FIL balik tengahari nak makan apa. So, tengahari goreng ikan je, dan sayur kangkung.

Jadi petang duk pikir jugak nak berbuka, nak masak apa. Lauk tengahari banyak lagi. Jadi, just topup je la sikit. Aku pun masak la sambal kentang+daging burger+ikan bilis ni. Encik apis kalau masak sambal merah memang dia suka sangat. Dek na pulak nak berbuka dengan bubur Yan yang aku pernah cerita kat sini. Aku kirim kat dia belikan ayam goreng je buat tambah lauk.


Sambal kentang+daging burger+ikan bilis

Plus ayam goreng, penuh pinggan^^

Air sirap nampak biasa je..tapi inilah kegemaran encik apis^^
Air sirap tu memang ada kisah kelakar. Encik apis kan kerja penat. Kalau bulan ramadhan tu, puasa tetap puasa, kerja tetap kerja. Kadang-kadang angkat buah sawit, kalau kat stor pulak, angkat macam-macam, simen dan sebagainya. Ada orang tengok dia kerja orang cakap dia tak puasa sebab kerja berat cam tu. Tapi encik apis cakap diorang lagi teruk, kerja bawak lori je pun, macam penat sangat sampai tak boleh puasa, siap ada air bungkus, gantung dalam lori, time bulan ramadhan ni tau, siang-siang hari.

Kalau time panas terik tu, memang encik apis cakap camni, kalau dapat air sirap ais ni memang sedap la. My MIL pernah cerita, encik apis balik tengahari terus buat air sirap satu jag, letak dalam freezer siap-siap untuk berbuka. Sebab sebelum tu masa kerja nampak orang bawak air sirap bungkus, lelaki dan melayu okey..geram je dia tengok. Hrmm...pikir lah sendiri...^^


wassalam^^

Monday, 2 July 2012

Hakim nak makan nasi lemak jugak!!!

Assalamualaikum...

Cerita dah lama dah ni, pergi makan nasi lemak. Tapi nak jugak cerita kat sini. Malam-malam makan nasi lemak sedap jugak. Masa ni nak pergi Tesco Kulai. Lepas magrib gerak. Tapi dah lapar pulak. Nak makan yang cepat-cepat je, kalau lambat nanti Tesco dah tutup pulak. So, makan nasi lemak je la.

Kedai ni memang terkenal jugak kat area Kulai ni dengan nasi lemak nya. Mula-mula pergi kedai ni, ingatkan kedai cina. Sebab ramai yang makan kat situ orang cina tau. Tengok betul-betul baru nampak orang melayu. Kedai ni memang kedai melayu, tapi kawasan ni memang ramai cina, india pun ada makan nasi lemak kat sini. Memang satu malaysia la kedai ni. Orang-orang cina ni tak nak pulak pergi makan kedai cina, nak makan nasi lemak melayu jugak. Memang betul sedap la nasi lemak ni.

Ok la, jom tengok aksi Hakim time umi dan abah dia makan nasi lemak..

Nasi lemak ayam..sedap..tapi tak cukup la, rasa nak mintak lagi satu je..^^


Kena duduk dalam kapsul dia..^^


Tak dapat makan nasi lemak..beg duit pun jadila ye...^^

Kitorang tak de la kejam sangat, sambil makan tu, aku bagi dia air milo je la, nasi lemak tak boleh la ye Hakim..^^

Kalau mood Hakim ok, boleh la dia duduk dalam tu..buat hal dia, main sorang-sorang. Tapi time dia tak ok, kena la bergilir, umi makan dulu, abah pegang Hakim, pastu tukar pulak.


wassalam^^

Wednesday, 27 June 2012

Ini bukan sarapan..

Assalamualaikum...

Ini bukan sarapan ye..ni supper (eh betul ke eja ni) malam tadi. Encik apis yang buatkan. Dah pukul 12 malam perut rasa lapar sangat sebab masa makan malam tak berapa nak makan, makan nasi sikit je. Kan dah lapar tengah-tengah malam. Kalau dah lapar nak menyusukan Hakim camane kan.


Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4