Wednesday, 9 May 2012

Pening + Muntah

Assalamualaikum...

Semalam entah macam mana boleh pening. Bangun pagi je rasa sakit sangat kepala. Sakitnya sebelah kiri je. Memang selalu jugak sakit kepala sebelah je, tapi semalam rasa teruk sangat. Pagi sarapan cam biasa, pastu memasak tuk tengahari.

Dalam pukul 12.30 encik apis balik. Terus ngadu kat dia pening. Masa tu rasa macam nak muntah. Terus masuk bilik dan baring atas katil. Encik apis amek minyak cap kapak tolong urutkan kepala sebelah kiri yang pening. Tak lama aku rasa cam tak tahan nak muntah dah. Encik apis suruh pergi toilet cepat, tapi tak sempat. Nasib baik dia cepat-cepat amek bakul sampah letak depan aku. Pastu apa lagi, terus aku muntah dalam tu. Keluar semua yang aku makan waktu sarapan. Heee...encik apis tu dah la geli ngan muntah, tapi sanggup jugak dia buangkan muntah tu.




Dah tak de selera nak makan. Dah petang baru encik apis carikan bubur ni. Bukan bubur McD ye. McD tak de kat Bandar Tenggara ni. Bubur nasi Yann. Kalau yang duduk area Kluang tu tau la bubur ni. Macam francais jugak la, jual pakai stall, banyak kat Kluang tu, kat Bandar Tenggara ni pun ada dua yang bukak stall Bubur Yann ni. Selain bubur ada jual ayam goreng dan rangka ayam. Boleh tahan la bubur ni, walaupun tak sesedap bubur McD. Bawang goreng tu memang aku ketepikan sebab memang tak suka makan. Encik apis la, tak ingat nak cakap tak yah letak bawang goreng.  

Entah la kenapa sampai boleh muntah. Encik apis cakap masuk angin la tu perutnya. Entah la bile pulak angin sempat masuk perut aku. Tapi memang lega lepas muntah tu. Tapi ingatkan dah kurang peningnya, tak jugak. Sampai malamnya aku telan panadol actifast. Pagi tadi baru rasa hilang peningnya. Tapi sekarang dah pening balik. Memang aku ni susah nak baik kalau dah start pening. Sampai 2-3 hari baru hilang.


wassalam^^

8 comments:

Miss Purple Ungu said...

igtkan hakim dpt adik pulak :)

Pondok Usang said...

kalau dah syg.. buat ape pun sanggup.. =)

mamavogue said...

same la.. kalau dah pening lambat nak baik nyer..
bykkan minum air suam ekk.

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga cpt sihat yer kak.

CikMai said...

jaga kesihatan ye kak :) bertuah suami caring ~

wan nurul hezrina said...

skangniepun cuaca pns btul.bleh jd pening...nurulpun sik peningje lani

eita said...

makan lambat kot..tu yang angin menyerbu masuk

IntaNBerliaN said...

so skrg ni camne, dh ok ke?