Friday 9 December 2011

berita gembira yang menakutkan...

Assalamualaikum...

Berita gembira..? macam dah selamat bersalin je...hehe...pada yang dah tau aku ni tengah tunggu hari tuk bersalin kan, mesti ingat aku dah bersalin kan. Belum lagi sebenarnya. Dah over due, tapi doktor bagi tarikh sampai 12hb, kalau tak bersalin jugak, kena induce. Orang cakap induce tu lagi sakit dari sakit normal. Doktor tu pun cakap seeloknya jangan sampai kena induce.

Sebenarnya hari Rabu 7hb tu aku pegi check up. Sebab dah overdue, doktor tu cek kontraksi. Dia cakap ada kontraksi sikit-sikit. Kontraksi tu maksudnya pengecutan rahim bila sampai masa nak bersalin tu. Pastu doktor cek jalan pulak, dah bukak tapi baru 1.5cm, dan dah ada tanda, keluar darah lepas dia cek tu. Dia suruh masuk wad. Terkejut gak la, dah nak bersalin ke. Doktor tu cakap 'dah ada tanda' sambil tersenyum, macam berita gembira la dah nak bersalin kan, saat yang ditunggu-tunggu. Tapi masa tu tak tau ape yang aku rasa, lebih kepada takut. Bukan tak bersedia, tapi perasaan takut tu tetap ada sikit-sikit.

Encik suami pun tanya la kalau tak masuk wad lagi boleh tak. Doktor tu pun cakap, dah ada tanda, tapi jalan baru 1.5, mungkin dalam 2,3 hari lagi bersalin. Dia suruh masuk wad sebab pregnant anak pertama, tak de pengalaman lagi. Dia cakap lagi, kalau tak nak masuk wad tak pe, nanti kalau dah sakit baru datang. Kalau tak sakit sampai 12hb kena induce. So aku tak masuk wad la hari tu. Kalau masuk wad sure bosan sangat, tak tau nak buat ape.

Hari ni dah 9hb kan. Pagi tadi bangun nak solat subuh, masuk toilet, rasa macam ada air keluar. Air jenih dan berlendir sikit. Aku pun bagitau encik suami, air mentuban ke. Air tu keluar sikit-sikit, sampai sekarang pun masih keluar sikit-sikit. Mak mertua cakap keluar sikit-sikit belum lagi nak bersalin, sebab belum sakit. Aku pun dah confius ni...nak pegi hospital ke tak...last-last sempat aku menaip entry ni kan. Memang belum rasa sakit, tapi risau jugak la, air ni dah keluar, takut tak sempat je nanti nak pegi hospital. Semoga selamat dan tak de apa-apa yang buruk berlaku.


~Wassalam~

Tuesday 6 December 2011

Jadikan buah-buahan sebagai snek

Assalamualaikum...

Hye semua...petang ni rasa cam nak menaip pulak..huhu..lame tak update. Sejak akhir-akhir ni memang malas je nak buat entry baru, entah la kenapa kan...tapi BW tetap rajin je. Petang-petang camni memang ngantuk je mata ni. Kalau tak BW confirm tido je lah keja nye. Tak boleh la tido je kan, tak baik untuk kesihatan.

Tapi kan serba salah pulak bile BW and komen blog orang, bile orang tu balas kunjungan, datang blog kite, tengok-tengok tak de entry baru pun, entry yang ada tu dia dah komen pun, camane dia nak komen lagi kan. Tapi ada je yang rajin masih tinggalkan komen kat entry yang sama buat kali kedua. Terima kasih la pada yang rajin tu..sayang korang..hehe...

Ok la, duk merapu je dari tadi. Tajuk kat atas tu, sape pernah baca or dengar..?? Haa..tu kan ayat iklan Kementerian Kesihatan dalam surat kabar Metro or Berita Harian (tak ingat dah). Kempen amalan pemakanan sihat. Jom sama-sama kita sahut seruan kempen ni. Tak rugi pun tau. Dulu muda-muda (sekarang tak de la tua sangat ye) aku tak pikir sangat pun nak amalkan pemakanan sihat ni. Bantai je la makan ape pun kan. Tapi sejak aku pregnant je, dan mengalami masalah anemia (kurang darah), terus je ada kesedaran untuk menjaga pemakanan. Penting tau menjaga apa yang kita makan dan cara pengambilan makanan tu.

Salah satu amalan pemakanan sihat ialah dengan menjadikan buah-buahan sebagai snek. Tau tak maksud snek tu. Maksudnya waktu antara masa makan yang utama iaitu breakfirst, lunch, dan dinner, kita mesti nak makan sesuatu kan. Contohnya kita makan biskut (apa-apa jenis biskut la), kerepek, makanan ringan, kuih muih dan sebagainya. Makanan macam ni biasanya banyak mengandungi gula, garam, dan bahan perasa tambahan. Kalau kita makan sebagai snek, dah berapa banyak gula, garam dan bahan perasa lain yang kita ambil dalam sehari bila dicampur dengan makanan yang kita makan pada waktu breakfirst, lunch, and dinner.

google image
So, apa kata kalau kita lapar pada waktu antara lunch dengan dinner tu, kita makan buah-buahan yang bermacam-macam jenis. Ikut kesukaan korang la kan. Buah-buahan kan semulajadi, tak de bahan perasa, kalau nak beli tu pilih yang fresh, segar-bugar, baru sedap. Buah-buahan dapat membekalkan vitamin C, membantu penyerapan ion dalam badan, membantu penghadaman, tak kan menggemukkan, dan banyak lagi la kebaikannya.

Macam aku, suka sangat makan jambu batu. Mesti nak ada je jambu batu dalam peti ais tu. Lagipun jambu batu senang simpan, tahan lama sikit la, tak cepat buruk, yang penting kaya dengan vitamin C. Betik pun suka jugak, tapi mesti cari yang masak segar, terus makan, tak boleh simpan lame, nanti dah tak sedap kan. Aku mesti makan jambu batu tu sebelum makan lunch, dan selepasnya. Kalau petang sikit lapar lagi, makan jambu batu lagi. Tak payah makan dengan asam boi pun, makan camtu je dah sedap. Tu aku amalkan sejak ada masalah anemia sebab pregnant. Sekarang dah tak anemia lagi, tapi masih nak makan jambu batu jugak. Lagipun senang nak dapat jambu batu tu, jual tepi jalan dekat-dekat tempat tinggal aku ni, segar dari ladang dia.

Ok la, nak stop dulu...jangan lupa amalkan pemakanan sihat ye, sama-sama menjaga kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati.....>__<


~Wassalam~

Friday 2 December 2011

Basahkan lidah dengan zikir atau lagu...?

Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang tenang dan sejuk...suasana hujan renyai2 dari pagi tadi sampai sekarang. Alhamdulillah, hujan itu rahmat kan. Menyuburkan tanaman2 di muka bumi ni.

Ok la, lama tak buat entry baru. Hari ni nak kongsi sikit tentang zikir. Terfikir pulak kalau kita dengar lagu kat radio tu, cepat je mulut kita boleh ikut lirik lagu tu kan. Lagu dah habis pun mulut masih terbawa-bawa menyayikan lagu tu. Sambil drive ke, sambil buat kerja kat office, kat rumah, kat mane-mane la. Kadang2 tanpa radio atau lagu kat PC, laptop atau handset pun kita boleh je menyanyi-nyanyi sendiri, macam2 la lagu yang menjadi kegemaran waktu tu kan.

Tapi kenapa kita susah sangat nak biasekan diri membasahkan lidah dengan zikir..? Antara zikir dan lagu, kenapa lagu-lagu tu jugak yang menjadi pilihan. Zikir sebenarnya bukan je dapat memberi ketenangan, tapi banyak lagi kelebihannya. Kat sini aku nak kongsi dari apa yang aku baca tentang berzikir, dari majalah Solusi Isu No.36:

[google image]
Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, Baginda Nabi s.a.w. berlalu melintasi Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim bertanya: "Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?" Jibrail menjawab: "Ini Muhammad." Nabi Ibrahim lalu berkata: "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas." Nabi s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?" Nabi Ibrahim menjawab: "Ucapkan kalimat 'la hawla wa la quwwata illa billah'." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban.

Al-Tirmizi dan al-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca 'Subhanallah al-azim wa bihamdih', maka akan ditanam baginya pokok kurma di syurga.

Riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca: 'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar', akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga."

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah: "Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran."

Hidup kita kat dunia ni kan sementara je. Kehidupan akhirat itu yang kekal. Jadi pilih la antara zikir dan lagu. Jom kita sama-sama membina rumah dengan pohon-pohon untuk kita diami di syurga nanti. Allah menjanjikan syurga buat hambanya yang mentaati perintah Allah, memperbanyak amalan soleh, dan meringankan lidah dengan berzikir.


~Wassalam~

Monday 28 November 2011

Expo Agro dan Makanan Johor 2011

Assalamualaikum...

Kaki makin bengkak, biase pagi bangun tidur kurang sikit, tapi kali ni terus bengkak je dah macam belon. Semalam berjalan sakan. Pergi Expo Agro dan Makanan Johor kat Pusat Pertanian Moden, Air Hitam. Ala2 MAHA la, tapi kecik sikit. Penat jugak berjalan. Sebelum pergi expo tu, tengahari pegi jemputan kawin dulu, dua tempat. Lepas asar baru bertolak ke Air Hitam tu, dalam sejam lebih perjalanan. Pergi ramai2 ngan family suami.


kambing baka Boer
Macam-macam la ada kat expo tu yang berkaitan dengan pertanian, dan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian. Ada pameran ternakan hidup cam gambar kat atas tu, ada kambing, lembu, kerbau, dan arnab. Sampai malam berjalan kat situ. Solat magrib kat surau, then sambung jalan lagi. Dah pukul sembilan lebih kot baru balik. Tapi singgah makan dulu kat Kluang.

Sambil makan kat kedai makan tu, tengok bola Malaysia lawan Bahrain. Mula-mula excited la cam dah boleh menang kan Malaysia, tapi kecewa, tak disangka-sangka Bahrain dapat jaringkan 3 gol berturut-turut dalam masa singkat je. Nak buat camane, rezeki masih tak berpihak pada Malaysia.

Hari ni hujan renyai-renyai dari tengahari tadi sampai sekarang. Tidur pun best kan. Tapi tak elok sebenarnya tidur siang ni, lagi-lagi cam aku ni, tengah tunggu hari kan, orang kata kena banyak berjalan jangan banyak tidur je nanti susah nak bersalin. Hrmmm...semoga dipermudahkan segalanya.


~Wassalam~

Saturday 26 November 2011

Maal Hijrah ~ Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Assalamualaikum...

Sekejap lagi, masuk je waktu maghrib kita akan masuk ke tahun baru Hijrah, tahun 1433 Hijrah. Tema Maal Hijrah 1433 H ialah 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. Diharap dengan tema ni rakyat Malaysia akan lebih bersatu padu dan saling memahami demi kemajuan negara.

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An Nisaa', ayat 100)

Jom kita sama-sama berhijrah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Pastikan niat kita kerana Allah s.w.t. Insya Allah akan diberkatiNya.


~Wassalam~



Friday 25 November 2011

Jangan letak iklan nuffnang kat bawah header korang

Assalamualaikum...

Tetibe je aku nak cakap pasal iklan nuffnang ni kan, padahal blog aku ni bukan ada iklan nuffnang pun. Aku pun bukan tau sangat, baru je dalam dunia blog ni.

Sebenarnye pagi2 tadi blogwalking jap, ada blog ni dah lama aku tak dapat baca entry dan komen, sebab bila nak masuk kat blog tu mesti yang kuarnye header dan iklan nuffnang kat bawah header tu. Bukan blog ni je, ada beberapa blog jadi camtu. Downloadingnye setakat iklan nuffnang kat bawah header tu je. Yang aku perasan, persamaan blog2 tu ialah ada iklan nuffnang kat bawah header diorang. Blog2 lain yang tak letak iklan nuffnang bawah header boleh je bukak cam biase.

Aku pun tak tau la ni masalah broadband limit ke ape. Adakah ni masalah aku sorang atau ade orang lain jadi camni jugak..? Tapi dah 2-3 minggu kot jadi camni. Pagi tadi bile aku try bukak blog ni, rosalia, baru dapat masuk, dan tengok blog cik rosalia ni dah tak letak iklan nuffnang kat bawah header dia. So aku try la bukak blog lain yang tak dapat bukak selame ni, still terjadi masalah sama, sebab ada iklan nuffnang bawah header tu la. Antara blognye kan, (sory la pada tuan blog ye), blog mrs lurve, genkcorner, dan zahidah seran. Dah lama tak dapat BW kat blog2 ni, terkilan gak la sebab tak dapat balas kunjungan diorang.

Ok la, harap lepas ni dapat la BW kat blog2 yang dah lame tak dapat masuk tu. Sory la kalau ada tersalah cakap ke...k  >__<


~Wassalam~

Tuesday 22 November 2011

Our first anniversary...

Assalamualaikum...

Hye semua...sihat tak korang..?lame tak update..rindu pulak..hehe..^_*
Hari ahad, 20.11.2011, ade majlis kawin sepupu kepada encik suami, dekat je ngan rumah. Seharian kat rumah pak cik encik apis tu la. Hari yang sama ade 7-8 buah rumah buat majlis kawin kat kawasan ni je. Encik apis sibuk sikit sebab dua tempat sewa kanopi termasuk rumah pak cik dia. Aku pun sempat menyibuk masa diorang pasang alas meja dan skirting. Lepas majlis abis pulak petang tu terus kemas meja dan kerusi, tinggal kanopi je bukak pagi isnin.


sempat bergambar jap...
Sebenarnye hari ahad tu hari ulang tahun perkahwinan aku dan apis yang pertama. Tapi tak sempat la nak sambut sangat. So, semalam baru dapat sambut. Tak de la sambut beria pun, beli kek je. Haha...kelakar lak beli kek untuk diri sendiri. Alhamdulillah, dah setahun usia perkahwinan kami. Semoga kebahagian kekal ke akhir hayat dan diberkati Allah s.w.t.

beli hari isnin, nak jugak letak tarikh 20.11.2011 tu...
Ok la, tu je nak citer...~Wassalam~

Friday 18 November 2011

bila hati resah gelisah...hanya padaMu ku memohon...

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Kau kuatkanlah hatiku,
Kau tenangkanlah perasaanku,
menghadapi saat-saat yang ku nanti,
sesungguhnya hanya padaMu ya Allah,
tempat memohon pertolongan...

Ya Allah...
Kau berilah petunjuk dan hidayahMu,
Apa yang terbaik untukku,
jangan lah kau beri kesakitan padaku
yang tak dapat aku tanggung...

Ya Allah...
Kau permudahkanlah untukku,
Kau selamatkanlah segalanya...
hanya Kau yang berkuasa
menentukan segalanya ya Allah...

amin...


Setiap wanita, mungkin dari zaman kanak-kanak dan remaja lagi, pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia, seterusnya mendapat anak, menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang comel. Bila impian berkahwin tercapai, dan kemudian disahkan hamil, itulah saat-saat yang paling gembira bagi seorang wanita dan juga suaminya. Melalui tempoh kehamilan selama sembilan bulan, pada peringkat awal mesti penuh dengan kegembiraan. Merasai perkembangan bayi dalam rahim sendiri.

Tapi, disebalik kegembiraan tu, sebenarnya seorang wanita tak kan terlepas dari perasaan risau dan bimbang. Lebih-lebih lagi bila menghampiri saat-saat kelahiran. Macam-macam perasaan, bercampur-baur, resah gelisah, dengan banyak persoalan. 'Dapatkah aku menghadapinya?' 'Kuatkah aku menanggung kesakitannya?' Macam-macam lagi persoalan yang membelenggu.

Disaat menanti kelahiran bayi yang ditunggu-tunggu, saat ini lah seorang wanita perlu kuat dan tenang. Tak perlu memikirkan persoalan-persoalan yang hanya menambahkan kerisauan. Banyakkan berdoa, memohon kepada Allah, semoga ditenangkan perasaan, dipermudahkan segalanya.

Semoga ditabahkan hati dan ditenangkan perasaanku...


~Wassalam~

Monday 14 November 2011

Selamat pagi Isnin...

Assalamualaikum...

Hye semua...selamat pagi isnin. Pagi2 ni dah menaip sebab dah 2 hari tak dapat online. Hari sabtu tak dapat connect internet sebab tak bayar bil ye...hehe...bile nak bayar je tak boleh pulak,dia cakap server down. Hari sabtu memang hujan lebat sangat, sekali ngan ribut petir, nak on laptop pun tak boleh la. Hari ahad pulak pegi jemputan kawin 2 tempat. Nak bayar bil pun masih server down. Malam tadi baru boleh bayar bil.

Ok la, aku tak de ape pun nak citer pagi-pagi ni. Nak blogwalking dulu la kot. Aritu ada join segmen, tapi tak sempat nak blogwalking lagi. Kalau dah join segmen tu kena la blogwalking kan. Tapi kan line tenet memang tak berapa ok la sekarang ni. Ada blog yang bile nak bukak je yang keluar headernye je, pastu terus stop downloadingnye. Ada beberapa blog aku tak leh bukak pun walaupun dah cuba beberapa hari dah. Terkilan lak bila orang datang komen, tapi tak boleh nak balas kunjungan. Tapi ada sesetengah blog pulak boleh je bukak, download sampai abis. Kenapa ek dia jadi camtu..?

Hrmmm...lepas ni dah tak leh join segmen kot, dah dekat due date ni, huhu...nanti mase bile pulak aku nak berblogwalking nye kan. Ok, selamat menjalani hari isnin dengan ceria..>__<

~Wassalam~

Friday 11 November 2011

Tarikh keramat aku...

Assalamualaikum...

Tarikh keramat ke hari ni..?11.11.11? Tarikh yang cantik kan...ramai pilih untuk nikah atau tunang pada tarikh ni. Ada pulak kat FB tadi tulis yang tarikh ni munculnya anak syaitan dan dajjal, tak tau la kesahihannya.

Aku pun nak citer la pasal tarikh keramat aku. Walaupun bukan tarikh cantik. Tapi sebelum tu kan, pada tarikh yang cantik hari ni, blog aku ni tadi kena jugak 'blog has been removed' tu. Baru je sebelum tu aku baca blog miss purpleungu yang kena removed semalam, pastu BW lagi, sempat join satu segmen tu, pastu baru ingat nak update, tengok2 blog aku pulak kena removed. Dah la line tenet tengah slow sejak akhir2 ni. Lepas ikut step google support tu baru boleh bukak blog ni. Dah tak jadi nak update tadi, dah tengahari kan, kena la pegi masuk dapur, memasak. Menu special hari ni, siakap tiga rasa.


Biase orang masak siakap sekor terus tak potong-potong kan. Tapi siakap ni kena potong-potong kalau tak, tak muat kuali tau. Besar tu siakap ni, 2 kg lebih, tu dalam gambar cam banyak kan, tapi tu separuh je dari seekor siakap, separuh lagi bahagian kepala dah dimasak stim sebelum ni. Siakap segar dari laut ni. Ada wak tu memang selalu pegi laut kalau ada siakap dia tanya la mak mertua aku kat kedai nak tak siakap. Kali ni dia bawak yang besar. Memang puas la makan tadi, walaupun tak cukup bahan nak masak tiga rasa sebab tak de nenas, tapi pandai2 la adjust kan..sedap je..tengok la sape yang masak kan...(ayat masuk bakul angkat sendiri ~_~).

Ok la, kembali pada perkara yang aku nak citer sebenarnya tadi. Raya korban baru lepas kan. Masih bulan Zulhijah ni. Raya korban mengingatkan aku pada 2 peristiwa penting dalam hidup aku. First, pada Aidiladha 1430H, raya korban kedua, 11 Zulhijah 1430H bersamaan 28 Nov. 2009, berlangsungnya majlis pertunangan aku dan apis. Majlis simple je, tapi meriah la bagi aku, masa tu aku korban lembu dua bahagian.

11 Zulhijah 1430H / 28 Nov. 2009

Pada Aidiladha 1431H pulak, raya korban keempat, 13 Zulhijah 1431H bersamaan 20 Nov. 2010, aku selamat dinikahkan dengan encik apis. Majlis nikah pagi, dan tengaharinya kenduri.

13 Zulhijah 1431H / 20 Nov. 2010
Masa nak pilih tarikh nikah dan majlis tu, konon-konon nak pilih 10.10.10, tarikh tu memang cantik, tapi tak de cuti sekolah time tu, nanti susah sedara-mara nak datang dari jauh, so pilih la tarikh lain, dapat la bulan Zulhijah jugak, senang jugak nak ingat, bila raya korban je mesti ingat. Lagi satu, korang perasan tak, 20.11.2011 nanti cukup setahun perkahwinan aku dan apis, hehe...^^

Ok la, tu citer tarikh keramat aku, korang pun mesti ada tarikh keramat korang kan. Walaupun tarikh tak cantik tapi mesti la tarikh tu yang kita ingat sampai bila-bila kan.

~Wassalam~

"SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK BACA POST PERTAMA SAYA".

Assalamualaikum...

Hari Jumaat dengan tarikh keramat ni 11.11.11, aku nak join segmen simple dari blog Mohd. Naser.com

[jom join, klik kat gambar header ni ye..]
Tajuknya 'Nasz Ajak Baca Post Pertama Saya'

So jom la baca post pertama aku ni,

hehe..segan pulak rasanya sebab cam entah ape-ape je entry first aku ni...
baru buat blog kan, merapu je aku menaip...
sila la baca ye..jangan segan-segan...
kalau rajin boleh komen sekali,
memang entry-entry aku dulu '0 comment' pun...
enjoy reading ^__^

~Wassalam~

Thursday 10 November 2011

Parang sembelih warisan

Assalamualaikum...

Raya Korban dah abis la kirenye kan, semalam last hari tasyrik 13 zulhijah. Aku masih nak citer ni, ada kaitan la ngan raya korban. Pasal parang sembelih yang digunakan encik apis untuk menyembelih lembu korban. Hee...citer encik apis lagi kan...boring dah kot korang bace citer pasal encik apis ni je. Tak pe la, aku nak citer gak...huhu...

Haa...parang sembelih yang korang leh tengok dalam gambar kat bawah tu kan, parang tu la yang digunakan encik apis untuk menyembelih lembu korban. Panjang kan.., mesti lah panjang, kalau pendek boleh sembelih kambing je la. Parang tu sebenarnye dia dapat dari seorang pak imam yang juga seorang tukang sembelih. Masa tu dia tengok pak imam tu sembelih lembu kat kampung atuk dia, tahun lepas.

Parang sembelih, yang kat bawah tu pisau melapah lembu.
Dia pun tanya la pak imam tu, 'Pak imam, mane nak dapat parang sembelih camni..?' Pak imam tu pun pegi la kat beg dia, dia bukak beg tu, ada banyak parang dalam tu. Pak imam tu pun cakap 'Pilih la ko nak yang mane..'.  Encik apis pun tengok-tengok la parang-parang dalam beg tu, dan pilih satu. Pastu dia tanya pak imam tu 'Pak imam jual berapa yang ni..?' Pak imam tu jawab 'Amek je la, aku bagi, jaga elok-elok parang tu..'  Jadi encik apis pun dapat la parang tu, walaupun masa tu parang tu nampak buruk, berkarat, memang pak imam tu dah tak pakai sangat kot.

Lepas tu encik apis asah parang tu sampai jadi cantik dan tajam untuk sembelih lembu. Mak mertua aku cakap, orang tua camtu memang suka kalau ada orang muda berminat nak jadi tukang sembelih. Yela, sekarang ni kalau cam kat sini orang tua yang jadi tukang sembelih dulu dah tak de dah pun. Ada la beberapa orang je lagi. Pastu memang susah la nak cari orang muda yang berminat nak belajar sembelih lembu. Lama-lama nanti kalau tak de yang nak sambung kerja ni camane la kan. Macam masa raya korban aritu, kebanyakannye mintak encik apis sembelih. Bukan setakat lembu yang memang dijual sendiri, lembu yang diorang beli dengan orang lain pun mintak encik apis sembelihkan. Yang macam tu diorang bayar upah sembelih, dapat la RM50 seekor lembu.

Parang ni dah sembelih 20 ekor lembu tuk raya korban ni.
Ok la, tu la citer pasal parang sembelih warisan. Diharap ramai lagi anak muda yang berminat nak belajar sembelih lembu. Bukan sebagai kerjaya, tapi sekurang-kurangnye bila sampai masa nak sembelih lembu korban tu ada la orang yang boleh sembelih. Tak de la tercari-cari orang untuk sembelih. Yela, biasa kat satu kawasan tu bukan sekor je nak disembelih, ada sampai 4-5 ekor atau lebih kan.

~Wassalam~

Wednesday 9 November 2011

menu daging lagi...

Assalamualaikum...

Hari ni dah 13 zulhijah, hari terakhir dapat dengar takbir raya korban. Malam tadi masih menu daging tuk dinner. Sebenarnye tengahari dah makan lauk ikan, tapi malam rasa cam nak makan daging pulak. Tapi bukan aku yang masak ni, encik apis yang masak. Aku pun tak tau la ape namenya masakan ni. Style omputeh la konon ni, dia tengok kat channel AFC.



Rupa dia cam tak menarik pun kan..tapi sedap la jugak. Daging tu potong keping2, letak garam dan lada hitam yang ditumbuk atau blend, pastu goreng atas kuali leper tu, pakai minyak zaitun. Kalau pakai minyak masak biasa lain sikit rasanya. Haa..simple je kan, sekejap je, dah boleh makan. Ni bukan daging korban pun, daging raya la kirenye, dua hari sebelum raya tu diorang jual daging lembu, so amek la daging batang pinang 2-3 kilo simpan untuk sendiri.

Ok la, nak pegi memasak tuk lunch pulak ni...bukan masak daging lagi ye, nak masak ikan keli goreng berlada. Tadi pegi pasar ikan keli je yang ada, ikan lain semua tinggal yang dah tak cantik.

~Wassalam~

Tuesday 8 November 2011

Baru Betul Raya Korban ni...

Assalamualaikum...

Hye semua...haa..camane raya korban korang kali ni? Best tak..? Yang penting kita dapat menghayati erti korban tu yang sebenarnya. Tahun ni tak de sape pun antara family aku dan family suami yang korban. Tapi raya korban tu tetap terasa meriahnya sebab family belah suami aku ni memang terlibat menjual lembu untuk tujuan korban. Bukan menjual je, menghantar, dan termasuk jugak menyembelih lembu korban.

Encik apis la yang menjadi tukang sembelih sampai 2 hari raya yang dah lepas ni. Hari ni baru la dapat rehat dari kepenatan selama 2 hari. Huhu..aku pun sekali la menyibuk 2 hari tu sampai bengkak kaki makin teruk. Penat nye memang teramat sangat la. Hari ni baru boleh nak bukak laptop ni. So, nak citer sikit dan tunjuk gambar kat korang peristiwa raya korban pertama dan kedua.

Hari raya pertama, 10 zulhijah, encik apis sembelih 11 ekor lembu korban, dan seekor biri-biri. Tempatnya lain-lain tu. Ada kat masjid (3 ekor), kawasan perumahan (seekor), kilang sawit (seekor), rumah orang (seekor, & seekor biri-biri), kebun orang (5 ekor).


Hari pertama Raya Korban


Hari raya kedua pulak, 11 zulhijah, apis sembelih 6 ekor lembu korban. Semua disembelih di kebun sendiri, lepas siap sembelih dan dibersihkan perutnye, empat ekor dihantar ke surau, dan dua ekor lagi hantar rumah orang.

Hari kedua Raya Korban

Gambarnye aku edit kecik2 camtu supaya tak berat sangat blog ni, kalau letak gambar satu2 nanti memang penat la korang kena tunggu dia downloading. Semua gambar aku amek sendiri. Bayangkan aku tengah perut dah sarat ni, boleh duduk depan lembu yang sedia untuk disembelih, untuk amek gambar. Sampai ade pak cik tu tanya camni 'berani ye tengok darah, tak takut ke, dah biase ye?'. Pak cik tu sebenarnye takut darah, lepas tu dia lari jauh sikit, tengok dari jauh je.

Hrmm..aku pun tak tau la nak cakap berani ke ape. Tapi sebelum ni memang biase tengok abah sendiri sembelih lembu. Tapi kan bile aku tengok balik gambar2 yang dah dicopy dalam laptop ni, memang rasa takut pulak tengok darah. Yang aku masukkan kat sini pun tak berapa nampak darahnye, tak sampai ati pulak nak masuk gambar yang berdarah-darah tu.

Ok la, tu je aku nak citer kisah raya korban aku tahun ni.

~Wassalam~

Saturday 5 November 2011

Salam Aidiladha ^_^

Assalamualaikum...

Masuk je waktu maghrib tadi, selepas je azan maghrib, terus berkumandang takbir raya. Hrmmm...baru terasa macam nak raya. Kalau tak aku rasa cam tak de ape2 je. Tak de perasaan nak beraya pun. Entah la kenapa. Kalau dulu masa bujang lagi, nak raya tu tak kire la raya puasa ke raya haji ke, mesti sibuk2 nak balik kampung. Tak kire la cuti raya haji 1-2 hari je, mesti nak balik jugak kan. Meriah je aku rase walaupun raya haji.

Raya haji yang best menunye mesti semua berasaskan daging. Yelah, kalau bukan family sendiri yang korban pun, mesti dapat jugak daging korban yang diagihkan jiran-jiran. Tapi yang bestnye kalau korban sendiri la. Sampai 2-3 hari masih makan daging. Kalau raya pertama masak rendang, raya ke2 masak sup tulang atau sup gearbox. Wah sedapnye...terbayang dah sup tulang masakan umi setiap kali raya haji. Macam-macam la lagi menu masakan daging. Termasuk la perut lembu masak kerabu perut pun sedap kan.

Tapi raya haji kali ni tak dapat merasa suasana tu dan masakan umi. Kali ni raya haji kat rumah mertua. Memang dah duduk sini, tak de la suasana balik kampung tu. Biase la kalau raya haji je diorang sibuk dengan tempahan lembu untuk korban esok dan lusa. Encik suami pun tak balik-balik lagi ni, dari pagi keluar menghantar lembu yang orang tempah, sampai malam tak abis lagi penghantaran lembunye. Tu baru hantar lembu hidup, esok pulak ada lagi tempahan lembu, yang perlu disembelih dulu dan hantar dagingnye pada orang yang tempah. Aku pun tak amek tau sangat berapa ekor semuanya.

Mungkin tengah malam baru balik kampung atuk suami, dekat je, dalam sejam kot. So kat rumah ni pun tak de la masak2 ape2 pun tuk raya esok. Biase atuk dia dah siap masak dah. Sebab tu la aku tak rasa cam nak raya pun. Cam sedih pulak kan. Tadi pun kakak telefon, diorang on the way balik beraya di Kelantan. Huaaa...sedihnya tak dapat ikut. Tak pe la, namanye dah kawin kan, tempat isteri kan di sisi suaminya. Tapi tu la encik suaminye sibuk je, tak de di sisi aku pun ni, mane tak sedihnya '__'

Ok la korang, ape-ape pun kita patut gembira kan meraikan hari raya haji atau korban ni. Selamat hari raya Aidiladha aku ucapkan pada semua. Mohon maaf andai ada tersilap bicara, tersalah kata. ^_^

~Wassalam~

Friday 4 November 2011

Demi Masa!

Assalamualaikum...

Demi masa! Allah bersumpah dengan perkataan masa dalam surah Al-Ashr. Menunjukkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita seharian.

(1) Demi masa.
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
(3) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Surah Al-Ashr, 1-3)

Adakah kita tergolong dalam manusia yang berada dalam kerugian? Cuba kita hayati dan renungkan makna surah tersebut. Dalam kehidupan kita seharian mana satu urusan yang lebih kita utamakan? Urusan duniawi atau urusan mentaati perintah Allah?

Dalam sehari, 24 jam kita ada, tapi berapa saat atau minit yang kita gunakan untuk bertemu Allah? Kalau kita bertemu Allah dalam 5 waktu solat sehari, dan setiap waktu solat kita habiskan 5-10 minit, kita hanya bertemu dan dekat dengan Allah selama 25-50 minit SAHAJA sehari. 25-50 minit daripada 1440 minit yang kita ada dalam sehari. Masa yang selebihnya kita habiskan dengan macam-macam urusan duniawi termasuk lah mengadap laptop, berblogwalking, post entry dan sebagainya kan...

Dalam kehidupan seharian, kita sibuk dengan pelbagai urusan contohnya tutuntan kerja di pejabat, tanggungjawab sebagai pelajar, tugas suri rumah seperti mengemas rumah, memasak, dan sebagainya. Tapi tu semua bukan alasan untuk hanya menggunakan sedikit masa untuk beribadat kepada Allah. Kenapa perlu kedekut masa untuk Allah? Kenapa kita boleh lebihkan masa untuk urusan-urusan lain, tapi bila solat je kita seboleh-boleh nak pendekkan masanya. Al-Fatihah baca laju-laju, surah lazim baca yang paling pendek je, lepas salam, doa ala kadar terus lipat sejadah, kembali pada urusan dunia.

[google image]
Cuba kita lebihkan sedikit masa untuk bertemu Allah tu. Hayati bacaan al-Fatihah, baca surah yang panjang sikit, sujud lama sikit, lepas salam sambung dengan wirid dan zikir, sambung lagi dengan membaca al-Qur'an paling sedikit pun satu muka. Hrmmm..boleh tak kita buat camtu? Paling kurang pun buat dalam salah satu waktu solat je. Contohnya waktu solat Subuh atau waktu solat Maghrib sementara menunggu waktu Isyak. Kita boleh cuba sikit-sikit dan seterusnya istiqamah mengamalkannya. Kalau kita boleh istiqamah dalam 'mengepost' entry, kenapa perlu alasan untuk istiqamah dalam mengerjakan amal ibadat dan bertemuNya. Tak susah kan...^^

Semoga kita semua tak termasuk dalam golongan manusia yang berada dalam kerugian. Sama-sama kita hayati dan amalkan..>__<

~Wassalam~

Thursday 3 November 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Assalamualaikum....
Selamat petang semua...


Jom join segmen ni, tarikh tutup 11 November 2011, 2 petang.
Untuk blog follower bawah 500 je ye...
Blog 'teratak hati' ni memang layak sangat la kan...
Nak join klik kat banner tu ye...

Thanks semua yang singgah, komen, dan follow...>__<

~Wassalam~

Wednesday 2 November 2011

Aidiladha~Amalan Korban

Assalamualaikum...

Hari ni dah 6 Zulhijah, lagi 4 hari lagi umat islam akan menyambut Aidiladha pada 10 Zuhijah 1432H. Bila sebut Aidiladha semua maklum ianya sinonim dengan dua ibadat agung iaitu ibadat haji dan korban. Ok la, kat sini aku nak share beberapa perkara tentang amalan korban ni, yang diambil dan diringkaskan dari majalah Solusi isu no.36.


Definisi Ibadah Korban

Korban atau udhiyyah dalam bahasa Arabnya, bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada hari Nahar atau Hari Raya Haji pada 10 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijah) bertujuan untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah s.w.t.


Dalil Pensyariatan

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan bagi setiap umat sudah Kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang direzekikan Allah kepada mereka." (Surah al-Hajj 22:34).

Melalui hadis pula telah diriwayatkan bahawa: "Rasulullah s.a.w. juga telah menyembelih dua ekor kibas putih yang bertanduk besar sebagai korban dengan tanagnnya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibas tersebut." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hikmah dan Fadilat

Korban ialah ibadat. Setiap korban yang dilakukan kerana ibadat mempunyai hikmah dan faedah selain mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Ia juga sebagai melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah terhadap nikmat-nikmatNya yang melimpah ruah. Hikmah yang paling jelas dan tinggi nilainya adalah untuk menghayati pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyahut perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

Antara hikmah lain, ibadat korban menolong orang fakir dan mereka yang berhajat serta bagi menggembirakan mereka, anak isteri dan keluarga pada hari raya. Ini dapat menanam perasaan kasih sayang antara si kaya dengan si miskin seterusnya mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat Islam dan semangat berjemaah.


Hukum

Hukum korban dibahagi kepada dua:

Pertama: Sunat mu'akkad bagi orang yang cukup syarat-syaratnya iaitu Islam, akil baligh dan berkemampuan.

Kedua: Mewajibkan dirinya sendiri sama ada untuk berkorban kerana mendekatkan diri kepada Allah atau bernazar.


Apa yang Perlu Dikorbankan

Korban hanya sah dengan unta, lembu (kerbau), kambing dan biri-biri. Yang paling afdal ialah unta, diikuti lembu dan kambing. Harus berkorban dengan seekor unta atau lembu jantan atau betina untuk tujuh orang.

suburkan syiar ibadat korban dalam masyarakat Islam

 Syarat Binatang Korban

Cukup Umur: Umur unta disyaratkan masuk tahun keenam. Umur lembu dan kambing telah masuk tahun ketiga, manakala biri-biri pula telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum sampai setahun.

Tidak Cacat: Ketiga-tiga jenis binatang korban tersebut tidak cacat yang menyebabkan kurang dagingnya. Juga tidak sah korban kambing yang terlalu kurus, sangat tempang, buta sebelah mata, berpenyakit atau putus sebelah telinganya.
Setiap perkara yang menyebabkan binatang itu kurus dan kurang dagingnya hendaklah dikiaskan kepada keempat-empat kecacatan tersebut.


Cara Pengagihan Daging Korban

Jika melakukan korban sunat, harus bagi yang berkorban memakan sebahagian daging korban dengan syarat disedekahkan sebahagiannya. Tetapi yang afdalnya ialah dia memakan sedikit untuk mendapat keberkatan dan selebihnya disedekahkan. Dia juga boleh memakan 1/3 bahagian, menyedekahkan 1/3 bahagian kepada fakir miskin, dan 1/3 bahagian dihadiahkan kepada sahabat handai dan jiran tetangga sekalipun mereka kaya.

Jika korban wajib pula (nazar atau yang mewajibkan sendiri), jumhur ulama telah sepakat berpendapat bahawa haram memakan dagingnya oleh yang berkorban dan mereka yang di bawah tanggungannya. (Al-Fiqh al-Manhaji).


Ok la, semoga kita sama-sama dapat menghayati hikmah ibadat korban yang menjadi ibadat utama selain ibadat haji pada setiap Hari Raya Aidiladha.

~Wassalam~

Tuesday 1 November 2011

Masa Untuk Membalas Tag

Assalamualaikum...

Ok, pagi tadi aku ditag oleh msred, baru la teringat beberape hari lepas aku ditag oleh rosalia tapi tak sempat-sempat nak balas, so petang ni baru ada kelapangan, jadi aku nak jawab la tag dari kedua-dua blogger ni sekaligus kat entry ni. Entah dari mane la asalnye tag ni aku pun tak sempat nak kaji...hehe...

Syarat-syarat Tag ni:

1. You must post these rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


11 Perkara Tentang Diriku:

1. Nama Salina, mase sekolah dulu diorang panggil Salina, kat U ramai panggil Na or Nana, mase keja pulak dapat panggilan Sally.
2. Anak ketiga dari empat beradik.
3. Lahir di Kelantan, membesar di Pahang. (umi orang Kelantan, abah orang Pahang)
4. Sekolah rendah dan menengah di Kuala Lipis, Pahang.
5. After SPM masuk UiTM Jengka, Pahang, and graduate Diploma Pengurusan Ladang pada tahun 2006.
6. Graduate Bachelor in Science (Hons.) Plantation Technology and Management, from UiTM Shah Alam, pada tahun 2008.
7. Pernah kerja kontrak selama setahun lebih di Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan, Putrajaya.
8. Berkahwin dengan pilihan hati pada  20 November 2010.
9. Sekarang menetap di Johor, (menganggur/suri rumah sepenuh masa).
10. Seorang yang pendiam dan susah nak berkawan, tapi bile dah kawan tu ok je.
11. Sangat suka warna biru dan ungu.

11 Soalan dari Rosalia:

1. Pandangan anda mula-mula masuk blog ni?
~ blog yang cantik, kemas, menarik dengan colour pink.

2. Anda rasa saya ni peramah ke tak?
~Peramah kot sebab ade 'bloglist mesra' kan...

3. Blog ni berserabut ke dengan benda tak penting?
~Ok je, tak serabut pun.

4. Berat tak nak tunggu blog ni buka?
~Kadang2 ok je, kadang2 lama sikit nak tunggu, time line tak ok kot...:)

5. Entry yang saya buat ok ke merapu je?
~Entry ok je dan best2...

6. Apa yang perlu ditambah dalam blog ni?
~ermm...tak de ape kot, semua dah ade...hehe..x de idea la...

7. Apa satu kelemahan blog ni yang anda tak suka?
~Tak de kelemahan pun, suka je...

8. Kalau diberi pilihan anda nak tak kenal dengan saya?
~Mesti la nak kenal...tengok orangnye comel je...

9. Blog ni ada potensi tak untuk orang kenal?
~Ade kot, tengok ramai je pengunjung, dah ramai orang kenal tu...

10. Patut tak saya berhenti je buat blog?
~Tak patut la, perlu teruskan...

11. Penat tak jawab soalan saya ni?
~Boleh tahan gak penatnye..hehe..;)



11 Soalan dari msred:


1. Perkataan atau ayat yang sering anda gunakan?
~ermm...tak pasti la...maybe perkataan 'kot' hehe...
2. Anda jenis left brain atau right brain?
~left brain, suka nombor, logik, sistematik, tak suka melukis, warna warni, tak kreatif.
3. Adakah anda seorang yang setia?
~Ye, setia pada pilihan hati, couple hampir 7 tahun, then kawin ngan orang yg same..
4. Describe yourself in 3 words?
~Pendiam, Sensitif, Simple
5. Coffee? Tea? Or Milo? Which one is you?
~Coffee
6. Apa perkara paling buruk sekiranya pasangan anda lakukan yang boleh buatkan anda terus tinggalkan dia?
~Bunuh aku kot..
7. What is your worst nightmare?
~kena kejar hantu
8. Sehari berapa kali anda gosok gigi?
~2 kali
9. Adakah anda addicted to something? Apa dia?
~ermm..tak de kot...heee..
10. Movie yang paling tak best?
~alamak..tak ingat la..hehe..
11. If you decide to join this tagging game, why?
~to answer your question...boleh tak..?hehe...

11 Soalan untuk mereka yang aku tag:
1. Pandangan anda tentang diri aku setakat yang anda kenal?
2. Blog aku ni best tak?
3. Entry blog aku ni boring tak?
4. Ada cadangan untuk penambahbaikan blog aku?
5. Kenapa anda berblogging?
6. Suka makan kampung2 ke, seafood ke, western?
7. Warna kesukaan?
8. Impian yang nak pastikan tercapai?
9. Suka memasak ke makan kat kedai?
10. Anda mata duitan tak?
11. Siapa orang yang anda kagumi?

11 Orang yang aku nak tag,(jangan marah ye..)
Ok la, selesai sudah...penat nye membalas tag ni...tapi tak pe la kan, orang dah tag tu satu penghargaan la kirenye...>__~
~Wassalam~

"SEGMEN NASZ : BLOGLIST NOVEMBER 2011"

Assalamualaikum...

Sempena 1.11.11 ni, nak join segmen dari blog Mohd Naser.com, 'Bloglist November 2011'
Encik Nasz ni memang tiap-tiap bulan bubarkan bloglist dan buat bloglist baru.

[klik picture ni tuk join k]
Aku nak join bloglist Encik Nasz ni sebab boleh meningkatkan traffic blog, menambah pembaca, dan juga follower.
Blog Encik Nasz ni memang ramai pengunjung dan entry best-best .
Jadi memang dapat membantu meningkatkan traffic blog kita jugak kalau dah ada dalam bloglist Encik Nasz ni.

Ok selesai..>__<

~Wassalam~

Monday 31 October 2011

Cerita hari ahad...

Assalamualaikum...

Hye..haa..petang tadi aku mengarut pasal cerita hari sabtu, dah bace ke belum..?kalau belum baca la kat SINI (tapi jangan menyesal lak sebab entry mengarut je tu). Sekarang pun aku nak mengarut lagi, cerita hari ahad pulak. Yang tak nak bace tu cepat-cepat klik pangkah (X) kat atas tu ye..hehe...

Ok la, hari ahad, semalam, penat hari sabtu tak hilang lagi, kaki bengkak sikit sebab banyak berjalan dan berdiri. Pagi tu pegi sarapan ngan encik suami, aku cam biase sarapan roti canai je, encik apis pulak nasi lemak. Pastu balik rumah, encik apis nak pegi buat kerja dia, korek lubang untuk buat tembok rumah. Rumah tu bakal aku dan apis duduk nanti bile dah siap renovate cantik2. Apis cuma korek lubang tu je sebab korek pakai backhoe. Tukang yang buatnya orang lain la.

encik apis dengan 'CASE'nya..
Rumah tu kena lelong sebenarnye, dah rezeki la encik apis dapat beli rumah tu, tanpa ada orang lawan masa lelong tu. Mase tu orang tak perasan rumah tu dah kuar notis lelong dalam paper, kalau orang tau memang susah la nak dapat, kena lawan harga. So, dapat la beli rumah tu dengan harga murah la nak dibandingkan dengan harga pasaran sekarang ni. Dah lame loan lulus, awal tahun aritu, tapi tak sempat nak renovate lagi. Lagipun tak berape nak ade duit sebenarnye nak renovate tu...hehe..banyak pakai duit tu.

Rumah ni rumah berkembar, semi-detached la, tapi satu tingkat. Yang bagusnye rumah ni rumah ujung, corner lot. Tapi dapat beli harga murah pun banyak kena renovate. Rumahnye teruk sangat dah. Pastu pikir2 alang-alang nak betulkan mane yang teruk tu, buat la biar cantik2, besar2 terus. Wah..macam banyak duit lak nak buat besar2 sangat. Hrmm...kitorang pun pening camane nak renovate rumah ni. Last2 buat je la dulu tembok dia. Haha..orang lain buat rumah dulu, kitorang buat tembok dulu.

CASE ni siap ade nama dan contact number ye..untuk disewa..
Aku pun pegi la menyibuk kat situ, amek-amek gambar. Sekejap je, matahari dah terik aku pun balik la. Sempat jugak online semalam tapi blogwalking sikit2 je, pastu encik apis dah balik, dia tidur jap, pukul 3 aku ajak dia keluar pulak pegi shoping. Bukan nak shoping sangat pun, penat hari sabtu pun tak hilang lagi. Tapi keluar jugak sebab nak cari barang2 tuk prepare sebelum aku nak bersalin nanti. Barang2 baby je, beli sikit2. Tu baru beli sikit dah rase cam banyak pakai duit, belum ape2 lagi tu, nanti baby nak membesar lagi la macam-macam nak kena beli.

Dah malam baru balik, kaki aku yang baru nak surut bengkak pun dah bengkak lagi. Huhu...dah la, tak nak jalan banyak2 dah. Tapi jalan banyak orang cakap bagus, senang nak bersalin nanti.

Ok la, cukup la sesi mengarut-ngarut aku kali ni...thanks dan tahniah kepada korang yang baca dari awal sampai abis. >__<

~Wassalam~

Cerita hari sabtu...

Assalamualaikum...

Hye semua...sihat ke..? Dua hari tak post entry, tak de kesempatan, hari ni pun dah petang2 ni baru dapat menaip. Hari sabtu aku pegi Melaka sebab ada jemputan kawin. Sebenarnya sebab nak jumpe umi dan abah aku yang pegi jemputan tu, sebab dah lama tak balik Pahang. Raya Haji ni pun mungkin tak balik sebab dah 9 bulan masa tu, semua risau takut ada ape2 tengah jalan nanti susah pulak. Sedihnya tak dapat balik kampung.

Kebetulan ayah su dan mak su aku dari Kelantan nak pegi jemputan kawin tu. Diorang pun ajak la umi dan abah aku pegi sekali. Dari Kelantan ke Melaka lalu KL memang lalu Kuala Lipis (kampung aku). Jemputan tu dari sepupu umi dan ayah su aku yang duduk Melaka, anak dia kawin. Mesti korang pening kan aku ni orang Pahang ke Kelantan. Umi aku orang Kelantan, abah orang Pahang, aku lahir kat Kelantan, tapi membesar dari kecik lagi kat Pahang. Dan sekarang dah kawin ngan orang Johor, so duduk Johor la pulak.

Umi aku siap bawakkan barang-barang persediaan untuk aku nak besalin nanti. Terharu betul, siap jahitkan kain barut tuk baby dan aku sekali, buatkan tilam baby, bantal peluk 2 biji, bantal kecik 2 biji. Tak ketinggalan kayu dan buah manjakani tuk rebus, minum mase pantang nanti. Macam2 lagi la barang2 tuk pantang ni. Aku tak tau ape2 pun sebab tak pernah tengok orang berpantang. Abah aku pulak dah siap buatkan air solat hajat dan air selusuh. Takut pulak aku tengok. Bukan takut tengok air selusuh tu, takut pikirkan camane la nak menghadapi saat-saat nak bersalin nanti. Umi pun banyak la bagi pesanan-pesanan berguna untuk menghadapi masa bersalin nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku nanti...amin...

Sebelum pegi kenduri kawin tu Sempat la jalan-jalan jap kat Dataran Pahlawan, area Kota A-Famosa tu. Tapi tak sempat bergambar pun. Tak dapat la nak masukkan gambar dalam entry ni. Nak naik menara keris taming sari yang berpusing tu lagi la tak sempat, ramai tu orang beratur tunggu giliran. Aku ni memang tak penah pegi Melaka pun. Kali ni pegi tak sempat jalan2 sangat, lain kali la nampaknye pegi Melaka lagi.

Lepas jalan2 kejap tu, pegi kenduri kawin kat dewan Hang lekir, Tanjung Keling. Makan-makan dan beramah mesra ngan sedara mara yang ada kat situ. Pastu umi, abah, ayah su, dan mak su aku terus bertolak balik sebab diorang dah datang dari hari Jumaat lagi. Aku ngan encik suami pulak singgah rumah Kak Da, sepupu aku, anak ayah su, dia memang duk Melaka. Kejap je singgah, dalam pukul 5.30 tu ingat nak balik dah, tapi kawan aku pulak ajak singgah rumah dia.

Aku pun ajak encik suami singgah rumah kawan aku tu. Aku kawan ngan diorang ni mase keja kat Putrajaya dulu. Sewa serumah. Diorang ni 3 orang adik-beradik sebenarnye. Mase kat Putrajaya tu banyak kali jugak bertukar-tukar housemate, dan diorang ni la housemate paling best penah aku jumpe. Tak sangka dapat jumpe diorang lagi, walaupun tak dapat singgah rumah, dapat jumpe kat hospital je sebab diorang melawat ayah diorang masuk wad. Sempat la aku melawat sekali. Pastu kitorang pegi makan sambil tu bertukar-tukar cerita. Tak dapat jumpe lama, sebab dah malam pun mase tu, dalam pukul 8.30 aku dan suami bertolak balik Johor. Pukul 11 sampai rumah, dah kepenatan sangat, mandi, solat, then terus tidur.

Tu la cerita hari sabtu aku. Tak dapat online hari sabtu, so buat la entry mengarut cerita hari sabtu ni pada hari isnin ni. Memang mengarut pun kan, korang pun mesti malas nak baca. Ok la stop dulu....^__^

~Wassalam~

Friday 28 October 2011

Putus cinta sampai sanggup bunuh diri..

Assalamualaikum...

Dari semalam sampai hari ni kecoh kat rumah ni duk citer pasal sorang budak bunuh diri. Budak perempuan, baru tingkatan 2, bunuh diri sebab teman lelaki putuskan hubungan cinta. Lelaki tu pulak baru tingkatan 4. Kejadian ni berlaku kat rumah budak perempuan tu, kawasan berhampiran ngan kawasan rumah mak mertua aku ni, tu yang diorang kecoh2 duk cerita tu. Dengarnye ada masuk Metro. Aku ni dengar-dengar camtu je la.

Budak perempuan tu bunuh diri dengan cara menggantung diri dia guna kain batik mak dia, yang diikat kat lubang angin atas tingkap bilik. Teman lelaki dia tu putuskan hubungan dalam pukul 10 pagi, pukul 12 tengahari dah jumpe dia tergantung tak bernyawa dah. Bayangkan camane dia boleh sanggup gantung diri camtu. Semata-mata kerana cinta yang orang panggil cinta monyet tu. Tak tau la nak cakap ape kan. Nak disalahkan siapa pun tak tau la.

Sebab tu la pentingnya mak ayah menekankan didikan agama pada anak-anak. Bukan tu je, kena prihatin, amek tahu apa yang anak-anak buat. Lagi-lagi anak remaja yang baru nak kenal dunia sebenar, baru nak mencari identiti diri. Tapi camane kalau mak ayah dah didik dengan agama, dah amek berat, tapi masih jadi jugak perkara macam tu..? Kat situ la pentingnya amalan kita tentang ilmu yang kita ada. Kalau betul mak ayah menunjukkan contoh yang baik, hidup berlandaskan agama, dan si anak pulak mengamalkan ajaran agama, tak tinggal solat, mustahil dia boleh bunuh diri camtu.

Cinta yang utama hanya pada Allah. Tempat bergantung hanya pada Allah. Budak tingkatan 2 tak faham ke perkara camni? Hrmm...tak tau la nak cakap ape. Sia-sia je satu nyawa pergi camtu je. Memang dah ajal dia, tapi caranya dia sendiri yang pilih kan.

Ok la..tak leh cakap lebih-lebih, kita tak tau situasi sebenarnya camane kan. Budak tu pun entah apela yang mendorong dia sampai sanggup bunuh diri. Semoga jadi pengajaran kepada semua.

~Wassalam~

Thursday 27 October 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak join kempen ni, 'Kempen Tingkatkan Jumlah Followers'.
Dianjurkan oleh blog Terjal Bicara-Azim Razak.




Sebenarnye dah 2-3 hari duk tengok kawan-kawan blogger join kempen ni.
Hari ni baru ada kesempatan untuk join.
Kawan-kawan yang tak join lagi jom la join kempen ni.
Dapat mengenali blog-blog lain disamping menambah jumlah follower.
Kalau nak join klik je kat banner atas tu ye..^__^

~Wassalam~

Gangguan Tidur Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...pagi lagi ke ni, dah nak tengah hari dah pun. Kejap lagi dah nak kena memasak untuk makan tangah hari. Bangun pagi tadi dengan sakit kepalanye, sebab malam tadi tidur cam terjaga banyak kali. Memang sejak kebelakangan ni, dah akhir-akhir trimester kehamilan ni selalu terganggu tidur. Mula-mula nak tidur tak berapa selesa, bila dah lena tu ada je nak terjaga, pusing2 kiri kanan ada je yang tak kena.

Biasanya pukul 4 lebih akan terjaga, perlu ke bilik air. Tadi pun camtu la, pukul 4 lebih aku terjaga nak pegi bilik air, nak bangun sakit pulak kat bahagian tulang rusuk kanan ni, lama sangat kot tidur mengiring ke kanan, sampai kena kejutkan encik suami untuk tolong bangunkan aku. Lepas pegi bilik air tu nak sambung tidur tak boleh lena pulak. Perut rasa lapar sangat. Selalu jugak la time pregnant ni terjaga perut lapar. Lagi2 kalau malamnye tak makan nasi, makan benda lain. Tu la malam tadi gatal makan laksa penang, tak nak makan nasi, kan dah lapar. Aku kejut encik suami lagi, dia pun amekkan roti kat dapur, aku makan then baru boleh sambung tidur. Bangun subuh tadi dah pening pulak kepala ni. Hrmmm...macam2 la kan.

Aku ada baca dalam satu majalah ni, gangguan tidur memang biasa terjadi kepada ibu hamil disebabkan beberapa punca:

1. Payu dara sakit

Payu dara semakin mudah rasa sakit. Biasakan tidur mengiring boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan nutrisi kepada janin dan rahim. Juga memudahkan tubuh menyingkirkan air dan bahan yang tidak diingini oleh tubuh. (Tapi bila tidur mengiring lame2 sakit pulak tulang rusuk ni).

2. Kerap buang air kecil

Rahim yang semakin mengembang memberi tekanan kepada pundi kencing dan menyebabkan perlu kerap ke bilik air. Banyakkan minum air waktu siang dan kurangkan minum waktu malam terutama sebelum masuk tidur. (Kena minum banyak air untuk mengelak sembelit dan kencing kotor, tapi nak kena kerap ke bilik air je ^^)

google image

3. Loya dan muntah

Loya dan muntah biasanya terjadi ketika perut kosong. Makan sedikit dan ambil sedikit makanan ringan tinggi karbohidrat sebelum masuk tidur.

4. Kaki kejang

Cuba luruskan kaki dan bengkokkan tapak kaki sehingga hujung ibu jari tegak ke atas. Urut kaki perlahan-lahan, tuam bahagian kaki yang kejang dengan air suam, bangun dan berjalan seketika.

5. Insomnia

Semakin menghampiri saat bersalin, semakin kerap perasaan bimbang melanda dalam diri wanita hamil. Cuba pejamkan mata, bernafas dengan tenang dan buang kebimbangan.


Hrmm..tu la puncanya ibu hamil mengalami gangguan tidur. Cam aku ni biasanye sebab kerap nak buang air kecil dan tak selesa dengan posisi tidur. Yang lain-lain tu tak de la kot. Kaki kejang tu tak pernah kena pulak. Macam-macam kan pregnant ni. Belum lagi sakit nak bersalin. Baru kita rasa sendiri camane susahnya mak kita sendiri mengandungkan kita dan melahirkan. Jadi hargailah mak kita selagi masih ada kesempatan. >__<


~Wassalam~

Tuesday 25 October 2011

Berilmu tetapi tidak mengamalkannya..??

Assalamualaikum...

Perkara paling susah dilakukan oleh orang yang ada ilmu ialah untuk mengamalkan ilmu tu. Siapa orang yang berilmu..?? Mesti la kita semua ada ilmu kan. Semua orang ada ilmu tak kira sikit atau banyak. Kita semua sekolah dari tadika, sekolah rendah, menengah, masuk universiti, kolej, dan sebagainya. Ilmu dalam kehidupan seharian contohnya kat rumah, mak ayah pun ada ajar dan turunkan ilmu sedikit-sebanyak tentang kehidupan kan. Jadi kita semua ni berilmu dan perlu untuk kita mengamalkan ilmu tu.

Tapi kenapa ramai yang susah untuk mengamalkan apa yang dia belajar, apa yang dia tahu..? Contoh paling mudah la, kita dah diajar di rumah dan di sekolah mungkin dari tadika lagi supaya membuang sampah ke dalam tong sampah atau bakul sampah atau plastik sampah atau tempat yang memang dikhaskan untuk membuang sampah. Susah ke nak amalkan..? Kenapa masih ada yang buang sampah merata-rata..? Ada pulak yang buang sampah di tempat yang tak sepatutnya cam peti surat, pasu bunga dan longkang.


 











Sia-sia la dari tadika atau sekolah rendah dah diajar gambar tong sampah tu camane, belajar bahasa inggeris ada perkataan dustbin kan siap ngan gambar lagi. Haa..mase tu boleh je faham buang sampah dalam tong sampah, yela mase kecik-kecik dulu kan, kat sekolah, cikgu ajar camtu dan arahkan camtu, ikut je la. Tapi bile dah besar dah lupe agaknya apa yang dipelajari. Hrmmm..tak tahu la kenapa kan....

Tu baru salah satu contoh, banyak lagi la kita boleh tengok kat sekeliling kita. Sebenarnya kita dah belajar, dah berilmu, dah tahu, tapi masih tak nak amalkan secara betul. Sia-sia je la ilmu yang kita ada tu kan. Berilmu bukan saja perlu dikongsikan tapi yang penting mengamalkannya.

Ok la, sama-sama kita mengamalkan ilmu pengetahuan yang kita ada k...>__<

~Wassalam~

Monday 24 October 2011

Kenapa jadi macam ni..??

Assalamualaikum...

Semalam baru perasan, tajuk entry tak de, kat bawah hari dan tarikh tu. Kan sepatutnya ade tajuk entry kat situ.


Sebelum2 ni ada, tapi mungkin lepas edit HTML tuk letak gambar sebelah tajuk tu, lepas tu ingatkan ok je, rupenya ada masalah pulak. Bila bukak kat satu entry, tajuknya tak de kat atas tu, tapi bile bukak kat home, maksudnya kat page ade banyak2 entry tu, ada pulak tajuknya. Kenapa ek jadi camtu? Dah salah ubah kod ke..? Memang tak pandai main ngan kod2 ni, saje try edit2 ikut tutorial kat satu blog tu...Memang jadi camtu ke kalau letak gambar kat sebelah tajuk tu..?

Harap ade yang boleh tolong bagi penyelesaiannya, kalau tak nampaknya kena ubah pada kod asal la, cam tak best pulak tak de tajuk entry kat atas tu.

Help me please....^__~

~Wassalam~

Saturday 22 October 2011

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

Assalamualaikum...

Hye semua...sihat ke..? Aku cam sedikit tension ngan line broadband celcom ni.
Dari siang tadi sampai dah malam ni makin teruk pulak dia buat hal.
Memang menghilangkan mood tengah blogwalking tadi.
Memang aku pakai line murah je, RM48 sebulan, tapi same je la,
pakai yang mahal pun bile time camni lagi la menyakitkan hati kan.

Huhu..dah aku buat entry melepaskan geram lak ni.
Sebelum aku bertambah geram dan hilang sabar baik aku off je laptop ni terus,
layan buat Sudoku tu lagi bagus.
Hari ni sebab line tak ok sambil tunggu download/loading tu
boleh settle sampai 4-5 muka Sudoku.
Haa..kalau tak sehari paling banyak rajin buatnye 2 muka je la.

Hari ni memang tak de idea nak update pun.
Ingat nak blogwalking je.
Tapi dah tension dah ngan line yang cam siput ni (sorry siput pulak yang jadi mangsa).
Ok la, esok je sambung berblog, tak dapat balas kunjungan hari ni,
thanks pada yang rajin singgah sini....>__<

Sebelum tu, sedikit pesanan:
'Sabar itu separuh daripada iman'
'sabar lebih baik dari memaki hamun tak tentu pasal'
tajuk entry cam buat entry serius je kan..
padahal merapu je...
hehe..sabar je la...^__*


~Wassalam~

Friday 21 October 2011

Jadilah Seindah Hiasan

Assalamualaikum...

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Biasa kan dengan ayat ni. Wanita dicipta oleh Allah s.w.t. bermula dari penciptaan Hawa, yang dicipta dari tulang rusuk Adam a.s., sebagai peneman dan penghibur untuk Adam a.s. yang keseorangan.

Wanita, perempuan, gadis, memang dicipta dengan ciri-ciri tersendiri seperti lemah lembut, penyayang, dan sebagainya. Wanita ada daya tarikan tertentu yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Sebab tu la wanita dikatakan hiasan dunia. Tapi nak ke kita jadi hiasan yang murahan je kat dunia ni. Hiasan yang tak de harga, free je, tak pun jual murah-murah je. Mesti la tak nak kan...
 
google image
 Kita kan boleh buat pilihan sendiri. Jadi pilihlah untuk jadi seindah hiasan. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Jadilah hiasan yang ada harga, harga mahal-mahal, bukan maksudnya harga pada nilai wang ringgit, tapi harga pada pandangan orang sekeliling dan terutamanya pada pandangan Allah s.w.t.

Kenapa nak pilih untuk jadi hiasan yang biasa-biasa je..? Tak susah pun, jadi wanita solehah, dah dapat jadi hiasan yang paling indah di dunia sementara ni...susah ke..? Buat la pilihan sementara masih berkesempatan....^__^

~Wassalam~

Thursday 20 October 2011

Mentadak Mentadu pernah jumpa bapak dia tak?

Assalamualaikum...

Tajuk kat atas tu sebenarnye soalan dari encik apis, dia tanya aku sambil tersengih-sengih, cam nak kenakan aku la tu, tengah makan tengah hari pulak tu.

apis: "agak-agak la mentadak mentadu pernah jumpe bapak dia tak?"
aku:  "kenapa tanya pasal mentadak mentadu, kenapa tak cicak ke, belalang ke..,haiwan lain ke.."
apis: "haiwan lain ada kemungkinan dapat jumpa bapak dia, tapi mentadak mentadu dapat jumpa ke bapak dia?"
aku: "la dapat  je la, same je la ngn haiwan lain tu.."
apis: "yeke?tak tau ke cerita pasal mentadak mentadu?"
aku: "kenapa pulak?"

Haa..saje je dia nak pusing2 kan, bukan nak cakap je terus. Yang aku pernah dengar pasal mentadak mentadu ni, kalau kecik-kecik dulu kan bila ada mentadak mentadu dalam rumah abah atau umi suruh tanya "mentadak mentadu macamane '......' tidur?" sebut la nama sape2 kat situ, pastu nanti mentadak mentadu tu gerak2, tu la jawapannye camane orang tu tidur. Selalu la main2 tanya camtu ngan adik beradik bile nampak mentadak mentadu. Korang mesti pernah dengar pasal ni gak kan..?

Tapi yang apis cakap tu pasal lain. Dia pun cerita la dia tengok Discovery Channel, pasal mentadak mentadu.

apis: "Masa mentadak mentadu mengawan, mentadak betina akan makan mentadak jantan.
         Jadinye, mentadak jantan tu akan mati la.
         Yang tinggal benih dia je yang dah disenyawakan ngan telur mentadak betina tu.
         Jadi anak mentadak tu tak kan dapat la jumpe bapak dia."
aku:  "eh..yeke...kalau dia makan jantan tu camane dia mengawan..tak paham la.."
apis: "memang camtu la, tak caye cuba cari sendiri kat internet.."

Aku pun try search internet semalam, tapi jumpe sikit2 je kot, malas nak cari banyak2 lagi. Korang baca la sendiri kat bawah ni:

mentadak jantan atas, mentadak betina bawah
Sexual cannibalism is common among mantises in captivity, and under some circumstances may also be observed in the field. The female may start feeding by biting off the male’s head (as they do with regular prey), and if mating had begun, the male’s movements may become even more vigorous in its delivery of sperm. Early researchers thought that because copulatory movement is controlled by a ganglion in the abdomen, not the head, removal of the male’s head was a reproductive strategy by females to enhance fertilisation while obtaining sustenance. sumber

The adult female usually eats the male after or during mating. sumber

Ok faham tak..?pandai2 la korang fahamkan k...aku nak stop dulu...
~wassalam~