Showing posts with label kambing. kebun. Show all posts
Showing posts with label kambing. kebun. Show all posts

Sunday, 28 October 2012

Salam Aidiladha^^

Assalamualaikum...

Salam aidiladha buat semua. Hari ni dah 12 zulhijjah, raya ketiga la kan. Raya haji/korban/aidiladha disambut sehingga 13 zulhijjah. Takbir raya masih dapat didengar sehingga 13 zulhujjah kan. Camane raya korang tahun ni? Aku cam biasa la,belum dapat balik kampung di kuala lipis. Masih di johor. Sebenarnya tadi dah kemas-kemas beg nak balik lipis, tapi dapat tahu highway jam, cancel la, balik esok pagi je. Frust jugak, dah siap-siap nak gerak boleh cancel pulak. Tu yang sempat mengupdate malam ni.

Encik apis macam biasa la tugas dia memang sangat penting, menyembelih lembu untuk korban. Kebanyakan lembu yang dibeli oleh penduduk disekitar ni daripada abah dia,disembelih di kebun oleh encik apis sebelum dihantar ke tempat masing-masing. Ada jugak yang dihantar awal-awal, maksudnya hari khamis tu dah dihantar ketempatnya. Hari khamis sebelum raya tu encik apis hantar lembu ke beberapa tempat, dari pagi sampai ke tengah malam baru habis hantar.

Jumaat, pagi raya pertama tu, lembu pertama disembelih encik apis untuk korban, di masjid bandar tenggara. Kami ramai-ramai pergi menyibuk sekali la kat situ.


Hakim di pagi raya..

Exsaited dapat jalan..

Cepat-cepat..hakim nak tengok abah sembelih lembu..
Lembu pertama, masjid bandar tenggara, johor.

Lembu kedua, ladang Pekan.

Lembu ketiga-keenam dikebun (raya pertama)

Hakim dikebun atok, raya pertama, dah tukar pakai singlet je, panas..

Haa..tu baru yang raya pertama punya cerita. Raya kedua encik apis sembelih 5 ekor lembu dikebun. Raya ketiga pulak, dua ekor lembu. Kambing pulak 5 ekor disembelih untuk korban, yang orang beli la tu. Tapi aku dah tak ikut ke kebun la raya kedua dan ketiga. Hakim nanti penat-penat sangat takut demam pulak. Cuaca panas pulak sekarang ni.

Ok la..nanti balik dari kampung nak baca cerita raya korban korang pulak. Tak sabar dah nak balik kampung ni. Orang lain semua dah balik dari kampung, kami baru nak balik ke kampung esok..^^

Wassalam..^^

Friday, 15 June 2012

Si kecik bermata bulat

Assalamualaikum...

Budaknya kecik je, mata nak bulat besar-besar...tu la dia si kecik Hakim. Hari sabtu dua minggu yang lepas, pertama kalinya Hakim masuk kebun atok dia. Petang tu, ada orang nak amek kambing untuk aqiqah. Encik apis kena la masuk kebun untuk sembelih kambingnya. Aku pulak cam boring je duk rumah, ikut la masuk kebun, mesti la bawak Hakim sekali kan.

Yang seronoknya, lepas kitorang pegi tu, mak mertua dan adik ipar dua orang, dan seorang sepupu pun nak ikut masuk kebun. Diorang eksaited sebab Hakim pertama kali masuk kebun ni. Macam-macam ada kat kebun abah mertua aku tu. Kambing, lembu, ayam, itik, kuda pun ada dua ekor.

Bile diorang sampai, kitorang pun naik la ke rumah kambing beramai-ramai. Sementara encik apis melapah kambing tu. Risau jugak sebenarnya, takut Hakim terkena jangkitan ke ape..ye la dalam rumah kambing tu kan kotor, habuk-habuk lagi. Tapi redah je la. Alhamdulillah, ok je Hakimnya sampai hari ni. Macam-macam aksi Hakim bila ditunjukkan anak kambing kat dia. Jom tengok gambar...


anak kambing tu gigit-gigit tangan Hakim, tak sakit pun tapi geli..tengok la muka Hakim yang kegelian tu..

ni la keja mak su Hakim..dia bagi anak kambing tu cium pipi Hakim..

wassalam^^