Friday 30 March 2012

Susu Terakhir buat si kecil-

Assalamualaikum...

Nak share kisah sedih ni, copy from facebook, kasih seorang ibu..




Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis reta...
k berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...



Sama ada cerita rekaan atau benar-benar terjadi, memang sedih kan..sama-sama kita renungkan danjadikan pengajaran...

wassalam^^

Thursday 29 March 2012

Breastfeeding is a sunnah

Assalamualaikum…

Jom kita review dan hayati kisah Rasulullah s.a.w ni. Nabi Muhammad s.a.w. disusukan oleh ibunya Aminah sejak dilahirkan. Tetapi hanya sekejap dan ditakdirkan susu Aminah kering. Aminah bersusah payah mencari ibu susuan untuk Nabi Muhammad s.a.w. Aminah tetap tidak mahu memberi  Muhammad susu lembu atau haiwan lain, walaupun anaknya terus menangis kelaparan sepanjang perjalanan menghantar Muhammad kepada ibu susuannya, Halimatun Saadiah. Allah mentakdirkan susu Aminah kering, dan Nabi disusukan oleh Halimatun Saadiah sehingga umurnya dua tahun. Kisah Nabi Muhammad ini adalah sebagai panduan dan pengajaran kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.
·         Setiap bayi yang dilahirkan perlu disusukan dengan susu ibunya sendiri.
·         Ibu perlu berusaha menyusukan bayinya dengan susunya sendiri.
·         Andainya ditakdirkan susu ibu kering, Allah telah memberi contoh kepada kita apakah yang terbaik untuk bayi tersebut, iaitu mencari ibu susuan.
·         Anak perlu disusukan dengan susu ibu sehingga umurnya genap dua tahun.
Tetapi dalam masyarakat kita sekarang memang tidak diamalkan memberi anak kepada ibu susuan. Sekarang bukan setakat susu ibu kering, susu ada tetapi masih nak bagi bayi susu formula atau susu tepung, yang kita semua tahu adalah susu lembu kan. Antara alasannya:
·         susu badan je tak cukup untuk bayi tu kenyang dan membesar.
·         susu badan sikit/kurang, kena campur susu formula.
·         Perlu bekerja, tak dapat nak susukan anak.
Macam-macam lagi alasannya kan. Setiap bayi yang dilahirkan tu berhak mendapat susu ibunya sendiri. Kalau rasa susu badan sikit, ibu sendiri perlu berusaha supaya susu sentiasa cukup untuk bayi. Yang paling penting ialah kemahuan ibu itu sendiri. Kalau dah berusaha dan ditakdirkan betul-betul susu kering, dan tidak dapat mencari ibu susuan, baru lah bagi susu formula pada bayi.
Ceramah maulidur rasul yang aku dengar kat radio, ustaz tu cakap, salah satu syarat menjadi ibu susuan ialah anak yang disusukan tu berumur bawah 2 tahun. Jadi kalau bayi yang bawah umur 2 tahun dah diberi susu lembu macam mana tu?
Usaha dan doa adalah kunci segalanya. InsyaAllah, aku akan terus menyusukan si kecil Hakim dengan susuku sendiri, sehingga Hakim genap dua tahun.

Semoga Allah memudahkannya untukku dan Hakim. Amin…

~Wassalam~

Tuesday 27 March 2012

Bungkusan nationwide express lagi~hadiah penebusan Anmum

Assalamualaikum…

Wah..seronoknya!! Korang jangan jeles tau..(macam la aku sorang je yang dapat) hehe..

Tengahari tadi dapat lagi dua bungkusan nationwide express. Sebelum ni dah cerita kat entry ni tentang hadiah penebusan Anmum. Kali ni dapat lagi dua hadiah penebusan. Selimut arnab dan thermometer infrared. Selimut arnab tu macam sesuai untuk baby girl je kan, pink gitu..boleh ke Hakim pakai??huhuhu…

~Wassalam~

Saturday 24 March 2012

Hakim : Perkembangan bayi 3 bulan

Assalamualaikum…

Hari ni Hakim dah 3 bulan 13 hari. Perkembangan yang dapat dilihat dengan jelas ialah melalui tangannya yang makin ligat. Aktiviti utama adalah menghisap tangan. Bukan hisap jari, tapi tangan dia genggam cam penumbuk tu, pastu dia bawak ke mulut, jilat dan hisap. Bukan main lagi bunyi hisapannya tu. Kadang-kadang sampai dua2 belah tangan dihisapnya sekaligus.
tangan mesti kat mulut..
Selain tu, Hakim selalu gosok-gosok telinga dia sampai merah-merah. Waktu menyusu pun macam-macam aksi tangan dia. Kadang-kadang dia genggam baju aku, kuat jugak genggaman dia, rambut pun dah berapa kali kena tarik dengan tangan Hakim. Lagi satu bile dia tengok benda dekat dengan dia mesti tangannya macam nak capai-capai benda tu.
bangun tidur je nak gosok telinga..

Hakim dah makin kenal bunyi-bunyi. Masa bawak dia pergi stor tempat kerja abah dia, Hakim macam bad mood je, mak su dia bawak dia duduk atas forklift, pastu bunyikan hon banyak kali, dia boleh ketawa pulak. Masa tu la ketawa dia paling gembira sangat gayanya. Biasenya dia hanya senyum-senyum dan ketawa sikit-sikit je bile mainkan mainan bunyi-bunyi dia tu. Dia lagi suka bunyi hon forklift rupenya..hehe..

Hakim bersama forkliftnye..

Jom bace sedikit info dari majalah Pa&Ma keluaran April 2012:

Bayi bawah usia 3 bulan sudah meneroka mindanya melalui aktiviti bermain. Aktivitinya bukan sekadar minum susu dan menangis. Renungan mata, pergerakan genggaman tangan yang spontan serta sentuhan mama,papa dan ahli keluarga lain adalah aktiviti awal si manja dalam menerokai dunia barunya.
Bayi berusia 3 bulan ke atas memiliki aktiviti lebih khusus. Perasaan ingin tahu tertumpu pada tarikan bunyi dan visual yang ada di sekelilingnya. Bayi lebih gemar bermain dengan tangannya sendiri, mengenali wajah orang terdekat, dan mengamati permainan. Sesi memandikannya juga boleh menjadi salah satu aktiviti menyeronokkan baginya seperti menepuk-nepuk permukaan air atau meletakkan permainan di dalam besen mandinya.

Hakim bile dibawa duduk depan tv, dia tengok tv tu macam faham je. Bunyi dan warna-warna dari tv tu sebenarnya yang menarik perhatian dia, lagi-lagi kalau tengok kartun, bukannya dia faham pun, tapi kan banyak colour-colour.
Masa mandi pun tak duk diam Hakim ni. Ditendang-tendangnya air dalam besen mandi tu sampai tepercik keluar, habis basah lantainya. Kalau sabunkan tangan dia, kena cepat-cepat bilas, kadang-kadang waktu mandi pun dia nak bawak tangannya ke mulut.
 
 
Aku nak kongsi satu info mengenai persoalan dalam entry Intan Berlian semalam, aku baru terbaca tadi dalam majalah Pa&Ma, mengenai menyusukan anak sewaktu hamil:
Jika anda masih menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi, tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.



wassalam^^

Friday 23 March 2012

Follower ke-100^^thanks to all followers...

Assalamualaikum...

Follower teratak hati ke-100 ialah msredcheesecake. Tak perasan pulak selama ni msred bukan follower blog ni. Tapi msred selalu datang ke blog ni dan meninggalkan komen-komen yang berguna. Tak kisah la follower ke bukan, tapi bile diorang selalu komen kat entry blog ni, jadi seronok pulak nak berkunjung ke blog diorang, bace entry dan komen. Sebenarnya blog teratak hati ni ada dalam bloglist msred sejak msred offer siapa nak jadi bloglist blog msred. Blog msred pun ada dalam bloglist teratak hati. Thanks to msred sebab sudi jadi follower blog teratak hati yang tak seberapa ni. Thanks to all my followers dari follower pertama pelangi hafyza sampai ke-100. Kalau tak de followers sebelum ni, tak de jugak la follower ke-100 kan...hehe..

Wassalam^^

Thursday 22 March 2012

Hadiah, hadiah, hadiah...^^

Assalamualaikum…

Bertuahnye..dapat bungkusan hadiah. Bukan birthday sape-sape pun, tapi boleh dapat hadiah jugak kan. Hadiah ke..?hehe..Sebenarnya hari selasa kelmarin aku dapat bungkusan pos laju dari Korea..opss..salah ye,dari Kuantan je, from my Kakak, dia pergi bercuti ke Korea last month, tak tahu bile kitorang boleh jumpe, jadi dia kirim je la buah tangan dari Korea tu via Pos Laju. Dia bagi 2 helai t-shirt, empat biji keronsang, satu magnetic memo holder, dan Teatree handmade soap.

Semalam, rabu, sampai pulak bungkusan nationwide express, dari Anmum club. Hadiah penebusan, hantar borang beserta 4 hujung pencedok susu Anmum, dapat la hadiah yang nak ditebus. Dapat selimut baby yang dipeluk oleh anak naga yang comel. Sebenarnya aku hantar 3 borang untuk tebus 3 hadiah, tapi dapat satu je. Lagi 2 tu nak tebus selimut baby yang dipeluk arnab, dan termometer infrared. Tak tahu la dapat ke tak nanti. Dah beli Anmum banyak-banyak dari pregnant dulu, mesti la nak tebus hadiahnya kan..hehe..^^


Lagi satu hari ni, dapat bungkusan pos laju lagi. Ni bukan hadiah ye. Tapi kire hadiah untuk Hakim la. Aku beli online dari fb kawan sekolah dulu. Dia jual softbook macam kat dalam gambar tu. Aku beli satu set, nanti Hakim boleh belajar sambil main2 dengan softbook ni. Kalau kotor, softbook ni boleh dibasuh tau. Semangat kan nak suruh Hakim belajar, dia baru 3 bulan lebih je..huhu..^^


Ok la..wassalam..>__<

Wednesday 21 March 2012

I choose breastfeeding for my lil Hakim ^.^

Assalamualaikum…

Yesss!!! I choose breastfeeding for my cute Hakim. Bukan senang tau nak teruskan dan kekalkan penyusuan susu ibu ni. Banyak cabarannya. Masa pregnant dulu, kat klinik kesihatan tu ada la ceramah pasal penyusuan susu ibu ni. Masa tu dengar je la, memang pikir biasa je la breastfeeding ni, memang semangat la nak bagi susu ibu bile dah bersalin nanti. Tapi, bile dah laluinya, baru rasa cabarannya. Antara cabarannya biar aku list kat bawah ni:

·          Penat dan tak de tenaga waktu lepas bersalin ~ perlu susukan bayi satu jam selepas bersalin.
·         Berpantang  ~  pengalaman pertama kali, penat, perlukan rehat, tapi perlu susukan baby jugak.
·         Puting luka dan merekah ~ terutama bile bayi hisap kat hujung puting, seksa sangat, tahan je la sakitnya.
·         Bengkak payudara ~ ni pun aku dah rasa, sampai demam panas 39.1C, KK hantar hospital naik ambulans lagi..huhu..
·         Kurang susu ~ waktu pantang macam2 tak boleh makan, susu pun tak banyak atau cair, baby nangis je tak cukup susu.
·         Pengaruh orang sekeliling ~ `bayi lelaki kuat menyusu, kena campur susu tepung’ `campur la susu tepung sikit bagi dia besar sikit’ dan macam2 lagi la..
Aku berjaya atasi semua cabaran tu. Tapi tak berapa berjaya jugak sebenarnya. Sebab masa aku kurang susu tu, Hakim asyik nangis je, susah betul nak tidurkan dia. Masa tu aku dapat rasa susunya kurang, Hakim hisap pun macam tak de susu. Encik suami pulak tak sampai hati tengok Hakim nangis kelaparan. Last2 dia pun pergi beli susu formula. Dah bagi la Hakim minum susu formula dua kali masa tu.

Masa bagi Hakim susu formula kali kedua tu, aku sendiri pegang botolnya bagi Hakim hisap, masa tu aku rasa macam sedih, terkilan dan bersalah. Entah bersalah pada sape pun tak tau la. Lepas tu aku pikir balik, aku dah tak nak bagi susu formula pada Hakim. Mind set kita pun main peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Antara langkah2 mengatasi masalah atau cabaran diatas:

·         Berfikiran positif, dan tenang ~ mesti tetapkan dalam fikiran dan yakin kita mampu menyusukan bayi.
·         Pastikan bayi menghisap dengan cara yang betul ~ bayi perlu hisap di kawasan areola, bukan dihujung puting bagi mengelak dari puting terluka.
·         Susukan bayi ‘on demand’ ~ perlu kejutkan bayi jika tidur lama, antara 1- 2 jam, mengelak bengkak payudara.
·         Jaga pemakanan ~ Ibu perlu makan makanan berkhasiat, jangan biarkan perut lapar, lebihkan makanan yang boleh merangsang penghasilan susu seperti hasil tenusu, kekacang dan bijirin.
·         Jangan mudah terpengaruh ~ jangan terpengaruh dengan kata-kata mereka yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.
·         Cari maklumat ~ Dapatkan maklumat dan informasi tentang penyusuan susu ibu dari sumber yang betul.
Cabaran dan masalah yang dihadapi sebenarnya sekejap je. Alhamdulillah lepas berpantang je semua masalah dah tak de. Lagi satu yang penting, sentiasa berdoa kepada Allah supaya susu banyak dan cukup untuk anak kita kenyang dan membesar. Sekarang susu cukup untuk Hakim, walaupun tak la banyak sangat macam orang yang banyak susu tu, tapi ok la sebab aku tak bekerja pun, tak perlu nak pam dan buat stok. Bagi ibu yang bekerja pun tak de alasan untuk bagi anak susu formula, sebab susu boleh dipam dan disimpan dalam freezer untuk stok bile mula bekerja.

Aku siap beli buku ni sebagai panduan. Walaupun buku ni untuk ibu bekerja, tapi banyak maklumat tentang penyusuan susu ibu dalam ni. Buku ni aku beli dari seorang kaunselor penyusuan susu ibu, waktu dia bagi penerangan tentang penyusuan susu ibu di hospital.
^wassalam^

Monday 12 March 2012

Selembut Wajahmu..OKI SETIANA DEWI

Assalamualaikum...

Siapa Oki Setiana Dewi? Korang kenal tak? Kalau yang tengok filem Ketika Cinta Bertasbih tu, mesti kenal kan heroin cerita ni, lebih dikenali sebagai Oki je..

Aku memang tengok dan suka sangat cerita Ketika Cinta Bertasbih, mula-mula baca novel dia je, pinjam dari kawan, pastu tengok ceritanye, ada Ketika Cinta Bertasbih 2 tau, memang best la cerita ni..sedih pun ada, tapi ending dia memang puas hati la..


Kat fesbuk tadi jumpe gambar ni, Cik Oki ni ada datang ke negeri Kelantan untuk satu program bersama Menteri Besar Kelantan. Tengok muka dia pun tenang je kan..bersih, suci, lembut, sejuk mata memandang...

wassalam...

Tuesday 6 March 2012

car seat for my cute Hakim..

Assalamualaikum...

Semalam pergi Tesco, akhirnya beli jugak car seat untuk Hakim. Sebelum ni asyik tengok2 je, tak sure nak beli ke tak, tak tau perlu ke benda ni. Tapi akhirnya beli je la, cam comel je tengok baby lain duduk dalam tu. Balik terus test letak Hakim dalam car seat tu. Memang comel la tengok Hakim duduk dalam tu..hehe..


Encik apis cakap ada gaya pengganti angkasawan negara, Dr. Sheikh Muzaffar Shah, tak pun drifter ganti Tengku Jan...korang setuju tak..? hehe.. >__<

~wassalam~

Sunday 4 March 2012

Hakim dah botak..

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas dah cukur rambut Hakim, tengahari cukur, tapi tak dapat abiskan lagi sikit. Sebelah licin, sebelah lagi tinggal sikit-sikit. Malamnye baru sambung cukur sampai licin semua. Macam-macam gaya nak cukur rambut Hakim. Encik apis yang cukurkan. Mula-mula baringkan mengiring, pastu dia dah tak selesa, angkat telungkupkan macam nak sendawakan tu, pastu lama-lama dia dah tak diam, susukan dia sambil encik apis cukur rambut dia. Malam pulak encik apis sambung cukur waktu susukan dia, bile dia dah abis menyusu dirikan macam nak timang tu, cukur lagi sikit bahagian belakang, siap pun..membotakkan Hakim, hehe..

dah pagi masih tidur...

baru siap mandi, dah tengahari..

>__<

~wassalam~


Friday 2 March 2012

takjubnya..kuasa Allah s.w.t

Assalamualaikum...

'takjubnya..', camtu la comment seorang kawan aku bile tengok gambar kat bawah ni, yang aku upload dalam album akaun facebook aku. Ada seorang lagi kawan comment 'boleh ke scan nampak camni?'. Teknologi sekarang ni macam-macam, ada 3D la, 4D la. Aku pun kebetulan kot dapat scan 4D ni, sebab kat kerajaan tak de, kat swasta je ada. Sebenarnya aku nak bersalin kat hospital kerajaan je, yela mane la mampu nak bersalin hospital swasta, kan mahal. Tapi abah mertua aku beria-ria suruh bersalin kat hospital swasta, dia nak sponsor, hrmm..rezeki la kan dapat bersalin kat hospital pakar swasta. Dapat la scan 4D ni..


Lepas dah selamat bersalin baru aku upload gambar ni, yela kita tak tau ape yang mungkin terjadi. Hanya Allah yang mengetahui dan menentukan segalanya. Hrmm..nak cerita pasal gambar Hakim masa dalam perut ni, masa doktor nak scan, dia tutup muka dia dengan tangan, doktor cakap 'sayang, tepi sikit tangan tu', dia pun alih sikit tangan, pastu doktor cakap 'pandai..', dia senyum. Memang dapat tengok betul-betul la masa tu, aku dan encik apis, seronok sangat.

Tu la kuasa Allah s.w.t yang Maha Pencipta. Lahirnya setiap manusia itu dari rahim seorang ibu. Tiada kuasa yang setanding kuasa Allah s.w.t. Tiada penciptaan yang lebih indah dan sempurna melainkan penciptaan dari Allah s.w.t. Secanggih mane pun teknologi sekarang tidak akan dapat menandingi kuasa Allah s.w.t. Dapat tengok gambar dia sihat, sempurna camni pun belum tentu lagi dia lahir nanti camane keadaannye, selamat ke tidak. Allah yang menentukan. Kalau Allah nak menguji kita dengan sesuatu yang tak elok, mungkin ada hikmah disebaliknya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, semuanya dari Allah s.w.t.

Renungan dan muhasabah di hari Jumaat...>__<

~wassalam~