Yesss!!! I choose breastfeeding for my cute Hakim. Bukan senang tau nak teruskan dan kekalkan penyusuan susu ibu ni. Banyak cabarannya. Masa pregnant dulu, kat klinik kesihatan tu ada la ceramah pasal penyusuan susu ibu ni. Masa tu dengar je la, memang pikir biasa je la breastfeeding ni, memang semangat la nak bagi susu ibu bile dah bersalin nanti. Tapi, bile dah laluinya, baru rasa cabarannya. Antara cabarannya biar aku list kat bawah ni:
· Penat dan tak de tenaga waktu lepas bersalin ~ perlu susukan bayi satu jam selepas bersalin.
· Berpantang ~ pengalaman pertama kali, penat, perlukan rehat, tapi perlu susukan baby jugak.
· Puting luka dan merekah ~ terutama bile bayi hisap kat hujung puting, seksa sangat, tahan je la sakitnya.
· Bengkak payudara ~ ni pun aku dah rasa, sampai demam panas 39.1ᵒC, KK hantar hospital naik ambulans lagi..huhu..
· Kurang susu ~ waktu pantang macam2 tak boleh makan, susu pun tak banyak atau cair, baby nangis je tak cukup susu.
· Pengaruh orang sekeliling ~ `bayi lelaki kuat menyusu, kena campur susu tepung’ `campur la susu tepung sikit bagi dia besar sikit’ dan macam2 lagi la..
Aku berjaya atasi semua cabaran tu. Tapi tak berapa berjaya jugak sebenarnya. Sebab masa aku kurang susu tu, Hakim asyik nangis je, susah betul nak tidurkan dia. Masa tu aku dapat rasa susunya kurang, Hakim hisap pun macam tak de susu. Encik suami pulak tak sampai hati tengok Hakim nangis kelaparan. Last2 dia pun pergi beli susu formula. Dah bagi la Hakim minum susu formula dua kali masa tu. Masa bagi Hakim susu formula kali kedua tu, aku sendiri pegang botolnya bagi Hakim hisap, masa tu aku rasa macam sedih, terkilan dan bersalah. Entah bersalah pada sape pun tak tau la. Lepas tu aku pikir balik, aku dah tak nak bagi susu formula pada Hakim. Mind set kita pun main peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Antara langkah2 mengatasi masalah atau cabaran diatas:
· Berfikiran positif, dan tenang ~ mesti tetapkan dalam fikiran dan yakin kita mampu menyusukan bayi.
· Pastikan bayi menghisap dengan cara yang betul ~ bayi perlu hisap di kawasan areola, bukan dihujung puting bagi mengelak dari puting terluka.
· Susukan bayi ‘on demand’ ~ perlu kejutkan bayi jika tidur lama, antara 1- 2 jam, mengelak bengkak payudara.
· Jaga pemakanan ~ Ibu perlu makan makanan berkhasiat, jangan biarkan perut lapar, lebihkan makanan yang boleh merangsang penghasilan susu seperti hasil tenusu, kekacang dan bijirin.
· Jangan mudah terpengaruh ~ jangan terpengaruh dengan kata-kata mereka yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.
· Cari maklumat ~ Dapatkan maklumat dan informasi tentang penyusuan susu ibu dari sumber yang betul.
Cabaran dan masalah yang dihadapi sebenarnya sekejap je. Alhamdulillah lepas berpantang je semua masalah dah tak de. Lagi satu yang penting, sentiasa berdoa kepada Allah supaya susu banyak dan cukup untuk anak kita kenyang dan membesar. Sekarang susu cukup untuk Hakim, walaupun tak la banyak sangat macam orang yang banyak susu tu, tapi ok la sebab aku tak bekerja pun, tak perlu nak pam dan buat stok. Bagi ibu yang bekerja pun tak de alasan untuk bagi anak susu formula, sebab susu boleh dipam dan disimpan dalam freezer untuk stok bile mula bekerja.
Aku siap beli buku ni sebagai panduan. Walaupun buku ni untuk ibu bekerja, tapi banyak maklumat tentang penyusuan susu ibu dalam ni. Buku ni aku beli dari seorang kaunselor penyusuan susu ibu, waktu dia bagi penerangan tentang penyusuan susu ibu di hospital.
^wassalam^
7 comments:
dear, kalau bole jgn bg susu tepung lg. My big Hakim pun still nyusu badan sampai skang. Hakim start susu tepung mase umo 6 bln.
lg 1 kalau bole awak minum susu anmum utk bykkan susu tu..
Kuat semangat okeh!
pengetahuan penting ni. thanx share. nnt bleh praktikkan oleh bini saya nanti.
From,
Nasz
MOHD NASER.COM
a'aa org kata baby boy kuat menyusukan..
tp pe2 pun, awk kene tekad n kuatkan smangat..
jgn putus asa dan kuatkan semangat :)
errr...dah bleh rasa mcm mana cabarannya....
tmbh ilmu sy..utk masa dpn hehe..eeii geram tgk baby..rasa nk ade anak sndri je hihi
Salam..bf memang mencabar..tp sebenarnya sangat seronok..pedulikan kata2 orang..bab pemakanan sgt kene jaga..mase pantang..org2 tua kata mcm2 xleh makan..sebenarnya..boleh jer mkn..br susu berkhasiat..adaa lahirkan anak tiga3 boy di hosp swasta..n my gyne mmg suruh makan segala sayur buah mcm biase..n alhamdulillah..xde masalah pon..jgn risau..
Www.adaa-inspiration.com for my story :)
Post a Comment