Monday 31 December 2012

Tudung chiffon layer exclusive

ENTRY MELEKAT SEHINGGA 31 DIS 2012, UNTUK ENTRY TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH YE..^^










Assalamualaikum...

Lama tak update barang jualan kat sini. Haha..sebenarnya lama tak update kat blog Anggun solehah shop tu. Sebab tak sempat aje. Sempat update kat page fb Anggun solehah shop je. Kat page tu senang sikit. Lagipun lebih mesra pengguna tau fb ni. Communication and contaction dengan customer lagi mudah la guna fb page berbanding blogshop. Tapi ada jugak customer yang memang ke blogshop tu.

Ok la kali ni nak promote tudung chiffon layer yang ala2 fareeda tu. Sebenarnya tudung ni kawan aku yang kerja kat kraftangan malaysia dapat supplier dari usahawan kraftangan. Banyak jugak stok dia amek. Dia baru nak start berbisness la. So dia tanya aku nak jual tak tudung tu. Ikutkan aku tak berapa minat sebab tudungnya agak singkat. Memang jenis singkat kan tudung camtu. Tapi aku amek la jugak 5 helai.

Tudung ni kualiti memang hampir sama dengan kualiti fareeda tau. Kain chiffonnya sama. Yang beza cuma keronsang. Kalau brooch fareeda tu memang cantik dan lebih eksklusif. Yang ni pulak broochnya cantik jugak, cuma kira yang biasa je la. So harga tudung ni murah sikit dari tudung fareeda tu. Kalau ada yang tau, brand DeNoorish elegance (DNE) tu kan, lebih kurang la cam tudung tu. Kualiti hampir sama dengan fareeda cuma murah sikit sebab keronsang.

Harga..?? RM150.00, termasuk postage..^^

So bagi sesiapa yang berminat dengan tudung ni, boleh la oder ye. Cakap je nak colour ape. Just ada 5 pilihan buat masa ni. Boleh komen kat sini, atau
email: suterasyifa@gmail.com,
sms/whatsup: 0199421559,
boleh ke page fb juga ye..^^

wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 24 December 2012

Hakim..hakim..hakim..kenapa suka gigit..??

Assalamualaikum...

First hakim main bawah lori atok dia..., pastu yang pakai songkok tu abah dia baru balik solat jumaat,tapi tu songkok hakim la..last gambar2 malam semalam pegi makan pizza hut kat angsana,jb...^^

Kenapa budak cam hakim ni suka menggigit?? Sakit tau kalau dia gigit. Betul-betul tu dia gigit,sesungguh hati. Huhhh...memang kadang2 mencabar kesabaranku. Ada je kena tepuk kat kaki dia. Kadang slow je, kadang aku dah geram sebab sakit sangat memang terkuat la pukul kat kaki dia. Pastu hakim pun buat muka sedih dan nangis. Aku pulak yang kesian tengok. Tak baik kan pukul budak kecik lagi. Dia mane lah tau apa pun. Nabi s.a.w. pun cakap pukul budak masa umur 7 tahun tu pun sebab kalau tak nak solat kan.

Hakim ni menggigit time menyusu. Paham2 la kan gigit apa..nipple..!! Tak la setiap kali, tapi time dia buat tu memang sakit sangat la. Selain tu dia suka gigit kat perut aku..haha..entah apa yang sedap sangat gigit tu tak tau la. Orang lain pun kadang kena jugak gigit kat tangan or kaki. Kalau dia dapat gigit tu memang muka dia suka sangat la. Puas hati nampaknya dapat gigit. Kita marah dia makin sengih pulak..haihhh sabar je la...

Camane lagi nak buat supaya hakim dah tak menggigit?? Ada jugak bacakan ayat2 surah atau doa yang untuk lembut hati tu. Sekarang pun cam dah kurang sikit la. Dia kan tengah nak tumbuh gigi. Tak selesa la tu kot...sekarang baru 4 batang gigi, dua atas dua bawah. Belum penuh gigi lagi tu...huhu tak sanggup bayangkan...!!

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 18 December 2012

Majlis sambutan birthday Hakim

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..majlis berjalan lancar pada hari ahad, 16 dis, bermula jam 8 malam. Walaupun agak kelam kabut aku pada siangnya untuk memasak dan persiapan lain. Kali pertama aku sendiri yang nak buat majlis. Tapi memang kami duduk rumah abah dan mak mertua, jadi kira sama-sama dengan mak memasak dan sebagainya untuk majlis ni. Mak kot yang banyak memasak..hehe..mak kan dah biasa buat majlis, terutama majlis yasin kawasan sini.

Majlis sambutan birthday hakim ni buat kecik2 je. Jemput saudara-mara belah apis yang kebanyakan duduk berdekatan sini, dan kawan-kawan. Kawan aku yang kebetulan ada kat johor pun dapat datang dengan family dia, datang awal sikit, aku hidangkan je dulu tuk diorang nasi tomato, sebab diorang tak boleh lama, nak balik melaka pulak.Terharu jugak sebab dua orang blogger sudi datang memeriahkan majlis. Blogger kak ayu, blog Citarasa Rinduan, dan blogger kak rina, blog Cik Betty . Kak rina tu kenal masa join jelajah blogger kl-selatan di rumah Che mat gebu. Lepas tu kitorang jadi friend kat fb..tu yang jemput pun pakai fb je..tak sangka ada yang sudi datang.

Juadah malam tu simple je. Nasi tomato, lauk ayam masak merah, acar mentah, dalca, meehun goreng. Dan desert aku buat trifle. Kek pulak aku buat kek coklat kukus yang sangat besar. Tak tahu la berapa kilo tu..haha...

Kek coklat kukus tu memang dah biasa buat, tapi biasa kecik je la. Nasi tomato tu first time aku masak. Resepi from kakak ku dan tengok kat blog Dapur Tanpa Sempadan jugak. Ayam masak merah aku dan mak masak. Dalca dan meehun goreng memang mak masak sorang. Dan trifle tu juga percubaan pertama aku. Resepi godek-godek kat Dapur Che mat gebu jugak..!! Hehe..sebenarnya masa pegi rumah CMG tu, makan trifle dia memang sangat sedap. Tu yang teringin nak try buat. Kak rina dan kak ayu cakap menjadi la trifle tu pakai resepi CMG. Tapi aku rasa tak menjadi pun..yang CMG memang sangat sedap..!! hahaha..^^

wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 11 December 2012

11/12/12 ~Hakim genap setahun..^^

Assalamualaikum...

11/12/11 - 11/12/12, 1.32 a.m, genap setahun umur Muhammad Syafiq Hakim bin Muhammad Hafiz. Alhamdulillah...teringat-ingat pulak peristiwa setahun lepas. Saat-saat melahirkan Hakim. Kenangan pahit manis sepanjang setahun bersama Hakim. Dan syukur juga genap setahun breastfeeding journey kami, umi dan Hakim. Another one year of journey to be complete..in shaa Allah.

Pagi tadi pergi klinik kesihatan. Berat Hakim 6.94kg. Haha..sabar je la kan..ingatkan sampai la 7kg ke. Kalau sampai 7kg pun masih kat area merah jugak grafnya..huhu..Misi tu cakap tak pe la asalkan graf naik. Memang tak kan naik mendadak terus pegi kat area putih, asalkan naik sikit-sikit dah ok. Dia cakap lagi, ni lagi 5-6 bulan sampai la kat area putih..huhu..baik je aku dengar ayat misi tu, tak macam ayat misi yang sebelum ni, punya pedas ayat dia bagi.

Macam biasa, dah setahun..kena cucuk la kan. Hakim confirm la nangis sekuat hati. Belum cucuk pun lagi, baru baringkan dia atas riba dah nangis sebab dah nampak misi pegang jarum sorang, pegang tangan dia sorang. Hrmm..sabar je la..^^

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 8 December 2012

Klinik yang sangat cantik..macam spa..!!

Assalamualaikum..

Dah layan gambar-gambar atas tu..?? Baru-baru ni aku ikut encik apis bawak abah dia ke satu klinik ni, kat Kluang. Lupa pulak nak tengok nama klinik tu. Klinik ni lain sikit, selain untuk rawatan biasa macam yang kat klinik swasta biasa tu. Klinik ni boleh buat rawatan yang dinamakan Ozon. Rawatan mencuci darah. Bukan macam cuci darah kalau sakit buah pinggang tu. Yang ni lain sikit la. Aku sendiri pun tak berapa paham..hahaha...

Tapi memang cantik sangat tau klinik ni. Rasa cam tak nak balik..nak duduk situ terus..haha..boleh tak gitu..?? Klinik ni ada dua tingkat. Kat bawah ada kolam kecik dengan air pancut tu, yang hakim duk main air tu. Pastu gambar yang encik apis dukung hakim tu,belakangnya tu air tau. Air mengalir kat dinding gitu. 

Yang cuci darah tu kat tingkat atas. Kat atas tu lagi la macam kat spa je gayanya. Ada kolam kecik dengan air pancut lagi, besar sikit dari yang kat bawah. Gambar hakim nangis tu nak ikut abah dia yang nak g toilet. Gambar last tu kat tingkat bawah, jam tu tulis Grand Central New York. Wah macam berada di New York la konon kan..hahaha...^^

Wassalam~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 3 December 2012

Jelajah blogger KL-Selatan

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada kak ayu,blog Citarasa Rinduan,kerana menjemput ku untuk join jelajah blogger, semalam, sabtu, 1 disember 2012. Berkumpul di rumah cik mat gebu, blog Dapur Tanpa Sempadan. Rupanya dekat je, di Sedenak, dalam 30 minit dari tempat aku dan kak ayu. Macam dalam mimpi pulak dapat berjumpa blogger-blogger dari KL dan Johor. Dan kebetulan pulak, blogger Ben Ashaari pun dapat datang walaupun lambat sikit. Kebetulan isterinya Cik La ada kursus di johor. Dapat jumpa qhaliff yang comel tu..!!

Sebenarnya last minute dah buat keputusan nak join. Mula-mula encik apis tak bagi pergi. Dia kerja, aku pulak tak pernah pergi mana-mana tanpa encik apis, bawak hakim lagi kan. Last-last dia bagi jugak, sebab cakap sekejap je, pukul 12-3 petang. Maka pergi lah aku bersama hakim,tumpang kereta kak Ayu yang dipandu suaminya, encik zali.

Nak tau siapa lagi blogger yang terlibat sila la ke blog Citarasa Rinduan. Tak dapat nak letak link kat sini update pakai h/p je..huhu..

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 29 November 2012

MAHA2012~teknologi terkini, produk terbaru..!!

On the way from johor, tertidur di highway, biskut masih ditangan..^^
lepas konvo adik, pergi makan ramai2 ngan famili ku dari lipis..hakim dah lapar ni..
MAHA~ hakim dah haus..!!
Hai..hakim kat MAHA ni..^^
telinga hakim gatal la..kena daun pokok rock melon ni..^^
Teknologi solar untuk menhidupkan lampu dan irrigation system..^^
tak pernah jumpa sebelum ni..^^
Hai..hakim kat atas ni..!!
Umi..jom la naik sekali..!!
syoknya main stereng..!!
lamanya pusing2..hakim tido dulu la..^^
ermm..hakim dah bangun tido pun tak abis pusing lagi?? makan biskut dulu la..^^
best la kipas ni..!!
baka pejantan..besar sangat tau..!!
main stereng lagi..ngan mok de ani pulak..^^
puyuh baka IKTA..besar dari puyuh biasa..
malam dah..makan dulu sebelum balik ke johor..penat dan lapar..!!
masuk kereta hakim tido, umi pun tido, tinggal abah drive sorang2..^^ 
Assalamualaikum...

Haa..korang dah pegi ke MAHA2012?? Belum..?? Cepat-cepat la pegi. Last hari ahad ni, 2 Disember. Best sangat tau. Aku memang setiap kali MAHA wajib pegi. Kebetulan pulak hari sabtu tu nak pergi convocation adik bongsu ku di USIM, Nilai. Dah dekat kan, malam tu tidur rumah sedara encik apis di Shah alam, hari ahad tu pergi MAHA.

Kali ni makin banyak pulak pameran dan exhibitor yang terlibat. Terutama exhibitor kategori IKS, industri kecil dan sederhana. Kat MAHA ni la mereka yang terlibat dalam IKS ni mengambil peluang mempromosikan produk mereka. Tapi memang tak sangka rupanya banyak sangat produk-produk anak malaysia yang dihasilkan atau diinovasikan sendiri. Jenama malaysia tau. Dari makanan, minuman, produk kesihatan, susu formula pun ada tau. Tapi yang menjadi persoalan, dimanakah produk-produk ni dapat diperoleh selain di MAHA dan selepas MAHA berakhir?? Susah nak jumpa kan. Mana ada kat pasaraya. Produk malaysia ni bagus-bagus jugak,tapi orang cakap macam 'tak sampai'.

Hrmm..harap-harap lepas ni diorang dapat tingkatkan pengeluaran dan marketing biar sampai ke pasaraya-pasaraya besar, boleh replace produk-produk dari luar terutama produk Israel kan. Sekarang duk sibuk boikot barang Israel kan. Tapi nak boikot pun memang banyak sangat produk Israel tu yang kita guna sehari-hari. Ermm..ok dah lari topik..!!^^

Ok..banyak lagi sebenarnya yang menarik kat MAHA ni. Teknologi terkini dalam bidang pertanian,penternakan, pemprosesan makanan, dan macam-macam lagi la. Tau tak kat mana MAHA ni? Yang tak tau tu sila search google lah ye..untuk mengetahui secara terperinci lagi...hehe..

Wassalam..^^

Published with Blogger-droid v2.0.4