Tuesday, 18 December 2012

Majlis sambutan birthday Hakim

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..majlis berjalan lancar pada hari ahad, 16 dis, bermula jam 8 malam. Walaupun agak kelam kabut aku pada siangnya untuk memasak dan persiapan lain. Kali pertama aku sendiri yang nak buat majlis. Tapi memang kami duduk rumah abah dan mak mertua, jadi kira sama-sama dengan mak memasak dan sebagainya untuk majlis ni. Mak kot yang banyak memasak..hehe..mak kan dah biasa buat majlis, terutama majlis yasin kawasan sini.

Majlis sambutan birthday hakim ni buat kecik2 je. Jemput saudara-mara belah apis yang kebanyakan duduk berdekatan sini, dan kawan-kawan. Kawan aku yang kebetulan ada kat johor pun dapat datang dengan family dia, datang awal sikit, aku hidangkan je dulu tuk diorang nasi tomato, sebab diorang tak boleh lama, nak balik melaka pulak.Terharu jugak sebab dua orang blogger sudi datang memeriahkan majlis. Blogger kak ayu, blog Citarasa Rinduan, dan blogger kak rina, blog Cik Betty . Kak rina tu kenal masa join jelajah blogger kl-selatan di rumah Che mat gebu. Lepas tu kitorang jadi friend kat fb..tu yang jemput pun pakai fb je..tak sangka ada yang sudi datang.

Juadah malam tu simple je. Nasi tomato, lauk ayam masak merah, acar mentah, dalca, meehun goreng. Dan desert aku buat trifle. Kek pulak aku buat kek coklat kukus yang sangat besar. Tak tahu la berapa kilo tu..haha...

Kek coklat kukus tu memang dah biasa buat, tapi biasa kecik je la. Nasi tomato tu first time aku masak. Resepi from kakak ku dan tengok kat blog Dapur Tanpa Sempadan jugak. Ayam masak merah aku dan mak masak. Dalca dan meehun goreng memang mak masak sorang. Dan trifle tu juga percubaan pertama aku. Resepi godek-godek kat Dapur Che mat gebu jugak..!! Hehe..sebenarnya masa pegi rumah CMG tu, makan trifle dia memang sangat sedap. Tu yang teringin nak try buat. Kak rina dan kak ayu cakap menjadi la trifle tu pakai resepi CMG. Tapi aku rasa tak menjadi pun..yang CMG memang sangat sedap..!! hahaha..^^

wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

14 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

Siyes sedap triffle tu..kalau x takkan akk mkn bertambah2 hihi

Eh gmbar my hubby pon terselit la tp badan je haha

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

Siyes sedap triffle tu..kalau x takkan akk mkn bertambah2 hihi

Eh gmbar my hubby pon terselit la tp badan je haha

Mrs Lurve said...

puding triffle dan kek tue nmpk super mabeles!!!

Nurul Husna Mohd Hassan said...

wahhh hakim sambut birthday.. :)

Nadia Elena said...

untunglah kecik2 dah sambut birthday.
bertuahnya hakim. err tapi hakim ke, atau mama dia yang melantak semua makanan ni? hahahaha~

Si Matatajam said...

Bestnya sambutan besday Hakim..simple tapi meriah akak tengok.. Juadah pun nampak sedap..

izan mama mia said...

comel hakim makan kek tuu..

kak nora said...

meriah nampaknye..tentu besday boy senyum sampai ketelinga...budak2 kan suke majlis mcm ni..moga panjang umur..aamiin

nik ros said...

amboi...semua sedap2 ni. ni bukan simple dah ni :)

Dayana Bahar said...

sedapnya kek dia...

Che Rosliza Che Mat said...

meriahnya majlis..

Eera Shera said...

budak kecik tu dah setahun rupanya..cepatnya masa berlalu huhu..

sedap ya trifle tu..nak rasa nak rasa ;)

9n0L4 said...

kek coklat tu mengiurrrrrrkan. huhu. nak resepiiii. ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

triffle dgn kek tu xmenahan betoi nengok...happy besday hakim