Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Friday, 29 June 2012

Suka tengok suasana Majlis Pernikahan Irma Hasmie

Assalamualaikum...

Korang dah tengok gambar sekitar majlis pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer? Suasananya bagaikan di kayangan gitu. Suka pulak tengok. Semuanya menutup aurat dengan sempurna. Majlis masih nampak meriah.


Sumber: ROTIKAYA

Alhamdulillah..tahniah buat pasangan. Semoga bahagia meniti alam perkahwinan hingga ke akhir hayat.


wassalam^^

Thursday, 5 April 2012

Kes rompakan rumah Mawi

Assalamualaikum...

Kes rompakan rumah Mawi??dah lama pun kejadian ni, mesti semua pun tau kan. Aku bukan nak cerita sangat pasal kes rompakan rumah Mawi ni, tapi kejadian yang berlaku kat rumah Mawi tu sangat sama dengan dua kejadian rompakan di kawasan tempat tinggal aku ni.

rumah Mawi di Bangi
Pertama, kejadian berlaku antara jam 4 - 4.30 pagi. Kedua, Ahad malam Isnin (awal pagi Isnin). Ketiga, warga Indonesia. Keempat, bertopeng/menutup muka. Kelima, bersenjatakan parang. Keenam, penghuni rumah semuanya diikat dan dikumpul dalam satu bilik.

Semuanya memang sama. Tapi tak pasti la adakah penjenayahnya orang sama atau tidak. Jauh sangat la Bandar Tenggara (Johor) ni dengan rumah Mawi kat Bangi tu.

Dua kejadian yang berlaku di rumah berhampiran tempat tinggal aku ni, berlaku sebelum kejadian di rumah Mawi tu. Dua minggu berturut-turut. Selepas tu dah tak de dengar rumah kena masuk perompak lagi. Agaknya lepas tu perompak tu pergi ke Bangi ke??hehheh..memandai je aku ni kan..

Tapi hari Isnin baru ni (Isnin lagi ye), antara jam 8 - 8.30 pagi ada seorang yang disyaki warga Indonesia, cuba mengumpil pintu sebuah rumah di kawasan ni. Tapi tak sempat sebab ada jiran yang nampak. Orang tu pulak sempat melarikan diri.

Semua kejadian ni membuatkan aku takut je. Kejadian last tu, waktu camtu rumah aku ni memang dah tak de orang. Semua pergi kerja termasuk mak mertua yang bukak kedai pada 8.30 pagi. Tinggal aku dan Hakim je. Bila ahad malam isnin pulak encik apis mula la ingatkan pasal rompakan tu, mula la tak lena tidur.

Tak dapat bayangkan kalau ada orang pecah masuk rumah ni.Mintak la dijauhkan...

wassalam^^

Monday, 12 March 2012

Selembut Wajahmu..OKI SETIANA DEWI

Assalamualaikum...

Siapa Oki Setiana Dewi? Korang kenal tak? Kalau yang tengok filem Ketika Cinta Bertasbih tu, mesti kenal kan heroin cerita ni, lebih dikenali sebagai Oki je..

Aku memang tengok dan suka sangat cerita Ketika Cinta Bertasbih, mula-mula baca novel dia je, pinjam dari kawan, pastu tengok ceritanye, ada Ketika Cinta Bertasbih 2 tau, memang best la cerita ni..sedih pun ada, tapi ending dia memang puas hati la..


Kat fesbuk tadi jumpe gambar ni, Cik Oki ni ada datang ke negeri Kelantan untuk satu program bersama Menteri Besar Kelantan. Tengok muka dia pun tenang je kan..bersih, suci, lembut, sejuk mata memandang...

wassalam...