Wednesday 31 July 2013

Krunchy Florentine

STICKY POST SAMPAI BILA TAK SURE..HEHE..FOR NEW STORY BOLEH SCROLL BAWAH YE..^__^





Assalamualaikum...
Pernah makan tak kuih/biskut ni? Kalau yang pernah makan Krunchy karamel almond yang memang dah glemer seluruh malaysia tu kan, haa...ni la dia kuih nya. Di beri nama lain sebab yang ni buat sendiri. Yang Krunchy karamel almond tu memang dah dijenamakan untuk produk diorang. Aku pun tak pernah makan..hehe.. Tapi pernah makan yang lain, ada orang buat dan jual kat kawasan tempat tinggal aku ni.
Sebab sedap sangat kuih ni, tu yang teringin nak buat. Bila dah pandai buat tu mula la terpikir nak jual kan. Sebelum ni dah buka tempahan di FB. Sekarang nak buka tempahan kat blog la pulak. Boleh oder untuk makan bila2 masa je. Boleh oder untuk jamuan, kenduri, doorgift, dan untuk Aidilfitri nanti.
Nak tester? Boleh je!!! Nak bagi tester kepada 100 orang dulu setakat ni. 100 orang pertama yang email. Sila email ke suterasyifa@gmail.com, tajuk 'nak tester/ nak oder' , sertakan detail nama,alamat,no.phone. Jangan bagi detail kat kotak komen ye sebab komen terus publish automatik tak de check2 dah..hehe..
Harga RM18 sebotol, beli dua botol RM35, belum include postage ye.
Kuih krunchy ni memang sangat krunchy, sedap, dan kudapan yang berkhasiat. Yela dari makan snek yang tak berkhasiat tu kan, baik makan krunchy florentine ni, sebab badam memang bagus, ada kuaci biji labu dan kuaci biji matahari lagi. Semua berkhasiat kan.
Ok la jangan lupa cepat2 email ke:  suterasyifa@gmail.com untuk tester atau oder ye. Tester terhad kepada 100 orang pertama!!!
Wassalam..^^
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 28 June 2013

Bengkel 2u-1nita *episod 2

Assalamualaikum...

* gambar masa bengkel tak banyak..letak je la gambar hakim makan durian crepe tu..^^

Sambungan kisah bengkel 2u-1nita. Hari pertama, Sabtu,15 Jun 2013. Sampai di UTM Skudai jam 9.15 dah. Daftar sepatutnya jam 9 pagi. Tapi rupanya ramai lagi yang lambat dari aku. Bengkel pun start lambat sebab tunggu orang ramai dulu. Lebih kurang jam 10 lebih baru start. Penceramah/cikgu nya En. Noorizam shah, seorang yang memang dah lama terlibat dengan bisneas online. Tapi aku pun tak kenal dia sebelum ni...huhu..

Nama pun bengkel kan, sebab tu diadakan di makmal komputer, setiap orang ada komputer sendiri dengan akses internet. Sebab en. Noorizam akan tunjuk step by step camane nak buat website dengan 1nita dengan domain .my, juga dibantu oleh fesi2 lain. Memang sangat praktikal la, terus buat domain dan terus masuk produk kita dalam tu. Terus boleh tengok produk kita dah dimarketkan kat 1nita.my tu.

Korang boleh tengok kat www.1nita.my untuk tahu lebih lanjut. Boleh juga ke website ni terus - www.anggunsolehahshop.my . 1nita ni dibuat untuk menjadi platform kepada usahawan wanita online memasarkan produk mereka di satu tempat. Contohnya lebih kurang macam mudah.my la. Contoh yang nyata macam shopping compleks tu kan, banyak kedai2 dalam shopping compleks tu..kira shopping compleks tu cam platform untuk pekedai2 tu menjual barangan diorang. Ok faham tak kawan2?? hehe...

Hari pertama berakhir hampir jam 6 petang. Lagi satu yang best kat situ ialah makanannya. Makan percuma jugak, 3 kali, pagi jam 10.30-11, tengahari jam 1-2, dan petang jam 3.30-4.00. Makanan best2 pulak tu menunya. Kat atas tu gambar nasi ayam penyet..menu lunch hari kedua. Memang sedap!!! Lagi satu makan mee teow kantonis katanya, menu minum pagi, dengan kusyuknya aku makan..aku yang hujung sekali tu tau..tudung purple tu..^^

Balik tu tunggu encik apis amek, dah dekat pukul 7 baru diorang sampai, adik ipar pun ikut sebab tolong pegangkan Hakim. Aku masuk dalam kereta sengih2 kat Hakim, dia pun sengih2 tengok aku, pastu terus cam nak nangis gaya nak mintak susu. Terus la susukan Hakim, lama pulak dia menyusu tak nak lepas..huhu..kesian pulak tengok Hakim masa tu. Sampai rumah dah 10 malam, sebab singgah makan lagi. Siap mandi terus tidur je, esok nak kena bangun awal lagi, gerak awal lagi.

Ok la sambung lagi next entry ye..

Wassalam..^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 21 June 2013

Bengkel 2u-1nita, 15-17 Jun 2013

Assalamualaikum...

* gambar hakim menangis tu tak de kaitan dengan tajuk..saje je nak letak...^^

Alhamdulillah..tak sangka dapat jugak menghadiri bengkel 2u-1nita yang dianjurkan oleh MyNIC dengan kerjasama kementerian sains,teknologi dan inovasi (MOSTI). Bengkel berlangsung selama 3 hari, 15-17 Jun,sabtu-isnin.

Flashback>>

Camane boleh tau pasal bengkel ni? Alkisahnya, aku kan berbisnes online, jadi ada la dapat maklumat kat group fb pasal Program Get Malaysia Bisness online (GMBO). GMBO tu under SKM tak silap, suruhanjaya koperasi malaysia. Baget 2013 ada peruntukan rm50 juta untuk bagi pada usahawan online terutamanya wanita. Kira baget tu diletak under SKM la. Dipanggil Geran 1k, setiap pemohon akan dapat rm1000, bukan pinjaman ye..dapat free camtu je. Nak tahu lebih lanjut pergi kat link ni >> http://www.getmalaysianbisnessonline.my

Kalau tak kuar link tu,maknanya salah taip la tu..korang search je la GMBO kat google ye. Antara syarat untuk memohon perlu ada pendaftaran syarikat kat SSM, dan perlu ada website domain .com.my atau .my

Aku pun pegi la daftar syarikat. Tapi masa tu pakai nama suami je, letak sekali bisness online kat dalam description perniagaan tu. Pastu buat website kat GMBO. Domain .com.my rm23 je setahun. Pastu nak mohon geran tu la, tapi tengok2 borangnya cam confius sebab syarikat nama suami, kena letak pemohon nama suami, nanti susah dapat tau kalau lelaki yang mohon sebab keutamaan kepada wanita.

So aku masa tu dah kecewa la, bukan senang nak daftar kat SSM tu,jauh kat j.bahru sana. Masa daftar yang suami tu kebetulan SSM ada datang Sg. Sayong dekat ngan tempat aku ni. So ingat masa tu dah tak dapat mohon la. Pikir mesti geran tu dah abis. Masa tu dah lama dah, sebelum pilihan raya lagi.

Pastu tak berapa lama lepas pilihan raya tu, aku dapat email dari MyNIC berhad. Jemput daftar untuk bengkel bisness online 1nita. Diorang email aku sebab aku buat domain dengan GMBO tu la. So aku pun daftar la cepat2. Lepas tu tanya suami, dia cakap nak pegi camane nanti, hakim tak de orang jaga, tiga hari pulak tu. Masa tu dah kecewa lagi sekali la..huhu...

Hakim kan masih breastfeeding. Dia tak pernah duk ngan orang lain. Tak pernah berpisah lama2 ngan umi dia ni. Dia nak pun dengan atok dia, makcik dia je, tu pun tak pernah la tinggal lama2 sebab kalau dia nak tido memang dia kena mengempeng dulu..huhu... Sabtu semua orang keja, isnin pun keja. Mak su dia pun sekolah, dah masuk tingkatan 6. Takkan suami nak ikut sekali jagakan hakim kat luar..dia lagi banyak keja.

Masa tu daftar dalam bulan 5. So lama lagi la tarikh bengkel tu. Lupakan kejap pasal tu. Bila dah dekat tarikhnya,dapat email tentang pendaftaran aku dah diterima. Tapi diorang bagitau nak call untuk maklumkan status. Tak de dapat call pun. Aku pun call la hari jumaat tu. Tanya sekali boleh ke bawak anak. Diorang cakap nanti susah nak belajar kalau bawak anak. Nak kena ada orang jaga kat luar la. So masa tu tak tau la nak pegi ke tak nak. Pikir2 kalau tak pergi rugi sangat. Dah la percuma je bengkel tu.

Esoknya..hari sabtu..aku bangun pukul 6 lebih. Mandi, solat, ion baju. Encik apis tak bangun2 pun lagi. Hakim pun lena je lagi. Aku ingat cam dah tak jadi pegi la ni. Sebab tempatnya jauh la jugak, dalam sejam jugak nak sampai. Aku pun buka laptop konon2 nak buat kerja. Encik apis dah bangun. Dia siap mandi tu dia tanya nak pergi ke. Aku dah buat muka la sebab nak pegi pun cam dah lambat. Pastu dia tengok aku cam nak nangis. Dia pun terus la cakap 'jom la kalau nak pegi.'

Aku pun terus la siap2. Hakim pun dah celik, terus angkat dia tak.mandikan pun terus masuk kereta. Sebelum tu dah siapkan susu dia sebotol kecik. Sebenarnya aku dah start bagi dia FM, sebab klinik kesihatan tu la bising sangat hakim tak cukup berat, sampai diorang bagi bantuan susu pulak kat hakim, susu yang mahal pulak tu..susu Predisure. Tapi aku bagi hakim pakai botol berstraw, bukan botol susu. Dia tak berapa minum pun..minum sikit, lebih banyak buang je..huhu..

ok la to be continue..dah panjang sangat ni..haha..^__^

wassalam^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 19 June 2013

Hakim pun pergi jemputan tau..

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah habis kan. Selama dua minggu cuti sekolah tu, memang meriah la hujung minggu dengan majlis kenduri kahwin. Kawan-kawan masa belajar UiTM dulu pun ada la 2-3 orang yang kawen time tu. Tapi tak dapat pergi sebab jauh2, ada sorang tu kat terengganu..huhu..ucapan tahniah je la di fb.

Hari ahad yang last cuti sekolah tu, ada jemputan majlis perkahwinan anak sedara mak mertua. Kiranya yang kawin tu sepupu suami aku la. Kat muar, kampung mak mertua, dua jam lebih jugak perjalanan dari bandar tenggara.

Hakim memang suka kalau dapat berjalan. Tapi bila lama sangat duduk dalam kereta mula la dia tak tentu hala. Kereta pulak penuh 3 orang duduk belakang, jadi bila dia nak menyusu dan tido tak berapa selesa. Biasa kalau balik kampung pahang tu memang baringkan dia bila dia dah tido. Tapi penat2 pun bila sampai je dia ceria pulak. Makan pun banyak pulak kat kenduri tu..dah makan nasi minyak.banyak, dapat jajan pun bukan main.lagi dia makan..tengok la gambar dia makan jajan sambil berjoget dengar karoke tu..huhu..^__^

Wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 5 June 2013

Aiskrim goreng!!!

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyimpan resepi aiskrim goreng (dalam kepala je ye), akhirnya baru ni la buat dan makan. Ye la kan..sebelum ni boleh dikatakan kebanyakan blog yang di singgah mesti cerita pasal buat aiskrim goreng. Sampai dah hafal la step2 nya tu. Alah memang la boleh hafal..senang je kan..huhu...^^

Kebetulan ada aiskrim vanila dalam peti sejuk beku tu. Tapi tak berapa menarik la aiskrim vanila je kan. Tapi boleh je la dari tak de. Semalam petang buat, pastu simpan dalam peti sejuk beku, petang tadi goreng. Ni la first time makan aiskrim goreng. Memang sedap sangat!!!

Ada yang tak tau lagi camane nak buat? Ok la..kat sini aku ringkaskan je la cara2 nya ye...

* Boleh guna ape2 perisa aiskrim yang disukai.
* Ambil sesudu aiskrim, letak atas sekeping roti (gardenia or whatever brand).
* Ambil sekeping roti lagi,letak atas aiskrim yang atas roti tadi, kira tutup aiskrim tu la, cam sandwich.
* Guna gelas/cawan/tutup botol atau apa2 yang bulat, tekap atas roti tadi, sampai putus dua2 keping roti tu ye, jadi bentuk bulat.
* Susun dalam bekas/plastik, simpan dalam peti sejuk beku semalaman.
* Esoknya boleh la goreng.
* Pastikan minyak betul2 panas, goreng jangan lama sangat. Balik2 kan sampai roti tu nampak dah warna brown/perang, terus angkat.
* Roti akan rangup di luar, lembut di dalam, dan aiskrim yang macam lava gitu..^^

Ok selamat mencuba kepada yang belum pernah buat tu ye...

Wassalam..^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 1 June 2013

Percubaan pertama buat pavlova

Assalamualaikum...
Lamanya tak update!!! Huhu..banyak sebenarnya yang nak diceritakan kat blog ni. Tapi bile dah banyak terkumpul akibatnya terus tak update la..tak tau nak mula kat mana kan..^^
Semalam try buat pavlova. Tengok resepi macam senang sangat la. Resepi tengok kat blog Citarasa Rinduan. Tak perasan kena panaskan oven satu jam. Pastu oven pulak cam buat hal. Time bakar tu tengok lampu atas bawah tu tak nyala pun. Jadinya lama la nak masak meringue (entah betul tak eja  ni) tu. Pastu dah last2 tu atas dah garing sikit, tengah dan bawah lembut lagi, so pakai la api bawah je. Tengok2 dah hangus pulak kat tapak dia..hahaha...^_^
Pastu dah biarkan sejuk sikit, boleh la letak whipping cream, then hias dengan buah-buahan. Entah rasa apa la meringue nya tu. Simpan dalam peti ais semalaman.
Pagi esok nya makan, ermmm...boleh la. Tapi tak sama dengan yang beli dengan kak Efah yang aku pernah cerita sebelum ni kan. Texture nya memang lain la kot..kalau masuk masterchef dah kena tendang keluar..haha..^_^
Tak pe la..lain kali boleh cuba lagi. Practice make perfect kan..^^
Gambar Hakim tu saja nak selit..mana tau ada yang rindu kat Hakim kan..hehe..^^

Wassalam...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 27 March 2013

Mom & baby expo 2013 @ Danga City Mall

Assalamualaikum..
Tahun ni dah kali ketiga dapat pergi Mom and baby expo kat Danga City Mall, johor bahru. First time pegi masa tahun 2011, tengah pregnant 7 bulan. Second time pegi tahun 2012, hakim umur 6/7 bulan kot tk ingat dh..huhu..ada entrynya dulu2..tp aku sendiri pun malas nak g cek entry lama2 tu..kih..kih..yela update laju2 je ni..curi masa sekejap..^^
Expo ni berlangsung minggu lepas, 22-24 march 2013. Lepas ni rasanya expo ni akan ada di beberapa tempat pulak..termasuk kuala lumpur. Macam2 ada kat expo ni, semua untuk anak dan ibu. Kami pergi sabtu malam. Gambar hakim tengah duduk makan biskut tu, tengah tunggu abah dia solat magrib, aku dah solat dulu..gilir-gilir la jaga hakim kan. Sebab kitorang pegi sebelum magrib. So sampai sana solat,pastu baru masuk tempat expo. Expo ni sampai pukul 9 malam, tapi sebab masih ramai orang kot, banyak booth yg tutup lambat. Kami pusing semua booth tapi tak la semua kami singgah betul2. Beli baju hakim 2-3 pasang, kasut 2 pasang, botol air, drypers, dan buku kecik2 yang belajar abc dan sebagainya tu. Booth yang paling sesak ialah booth Drypers dan Fiffy. Kat booth fiffy tu banyak baju,aku sempat amek seluar satu dan botol air je..baju tak dapat nak belek2 pun..penuh orang..!!!
Sebenarnya kami dah lapar..sebab memang belum makan la sebelum tu. Jadi kena laju2 pusing. Keluar dari expo tengok jam dah 9 lebih. Patut la lalu kat booth basilic tu dah tutup. Ingat nak beli botol air basilic masa balik, tapi nasib baik dah beli botol air Fiffy, lagi murah dan jimat..hehe..^^
Singgah makan kat Papa grill mama chop, berhampiran Angsana,Johor bahru. Hakim dah penat..makan pun main2 je..cepat2 habiskan makanan dan balik rumah.
Wassalam^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 6 March 2013

First time makan pavlova

Assalamualaikum...
Jumaat lepas, first time dapat makan pavlova. Sebelum ni duk tengok je orang lain makan kan..kat masterchef dulu pun ade tunjuk diorang buat pavlova. Tapi tak de maknenya nak buat sendiri..nak g cari mane ada jual pun tk sempat..huhu..
Pavlova pertama kali beli dan makan..sedap..^^
Ternampak gambar pavlova yang dioder oleh Kak ayu, blogger blog Citarasa Rinduan. Dia share kat fb. So godek-godek la dia beli ngan siapa. Dah add fb kakak yang jual tu. Tak lama beberapa hari lepas tu dia update status cakap nak buat pavlova, siapa nak boleh oder. So terus la oder. Rupanya jauh jugak rumah dia dari rumah aku ni. Tapi tak pasti lak berapa lama perjalanan. Jauh sikit dari kedai makan kak ayu la. Dalam 30 minit jugak la agaknya. Jalannya pulak masuk ke dalam..lalu jalan kelapa sawit.

Kak efah suhaidah ni macam2 dia buat tau, kek karamel, pavlova, roti2, kek coklat kukus, coklat cheese, dan macam2 lagi la. Buat kat rumah je..ambil oder dari kawan2 dan facebook.
Sekali makan pavlova dia memang sedap sangat la. Tak cukup pulak beli satu je masa tu. Siap adik ipar pun suka. Jadinya semalam aku oder lagi la ngan kak efah tu, beli 2 biji pavlova dan sebijik roti (besar) atas letak chicken floss. Tak sempat amek gambar dah kena makan dulu. Aku copy je la gambar dari fb kak Efah ni bagi korang tengok..

Oder dari orang lain, besar ni RM38

Macam ni yang aku beli, Pavlova Bajet, RM10

Meleleh air liur kan..^^

Roti ni RM10, boleh pilih nak kosong, gula, atau chicken floss

Roti pun sedap..pavlova pun sedap..memang pandai la kak efah ni. Tak manis sangat pun pavlova dia. Ok la kan...nanti la share link fb dia kat sini. Sebab update pakai hp susah nak masuk link..hehe..kalau nak cari kat fb taip je - efah suhaidah. Yang duk dekat2 tu boleh la oder..:)
Update -FB kak Efah -  http://www.facebook.com/efah.suhaidah


Wassalam..^^

Friday 8 February 2013

Telekung Vietnam, Sutera Vietnam, Kurung Cotton, Kurung Chiffon

Assalamualaikum...

Ok la tak payah mulakan dengan ayat 'lamanya tak update..' hehe..tak menentu dah sekarang ni nak update blog. Ni pun nak update sebab ada barang nak di promosikan..hehehe...jangan marah ye.

Ermmm..sebenarnya beberapa minggu lepas, kakak sulong ku pergi ke Vietnam. Dia memang suka melancong ngan kawan2 dia, dah merata-rata tempat dia pergi. Kali ni pergi Vietnam. Aku pun suruh la dia beli apa2 yang menarik kat sana yang boleh dijual. So hasilnya seperti di bawah ye..

Oh ya, Vietnam sekarang memang dah terkenal sebagai tempat memborong pelbagai jenis barangan terutama kain2, pakaian, tudung, telekung, dan seangkatan dengannya. So kalau korang terpikir-pikir nak g melancong sambil shopping baju2 murah2, boleh la pergi ke Vietnam. Lebih kurang macam Bandung la jugak kot. Yang pasti dua2 tu aku tak pernah pergi lagi..huhu..sedih tak..:(

Ok jom teruskan dengan sesi menjual kita..sudi-sudi lah cuci mata ye..dah tengok tu sudi-sudi lah membeli mana yang berminat..^__^

TELEKUNG VIETNAM SULAM TANGAN
KAIN COTTON TEBAL, TAK JARANG, SEJUK.
LABUH TELEKUNG DARI BAWAH DAGU: 33.5 INCI
UKUR LILIT MUKA: 20 INCI
LABUH KAIN: 49 INCI

RM 120 INCLUDE POSTAGE

 
BUNGA PINK

BUNGA PURPLE

BUNGA PURPLE

BUNGA BIRU

BUNGA PINK


SUTERA VIETNAM
BIDANG 45, 4 METER
KAIN BERAT, SEJUK.

RM 95 include postage








KURUNG COTTON MANIK
Design Kurung Pahang
Ukuran Saiz S:
Bahu: 15 inci
Lengan: 21.5 inci
Dada: 38 inci
Labuh baju: 39 inci
Kain - Susun tepi, belah kiri
Pinggang: 24 inci (getah separuh)
Labuh kain: 39 inci

Ukuran Saiz XS:
Bahu: 14.5 inci
Lengan: 20.5 inci
... Dada: 34 inci
Labuh baju: 39 inci
Kain - Susun tepi, belah kiri
Pinggang: 24 inci (getah separuh)
Labuh kain: 39 inci
See More

RM 95 INCLUDE POSTAGE

SAIZ S

SAIZ S

SAIZ S

SAIZ S

SAIZ XS

SAIZ XS

SAIZ XS

SAIZ XS


KURUNG CHIFFON MANIK
DESIGN KURUNG MODEN
KAIN - A SHAPE, KEMBANG KE BAWAH
UKURAN SAIZ M:
BAHU: 15 INCI
DADA: 36 INCI
LENGAN: 20 INCI
LABUH BAJU: 36 INCI
KAIN - PINGGANG: 25 INCI (GETAH SEPARUH)
LABUH KAIN: 40 INCI

RM 120 INCLUDE POSTAGE

SAIZ M

SAIZ M

SAIZ M


Ok thats all...thanks kerana sudi memcuci mata disini..
Kalau ada yang berkenan tu boleh la oder disini ye:

whatsapp/viber/sms: 0199421559

 

wassalam^^