Friday 21 June 2013

Bengkel 2u-1nita, 15-17 Jun 2013

Assalamualaikum...

* gambar hakim menangis tu tak de kaitan dengan tajuk..saje je nak letak...^^

Alhamdulillah..tak sangka dapat jugak menghadiri bengkel 2u-1nita yang dianjurkan oleh MyNIC dengan kerjasama kementerian sains,teknologi dan inovasi (MOSTI). Bengkel berlangsung selama 3 hari, 15-17 Jun,sabtu-isnin.

Flashback>>

Camane boleh tau pasal bengkel ni? Alkisahnya, aku kan berbisnes online, jadi ada la dapat maklumat kat group fb pasal Program Get Malaysia Bisness online (GMBO). GMBO tu under SKM tak silap, suruhanjaya koperasi malaysia. Baget 2013 ada peruntukan rm50 juta untuk bagi pada usahawan online terutamanya wanita. Kira baget tu diletak under SKM la. Dipanggil Geran 1k, setiap pemohon akan dapat rm1000, bukan pinjaman ye..dapat free camtu je. Nak tahu lebih lanjut pergi kat link ni >> http://www.getmalaysianbisnessonline.my

Kalau tak kuar link tu,maknanya salah taip la tu..korang search je la GMBO kat google ye. Antara syarat untuk memohon perlu ada pendaftaran syarikat kat SSM, dan perlu ada website domain .com.my atau .my

Aku pun pegi la daftar syarikat. Tapi masa tu pakai nama suami je, letak sekali bisness online kat dalam description perniagaan tu. Pastu buat website kat GMBO. Domain .com.my rm23 je setahun. Pastu nak mohon geran tu la, tapi tengok2 borangnya cam confius sebab syarikat nama suami, kena letak pemohon nama suami, nanti susah dapat tau kalau lelaki yang mohon sebab keutamaan kepada wanita.

So aku masa tu dah kecewa la, bukan senang nak daftar kat SSM tu,jauh kat j.bahru sana. Masa daftar yang suami tu kebetulan SSM ada datang Sg. Sayong dekat ngan tempat aku ni. So ingat masa tu dah tak dapat mohon la. Pikir mesti geran tu dah abis. Masa tu dah lama dah, sebelum pilihan raya lagi.

Pastu tak berapa lama lepas pilihan raya tu, aku dapat email dari MyNIC berhad. Jemput daftar untuk bengkel bisness online 1nita. Diorang email aku sebab aku buat domain dengan GMBO tu la. So aku pun daftar la cepat2. Lepas tu tanya suami, dia cakap nak pegi camane nanti, hakim tak de orang jaga, tiga hari pulak tu. Masa tu dah kecewa lagi sekali la..huhu...

Hakim kan masih breastfeeding. Dia tak pernah duk ngan orang lain. Tak pernah berpisah lama2 ngan umi dia ni. Dia nak pun dengan atok dia, makcik dia je, tu pun tak pernah la tinggal lama2 sebab kalau dia nak tido memang dia kena mengempeng dulu..huhu... Sabtu semua orang keja, isnin pun keja. Mak su dia pun sekolah, dah masuk tingkatan 6. Takkan suami nak ikut sekali jagakan hakim kat luar..dia lagi banyak keja.

Masa tu daftar dalam bulan 5. So lama lagi la tarikh bengkel tu. Lupakan kejap pasal tu. Bila dah dekat tarikhnya,dapat email tentang pendaftaran aku dah diterima. Tapi diorang bagitau nak call untuk maklumkan status. Tak de dapat call pun. Aku pun call la hari jumaat tu. Tanya sekali boleh ke bawak anak. Diorang cakap nanti susah nak belajar kalau bawak anak. Nak kena ada orang jaga kat luar la. So masa tu tak tau la nak pegi ke tak nak. Pikir2 kalau tak pergi rugi sangat. Dah la percuma je bengkel tu.

Esoknya..hari sabtu..aku bangun pukul 6 lebih. Mandi, solat, ion baju. Encik apis tak bangun2 pun lagi. Hakim pun lena je lagi. Aku ingat cam dah tak jadi pegi la ni. Sebab tempatnya jauh la jugak, dalam sejam jugak nak sampai. Aku pun buka laptop konon2 nak buat kerja. Encik apis dah bangun. Dia siap mandi tu dia tanya nak pergi ke. Aku dah buat muka la sebab nak pegi pun cam dah lambat. Pastu dia tengok aku cam nak nangis. Dia pun terus la cakap 'jom la kalau nak pegi.'

Aku pun terus la siap2. Hakim pun dah celik, terus angkat dia tak.mandikan pun terus masuk kereta. Sebelum tu dah siapkan susu dia sebotol kecik. Sebenarnya aku dah start bagi dia FM, sebab klinik kesihatan tu la bising sangat hakim tak cukup berat, sampai diorang bagi bantuan susu pulak kat hakim, susu yang mahal pulak tu..susu Predisure. Tapi aku bagi hakim pakai botol berstraw, bukan botol susu. Dia tak berapa minum pun..minum sikit, lebih banyak buang je..huhu..

ok la to be continue..dah panjang sangat ni..haha..^__^

wassalam^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: