Wednesday, 5 June 2013

Aiskrim goreng!!!

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyimpan resepi aiskrim goreng (dalam kepala je ye), akhirnya baru ni la buat dan makan. Ye la kan..sebelum ni boleh dikatakan kebanyakan blog yang di singgah mesti cerita pasal buat aiskrim goreng. Sampai dah hafal la step2 nya tu. Alah memang la boleh hafal..senang je kan..huhu...^^

Kebetulan ada aiskrim vanila dalam peti sejuk beku tu. Tapi tak berapa menarik la aiskrim vanila je kan. Tapi boleh je la dari tak de. Semalam petang buat, pastu simpan dalam peti sejuk beku, petang tadi goreng. Ni la first time makan aiskrim goreng. Memang sedap sangat!!!

Ada yang tak tau lagi camane nak buat? Ok la..kat sini aku ringkaskan je la cara2 nya ye...

* Boleh guna ape2 perisa aiskrim yang disukai.
* Ambil sesudu aiskrim, letak atas sekeping roti (gardenia or whatever brand).
* Ambil sekeping roti lagi,letak atas aiskrim yang atas roti tadi, kira tutup aiskrim tu la, cam sandwich.
* Guna gelas/cawan/tutup botol atau apa2 yang bulat, tekap atas roti tadi, sampai putus dua2 keping roti tu ye, jadi bentuk bulat.
* Susun dalam bekas/plastik, simpan dalam peti sejuk beku semalaman.
* Esoknya boleh la goreng.
* Pastikan minyak betul2 panas, goreng jangan lama sangat. Balik2 kan sampai roti tu nampak dah warna brown/perang, terus angkat.
* Roti akan rangup di luar, lembut di dalam, dan aiskrim yang macam lava gitu..^^

Ok selamat mencuba kepada yang belum pernah buat tu ye...

Wassalam..^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama yui tak buat..hihi

:: Cik Viva :: said...

buat sendiri? alamak..beli buleh tak? hehe...

inazamri said...

akak mmg tak penah makan.teringin la jugak bila tgk ni

Mama Adam said...

aishhh... sedapnya. buat sendiri, boleh makan banyak2 =)

Deq's Qienz said...

sedapnya icekrim goreng..