Friday 29 June 2012

Iklan lagi!! Tudung Cotton Plain

Assalamualaikum...

Nak buat iklan lagi untuk Anggun Solehah Shop. Kepada mereka yang mencari-cari tudung plain, jom tengok koleksi tudung cotton plain pulak.
















Nak tengok banyak lagi pilihan warna? Klik la link tu ye...^^

Tengok-tengok tudung ni jugak:
TWO TONE

wassalam^^


 

Suka tengok suasana Majlis Pernikahan Irma Hasmie

Assalamualaikum...

Korang dah tengok gambar sekitar majlis pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer? Suasananya bagaikan di kayangan gitu. Suka pulak tengok. Semuanya menutup aurat dengan sempurna. Majlis masih nampak meriah.


Sumber: ROTIKAYA

Alhamdulillah..tahniah buat pasangan. Semoga bahagia meniti alam perkahwinan hingga ke akhir hayat.


wassalam^^

BAYI SUSU IBU

Assalamualaikum...


SHARE FROM: FACEBOOK

wassalam^^

Wednesday 27 June 2012

Ini bukan sarapan..

Assalamualaikum...

Ini bukan sarapan ye..ni supper (eh betul ke eja ni) malam tadi. Encik apis yang buatkan. Dah pukul 12 malam perut rasa lapar sangat sebab masa makan malam tak berapa nak makan, makan nasi sikit je. Kan dah lapar tengah-tengah malam. Kalau dah lapar nak menyusukan Hakim camane kan.


Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 26 June 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

Assalamualaikum...

Telah di tag oleh msredcheesecake semalam,
rupanya dah nak tamat jam 10 pagi ni...
sempat ke?? lagi 3 minit.. miss Z sempat la kan^^

miss Z berceloteh

Bilangan follower 176
Negeri asal: Pahang


wassalam^^

Sunday 24 June 2012

Ketam masak lemak cili padi

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..kenyang sudah..hehe..menu lunch tadi. Gambar snap yang dalam kuali je..tengah masak lagi tu. Kalau dah siap masak takut tak sempat nak snap gambar..tengok-tengok dah habis..hahaa..


Resepi??ala korang mesti  dah tau kan masak lemak cili padi ni. Senang je kan. Pandai-pandai je la ye...


Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Segmen Tambah Follower Blog

Assalamualaikum...

Nak join segmen ni..


Klik gambar untuk join ye..
Jom join..sebelum jam 6 petang ni..



wassalam^^

Saturday 23 June 2012

Fresh cream cake

Assalamualaikum...


Adik ipar yang bongsu, tingkatan lima, memang suka makan kek. Setiap kali birthday sape-sape ahli rumah ni,atau ada hari ibu atau bapa, mesti dia ingat. Sebab dia nak beli kek, nak makan.


Selalu kalau ada kesempatan tu beli la kek secret resepi. Tapi bila time sibuk, beli je la kek kat kedai kek Rotimas kat bandar tenggara ni. Ok je kek kat situ..lagipun orang melayu kan..tak de la nak ragu-ragu kandungannya.


Kali ni adik ipar aku yang pergi beli. Fresh cream cake. Sedap jugak. Banyak cream daripada kek. Tapi tak muak. Memang sedap la...


Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 21 June 2012

Entry Promosi!!! Jom shopping tudung cantik-cantik!

Assalamualaikum...

Anggun Solehah Shop baru je masuk stok baru untuk tudung TWO TONE, COTTON POLKA DOT, COTTON POLKA DOT + JALUR, DAN JUGA BAWAL TWO TONE. Banyak pilihan warna untuk korang pilih. Cantik-cantik tau. Harga mesti lah sangat murah!! Bagi harga murah-murah je semua, sebab nanti ada kos pos lagi kan.


Tudung Bawal two tone susah nak pakai,
korang pakai je tudung sarung two tone ni..
senang, cantik sangat tau..
Banyak lagi pilihan warna.
MAROON
KOD: TW 06



COTTON POLKA DOT + JALUR
Tudung kain cotton ni sedap dipakai,
Sejuk, lembut, selesa..
Banyak lagi pilihan warna.

TURQUOISE
KOD: PJ 01




COTTON POLKA DOT
Hijab kain cotton, sejuk, selesa, lembut.
Polka dot dengan pelbagai pilihan warna.
Banyak lagi pilihan warna.


 
 
 
BAWAL TWO TONE
Kepada peminat tudung bawal
Jom dapatkan tudung bawal two tone
Pilihan warna cantik-cantik..


Jom-jom shopping tudung untuk raya terus.
Nanti tak yah pening-pening dah nak cari tudung raya..^^



wassalam^^



bakul pasola~

Assalamualaikum...


Gambar wordless semalam ramai yang komen pasal motor tu kan. Siapa tak tengok lagi sila tengok entry semalam. Haa..satu komen je dari kak inazamri sebut `pasola'. Memang motor tu namanya pasola.


Tuan punya motor yang duk atas motor tu. Jiran kami, juga kawan kepada kedua-dua adik ipar aku dalam gambar tu (diorang ni la yang selalu buli hakim^^).


Gambar tu diambil depan rumah kami..oleh aku la..sape lagi. Pasola tu abang dia yang belilan secara online. Comel kan pasola tu, antik, tu yang diorang beli. Lagipun senang nak bawak pasola ni start dia kat suis dia je kot. Untuk jalan-jalan sekitar bandar tenggara ni ok la.


p/s~Susah la nak buat link untuk entry semalam dan untuk blog kak inazamri sebab guna blogger droid ni~


Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 20 June 2012

my first wordless wednesday!!!

Assalamualaikum...^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 19 June 2012

Al-qur'an wanita

Kenapa ada al-qur'an wanita? Apa bezanya dengan lelaki? Mula-mula tengok kat facebook ada jual al-qur'an wanita ni, pelik la jugak. Al-qur'an kan satu je yang di wahyukan Allah kepada Rasulullah s.a.w. sebagai panduan kepada umatnya. Mana ada beza lelaki dan perempuan.

Rupa-rupanya, yang dinamakan al-qur'an wanita ni, memang al-qur'an yang sama lah, cuma di belakangnya diselitkan kisah-kisah wanita dalam al-qur'an, fiqh untuk wanita yang diterangkan dalam al-qur'an, hadis-hadis berkaitan wanita, dan beberapa lagi perkara berkaitan wanita. Al-qur'an ni ada terjemahan dan juga tajwid.

Aku dah beli satu kaler biru olimpus. Ada beberapa kaler lagi antaranya pink, merah, purple. Tapi aku tak beli online pun. Adik ipar yang belikan. Ada jual kat kedai dekat dengan office tempat dia praktikal kat Bangi.

Sebenarnya bukan aku tak de al-qur'an lagi. Ada dah pun, tapi cam tertarik pulak dengan al-qur'an wanita ni. Jangan sampai al-qur'an banyak-banyak tapi jadi hiasan je sudah la ye..al-qur'an untuk dibaca dan dihayati.

Luangkan lah masa untuk membaca al-quran setiap hari, sebagaimana kita boleh luangkan masa untuk berblogging atau berFb setiap hari..^^

Peringatan untuk diri sendiri juga..yang selalu alpa untuk istiqamah.

~wassalam~

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 16 June 2012

Jangan tamak dan membazir

Assalamualaikum...

Masa cuti sekolah yang lepas, banyak majlis perkahwinan yang berlangsung tak kira di mana pun kan. Aku pulak pergi majlis sepupu kahwin di Kelantan. Namanya kenduri kawen kan, mesti la berkaitan makanan. Aku ni dulu-dulu kalau pergi kenduri kawen, mesti ambil nasi sikit-sikit je, lauk pun agak-agak nak makan la kan. Dulu aku tak makan banyak kot. Ambik sikit-sikit yang nak makan je la. Nanti tak de la membazir.

Tapi sekarang ni, (sejak dah kawen dan jadi mak budak ni), bila pergi kenduri kawen, bukan main berselera lagi nak makan. Ambik nasi lebih sikit, lauk pun, semua jenis mesti ambik, penuh pinggan. Sampai encik apis tengok pun tak percaya. Tapi masa kenduri kawen (orang kelate sebut 'bekwoh') sepupu kat Kelantan tu, memang sedap-sedap masakannya. Habis licin aku makan tau. Tak de buang-buang. Rasa nak tambah je, tapi segan la pulak kan. Ada yang tegur, 'fuh..licin makan..'. Aik macam perkara yang salah pulak bila makan licin.

jemput makan^^

Panjang pulak ceritanya. Sebenarnya nak cakap tentang amalan sesetengah orang yang suka tamak dan membazir. Dari apa yang aku perhatikan la, ada orang yang suka ambil makanan banyak-banyak dalam pinggan, contohnya kat majlis kenduri kawen. Pastu yang dimakannya sikit je, banyak yang tak habis pun. Last-last masuk plastik sampah. Benda ni macam dah jadi kebiasaan atau amalan sesetengah orang. Kenapa ek perlu jadi tamak dan akhirnya membazir?? Membazir tu kan amalan syaitan.

Kita kat Malaysia ni masih kaya dengan makanan. Cuba bayangkan mereka yang berada di tempat yang dilanda bencana, pergolakan, kemiskinan, dan macam-macam lagi. Nak dapatkan sebiji nasi, sejebis roti, pun susah.

gambar mr. google

Jadi kita sepatutnya bersyukur dengan rezeki dan kesenangan yang Allah pinjamkan ni. Buang la sikap tamak dan suka membazir tu. Tak kira sewaktu kenduri kawen ke, makan di rumah, di kedai makan, di dewan makan asrama ke. Ingat..jangan membazir tau!!


wassalam^^

Friday 15 June 2012

bingka labu

Labu oh labu..sebenarnya aku tak berapa suka makan labu. Tapi sekarang makan je la kalau ada depan mata tu. Biasa makan yang umi aku masak la. Haa..sekali aritu masa balik kampung umi aku bagi labu sebijik. Tanam belakang rumah punya. Aku tak pernah masak apa-apa yang berkaitan labu pun sebelum ni. Teringat pulak bingka labu yang umi ku selalu buat dulu. Aku pun terus call umi ku untuk tanya resepi. Maka tadi siap la labu tu dikerjakan menjadi bingka labu. Tapi tak sesedap yang umi ku masak lah ye. Air tangan umi sendiri jugak yang sedap kan.


Senang je nak masak. Tapi resepi umi ku agak-agak je sukatannya.


Labu direbus dan dilenyek. (aku guna setengah je labu tu)

Blender labu tadi bersama santan pekat (sebiji kelapa), telur 3 biji, gula, tepung (agak-agak pekat,tak pekat sangat tak cair sangat), sedikit garam.

Sapu minyak dalam loyang, panaskan atas dapur,dah panas masukkan bancuhan tadi.

Agak-agak dah nak keras sikit masuk dalam oven.


Jom-jom makan^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Si kecik bermata bulat

Assalamualaikum...

Budaknya kecik je, mata nak bulat besar-besar...tu la dia si kecik Hakim. Hari sabtu dua minggu yang lepas, pertama kalinya Hakim masuk kebun atok dia. Petang tu, ada orang nak amek kambing untuk aqiqah. Encik apis kena la masuk kebun untuk sembelih kambingnya. Aku pulak cam boring je duk rumah, ikut la masuk kebun, mesti la bawak Hakim sekali kan.

Yang seronoknya, lepas kitorang pegi tu, mak mertua dan adik ipar dua orang, dan seorang sepupu pun nak ikut masuk kebun. Diorang eksaited sebab Hakim pertama kali masuk kebun ni. Macam-macam ada kat kebun abah mertua aku tu. Kambing, lembu, ayam, itik, kuda pun ada dua ekor.

Bile diorang sampai, kitorang pun naik la ke rumah kambing beramai-ramai. Sementara encik apis melapah kambing tu. Risau jugak sebenarnya, takut Hakim terkena jangkitan ke ape..ye la dalam rumah kambing tu kan kotor, habuk-habuk lagi. Tapi redah je la. Alhamdulillah, ok je Hakimnya sampai hari ni. Macam-macam aksi Hakim bila ditunjukkan anak kambing kat dia. Jom tengok gambar...


anak kambing tu gigit-gigit tangan Hakim, tak sakit pun tapi geli..tengok la muka Hakim yang kegelian tu..

ni la keja mak su Hakim..dia bagi anak kambing tu cium pipi Hakim..

wassalam^^

Thursday 14 June 2012

GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger

Assalamualaikum...

Malam-malam ni rajin pulak nak menjoinkan diri untuk GA ni.


Nak join klik je banner tu ye..
Last 1 Julai 2012


wassalam^^

check up for 6th month...160gram jer??

Assalamualaikum...

Hari ni pergi check up Hakim untuk 6 bulan. Timbang dia tadi, baru 5.68 kg. Bulan lepas 5.52 kg. Naik 160 gram sahaja tau. Cam tak percaya je..tapi tu la hakikatnya. Sedih la camni. Budak lain dah 6 bulan ada dah 10 kg kot. Jadi graf pembesaran dia dari duduk kat atas line kuning, sekarang dah masuk dalam area kuning dah.

menunggu di KK tadi...ramai orang..dah tertidur Hakim

Sebenarnya sejak dia kurang berat masa 4 bulan dulu, aku dah risau, jadi dah start bagi dia makan. Tapi masa tu sikit-sikit je, bagi jus buah. Dah 5 bulan bagi nasi, sayur, ikan yang dikisar dan ditapis. Masa 5 bulan tengok ada perubahan sikit sebab naik 500 gram. Tapi dah 6 bulan naik 160 gram je ni. Wahahaha...sedih betul la.

Jadi aku memang tak melaksanakan exclusive breastfeeding la. Exclusive breastfeeding tu maksudnya bayi hanya diberi susu ibu sejak lahir hingga umur genap 6 bulan. Sejak Hakim tak cukup berat, ramai la termasuk umi aku kat kampung dan mak dan abah mertua kat sini, suruh bagi susu formula. Diorang cakap susu badan je tak cukup. Aku bukan tak kesian kat Hakim, bukan nak jadi kejam, tapi memang tak sanggup nak bagi FM kat dia. Tu yang aku bagi nasi je tu, walaupun dia belum cukup 6 bulan. Daripada bagi FM tu baik la aku bagi nasi.

Aku ada baca dalam buku Panduan Penyusuan Susu Ibu, antara panduan untuk memantau tumbesaran bayi:

- Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri.
- berat bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahirapabila berusia 5 bulan.
- Menjelang 12 bulan, berat badannya harus meningkat 3 kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 1 1/2 kali ganda daripada panjang lahir.
- Mengawasi pembesaran dan tumbesaran anak adalah penting untuk mengetahui samada anak sihat dan mendapat susu atau makanan yang secukupnya.

Berat Hakim masa lahir 3.05 kg, masa 5 bulan 5.52 kg. Tak sampai sekali ganda pun kan??


wassalam^^

Wednesday 13 June 2012

Perjalanan balik kampung yang sangat jauh dan penat

Assalamualaikum...

Entry sebelum ni dah cerita pasal road tax mati yang baru teringat masa dah on the way balik kampung. Macam-macam dugaan nak balik kampung dan masa di kampung. Mula-mula, malam sebelum balik kampung, iaitu rabu malam khamis, Hakim bangun pukul 3 pagi menangis-nangis tak nak tidur dah walaupun dah disusukan. Pujuk-pujuk, dia tidur balik, tapi sekejap je, pukul 4 lebih dia bangun lagi. Aku pun cakap kat encik apis, 'Hakim nak berak ni kot..seharian dia tak berak lagi'.

Sebenarnya aku dah start bagi Hakim makan sejak dia 5 bulan lebih. Nanti la cerita pasal bagi Hakim makan ni. Jadi, sejak bagi makanan tambahan, Hakim susah sikit la nak berak, perut dia baru nak belajar memproses makanan. Encik apis pun amek ubat berak yang masuk kat bontot tu (sorry kalau bahasa kasar, tak tau nak guna perkataan ape dah). Masukkan ubat tu, tak lama Hakim pun berak, banyak jugak. Lepas tu baru la Hakim senyum-senyum, susukan dia sekejap baru dia sambung tidur. Dah pukul 5 pagi kot masa tu, esok nak bangun pagi-pagi nak balik kampung.

Dugaan kedua pulak, pasal road tax kereta dah mati. Boleh baca la kisahnya kat entry tu ye. Dalam perjalanan balik kampung tu, Hakim senang je tidur, dia bangun pun nak nenen, pastu sambung tidur.


Ni first time aku makan marrybrown tau..di Raub
Ikut plan, khamis balik kuala lipis, sampai kan dah malam. Pagi Jumaat baru bertolak ke Kelantan, majlis kenduri kawen sepupu tengahari Jumaat tu. Tapi malam tu sampai je rumah di kuala lipis, umi aku ajak balik malam tu terus. Sebenarnya, kebetulan adik ipar aku nak ke Kelantan jugak, ikut kawan dia balik kampung. Jadi kitorang satu jalan la. Dan diorang singgah rumah aku di kuala lipis malam tu, sebelum teruskan perjalanan ke Kelantan.

Last-last encik apis setuju nak terus gerak ke Kelantan malam tu, lepas mandi dan rehat sekejap. Kiranya gerak sama-sama la dua buah kereta. Sampai rumah ayah Ngah di Melor, Kelantan pukul 2.30 pagi. Dugaan lagi, Hakim dah lama tidur dalam kereta. Bila dah sampai dia dah tak nak tidur pulak. Bayangkan encik apis yang dah penat drive, dan aku pun penat dan mengantuk, nak kena layan si Hakim yang tak nak tidur tu. Pukul 6 pagi baru dia tidur. Kitorang sempat tidur kejap je la, pukul 8 lebih dah kena bangun siap-siap nak pergi rumah ayah Su tempat majlis tu. Sangat la penat dan mengantuk!!!

Dugaan sepanjang di Kelantan tu pulak, Hakim memang tak boleh didukung atau dipujuk oleh orang lain. Dia nak umi dan abah dia jugak. Kalau orang lain dukung terus dia menjerit sekuat hati, tak nak berenti sampai la aku atau encik apis amek dia. Huhh..geram pun ada dengan Hakim ni tau..sabar je la. Dia rasa lain kot masa kat sana, orang-orang nya semua lain, tak pernah tengok, tu yang meragam je. Lagi satu memang cuaca panas. Tidur pun susah, bila masuk kereta baru nak tidur.

sempat menyusu dalam bilik pengantin

last-last lepak dalam kereta sebab dalam rumah panas dan ramai orang

Majlis sebelah lelaki pulak hari Sabtu. Ikut plan terus nak balik kuala lipis lepas majlis belah lelaki tu. Tapi majlisnya dah lambat, balik dah pukul 5 petang. Singgah rumah ayah Su lagi. Pastu diorang tak bagi balik lagi sebab malam tu keluarga belah lelaki nak datang. Ada buat makan-makan sikit. Dah terkandas untuk balik lipis.


yang atas rumah perempuan, yang bawah rumah lelaki

Jadi pagi Ahad baru balik, pukul 7 pagi gerak. Sampai kuala lipis pukul 12 tengahari. Rehat, mandi, makan, gerak terus balik johor pulak, dalam pukul 3.30 petang. Sampai bandar tenggara dah pukul 12 tengah malam.

Jauh kan perjalanan kitorang. Hakim lagi la, kecik-kecik dah jalan jauh camtu. Perjalanan jadi lama sebab berenti makan, solat dan rehat. Tapi Hakim dalam kereta banyak tidur je. Sampai je rumah mak mertua, dia bangun, bawak dia masuk rumah, dia tengok kedua-dua atok dia, dan mak su dia, sengih-sengih je. Past kat atok dia ok je. Tak de nak nangis-nangis. Agaknya dalam otak dia pikir ni la orang-orang yang dia kenal, dah lama tak nampak. Macam-macam la Hakim ni.


p/s: panjang kan entry ni..perjalanan jauh punya pasal..entry pun panjang la..^^


wassalam^^

Tuesday 12 June 2012

alamak..road tax dah mati!!


Assalamualaikum..

Hari khamis pagi kami bertolak balik kampung kuala lipis,pagi jumaat nak pergi ke kelantan,sepupu kawen. Dalam perjalanan,masa tu belum jauh lagi la..dari bandar tenggara nak masuk highway utara selatan melalui tol air hitam,lalu kluang dulu. Dah nak sampai kluang tu,aku tetiba teringat road tax kereta myvi aku tu mati bulan 6. Tapi tak ingat tarikh.

Kereta tu pulak adik ipar pakai kat serdang sebab kereta savvy dia rosak. Kiranya masa tu kitorang bawak savvy tu nak tukar ngan myvi nak bawak balik lipis. Bile teringat pasal road tax tu terus la call adik ipar tanya dia. Dia pun tak perasan rupa-rupanya road tax nya dah mati 2 Jun 2012.

Hah..menggelabah la kitorang. Cuba tenangkan diri kejap. Pastu pikir-pikir,call maybank bandar tenggara diorang cakap geran kat maybank kluang. Fuhh..nasib baik la memang dah nak sampai kluang,bukan dah lepas,kalau dah lepas,dah masuk highway,nak kena patah balik jawabnya cancel terus la plan balik kampung.

Jadi kitorang pun pegi maybank kluang,dia buatkan insuran dan bagi geran kereta. Dia cakap sekarang bank negara dah bagi pegang geran walaupun loan belum habis bayar.

Hakim menunggu dalam Maybank Kluang

Lepas tu terus pegi pejabat pos untuk buat road tax. Fuhh..settle..pukul 12 tengahari baru gerak,masuk highway menuju ke serdang. Lepas tukar kereta, terus gerak ke lipis dalam pukul 3 petang.


wassalam^^

Tuesday 5 June 2012

Patin masak tempoyak

Assalamualaikum...

Semalam tengok orang masak sambal tempoyak. Tak boleh jadi ni..terliur la. Memang feberet la tempoyak ni. Sambal tumis tempoyak, sambal tumbuk tempoyak, patin masak tempoyak, semua feberet tu. Tadi buka peti ais nampak ikan patin pulak. Ape lagi..masak patin tempoyak la.

Tapi kat rumah mak dan abah mertua aku ni, semua tak biasa makan tempoyak. Termasuk la encik apis. Orang johor kan..memang tak biasa makan tempoyak. Encik apis kalau sambal tumis tempoyak tu dia makan jugak sikit-sikit. Jadi aku masak tiga ketul je ikan patinnya untuk masak tempoyak. Selebihnya aku masak goreng berlada, untuk orang lain yang tak makan tempoyak tu.


Patin masak tempoyak

Sangat senang masak patin tempoyak ni. Ni cara orang pahang ye. Kalau orang negeri sembilan dan orang perak tu lain pulak kot cara masaknya.

Kunyit hidup dan cili padi ditumbuk, masuk dalam periuk, masukkan tempoyak, masukkan air, masak atas dapur, masukkan ikan patinnya dan daun kesum. Jangan lupa garam ye. Boleh jugak letak keledek yang dipotong kecil.


Patin goreng berlada
Ha..patin goreng berlada ni sedap jugak tau. Gaul ikan patin dengan kunyit dan garam, then goreng. Pastu tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar, dah garing, masuk cili yang dikisar kasar, boleh campur cili hijau besar dan cili padi supaya tak pedas sangat. Masukkan bawang besar yang dihiris, masukkan sedikit air asam jawa. Garam secukup rasa..pastu masukkan ikan patin yang digoreng tadi, gaul sebati ye..siap!!



wassalam^^

Friday 1 June 2012

Mandikan baby dengan air sejuk?

Assalamualaikum...

Betul ke kalau mandikan baby dengan air sejuk nanti badan dia kuat? Air sejuk tu maksudnya air paip la, yang tak ditambah air panas. Biasa kan baby baru lahir dimandikan air suam.Tapi ada orang cakap mandikan bayi dengan air sejuk je, biar badan dia kuat sikit. Kawan aku pun anak dia baru sebulan lebih dia dah biasakan mandi dengan air paip.

Aku pun try la mandikan Hakim dengan air sejuk. Masa tu dia dah 3 bulan lebih. Mula-mula tu masuk je kaki dia dalam besen berisi air tu dia nangis terus. Angkat dan masuk lagi dia nangis. Kelakar pun ada tengok dia nangis, kesian pun ada. Pastu biasakan basuh punggung dia kat sinki. Mula-mula pun dia nangis-nangis sikit. Pastu dah 3 - 4 kali dia dah macam suka pulak duk dalam sinki tu.

Pastu bila mandikan air sejuk, dia nangis jugak sikit-sikit, aku pujuk-pujuk sikit. Lama-lama, dia dah tak nangis. Tapi dia dah tak reti nak bengkokkan kaki dia. Takut sejuk. Masa nak basuh belakang badan dia, kaki dia luruskan je tak bagi lutut dia masuk dalam air. Tapi bile basuh bahagia depan pulak kan dudukkan dia dalam tu, masuk jugak semua  badan dia dalam air. Sekarang dah ok la, dah tak nagis, boleh main tepuk-tepuk air lagi. Cuma kalau mandikan pagi awal sangat, baru guna air suam sikit.


Betul ke mandikan air sejuk boleh kuatkan badan bayi? Aku tengok sama je kot. Baby lagi kan..nak kuat camane lagi. Tapi memang kesian tengok dia masa awal-awal mandikan dia dengan air sejuk. Atuk dia pun tak bagi, suruh guna air suam je.



wassalam^^