Friday 9 December 2011

berita gembira yang menakutkan...

Assalamualaikum...

Berita gembira..? macam dah selamat bersalin je...hehe...pada yang dah tau aku ni tengah tunggu hari tuk bersalin kan, mesti ingat aku dah bersalin kan. Belum lagi sebenarnya. Dah over due, tapi doktor bagi tarikh sampai 12hb, kalau tak bersalin jugak, kena induce. Orang cakap induce tu lagi sakit dari sakit normal. Doktor tu pun cakap seeloknya jangan sampai kena induce.

Sebenarnya hari Rabu 7hb tu aku pegi check up. Sebab dah overdue, doktor tu cek kontraksi. Dia cakap ada kontraksi sikit-sikit. Kontraksi tu maksudnya pengecutan rahim bila sampai masa nak bersalin tu. Pastu doktor cek jalan pulak, dah bukak tapi baru 1.5cm, dan dah ada tanda, keluar darah lepas dia cek tu. Dia suruh masuk wad. Terkejut gak la, dah nak bersalin ke. Doktor tu cakap 'dah ada tanda' sambil tersenyum, macam berita gembira la dah nak bersalin kan, saat yang ditunggu-tunggu. Tapi masa tu tak tau ape yang aku rasa, lebih kepada takut. Bukan tak bersedia, tapi perasaan takut tu tetap ada sikit-sikit.

Encik suami pun tanya la kalau tak masuk wad lagi boleh tak. Doktor tu pun cakap, dah ada tanda, tapi jalan baru 1.5, mungkin dalam 2,3 hari lagi bersalin. Dia suruh masuk wad sebab pregnant anak pertama, tak de pengalaman lagi. Dia cakap lagi, kalau tak nak masuk wad tak pe, nanti kalau dah sakit baru datang. Kalau tak sakit sampai 12hb kena induce. So aku tak masuk wad la hari tu. Kalau masuk wad sure bosan sangat, tak tau nak buat ape.

Hari ni dah 9hb kan. Pagi tadi bangun nak solat subuh, masuk toilet, rasa macam ada air keluar. Air jenih dan berlendir sikit. Aku pun bagitau encik suami, air mentuban ke. Air tu keluar sikit-sikit, sampai sekarang pun masih keluar sikit-sikit. Mak mertua cakap keluar sikit-sikit belum lagi nak bersalin, sebab belum sakit. Aku pun dah confius ni...nak pegi hospital ke tak...last-last sempat aku menaip entry ni kan. Memang belum rasa sakit, tapi risau jugak la, air ni dah keluar, takut tak sempat je nanti nak pegi hospital. Semoga selamat dan tak de apa-apa yang buruk berlaku.


~Wassalam~

Tuesday 6 December 2011

Jadikan buah-buahan sebagai snek

Assalamualaikum...

Hye semua...petang ni rasa cam nak menaip pulak..huhu..lame tak update. Sejak akhir-akhir ni memang malas je nak buat entry baru, entah la kenapa kan...tapi BW tetap rajin je. Petang-petang camni memang ngantuk je mata ni. Kalau tak BW confirm tido je lah keja nye. Tak boleh la tido je kan, tak baik untuk kesihatan.

Tapi kan serba salah pulak bile BW and komen blog orang, bile orang tu balas kunjungan, datang blog kite, tengok-tengok tak de entry baru pun, entry yang ada tu dia dah komen pun, camane dia nak komen lagi kan. Tapi ada je yang rajin masih tinggalkan komen kat entry yang sama buat kali kedua. Terima kasih la pada yang rajin tu..sayang korang..hehe...

Ok la, duk merapu je dari tadi. Tajuk kat atas tu, sape pernah baca or dengar..?? Haa..tu kan ayat iklan Kementerian Kesihatan dalam surat kabar Metro or Berita Harian (tak ingat dah). Kempen amalan pemakanan sihat. Jom sama-sama kita sahut seruan kempen ni. Tak rugi pun tau. Dulu muda-muda (sekarang tak de la tua sangat ye) aku tak pikir sangat pun nak amalkan pemakanan sihat ni. Bantai je la makan ape pun kan. Tapi sejak aku pregnant je, dan mengalami masalah anemia (kurang darah), terus je ada kesedaran untuk menjaga pemakanan. Penting tau menjaga apa yang kita makan dan cara pengambilan makanan tu.

Salah satu amalan pemakanan sihat ialah dengan menjadikan buah-buahan sebagai snek. Tau tak maksud snek tu. Maksudnya waktu antara masa makan yang utama iaitu breakfirst, lunch, dan dinner, kita mesti nak makan sesuatu kan. Contohnya kita makan biskut (apa-apa jenis biskut la), kerepek, makanan ringan, kuih muih dan sebagainya. Makanan macam ni biasanya banyak mengandungi gula, garam, dan bahan perasa tambahan. Kalau kita makan sebagai snek, dah berapa banyak gula, garam dan bahan perasa lain yang kita ambil dalam sehari bila dicampur dengan makanan yang kita makan pada waktu breakfirst, lunch, and dinner.

google image
So, apa kata kalau kita lapar pada waktu antara lunch dengan dinner tu, kita makan buah-buahan yang bermacam-macam jenis. Ikut kesukaan korang la kan. Buah-buahan kan semulajadi, tak de bahan perasa, kalau nak beli tu pilih yang fresh, segar-bugar, baru sedap. Buah-buahan dapat membekalkan vitamin C, membantu penyerapan ion dalam badan, membantu penghadaman, tak kan menggemukkan, dan banyak lagi la kebaikannya.

Macam aku, suka sangat makan jambu batu. Mesti nak ada je jambu batu dalam peti ais tu. Lagipun jambu batu senang simpan, tahan lama sikit la, tak cepat buruk, yang penting kaya dengan vitamin C. Betik pun suka jugak, tapi mesti cari yang masak segar, terus makan, tak boleh simpan lame, nanti dah tak sedap kan. Aku mesti makan jambu batu tu sebelum makan lunch, dan selepasnya. Kalau petang sikit lapar lagi, makan jambu batu lagi. Tak payah makan dengan asam boi pun, makan camtu je dah sedap. Tu aku amalkan sejak ada masalah anemia sebab pregnant. Sekarang dah tak anemia lagi, tapi masih nak makan jambu batu jugak. Lagipun senang nak dapat jambu batu tu, jual tepi jalan dekat-dekat tempat tinggal aku ni, segar dari ladang dia.

Ok la, nak stop dulu...jangan lupa amalkan pemakanan sihat ye, sama-sama menjaga kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati.....>__<


~Wassalam~

Friday 2 December 2011

Basahkan lidah dengan zikir atau lagu...?

Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang tenang dan sejuk...suasana hujan renyai2 dari pagi tadi sampai sekarang. Alhamdulillah, hujan itu rahmat kan. Menyuburkan tanaman2 di muka bumi ni.

Ok la, lama tak buat entry baru. Hari ni nak kongsi sikit tentang zikir. Terfikir pulak kalau kita dengar lagu kat radio tu, cepat je mulut kita boleh ikut lirik lagu tu kan. Lagu dah habis pun mulut masih terbawa-bawa menyayikan lagu tu. Sambil drive ke, sambil buat kerja kat office, kat rumah, kat mane-mane la. Kadang2 tanpa radio atau lagu kat PC, laptop atau handset pun kita boleh je menyanyi-nyanyi sendiri, macam2 la lagu yang menjadi kegemaran waktu tu kan.

Tapi kenapa kita susah sangat nak biasekan diri membasahkan lidah dengan zikir..? Antara zikir dan lagu, kenapa lagu-lagu tu jugak yang menjadi pilihan. Zikir sebenarnya bukan je dapat memberi ketenangan, tapi banyak lagi kelebihannya. Kat sini aku nak kongsi dari apa yang aku baca tentang berzikir, dari majalah Solusi Isu No.36:

[google image]
Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, Baginda Nabi s.a.w. berlalu melintasi Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim bertanya: "Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?" Jibrail menjawab: "Ini Muhammad." Nabi Ibrahim lalu berkata: "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas." Nabi s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?" Nabi Ibrahim menjawab: "Ucapkan kalimat 'la hawla wa la quwwata illa billah'." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban.

Al-Tirmizi dan al-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca 'Subhanallah al-azim wa bihamdih', maka akan ditanam baginya pokok kurma di syurga.

Riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca: 'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar', akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga."

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah: "Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran."

Hidup kita kat dunia ni kan sementara je. Kehidupan akhirat itu yang kekal. Jadi pilih la antara zikir dan lagu. Jom kita sama-sama membina rumah dengan pohon-pohon untuk kita diami di syurga nanti. Allah menjanjikan syurga buat hambanya yang mentaati perintah Allah, memperbanyak amalan soleh, dan meringankan lidah dengan berzikir.


~Wassalam~