Monday 31 October 2011

Cerita hari ahad...

Assalamualaikum...

Hye..haa..petang tadi aku mengarut pasal cerita hari sabtu, dah bace ke belum..?kalau belum baca la kat SINI (tapi jangan menyesal lak sebab entry mengarut je tu). Sekarang pun aku nak mengarut lagi, cerita hari ahad pulak. Yang tak nak bace tu cepat-cepat klik pangkah (X) kat atas tu ye..hehe...

Ok la, hari ahad, semalam, penat hari sabtu tak hilang lagi, kaki bengkak sikit sebab banyak berjalan dan berdiri. Pagi tu pegi sarapan ngan encik suami, aku cam biase sarapan roti canai je, encik apis pulak nasi lemak. Pastu balik rumah, encik apis nak pegi buat kerja dia, korek lubang untuk buat tembok rumah. Rumah tu bakal aku dan apis duduk nanti bile dah siap renovate cantik2. Apis cuma korek lubang tu je sebab korek pakai backhoe. Tukang yang buatnya orang lain la.

encik apis dengan 'CASE'nya..
Rumah tu kena lelong sebenarnye, dah rezeki la encik apis dapat beli rumah tu, tanpa ada orang lawan masa lelong tu. Mase tu orang tak perasan rumah tu dah kuar notis lelong dalam paper, kalau orang tau memang susah la nak dapat, kena lawan harga. So, dapat la beli rumah tu dengan harga murah la nak dibandingkan dengan harga pasaran sekarang ni. Dah lame loan lulus, awal tahun aritu, tapi tak sempat nak renovate lagi. Lagipun tak berape nak ade duit sebenarnye nak renovate tu...hehe..banyak pakai duit tu.

Rumah ni rumah berkembar, semi-detached la, tapi satu tingkat. Yang bagusnye rumah ni rumah ujung, corner lot. Tapi dapat beli harga murah pun banyak kena renovate. Rumahnye teruk sangat dah. Pastu pikir2 alang-alang nak betulkan mane yang teruk tu, buat la biar cantik2, besar2 terus. Wah..macam banyak duit lak nak buat besar2 sangat. Hrmm...kitorang pun pening camane nak renovate rumah ni. Last2 buat je la dulu tembok dia. Haha..orang lain buat rumah dulu, kitorang buat tembok dulu.

CASE ni siap ade nama dan contact number ye..untuk disewa..
Aku pun pegi la menyibuk kat situ, amek-amek gambar. Sekejap je, matahari dah terik aku pun balik la. Sempat jugak online semalam tapi blogwalking sikit2 je, pastu encik apis dah balik, dia tidur jap, pukul 3 aku ajak dia keluar pulak pegi shoping. Bukan nak shoping sangat pun, penat hari sabtu pun tak hilang lagi. Tapi keluar jugak sebab nak cari barang2 tuk prepare sebelum aku nak bersalin nanti. Barang2 baby je, beli sikit2. Tu baru beli sikit dah rase cam banyak pakai duit, belum ape2 lagi tu, nanti baby nak membesar lagi la macam-macam nak kena beli.

Dah malam baru balik, kaki aku yang baru nak surut bengkak pun dah bengkak lagi. Huhu...dah la, tak nak jalan banyak2 dah. Tapi jalan banyak orang cakap bagus, senang nak bersalin nanti.

Ok la, cukup la sesi mengarut-ngarut aku kali ni...thanks dan tahniah kepada korang yang baca dari awal sampai abis. >__<

~Wassalam~

Cerita hari sabtu...

Assalamualaikum...

Hye semua...sihat ke..? Dua hari tak post entry, tak de kesempatan, hari ni pun dah petang2 ni baru dapat menaip. Hari sabtu aku pegi Melaka sebab ada jemputan kawin. Sebenarnya sebab nak jumpe umi dan abah aku yang pegi jemputan tu, sebab dah lama tak balik Pahang. Raya Haji ni pun mungkin tak balik sebab dah 9 bulan masa tu, semua risau takut ada ape2 tengah jalan nanti susah pulak. Sedihnya tak dapat balik kampung.

Kebetulan ayah su dan mak su aku dari Kelantan nak pegi jemputan kawin tu. Diorang pun ajak la umi dan abah aku pegi sekali. Dari Kelantan ke Melaka lalu KL memang lalu Kuala Lipis (kampung aku). Jemputan tu dari sepupu umi dan ayah su aku yang duduk Melaka, anak dia kawin. Mesti korang pening kan aku ni orang Pahang ke Kelantan. Umi aku orang Kelantan, abah orang Pahang, aku lahir kat Kelantan, tapi membesar dari kecik lagi kat Pahang. Dan sekarang dah kawin ngan orang Johor, so duduk Johor la pulak.

Umi aku siap bawakkan barang-barang persediaan untuk aku nak besalin nanti. Terharu betul, siap jahitkan kain barut tuk baby dan aku sekali, buatkan tilam baby, bantal peluk 2 biji, bantal kecik 2 biji. Tak ketinggalan kayu dan buah manjakani tuk rebus, minum mase pantang nanti. Macam2 lagi la barang2 tuk pantang ni. Aku tak tau ape2 pun sebab tak pernah tengok orang berpantang. Abah aku pulak dah siap buatkan air solat hajat dan air selusuh. Takut pulak aku tengok. Bukan takut tengok air selusuh tu, takut pikirkan camane la nak menghadapi saat-saat nak bersalin nanti. Umi pun banyak la bagi pesanan-pesanan berguna untuk menghadapi masa bersalin nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku nanti...amin...

Sebelum pegi kenduri kawin tu Sempat la jalan-jalan jap kat Dataran Pahlawan, area Kota A-Famosa tu. Tapi tak sempat bergambar pun. Tak dapat la nak masukkan gambar dalam entry ni. Nak naik menara keris taming sari yang berpusing tu lagi la tak sempat, ramai tu orang beratur tunggu giliran. Aku ni memang tak penah pegi Melaka pun. Kali ni pegi tak sempat jalan2 sangat, lain kali la nampaknye pegi Melaka lagi.

Lepas jalan2 kejap tu, pegi kenduri kawin kat dewan Hang lekir, Tanjung Keling. Makan-makan dan beramah mesra ngan sedara mara yang ada kat situ. Pastu umi, abah, ayah su, dan mak su aku terus bertolak balik sebab diorang dah datang dari hari Jumaat lagi. Aku ngan encik suami pulak singgah rumah Kak Da, sepupu aku, anak ayah su, dia memang duk Melaka. Kejap je singgah, dalam pukul 5.30 tu ingat nak balik dah, tapi kawan aku pulak ajak singgah rumah dia.

Aku pun ajak encik suami singgah rumah kawan aku tu. Aku kawan ngan diorang ni mase keja kat Putrajaya dulu. Sewa serumah. Diorang ni 3 orang adik-beradik sebenarnye. Mase kat Putrajaya tu banyak kali jugak bertukar-tukar housemate, dan diorang ni la housemate paling best penah aku jumpe. Tak sangka dapat jumpe diorang lagi, walaupun tak dapat singgah rumah, dapat jumpe kat hospital je sebab diorang melawat ayah diorang masuk wad. Sempat la aku melawat sekali. Pastu kitorang pegi makan sambil tu bertukar-tukar cerita. Tak dapat jumpe lama, sebab dah malam pun mase tu, dalam pukul 8.30 aku dan suami bertolak balik Johor. Pukul 11 sampai rumah, dah kepenatan sangat, mandi, solat, then terus tidur.

Tu la cerita hari sabtu aku. Tak dapat online hari sabtu, so buat la entry mengarut cerita hari sabtu ni pada hari isnin ni. Memang mengarut pun kan, korang pun mesti malas nak baca. Ok la stop dulu....^__^

~Wassalam~

Friday 28 October 2011

Putus cinta sampai sanggup bunuh diri..

Assalamualaikum...

Dari semalam sampai hari ni kecoh kat rumah ni duk citer pasal sorang budak bunuh diri. Budak perempuan, baru tingkatan 2, bunuh diri sebab teman lelaki putuskan hubungan cinta. Lelaki tu pulak baru tingkatan 4. Kejadian ni berlaku kat rumah budak perempuan tu, kawasan berhampiran ngan kawasan rumah mak mertua aku ni, tu yang diorang kecoh2 duk cerita tu. Dengarnye ada masuk Metro. Aku ni dengar-dengar camtu je la.

Budak perempuan tu bunuh diri dengan cara menggantung diri dia guna kain batik mak dia, yang diikat kat lubang angin atas tingkap bilik. Teman lelaki dia tu putuskan hubungan dalam pukul 10 pagi, pukul 12 tengahari dah jumpe dia tergantung tak bernyawa dah. Bayangkan camane dia boleh sanggup gantung diri camtu. Semata-mata kerana cinta yang orang panggil cinta monyet tu. Tak tau la nak cakap ape kan. Nak disalahkan siapa pun tak tau la.

Sebab tu la pentingnya mak ayah menekankan didikan agama pada anak-anak. Bukan tu je, kena prihatin, amek tahu apa yang anak-anak buat. Lagi-lagi anak remaja yang baru nak kenal dunia sebenar, baru nak mencari identiti diri. Tapi camane kalau mak ayah dah didik dengan agama, dah amek berat, tapi masih jadi jugak perkara macam tu..? Kat situ la pentingnya amalan kita tentang ilmu yang kita ada. Kalau betul mak ayah menunjukkan contoh yang baik, hidup berlandaskan agama, dan si anak pulak mengamalkan ajaran agama, tak tinggal solat, mustahil dia boleh bunuh diri camtu.

Cinta yang utama hanya pada Allah. Tempat bergantung hanya pada Allah. Budak tingkatan 2 tak faham ke perkara camni? Hrmm...tak tau la nak cakap ape. Sia-sia je satu nyawa pergi camtu je. Memang dah ajal dia, tapi caranya dia sendiri yang pilih kan.

Ok la..tak leh cakap lebih-lebih, kita tak tau situasi sebenarnya camane kan. Budak tu pun entah apela yang mendorong dia sampai sanggup bunuh diri. Semoga jadi pengajaran kepada semua.

~Wassalam~

Thursday 27 October 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak join kempen ni, 'Kempen Tingkatkan Jumlah Followers'.
Dianjurkan oleh blog Terjal Bicara-Azim Razak.




Sebenarnye dah 2-3 hari duk tengok kawan-kawan blogger join kempen ni.
Hari ni baru ada kesempatan untuk join.
Kawan-kawan yang tak join lagi jom la join kempen ni.
Dapat mengenali blog-blog lain disamping menambah jumlah follower.
Kalau nak join klik je kat banner atas tu ye..^__^

~Wassalam~

Gangguan Tidur Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...pagi lagi ke ni, dah nak tengah hari dah pun. Kejap lagi dah nak kena memasak untuk makan tangah hari. Bangun pagi tadi dengan sakit kepalanye, sebab malam tadi tidur cam terjaga banyak kali. Memang sejak kebelakangan ni, dah akhir-akhir trimester kehamilan ni selalu terganggu tidur. Mula-mula nak tidur tak berapa selesa, bila dah lena tu ada je nak terjaga, pusing2 kiri kanan ada je yang tak kena.

Biasanya pukul 4 lebih akan terjaga, perlu ke bilik air. Tadi pun camtu la, pukul 4 lebih aku terjaga nak pegi bilik air, nak bangun sakit pulak kat bahagian tulang rusuk kanan ni, lama sangat kot tidur mengiring ke kanan, sampai kena kejutkan encik suami untuk tolong bangunkan aku. Lepas pegi bilik air tu nak sambung tidur tak boleh lena pulak. Perut rasa lapar sangat. Selalu jugak la time pregnant ni terjaga perut lapar. Lagi2 kalau malamnye tak makan nasi, makan benda lain. Tu la malam tadi gatal makan laksa penang, tak nak makan nasi, kan dah lapar. Aku kejut encik suami lagi, dia pun amekkan roti kat dapur, aku makan then baru boleh sambung tidur. Bangun subuh tadi dah pening pulak kepala ni. Hrmmm...macam2 la kan.

Aku ada baca dalam satu majalah ni, gangguan tidur memang biasa terjadi kepada ibu hamil disebabkan beberapa punca:

1. Payu dara sakit

Payu dara semakin mudah rasa sakit. Biasakan tidur mengiring boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan nutrisi kepada janin dan rahim. Juga memudahkan tubuh menyingkirkan air dan bahan yang tidak diingini oleh tubuh. (Tapi bila tidur mengiring lame2 sakit pulak tulang rusuk ni).

2. Kerap buang air kecil

Rahim yang semakin mengembang memberi tekanan kepada pundi kencing dan menyebabkan perlu kerap ke bilik air. Banyakkan minum air waktu siang dan kurangkan minum waktu malam terutama sebelum masuk tidur. (Kena minum banyak air untuk mengelak sembelit dan kencing kotor, tapi nak kena kerap ke bilik air je ^^)

google image

3. Loya dan muntah

Loya dan muntah biasanya terjadi ketika perut kosong. Makan sedikit dan ambil sedikit makanan ringan tinggi karbohidrat sebelum masuk tidur.

4. Kaki kejang

Cuba luruskan kaki dan bengkokkan tapak kaki sehingga hujung ibu jari tegak ke atas. Urut kaki perlahan-lahan, tuam bahagian kaki yang kejang dengan air suam, bangun dan berjalan seketika.

5. Insomnia

Semakin menghampiri saat bersalin, semakin kerap perasaan bimbang melanda dalam diri wanita hamil. Cuba pejamkan mata, bernafas dengan tenang dan buang kebimbangan.


Hrmm..tu la puncanya ibu hamil mengalami gangguan tidur. Cam aku ni biasanye sebab kerap nak buang air kecil dan tak selesa dengan posisi tidur. Yang lain-lain tu tak de la kot. Kaki kejang tu tak pernah kena pulak. Macam-macam kan pregnant ni. Belum lagi sakit nak bersalin. Baru kita rasa sendiri camane susahnya mak kita sendiri mengandungkan kita dan melahirkan. Jadi hargailah mak kita selagi masih ada kesempatan. >__<


~Wassalam~

Tuesday 25 October 2011

Berilmu tetapi tidak mengamalkannya..??

Assalamualaikum...

Perkara paling susah dilakukan oleh orang yang ada ilmu ialah untuk mengamalkan ilmu tu. Siapa orang yang berilmu..?? Mesti la kita semua ada ilmu kan. Semua orang ada ilmu tak kira sikit atau banyak. Kita semua sekolah dari tadika, sekolah rendah, menengah, masuk universiti, kolej, dan sebagainya. Ilmu dalam kehidupan seharian contohnya kat rumah, mak ayah pun ada ajar dan turunkan ilmu sedikit-sebanyak tentang kehidupan kan. Jadi kita semua ni berilmu dan perlu untuk kita mengamalkan ilmu tu.

Tapi kenapa ramai yang susah untuk mengamalkan apa yang dia belajar, apa yang dia tahu..? Contoh paling mudah la, kita dah diajar di rumah dan di sekolah mungkin dari tadika lagi supaya membuang sampah ke dalam tong sampah atau bakul sampah atau plastik sampah atau tempat yang memang dikhaskan untuk membuang sampah. Susah ke nak amalkan..? Kenapa masih ada yang buang sampah merata-rata..? Ada pulak yang buang sampah di tempat yang tak sepatutnya cam peti surat, pasu bunga dan longkang.


 











Sia-sia la dari tadika atau sekolah rendah dah diajar gambar tong sampah tu camane, belajar bahasa inggeris ada perkataan dustbin kan siap ngan gambar lagi. Haa..mase tu boleh je faham buang sampah dalam tong sampah, yela mase kecik-kecik dulu kan, kat sekolah, cikgu ajar camtu dan arahkan camtu, ikut je la. Tapi bile dah besar dah lupe agaknya apa yang dipelajari. Hrmmm..tak tahu la kenapa kan....

Tu baru salah satu contoh, banyak lagi la kita boleh tengok kat sekeliling kita. Sebenarnya kita dah belajar, dah berilmu, dah tahu, tapi masih tak nak amalkan secara betul. Sia-sia je la ilmu yang kita ada tu kan. Berilmu bukan saja perlu dikongsikan tapi yang penting mengamalkannya.

Ok la, sama-sama kita mengamalkan ilmu pengetahuan yang kita ada k...>__<

~Wassalam~

Monday 24 October 2011

Kenapa jadi macam ni..??

Assalamualaikum...

Semalam baru perasan, tajuk entry tak de, kat bawah hari dan tarikh tu. Kan sepatutnya ade tajuk entry kat situ.


Sebelum2 ni ada, tapi mungkin lepas edit HTML tuk letak gambar sebelah tajuk tu, lepas tu ingatkan ok je, rupenya ada masalah pulak. Bila bukak kat satu entry, tajuknya tak de kat atas tu, tapi bile bukak kat home, maksudnya kat page ade banyak2 entry tu, ada pulak tajuknya. Kenapa ek jadi camtu? Dah salah ubah kod ke..? Memang tak pandai main ngan kod2 ni, saje try edit2 ikut tutorial kat satu blog tu...Memang jadi camtu ke kalau letak gambar kat sebelah tajuk tu..?

Harap ade yang boleh tolong bagi penyelesaiannya, kalau tak nampaknya kena ubah pada kod asal la, cam tak best pulak tak de tajuk entry kat atas tu.

Help me please....^__~

~Wassalam~

Saturday 22 October 2011

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

Assalamualaikum...

Hye semua...sihat ke..? Aku cam sedikit tension ngan line broadband celcom ni.
Dari siang tadi sampai dah malam ni makin teruk pulak dia buat hal.
Memang menghilangkan mood tengah blogwalking tadi.
Memang aku pakai line murah je, RM48 sebulan, tapi same je la,
pakai yang mahal pun bile time camni lagi la menyakitkan hati kan.

Huhu..dah aku buat entry melepaskan geram lak ni.
Sebelum aku bertambah geram dan hilang sabar baik aku off je laptop ni terus,
layan buat Sudoku tu lagi bagus.
Hari ni sebab line tak ok sambil tunggu download/loading tu
boleh settle sampai 4-5 muka Sudoku.
Haa..kalau tak sehari paling banyak rajin buatnye 2 muka je la.

Hari ni memang tak de idea nak update pun.
Ingat nak blogwalking je.
Tapi dah tension dah ngan line yang cam siput ni (sorry siput pulak yang jadi mangsa).
Ok la, esok je sambung berblog, tak dapat balas kunjungan hari ni,
thanks pada yang rajin singgah sini....>__<

Sebelum tu, sedikit pesanan:
'Sabar itu separuh daripada iman'
'sabar lebih baik dari memaki hamun tak tentu pasal'
tajuk entry cam buat entry serius je kan..
padahal merapu je...
hehe..sabar je la...^__*


~Wassalam~

Friday 21 October 2011

Jadilah Seindah Hiasan

Assalamualaikum...

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Biasa kan dengan ayat ni. Wanita dicipta oleh Allah s.w.t. bermula dari penciptaan Hawa, yang dicipta dari tulang rusuk Adam a.s., sebagai peneman dan penghibur untuk Adam a.s. yang keseorangan.

Wanita, perempuan, gadis, memang dicipta dengan ciri-ciri tersendiri seperti lemah lembut, penyayang, dan sebagainya. Wanita ada daya tarikan tertentu yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Sebab tu la wanita dikatakan hiasan dunia. Tapi nak ke kita jadi hiasan yang murahan je kat dunia ni. Hiasan yang tak de harga, free je, tak pun jual murah-murah je. Mesti la tak nak kan...
 
google image
 Kita kan boleh buat pilihan sendiri. Jadi pilihlah untuk jadi seindah hiasan. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Jadilah hiasan yang ada harga, harga mahal-mahal, bukan maksudnya harga pada nilai wang ringgit, tapi harga pada pandangan orang sekeliling dan terutamanya pada pandangan Allah s.w.t.

Kenapa nak pilih untuk jadi hiasan yang biasa-biasa je..? Tak susah pun, jadi wanita solehah, dah dapat jadi hiasan yang paling indah di dunia sementara ni...susah ke..? Buat la pilihan sementara masih berkesempatan....^__^

~Wassalam~

Thursday 20 October 2011

Mentadak Mentadu pernah jumpa bapak dia tak?

Assalamualaikum...

Tajuk kat atas tu sebenarnye soalan dari encik apis, dia tanya aku sambil tersengih-sengih, cam nak kenakan aku la tu, tengah makan tengah hari pulak tu.

apis: "agak-agak la mentadak mentadu pernah jumpe bapak dia tak?"
aku:  "kenapa tanya pasal mentadak mentadu, kenapa tak cicak ke, belalang ke..,haiwan lain ke.."
apis: "haiwan lain ada kemungkinan dapat jumpa bapak dia, tapi mentadak mentadu dapat jumpa ke bapak dia?"
aku: "la dapat  je la, same je la ngn haiwan lain tu.."
apis: "yeke?tak tau ke cerita pasal mentadak mentadu?"
aku: "kenapa pulak?"

Haa..saje je dia nak pusing2 kan, bukan nak cakap je terus. Yang aku pernah dengar pasal mentadak mentadu ni, kalau kecik-kecik dulu kan bila ada mentadak mentadu dalam rumah abah atau umi suruh tanya "mentadak mentadu macamane '......' tidur?" sebut la nama sape2 kat situ, pastu nanti mentadak mentadu tu gerak2, tu la jawapannye camane orang tu tidur. Selalu la main2 tanya camtu ngan adik beradik bile nampak mentadak mentadu. Korang mesti pernah dengar pasal ni gak kan..?

Tapi yang apis cakap tu pasal lain. Dia pun cerita la dia tengok Discovery Channel, pasal mentadak mentadu.

apis: "Masa mentadak mentadu mengawan, mentadak betina akan makan mentadak jantan.
         Jadinye, mentadak jantan tu akan mati la.
         Yang tinggal benih dia je yang dah disenyawakan ngan telur mentadak betina tu.
         Jadi anak mentadak tu tak kan dapat la jumpe bapak dia."
aku:  "eh..yeke...kalau dia makan jantan tu camane dia mengawan..tak paham la.."
apis: "memang camtu la, tak caye cuba cari sendiri kat internet.."

Aku pun try search internet semalam, tapi jumpe sikit2 je kot, malas nak cari banyak2 lagi. Korang baca la sendiri kat bawah ni:

mentadak jantan atas, mentadak betina bawah
Sexual cannibalism is common among mantises in captivity, and under some circumstances may also be observed in the field. The female may start feeding by biting off the male’s head (as they do with regular prey), and if mating had begun, the male’s movements may become even more vigorous in its delivery of sperm. Early researchers thought that because copulatory movement is controlled by a ganglion in the abdomen, not the head, removal of the male’s head was a reproductive strategy by females to enhance fertilisation while obtaining sustenance. sumber

The adult female usually eats the male after or during mating. sumber

Ok faham tak..?pandai2 la korang fahamkan k...aku nak stop dulu...
~wassalam~

Wednesday 19 October 2011

ada ke lelaki suka shopping...??

Assalamualaikum....

Ade ke lelaki suka shopping..?tak de..?bukan la maksudnye lelaki tak suke shopping langsung, tapi caranye lain la dengan perempuan bershopping. Lelaki bile nak beli barang yang dia nak dia akan terus pergi kat tempat yang dia nak beli tu, tengok 2-3 jenis, pilih, then terus bayar dan balik.

Kalau perempuan pulak tak de nye macam tu, nak beli t-shirt sehelai pun mesti kene pegi paling kurang 2-3 kedai, dah masuk satu kedai tu mesti tengok semua t-shirt yang ade kat dalam tu, nak pilih pun punye susah, mule2 dah berkenan, tapi tak terus amik, tengok yang lain pulak, last2 sendiri pening nak yang mane, tengok2 yang mule2 tadi jugak yang dipilih. Macam2 la lagi ragam perempuan bershopping.

Sebab tu la bile suami isteri bershopping same2 kadang2 boleh gaduh jadinye. Kalau yang belum kawin tu, mesti ade yang dating tu sambil shopping kan...mase couple boleh la lagi si lelaki tu ikutkan je...bile dah kawin macam2 la nanti yang keluar dari mulut dia.

google image

Dr. Davis Lewis, psikologi dari London, mendapati kebanyakan masa yang diambil oleh orang lelaki untuk membeli belah di kompleks ialah 30 minit sahaja. Jika lebih daripada masa ini menyebabkan dia letih dan jika terpaksa meneruskan akan menambahkan tekanan dalam dirinya. Sebaliknya bagi kebanyakan wanita, membeli belah adalah aktiviti berkala yang amat menyeronokkan, boleh mengurangkan tekanan harian dan boleh menambahkan keceriaan dalam dirinya. - Sumber: Majalah Anis, 'Shopping: Suami Stress, Isteri Ceria' oleh Pak Uteh (Perunding Motivasi Kekeluargaan).

Haa..korang setuju tak dengan kenyataan kat atas tu..?Bagi aku memang betul pun. Kalau dah boring duk rumah je mesti nak je pegi shopping. Kadang2 tu tak tau nak beli ape, saje2 je ajak encik suami pegi shopping kompleks. Kadang2 tu cari la alasan nak beli ape2 yang dah abis kat rumah ke, ade sale ke. Yang encik apis pulak mesti ade mase dia malas tu ade la dia buat muke lain je...tapi last2 dia ikutkan je. Pastu tengah shopping tu bile lame sikit je aku belek2 mule la kuar macam2 dari mulut dia tu. Dia memang suka membebel, tapi aku buat tak tau je, last2 dia ikutkan je la.

Hehe..kadang kesian lak kat dia kena ikut kite je kan. Ala bukan buat ape pun, kalau pilih lame2 tu kan sebab nak tengok mane yang ok, bandingkan harga, baru puas hati beli. Kadang2 nak amek ati dia, konon2 nak cari barang tuk dia cam baju or seluar, tapi sebab dia sendiri malas nak tengok n pilih dah tak beli pun. Dia sendiri la yang rugi kan.

Sebenarnye ape yang penting kena tolak ansur dan fahami pasangan kita. Lelaki dan perempuan kan memang berbeza. Kena pandai menjadikan perbezaan tu sebagai pelengkap diri masing2. Lelaki kenalah faham perempuan memang camtu. Tu pun tuk kebaikan bersama gak bile bershopping, kena pilih yang sesuai, harga yang berpatutan, baru la tak rugi duit je beli, duit suami gak kan. Perempuan pun kena paham2 la bile dah lame2 sangat tu, memang nak kena stop dulu, ajak suami g makan ke, pegi kedai yang jual barang2 yang dia suka tengok ke, baru la dapat ceriakan balik suasana shopping tu. Elakkan dari terjadinya suasana masam muka, gaduh2, dan stress.

Tapi apis tu tak de la sampai stress, dia memang seorang yang sabar (dengan kerenah aku ^^), walaupun dia suka membebel. Ok, selamat bershopping bersama pasangan korang...enjoy shopping...jangan sampai stress...>__<

~Wassalam~

Tuesday 18 October 2011

Terima Kasih Semua...

Assalamualaikum...
Hye semua, semoga sihat2 je...dah malam2 ni, sebelum tidur rajin pulak nak menaip (sambil tunggu susu dalam cawan ni sejuk untuk diminum).

Hari ni tengok macam ramai je yang datang singgah kat blog yang tak seberapa ni. Tak kira pulak berapa ramai, tapi pageview cam banyak je bertambah dalam sehari ni. Tapi tak de la macam pageview blog2 femes tu kan. Cume rasa cam hari ni banyak la bertambah dari sebelum2 ni.

Thank you kepada korang semua yang rajin singgah sini. Mungkin lepas join bloglist 'msredcheesecake' semalam kot. Bagus jugak ye join2 bloglist ni. Sampai penat jugak la membalas kunjungan2 hari ni.

Ade jugak la yang datang entah dari mane boleh jumpe blog ni, terima kasih la, yang tak sangkanye kawan lama mase sekolah menengah dulu tiba-tiba muncul kat shoutbox, panggil aku dengan nama aku-salina, mane tak pelik kan, cek2 rupenye kawan lama.

Lagi satu kan, follower aku kan baru berapa je lah kan. Tapi sebelum ni lame gak stop kat angka 19. Semalam dah jadi 21. Hari ni pulak last tadi tengok dah 25. Haa..memang hari ni boleh dikatakan murah rezeki la kan. Orang singgah dan follow blog yang tak seberapa ni. So, terima kasih kepada semua yang sudi follow blog aku ni.

Ala nak dibandingkan blog yang glemer2 tu sehari tah berapa puluh orang yang follow, tah2 beratus2 tak. Hehe..tak kisah la. Nak jugak citer kat sini.

Cam syok pulak bile orang sudi follow, macam kita cari kawan dan ramai nak berkawan ngan kita, kan seronok tu. Cam baru masuk darjah satu/masuk tingkatan satu/masuk sekolah baru/masuk asrama/masuk U/baru duk hostel/dapat keja tempat baru...dan sebagainya...kan baru nak kenal2, cari kawan, pastu dapat ramai kawan yang baik hati. Kan seronok camtu.

Cakap pasal berkawan ni, dalam berkawan tu kena berhati-hati gak memilih kawan. Kita kan kadang2 mudah terpengaruh dengan kawan. Biar pengaruh yang baik2 je yang kita amek. Yang tak elok tu jadikan sempadan. Kita pun bagi la pengaruh yang baik2 je kat orang lain..k...

Ok, dah abiskan minum susu (sambil menaip ni). Kena tidur awal, esok nak g check up klinik pagi2 sebelum pukul lapan.
Selamat malam semua.

~Wassalam~
^__^

Menyambut Kelahiran Bayi~Panduan untuk suami

Assalamualaikum...

Hari ni nak share tentang kaedah menyambut kelahiran bayi. Islam menggariskan beberapa perkara yang disunatkan sewaktu menyambut kelahiran bayi.

Panduan Untuk Suami

# Membaca surah-surah berikut semasa menanti saat kelahiran bayi:
  • Surah al-Inshiqaq : 1-5 bermaksud:
Apabila langit terbelah; serta mematuhi perintah tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; dan apabila bumi diratakan; serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong; serta mematuhi perintah tuhannya dan sudah semestinya ia patuh.
  • Surah al-Hasyr : 3 bermaksud:
Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyiksa mereka di dunia dan dalam pada itu mereka akan beroleh azab seksa neraka.

# Bersama-sama isteri sewaktu saat kelahiran.

# Sunat diazankan dan diiqamatkan secepat mungkin.

Setelah dipotong tali pusatnya dan dibersihkan serta dibenarkan melihat. Dilakukan oleh bapa bayi atau waris tertua dalam keluarga tersebut kerana inilah komunikasi awal sebagai pengenalan  terhadap kalimah-kalimah Allah s.w.t. untuk diperdengarkan kepadanya. Selain menjauhkan dari gangguan jin dan syaitan.

Diriwayatkan dari Abi Rafi a.s. katanya yang bermaksud:
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. berazan di telinga Hasan bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah." (H.R. Abu Daud dan Tarmizi)

Husain bin Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa dikurnia anak lalu mengucapkan azan pada telinga kanan bayinya dan mengucapkan iqamat pada telinga kirinya, maka si bayi akan terhindar dari gangguan syaitan." (H.R. Al-Baihaqi).
  • Azan di telinga kanan.
  • Iqamah di telinga kiri.  
  • Membaca surah al-Qadar di telinga kanan.
  • Membaca surah al-Ikhlas di telinga kiri. - Mohon supaya anak tersebut terselamat dari perbuatan zina, dikuatkan iman serta dijauhkan dari syirik.
  • Tahnik - Tahnik dengan manisan madu atau sedikit kurma. Menggunakan jari manis yang dibaca padanya surah al-Insyirah. Dan baca dari surah Toha:25-28. Dilakukan sebelum bayi diberi susu ibu. Semoga apabila dewasa ia akan bercakap perkara yang benar dan menjadi anak yang soleh dan baik budi pekertinya.
  • Untuk memperolehi keberkatan, seseorang yang dipilih melakukan tahnik seelok-eloknya orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.
  • Abu Musa r.a. berkata, "Aku dikurniakan seorang putera. Kemudian aku membawanya kepada Nabi. Baginda menamakannya Ibrahim, membersihkan mulutnya dengan kurma, dan didoakan agar mendapat keberkatan, selepas itu barulah ia diserahkan kepadaku."
# Mencukur kepala.

Dalam Muwata' Imam Malik diceritakan ayah Jaafar bin Muhammad berkata: " Fatimah telah menimbang rambut putera-puteranya lalu menimbangnya dengan perak dan nilainya disedekahkan kepada fakir miskin."

Mencukur rambut lazimnya dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.

#Memberi nama anak.

Menamakan anak dengan nama yang membawa maksud dan pengertian yang baik kerana itu merupakan doa kepada bayi.

#Aqiqah.

Dari segi syariat aqiqah ialah menyambelih kambing untuk bayi yang baru dilahirkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Semua anak tergantung (tergadai) dengan aqiqah, disembelih pada hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur rambutnya."(Hadith Shahih)

Ummu Karaz Al Kabiyah berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang aqiqah. Baginda bersabda yang bermaksud:
" Untuk seorang putera dua ekor dan untuk seorang puteri seekor dan tidak ada salahnya kambing itu jantan atau betina."

Terdapat juga riwayat bahawa seekor kambing disembelih apabila seorang bayi lelaki lahir. Ini berkait dengan sunnah Rasulullah s.a.w. apabila Hasan dan Husain r.a. dilahirkan.

Ahmad bin Hambal berkata, " Penyembelihan hendaklah dilakukan pada hari ketujuh, jika tidak pada hari keempat belas, dan jika tidak pada hari keduapuluh satu."

Beberapa ulama berpendapat jika penyembelihan tidak dilakukan pada hari-hari tersebut, bolehlah dilakukan pada hari-hari lain.

Jika seseorang tidak mampu melaksanakan aqiqah, maka dia tidak harus memaksa dirinya melakukannya.

Memasak haiwan aqiqah adalah lebih diutamakan (digalakkan) dari daging mentah untuk memudahkan fakir miskin menikmatinya.

Umur aqiqah yang disembelih sesuai dengan syarat-syarat aqiqah, sihat dan tidak cacat.

Tidak sah seekor kambing disembelih oleh beberapa orang lain untuk beberapa orang anak mereka.

Sebaik-baiknya aqiqah itu berupa kambing, unta, lembu, atau kerbau.

Anak-anak dianjurkan menyembelih aqiqah untuk ibu bapa mereka jika mereka mengetahui bahawa aqiqah untuk ibu bapa belum dilakukan.


Semoga memberi manfaat kepada semua yang membaca. Diambil dari sumber bahan bacaan dan diringkaskan. Kalau ada kemusykilan boleh bertanya kepada yang lebih arif atau mencari dari sumber-sumber lain. Malu bertanya sesat jalan, malas membaca sendiri yang rugi kan...>_<

Gambar: Google image

Wallahualam....

~Wassalam~

Sunday 16 October 2011

Besederhana, jangan membazir

Assalamualaikum...

Sebagai seorang muslim kita digalakkan supaya hidup besederhana dan tidak berlebih-lebih sehingga membazir. Jom baca kisah dari sebuah hadis ni:

Sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Anas r.ha menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pada suatu hari telah keluar berjalan bersama seorang sahabat (Anas), tiba-tiba Baginda terpandang sebuah rumah yang di atasnya terbina sebuah kubah. Lalu Baginda bertanya: "Rumah siapakah itu?" Sahabat memberitahu bahawa rumah itu kepunyaan si fulan daripada kaum Ansar, Baginda diam tidak berkata apa-apa tetapi memendam hal tersebut dalam dirinya.

Kemudian pada suatu ketika sahabat daripada kaum Ansar (tuan punya rumah tersebut) bersua dengan Rasulullah SAW lalu memberi salam kepada Baginda. Tetapi Baginda berpaling muka dengan wajah yang masam. Peristiwa itu amat mendukacitakan sahabat Ansar berkenaan, sehingga suatu waktu beliau menceritakan kesedihan berikutan peristiwa pahit itu kepada Anas r.ha.

Maka Anas menceritakan bahawa beliau pernah berjalan dengan Rasulullah SAW dan terpandang kubah yang dibina di rumah sahabat itu, lalu Baginda bertanya rumah siapakah itu? Setelah mendengar penjelasan daripada Anas, maka fahamlah beliau bahawa baginda tidak suka di kalangan sahabat-sahabatnya yang membuat kerja membazir seperti pembinaan kubah itu. Ini kerana kubah hanyalah perhiasan bukanlah keperluan. Sahabat Ansar itu segera pulang ke rumah mengambil tukul besi, lalu memecahkan kubah yang dibina itu sehingga tidak kelihatan lagi.

Selepas kejadian itu, Rasulullah SAW bersabda dihadapan para sahabat, "Ingatlah! bahawa setiap binaan yang kamu dirikan itu akan menjadi bala kepada kamu kecuali binaan rumah yang menjadi keperluan (La budda)." Kubah yang dibina oleh sahabat Ansar itu adalah suatu contoh pembaziran yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Rasulullah berpaling daripada muka sahabat berkenaan sebagai tazkirah dan amaran agar setiap orang yang mengaku dirinya beriman tidak melakukan hal-hal yang tergolong dalam pembaziran.

Seperti firman Allah SWT: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan adalah syaitan itu kufur terhadap Tuhannya." (Al-Israk:26-27).

Sumber: Majalah Anis - artikel 'Angkara Sebuah Kubah' oleh Ummu Humaira


Peringatan buat diri sendiri dan semua sahabat supaya hidup besederhana dan tidak membazir.

~Wassalam~

Saturday 15 October 2011

Bosannye kena duduk wad..~__~

Assalamualaikum...

Ape kabar semua...rase macam lame je tak update, padahal baru semalam kot tak dapat bukak laptop. Sebabnye aku kena tahan masuk wad bersalin. Bunyi nye macam dah nak bersalin pulak kan. Tapi alhamdulillah tak de ape2.

Pagi Jumaat tu pukul 4 pagi aku sedar dari tidur macam sakit semacam je kat bawah perut ni. Aku pun kejut suami, dia mula la risau tengok aku cam sakit sangat je. Aku lak tak tau nak cakap sakit macam mane. Dia pun kejut la mak dia. Dah terkejut semua mase tu, semua jadi risau. Terus suruh pegi hospital. Nak pegi klinik kesihatan pun kena telefon dulu baru ade orang datang. Dah takut sangat ade ape2, pegi je la hospital terus. Sampai je diorang cek la ade kontraksi ke tak pakai mesin. Tanda2 bersalin cam keluar darah ngan air ketuban tu tak de pun. Cume sakit kat bawah perut je. Tapi mesin cek kontraksi tu cam menunjukkan ade kontraksi. Kontraksi tu cam bayi dah nak keluar la.

Aku pun pelik, betul ke. Sebelum ni kat KK nurse tu cakap sakit nak bersalin dari atas perut mengeras turun ke bawah. Aku tak de rase sakit dari atas pun. Pastu ade sorang nurse tu cakap mesin tu rosak. So diorang pun tak tau la nak decide camane, ade kontraksi ke tak. Nurse tu pun telefon doktor dalam pukul 6 lebih tanya camane. Doktor pulak suruh bagi suntikan untuk kuatkan paru-paru bayi sebab takut kalau betul-betul dah nak bersalin mase tu, kandungan baru 32 minggu, paru-paru bayi tak kuat lagi. Sakit sangat mase kena cucuk tu. Pastu 6.30 pagi aku masuk wad. Doktor datang cek pukul 8 lebih. Dia scan bayi baru 1.7 kg. Kalau bersalin memang kecik sangat lagi. Aku pun doa sangat jangan la bayi ni keluar lagi. Macam tak sedia lagi je. Bayi pun kecik lagi takut ade ape2.

Tak lame duduk wad tu aku dah tak rase dah sakit tu. Diorang tanya ade rase mengeras ke, pun tak de. Rase biase je. Tapi ingatkan boleh balik, tak boleh lagi rupenye. 6.30 petang kena suntik yang kuatkan paru-paru tu kali kedua. 12 jam lepas tu baru boleh keluar. Maknenye kena tidur situ la. Nak menangis je rase kena duk wad tu. Bosan, tak tau nak buat ape. Menyesal lak tak pegi klinik biase je. Malamnye pun tak berape boleh tidur. Entah kenape kipas pusing dah laju pun rase panas sampai berpeluh-peluh aku tidur malam tu. Dalam wad tu macam2 pulak gaye orang sakit. Ade yang semalaman tu menjerit-jerit je sakit nak bersalin. Ade baby menangis la. Hrmmm...takut pulak tengok orang sakit nak bersalin tu.

Pagi tadi memang tak sabar-sabar dah tunggu doktor datang cek, pastu boleh keluar. Doktor lak lambat hari ni, pukul 11 lebih baru datang. Tak pe la, yang penting dia dah bagi keluar tengah hari tu. Terus aku telefon suami suruh datang amek. Duduk kad wad tu rase macam2 sakit lain pulak. Sakit kepala, sakit tengkuk la, panasnye kat situ sampai rase cam nak demam. Sebab duduk kat katil je kan. Keluar je terus aku ajak pegi makan then jalan2 jap kat tesco. Mase tu baru rase sihat sikit dapat jalan2. Balik rumah pun rase lain la, makin sihat je dari duk kat wad tu. Huhu...macam2 la kan.

Ok la, panjang pulak aku bercerita ni. Mesti korang pun malas nak bace sangat kan. Hehe...tak pe la...dah tangan ni nak menaip nak buat camane. Aku rase nak tidur awal malam ni, so selamat malam korang...sweet dream....(^__*)


~Wassalam~

Thursday 13 October 2011

Pengajaran dari kisah katak~Think positive give you advantage

Assalamualaikum...

Niat jahat disangka baik, think positive, sama ada sengaja atau tak sengaja. Maksudnye sama ada kite tau orang tu berniat jahat kat kite tapi kite pikir positive je, atau sememangnye kite tak tau orang tu ade niat jahat dan kite memang pikir orang tu baik je. Haa..ade kebaikannye jugak berfikiran positif ni. Contohnye cam cerita kisah katak ni, jom bace...

Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap.
Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.
Mereka melihat sedalam mana perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Mereka pun sepakat sudah tiada harapan.
"Kamu tawakal sajalah, mungkin ini nasib kamu!" Jerit seekor katak dari atas.
"Kami pun tak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas." kata katak lain.
"Itulah kamu, cuai sangat, inilah padahnya tidak berhati-hati." Tambah katak yang lain.
Namun, kedua-dua katak itu tetap berusaha melompat untuk naik ke atas. Masih gagal. 
Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.
Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. 
Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak henti-henti.
Tenaganya pun semakin lemah dan hanya mampu bersandar pada dinding perigi.
Ditambah semangat yang lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas. 
Tidak berapa lama kemudian, dia pun mati. Mati katak.

hrmm..cian katak tu kan..so ape jadi pada katak yang seekor lagi tu..?
















Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat.
"Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama."
"Simpan je tenaga kamu, membazir je kamu melompat-lompat."
"Buat kali terakhir kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan."
Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas.



Agak-agak katak tu pun putus asa dan mati kat situ gak ke..?



Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat.
Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.
Takjub dengan apa yang berlaku, seekor katak bertanya:
"Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu akan mati seperti kawan kamu?"
"Sebenarnya telinga saya kurang dengar.
Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat.
Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya.
Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua."
Itulah jawapan dari katak yang berjaya melepaskan diri dari perigi yang dalam tu.


Jadi pengajaran nye...You're what you think. Tersalah sangka pun ada manfaatnya kan. Tu kebetulan katak tu tak berapa dengar, tapi kalau katak tu dengar pun sepatutnya dia masih boleh pikir positif walaupun kata-kata katak-katak lain tu tak memberi semangat langsung. Macam kita la kan, kalau orang sekeliling cakap kita tak kan berjaya, kita dengarkan je la, tak perlu putus asa, pikir positif untuk membuktikan kata-kata diorang tu salah. Buktikan kita boleh berjaya. Tapi berhati-hati jugak dengan kata-kata orang sekeliling ni. Terlalu pikir positif nanti memakan diri pulak kan.


Kisah katak dari: majalah Solusi

~Wassalam~

Tuesday 11 October 2011

Ku sangka panas hingga ke petang, rupenye...

Assalamualaikum...

Ku sangka panas hingga ke petang, rupenye hujan di tengah hari...hrmmm...penat mengangkat kain baju yang baru dijemur tadi. Sekarang ni musim hujan tengah hari, pagi panas, tengah hari hujan. Kadang2 dari pagi dah tak berape panas, matahari malu2 je nak keluar. Tapi baju dah banyak perlu dibasuh, basuh je la kan. Siap je jemur, angin mula bertiup, awan mula kelabu. Tak lame, saat2 baru nak merehatkan diri, hujan pun turun rintik2. Jadi cepat2 la angkat kain di jemuran tu. Sikit2 je yang keringnye, banyak tak kering lagi, kene jemur pulak kat tempat yang tak kene hujan. Huhu...penatnye...~_~

Monday 10 October 2011

Syukur masih dipinjamkan nyawa olehNya

Assalamualaikum...

Pagi ni cam tak de semangat je...bangun je cam sakit kepala...haa tu la malam2 berjalan sampai dekat tengah malam baru balik...tapi rajin pulak aku nak menaip ni kan...

Hari isnin, kalau yang kerja or study tu mesti ade je yang tak de mood la, tak de semangat la kan. Tapi aku yang duk rumah je ni pun boleh tak de semangat gak ke...hrmmm...

Sebenarnye aku dah tak larat nak duduk mengadap laptop ni lame2. Baru duk 5 minit dah mule la sakit belakang, sakit pinggang. Kalau buat kerja lain tu tak pe je, kalau duduk je depan ni ke, tengok tv ke, lipat kain ke, memang rase tak selesa sangat. Last2 masuk bilik baring je terus. Duduk dalam kereta pun camtu.

Camane la nak balik kampung raya haji ni, 8 jam perjalanan tu. Takkan dah tak boleh balik kampung lepas ni. Dapat balik sekali lagi je pun tak pe dah. Encik apis cakap time camni dah tak boleh jalan jauh2. Nanti emergency tengah jalan camane nak buat. Dah la tak de pengalaman. Huhu...sedihnye kalau tak dapat balik kampung dah....

Duduk tak kena, nak tidur pun serba tak kena je rasenye. Tapi bile bangun pagi je dapat rase baby gerak2 dah happy sangat. Alhamdulillah...syukur sangat masih diberikan nyawa. Nyawa untukku dan baby ku dalam kandungan ni.

So bile hari isnin je atau hari ape2 pun, kalau tak de semangat je pagi2 tu, ingat la kita masih diberi pinjam nyawa oleh Allah s.w.t. Bersyukur masih diberi kesempatan bernafas di bumiNya. Jadi bangun la dengan bersemangat meneruskan kehidupan. Dengan niat segalanya kerana Allah. Hidup di dunia ini satu ibadah. Bekalan untuk akhirat yang kekal abadi.


~Wassalam~

Sunday 9 October 2011

Pencarian 50 blogger oleh Chegu Zubir


hye semua...aku nak join satu segmen ni dari blog Chegu Zubir,
'Pencarian 50 blogger oleh Chegu Zubir'
bertujuan merapatkan ukhuwah sesama blogger tak kisah newbie atau popular blogger...

Chegu Zubir



'jom berkunjung ke blogku yang simple aje...sekadar berkongsi kisah hidup, pengalaman, dan sedikit ilmu.'


ok tu je...kalau nak join sila klik pada gambar tu ye...

~wassalam~

Saturday 8 October 2011

Mendidik generasi mukmin cemerlang dari dalam rahim ibu

Assalamualaikum...

Aku pernah terbaca dalam facebook, tentang macam mane orang Yahudi boleh berjaya dan menguasai dunia sekarang ni. Diorang mula membentuk generasi diorang dari dalam rahim ibunya. Bila seorang ibu dari kaum tu hamil, ibu tu akan menjaga semua makan minum dan aktiviti sehariannya. Ibu tu akan makan makanan yang berkhasiat dan boleh merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan. Contohnya, diorang banyak makan kismis, kekacang, minyak ikan. Diorang akan makan ikan tanpa kepala sebab kepala ikan mengandungi banyak toksik. Selain tu, ibu tu akan banyak bermain piano, dan melakukan latihan matematik untuk merangsang otak bayi dalam kandungan. Kalau kita tengok sekarang ni, kebanyakan barang yang kita guna, pakai, makan, semuanya dikeluarkan oleh orang Yahudi. Barang-barang diorang menguasai pasaran dunia. Bila la agaknye kita dapat tengok barang keluaran umat islam sendiri yang digunakan diseluruh dunia..?hrmm..pikir lah sendiri kan....

Sebenarnya sebagai seorang islam kita ada cara kita sendiri mendidik anak menjadi seorang yang berjaya. Kalau betul caranya, kita akan dapat melahirkan generasi islam yang cemerlang. Bukan saja dengan ilmu agama, tapi dengan pengetahuan teknologi yang bemacam-macam sekarang ni. Semuanya bermula dari dalam rahim seorang ibu sehinggalah lahir dan dididik dalam sebuah keluarga, sebelum dia mengenali masyarakat sekeliling.

Mesti ada yang pelik kan, camane bayi dalam kandungan boleh dididik..? Sebenarnya, sejak usia kandungan 6 bulan lagi, otak bayi sedang bekembang dengan pesat. Masa ni lah ibu hamil digalakkan membaca surah Luqman untuk memperoleh anak yang bijak. Aktiviti ibu hamil juga banyak mempengaruhi bayi dalam kandungan. Kalau nak anak bijak dalam matematik, buat lah latihan matematik. Banyakkan membaca bahan-bahan yang berfaedah.

Bila usia kandungan 7 bulan, deria pertama yang mula berfungsi ialah pendengaran. Bayi masa ni dah boleh mendengar. Dah boleh kenal suara ibu dia, ayah, dan orang sekeliling. Semua bunyi disekeliling kita akan dapat didengar oleh bayi dalam kandungan mase tu. Kalau ibu tu dengar lagu, bayi tu pun dapat dengar. Jadi sebaik-baiknya kita dengarkan sesuatu yang baik-baik je untuk bayi. Contohnya bacaan ayat al-Qur'an. Kalau ibu tu selalu membaca al-Qur'an sepanjang kehamilan tu, bayi tu akan lebih terbiasa dengan suara ibunya dan bacaan ayat al-Qur'an. Cuba bayangkan kalau ibu tu selalu dengar muzik-muzik yang bising dan kuat, mesti bayi tu pun terbiasa dengan muzik-muzik camtu.


Dari segi pemakanan pulak, ibu hamil digalakkan makan makanan yang halal. Bukan la mase hamil je, sebagai umat islam kita kan mesti makan makanan yang halal. Makanan ni lah yang membentuk perkembangan bayi dalam kandungan. Selain makanan yang berkhasiat untuk pertumbuhan bayi, ibu hamil jugak digalakkan makan kismis, kurma, kekacang, yang boleh merangsang perkembangan otak bayi.

Firman Allah s.w.t:

"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan'. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam, ayat 23-25).

Amalan membaca al-Qur'an bukan je pada surah-surah tertentu, tapi baik diamalkan membaca keseluruhan al-Quran sepanjang kehamilan. Surah-surah yang digalakkan dibaca ketika hamil boleh dibaca lebih kerap. Surah Yusuf digalakkan dibaca sewaktu usia kandungan 16 minggu atau 4 bulan. Masa tu lah janin mula terbentuk, dan roh ditiupkan. Surah Luqman pulak dibaca sewaktu usia kandungan 24 minggu atau 6 bulan sebab mase ni otak bayi berkembang dengan pesat. Sewaktu usia kandungan 36 minggu pulak banyakkan membaca surah Maryam. Waktu ni bayi semakin matang dan bersedia untuk lahir. Membaca surah Maryam dapat menanamkan roh tauhid, memberi kekuatan pada ibu menghadapi saat melahirkan, dan semoga dimudahkan proses bersalin.

Semoga bayi yang dididik dengan bacaan al-Quran dari dalam rahim ni akan membesar menjadi seorang mukmin cemerlang. Mukmin yang bukan je berpegang teguh pada islam tapi pakar dalam pelbagai bidang. Tanggungjawab ibu bapa selepas bayi dilahirkan lebih berat lagi. Mampukah kita melahirkan generasi mukmin cemerlang dalam keadaan masyarakat islam sekarang? Masalah sosial remaja islam sekarang semakin teruk. Memang dapat dilihat kat mane-mane, dengan macam-macam kes rogol, pembuangan bayi, anak luar nikah, dan sebagainya. Jawapan untuk mengubah keadaan ni bermula dari kita sendiri, seterusnya institusi keluarga, masyarakat, dan kerajaan. Sama-sama kita laksanakan, insyaAllah...

Wallahualam....

~Wassalam~

Sumber: Bahan bacaan
Gambar: Google image

Thursday 6 October 2011

~Damba Kasih~

Assalamualaikum...

semoga sihat semua...malam ni nak share lirik lagu nasyid ni, dah lame nasyid ni dari zaman study diploma dulu kot...jom hayati same2...^_^


Damba Kasih~In-team

Semakin jauh ku dari Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan yang Maha Pengasih
Siapalah diriku dipandanganMu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku dihadapanMu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Dikala dinihari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang Mu oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu Oh Tuhan
Kasih sayang Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmatMu
Ampunilah diriku


google image


















Firman Allah s.w.t:

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)


wassalam (^__^)

Wednesday 5 October 2011

~Berjaya mengatasi masalah anemia~

Assalamualaikum...

Selamat pagi rabu...aku baru balik check-up klinik...awal siap hari ni, pukul 9 dah balik, sebab g awal, tak ramai orang, dan cek biase je. Tapi dah boleh lega sikit sebab dah tak anemia. Kandungan hemoglobin dah naik, walaupun naik sikit, tapi dah atas paras anemia la... alhamdulillah... harap2 lepas ni pun terus naik je...tak nak turun2 dah...

Nampaknye berjaya la lepas aku buat jadual makan tu... memang kena teruskan la jadual dan cara pemakanan macam tu...kalau korang tak tau lagi jadual ape aku maksudkan boleh bace entry aku sebelum ni, klik sini.

Lagi satu, makan tu banyakkan makanan yang dapat membekalkan zat besi tuk menambah darah, contohnye kerang, hati, daging, kangkung, pucuk paku, bayam merah. Kena seimbangkan makan dari sumber haiwan dan sayur tu, baru zat besi tu dapat diserap dalam badan dengan berkesan. Zat besi tu la yang akan menghasilkan dan menambah kandungan hemoglobin dalam darah.

So, kalau ade sape2 yang pregnant tu dan ade masalah kurang darah ni, boleh la try cara aku tu...Kalau pregnant tak semestinya nak tunggu sampai anemia la, kalau tak de pun masih boleh praktikkan pemakanan camtu tuk mengelak anemia. Cam aku awal2 pregnant dulu ok je lagi kandungan darah, tapi makin bayi membesar boleh jadi kurang darah kalau cara pemakanan kita tak betul. Bila usia kandungan makin bertambah, makin banyak darah digunakan untuk pembesaran bayi dalam kandungan. Anemia ni boleh menyebabkan keguguran atau melahirkan anak tak cukup bulan, bayi dalam kandungan kecil, dan lahir dalam keadaan tidak cukup berat badan.

Ok la, tu je nak citer pagi ni...panduan untuk semua kaum wanita, tak kire la yang belum kawin, dah nak kawin, dah kawin dan merancang untuk pregnant, yang dah pregnant....dan untuk bakal2 suami juge ye....boleh tolong jaga isteri tersayang tu...ingat senang ke nak dapat anak...hehe...

~wassalam~ ^__^

Monday 3 October 2011

boringnye'__'~bile suami gile kerja~

Assalamualaikum...

hye semua...semoga semua sihat and happy je...Aku pulak tak tau la camane sekarang...,kadang-kadang rase cam boring je hidup ni...betul ke tak boleh cakap 'boring'. Encik apis pernah cakap kalau asyik cakap 'boring' je semua benda tak jadi. Yela kan, hidup kite ni hari-hari ape yang kite buat boleh dikatakan same je...rutin harian.

Sape yang kerja tu hari-hari pergi kerja pagi, balik petang, malam pulak buat la ape2 tapi mesti tak banyak beza ngan malam2 sebelumnye kan, hari cuti lak ade la aktiviti yang lain sikit kadang2 tu, tapi biasenye lebih kurang same je la setiap hujung minggu tu. Yang study pun, hari-hari pegi kelas, walaupun jadual hari-hari tak same, tapi ia akan berulang lagi setiap minggu kan...pastu exam, semester break, masuk semester depan, pergi kelas lagi...ulang2 lagi sampai la abis belajar. Yang tak kerja, suri rumah pulak...lagi la hari2 same je kan rutinnye. Haa...kan kalau kite cakap boring camane pulak kan...hidup dah memang camtu la...

Tapi aku tetap nak cakap gak 'boring'...sebab memang cam boring pun...hari-hari same je...ishh...tak baik kan...bersyukur masih hidup lagi kat dunia ni...ok la, sebenarnye aku rase boring sebab aku tak kerja kot...duk rumah je...hari2 buat benda same je...pastu encik suami pulak busy je ngan kerja dia. Keluar pukul 8 pagi, balik tengahari kul 12 (selalu balik lambat 12.30-1.00), pegi lagi kul 2.00, balik pukul 6.00 petang, kadang2 6.30-7.00 baru balik rumah. Ni bukan sebab kerja swasta ni, ni sebab kerja sdn.bhd....dia kerja dengan abah dia, kire bisness family la...tapi kerja sendiri orang tengok cam bebas je nak g keja bile balik bile, cuti ikut suka...tapi hakikatnye bukan camtu...kalau camtu la memang lingkup la bisnes tu...bile ade bisnes ni, kerja sendiri, lagi penat, 24 jam semua pasal kerja je...nak percayakan orang lain memang susah, orang lain kan pekerja je, tak pikir buruk baik untung rugi pada bisnes tu, hanya pemilik sebenarnye yang tau, susah senang keluarkan modal, pusing modal, cari pelanggan, supplier...

Korang mesti tertanya-tanya kan bisnes ape encik apis ni keja...bisnes abah dia...tak de la bisnes besar sangat...ni aku list kan je la:

1. kedai hardware - jual...barang2 keperluan rumah, barang letrik, barang2 keperluan ladang, barang2 pembinaan rumah cam pasir, batu, dan sebagainye...kerja apis ni biasenye bawak lori la tuk hantar barang2 binaan tu ke tempat yang orang oder...haa..kalau kedai orang lain mesti yang bawak lorinye pekerja kan...ni tak, anak bos pun kene bawak lori, driver lain ade gak, tapi barang kan banyak, sekali jalan 2-3 lori...

2. kebun - sawit, ternakan lembu, kambing, ayam telur, puyuh telur, itik telur....haa...kalau dah ade kebun dan ternakan tu...memang la lagi susah nak cuti...hari sabtu memang kerja, hari ahad lak kalau x de ape2 memang g kebun la....walaupun ade pekerja dalam kebun tu, tapi mesti nak kene g tengok sendiri jugak...


3. Sewa backhoe - kerja terbaru yang menambahkan busy dia tu, dia memang suka sangat dengan backhoe dari dia kecik2 lagi, start bawak benda tu dari sekolah menengah lagi, mase tu backhoe lame la, pakai kat stor n kebun. Dah beli yang baru siap breaker tu, memang tuk sewa. Awal2 beli dulu tak de orang tau lagi, sekarang sampai tak cukup tangan, duit orang sewa tu pun cukup tuk bayar loan backhoe tu setiap bulan dah kire ok la, kalau lebih tu memang rezeki la...hari ahad pun ade orang nak panggil dia buat kerja, tapi dia mesti tanya aku dulu la nak pegi mane2 ke hari ahad, abis tu hari ahad je cuti kan, kalau keja jugak bile lagi aku nak ajak keluar mane2....


Tu je la aku list kan secara umum...secara terperinci bejela-jela pulak nanti...saje hari ni nak citer pasal suami aku 'gile kerja'...sebab nak meluahkan ke'boring'an ni...tadi makan tengahari sorang2 sebab apis dah pegi kebun pukul 12 tadi, hantar makanan ayam...kalau tak, tak makan lak ayam2 tu....

Terima kasih kerana membaca....wassalam.....(^_^)

Saturday 1 October 2011

Kisah dua orang sahabat~Iktibar dan pengajaran

Assalamualaikum...

Pernah tak korang bace or dengar kisah ni...

< Ada 2 orang sahabat, duk satu rumah. Dua-dua ni islam. Sorang ni aku bagi name Ahmad, memang alim, boleh dikatakan muslim sejati la, tak tinggal solat semua la...zikir tak pernah berhenti dari mulut...tasbih sentiasa di tangan. Lagi sorang pulak Ali, sangat berbeza. Tak pernah solat, perkara2 wajib sebagai muslim semua dia tak buat. Suka berfoya-foya, pergi kelab malam, minum arak, balik mabuk-mabuk. Ahmad ni ade jugak la tegur Ali, tapi tak diendahkan pun.

Satu ketika tu mase Ahmad tengah berzikir atas sejadah, tiba-tiba dia terpikir..'aku ni buat amal ibadat ni semua tapi aku tak mati-mati pun lagi. Keseronokan dunia aku tak pernah rasa lagi. Tak pernah rasa macam mane Ali rase. Dapat pergi kelab malam, berfoya-foya dengan ramai perempuan, minum arak...Aku pun muda lagi, baik aku cuba dulu rase keseronokan dunia ni, lepas tu kan aku boleh bertaubat balik..'

Pada mase yang same, Ali pun tetiba je terpikir..'sampai bila la aku nak buat perkara jahat ni..,entah-entah esok lusa aku mati tak sempat nak taubat camane..? Aku rase dah sampai masenye untuk aku bertaubat...baik aku jumpa Ahmad sekarang mintak dia ajarkan camane nak berubah..' Ali pun tergesa-gesa balik ke rumah malam tu dengan niat bersungguh-sungguh untuk bertaubat.

Di rumah pulak, Ahmad dah bersiap-siap untuk keluar menyertai Ali di kelab malam. Dalam keadaan tergesa-gesa Ahmad menuruni tangga rumah, pada mase yang same Ali berlari-lari menaiki tangga rumah. Kedua-duanya terlanggar sesama sendiri dan terjatuh dalam keadaan yang teruk sekali. Kedua-duanya ditakdirkan meninggal dunia kat situ jugak. Jadi mati la Ahmad dalam keadaan berpaling dari Allah, dan Ali pula mati dalam keadaan mengingati Allah. >

So, ape pendapat korang pasal kisah ni..? Cerita ni dah lame aku dengar, tak silap mase zaman sekolah menengah dulu...ade sorang ustaz tu cerita. Mase tu anggap cerita ni sekadar cerita la, untuk menggalakkan kita supaya sentiasa tetap dengan amalan kita sebagai seorang muslim. Tapi kisah ni sebenarnye memang realiti hidup. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Macam-macam perkara dapat kita tengok.

Contoh yang dapat kita tengok secara terangnye dalam dunia artis la kan. Ramai jugak yang dah berubah dari tak pakai tudung kepada pakai tudung, dan pakaian yang dah tak seksi. Tak tau la ape niat sebenar atas perubahan tu. Mintak2 memang niat ikhlas kerana Allah. Sebab ape yang dia buat tu memang wajib dia buat dari dulu lagi. Tapi ade pulak artis yang dari pakai tudung elok2, tetibe je dah bukak tudung pulak, ade yang terus bukak, ade yang pakai 'serkup' tutup rambut tapi nampak batang leher. Kenapa ek diorang buat camtu..? Agaknye diorang terpikir cam si Ahmad dalam kisah kat atas tu ke..?

Tu salah satu contoh la kan...macam-macam lagi yang jadi sekarang ni...bukan artis je, orang biase2 pun banyak...Ade yang elok2 pakaian mengikut syariat islam, tapi bile dah terpengaruh dengan kawan-kawan, boleh berubah pulak, dari pakai yang longgar-longgar kepada pakai yang ketat-ketat, dari pakai tudung menutup dada kepada tudung yang kecik n singkat. Hrmmm...macam2 kan...Manusia kalau dah terikut hasutan syaitan dan hawa nafsu memang ape2 pun boleh jadi. Berlindunglah pada Allah dari hasutan syaitan, supaya ditetapkan hati dan dibimbing ke jalan yang benar.

google image
Sebenarnye Allah baik hati sangat dengan hambaNya. Kalau kita nak buat baik, baru niat je dah dapat pahala, bile dah buat lagi la dapat pahala. Tapi kalau kita niat nak buat jahat, malaikat tak kan tulis lagi sampai betul2 dah buat perkara jahat tu.

Peringatan untuk diri sendiri jugak...hanya insan biasa yang tak lari dari membuat kesilapan...Moga diampunkan segala dosa, dan ditetapkan hati di jalanNya dalam mengharungi hidup sebagai musafir di dunia sementara ni...InsyaAllah...amin....

~Wassalam~