Friday 21 October 2011

Jadilah Seindah Hiasan

Assalamualaikum...

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Biasa kan dengan ayat ni. Wanita dicipta oleh Allah s.w.t. bermula dari penciptaan Hawa, yang dicipta dari tulang rusuk Adam a.s., sebagai peneman dan penghibur untuk Adam a.s. yang keseorangan.

Wanita, perempuan, gadis, memang dicipta dengan ciri-ciri tersendiri seperti lemah lembut, penyayang, dan sebagainya. Wanita ada daya tarikan tertentu yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Sebab tu la wanita dikatakan hiasan dunia. Tapi nak ke kita jadi hiasan yang murahan je kat dunia ni. Hiasan yang tak de harga, free je, tak pun jual murah-murah je. Mesti la tak nak kan...
 
google image
 Kita kan boleh buat pilihan sendiri. Jadi pilihlah untuk jadi seindah hiasan. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Jadilah hiasan yang ada harga, harga mahal-mahal, bukan maksudnya harga pada nilai wang ringgit, tapi harga pada pandangan orang sekeliling dan terutamanya pada pandangan Allah s.w.t.

Kenapa nak pilih untuk jadi hiasan yang biasa-biasa je..? Tak susah pun, jadi wanita solehah, dah dapat jadi hiasan yang paling indah di dunia sementara ni...susah ke..? Buat la pilihan sementara masih berkesempatan....^__^

~Wassalam~

4 comments:

msredcheesecake said...

Biar tak cantik dimata dunia janji cantik dimata tuhan....

teratak hati said...

ye betul..biar cantik dengan akhlak bukan dengan hiasan luaran semata-mata...:)

Miss Purple Ungu said...

nak jadi bukan cantik setakat di mata je tapi di hati skali ;)

Pondok Usang said...

pilihlah dan istiqarah.. =)