Aku pernah terbaca dalam facebook, tentang macam mane orang Yahudi boleh berjaya dan menguasai dunia sekarang ni. Diorang mula membentuk generasi diorang dari dalam rahim ibunya. Bila seorang ibu dari kaum tu hamil, ibu tu akan menjaga semua makan minum dan aktiviti sehariannya. Ibu tu akan makan makanan yang berkhasiat dan boleh merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan. Contohnya, diorang banyak makan kismis, kekacang, minyak ikan. Diorang akan makan ikan tanpa kepala sebab kepala ikan mengandungi banyak toksik. Selain tu, ibu tu akan banyak bermain piano, dan melakukan latihan matematik untuk merangsang otak bayi dalam kandungan. Kalau kita tengok sekarang ni, kebanyakan barang yang kita guna, pakai, makan, semuanya dikeluarkan oleh orang Yahudi. Barang-barang diorang menguasai pasaran dunia. Bila la agaknye kita dapat tengok barang keluaran umat islam sendiri yang digunakan diseluruh dunia..?hrmm..pikir lah sendiri kan....
Sebenarnya sebagai seorang islam kita ada cara kita sendiri mendidik anak menjadi seorang yang berjaya. Kalau betul caranya, kita akan dapat melahirkan generasi islam yang cemerlang. Bukan saja dengan ilmu agama, tapi dengan pengetahuan teknologi yang bemacam-macam sekarang ni. Semuanya bermula dari dalam rahim seorang ibu sehinggalah lahir dan dididik dalam sebuah keluarga, sebelum dia mengenali masyarakat sekeliling.
Mesti ada yang pelik kan, camane bayi dalam kandungan boleh dididik..? Sebenarnya, sejak usia kandungan 6 bulan lagi, otak bayi sedang bekembang dengan pesat. Masa ni lah ibu hamil digalakkan membaca surah Luqman untuk memperoleh anak yang bijak. Aktiviti ibu hamil juga banyak mempengaruhi bayi dalam kandungan. Kalau nak anak bijak dalam matematik, buat lah latihan matematik. Banyakkan membaca bahan-bahan yang berfaedah.
Bila usia kandungan 7 bulan, deria pertama yang mula berfungsi ialah pendengaran. Bayi masa ni dah boleh mendengar. Dah boleh kenal suara ibu dia, ayah, dan orang sekeliling. Semua bunyi disekeliling kita akan dapat didengar oleh bayi dalam kandungan mase tu. Kalau ibu tu dengar lagu, bayi tu pun dapat dengar. Jadi sebaik-baiknya kita dengarkan sesuatu yang baik-baik je untuk bayi. Contohnya bacaan ayat al-Qur'an. Kalau ibu tu selalu membaca al-Qur'an sepanjang kehamilan tu, bayi tu akan lebih terbiasa dengan suara ibunya dan bacaan ayat al-Qur'an. Cuba bayangkan kalau ibu tu selalu dengar muzik-muzik yang bising dan kuat, mesti bayi tu pun terbiasa dengan muzik-muzik camtu.
Dari segi pemakanan pulak, ibu hamil digalakkan makan makanan yang halal. Bukan la mase hamil je, sebagai umat islam kita kan mesti makan makanan yang halal. Makanan ni lah yang membentuk perkembangan bayi dalam kandungan. Selain makanan yang berkhasiat untuk pertumbuhan bayi, ibu hamil jugak digalakkan makan kismis, kurma, kekacang, yang boleh merangsang perkembangan otak bayi.
Firman Allah s.w.t:
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan'. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam, ayat 23-25).
Amalan membaca al-Qur'an bukan je pada surah-surah tertentu, tapi baik diamalkan membaca keseluruhan al-Quran sepanjang kehamilan. Surah-surah yang digalakkan dibaca ketika hamil boleh dibaca lebih kerap. Surah Yusuf digalakkan dibaca sewaktu usia kandungan 16 minggu atau 4 bulan. Masa tu lah janin mula terbentuk, dan roh ditiupkan. Surah Luqman pulak dibaca sewaktu usia kandungan 24 minggu atau 6 bulan sebab mase ni otak bayi berkembang dengan pesat. Sewaktu usia kandungan 36 minggu pulak banyakkan membaca surah Maryam. Waktu ni bayi semakin matang dan bersedia untuk lahir. Membaca surah Maryam dapat menanamkan roh tauhid, memberi kekuatan pada ibu menghadapi saat melahirkan, dan semoga dimudahkan proses bersalin.
Wallahualam....
~Wassalam~
Sumber: Bahan bacaan
Gambar: Google image
No comments:
Post a Comment