Niat jahat disangka baik, think positive, sama ada sengaja atau tak sengaja. Maksudnye sama ada kite tau orang tu berniat jahat kat kite tapi kite pikir positive je, atau sememangnye kite tak tau orang tu ade niat jahat dan kite memang pikir orang tu baik je. Haa..ade kebaikannye jugak berfikiran positif ni. Contohnye cam cerita kisah katak ni, jom bace...
Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap.
Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.
Mereka melihat sedalam mana perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Mereka pun sepakat sudah tiada harapan.
"Kamu tawakal sajalah, mungkin ini nasib kamu!" Jerit seekor katak dari atas."Kami pun tak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas." kata katak lain.
"Itulah kamu, cuai sangat, inilah padahnya tidak berhati-hati." Tambah katak yang lain.
Namun, kedua-dua katak itu tetap berusaha melompat untuk naik ke atas. Masih gagal.
Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.
Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa.
Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak henti-henti.
Tenaganya pun semakin lemah dan hanya mampu bersandar pada dinding perigi.Ditambah semangat yang lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas.
Tidak berapa lama kemudian, dia pun mati. Mati katak.
hrmm..cian katak tu kan..so ape jadi pada katak yang seekor lagi tu..?
Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat.
"Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama."
"Simpan je tenaga kamu, membazir je kamu melompat-lompat."
"Buat kali terakhir kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan."
Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas.
Agak-agak katak tu pun putus asa dan mati kat situ gak ke..?
Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat.
Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.
Takjub dengan apa yang berlaku, seekor katak bertanya:
"Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu akan mati seperti kawan kamu?"
"Sebenarnya telinga saya kurang dengar.
Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat.
Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya.
Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua."
Itulah jawapan dari katak yang berjaya melepaskan diri dari perigi yang dalam tu.
Jadi pengajaran nye...You're what you think. Tersalah sangka pun ada manfaatnya kan. Tu kebetulan katak tu tak berapa dengar, tapi kalau katak tu dengar pun sepatutnya dia masih boleh pikir positif walaupun kata-kata katak-katak lain tu tak memberi semangat langsung. Macam kita la kan, kalau orang sekeliling cakap kita tak kan berjaya, kita dengarkan je la, tak perlu putus asa, pikir positif untuk membuktikan kata-kata diorang tu salah. Buktikan kita boleh berjaya. Tapi berhati-hati jugak dengan kata-kata orang sekeliling ni. Terlalu pikir positif nanti memakan diri pulak kan.
~Wassalam~
No comments:
Post a Comment