Assalamualaikum...
Pagi ni cam tak de semangat je...bangun je cam sakit kepala...haa tu la malam2 berjalan sampai dekat tengah malam baru balik...tapi rajin pulak aku nak menaip ni kan...
Hari isnin, kalau yang kerja or study tu mesti ade je yang tak de mood la, tak de semangat la kan. Tapi aku yang duk rumah je ni pun boleh tak de semangat gak ke...hrmmm...
Sebenarnye aku dah tak larat nak duduk mengadap laptop ni lame2. Baru duk 5 minit dah mule la sakit belakang, sakit pinggang. Kalau buat kerja lain tu tak pe je, kalau duduk je depan ni ke, tengok tv ke, lipat kain ke, memang rase tak selesa sangat. Last2 masuk bilik baring je terus. Duduk dalam kereta pun camtu.
Camane la nak balik kampung raya haji ni, 8 jam perjalanan tu. Takkan dah tak boleh balik kampung lepas ni. Dapat balik sekali lagi je pun tak pe dah. Encik apis cakap time camni dah tak boleh jalan jauh2. Nanti emergency tengah jalan camane nak buat. Dah la tak de pengalaman. Huhu...sedihnye kalau tak dapat balik kampung dah....
Duduk tak kena, nak tidur pun serba tak kena je rasenye. Tapi bile bangun pagi je dapat rase baby gerak2 dah happy sangat. Alhamdulillah...syukur sangat masih diberikan nyawa. Nyawa untukku dan baby ku dalam kandungan ni.
So bile hari isnin je atau hari ape2 pun, kalau tak de semangat je pagi2 tu, ingat la kita masih diberi pinjam nyawa oleh Allah s.w.t. Bersyukur masih diberi kesempatan bernafas di bumiNya. Jadi bangun la dengan bersemangat meneruskan kehidupan. Dengan niat segalanya kerana Allah. Hidup di dunia ini satu ibadah. Bekalan untuk akhirat yang kekal abadi.
~Wassalam~
2 comments:
Biasalah .. kalau peknen memang akan rasa lenguh2 badan n letih2 .. kak pun ketiga2 peknen rasa macam x larat tp malas nak manjakan2 badan nanti jd bertambah tak larat ...
X pa sekejap je tu ... nanti sihat dan cergas semula... take care .. :)
tu la..first time..thank u kak...
Post a Comment