Wednesday 27 March 2013

Mom & baby expo 2013 @ Danga City Mall

Assalamualaikum..
Tahun ni dah kali ketiga dapat pergi Mom and baby expo kat Danga City Mall, johor bahru. First time pegi masa tahun 2011, tengah pregnant 7 bulan. Second time pegi tahun 2012, hakim umur 6/7 bulan kot tk ingat dh..huhu..ada entrynya dulu2..tp aku sendiri pun malas nak g cek entry lama2 tu..kih..kih..yela update laju2 je ni..curi masa sekejap..^^
Expo ni berlangsung minggu lepas, 22-24 march 2013. Lepas ni rasanya expo ni akan ada di beberapa tempat pulak..termasuk kuala lumpur. Macam2 ada kat expo ni, semua untuk anak dan ibu. Kami pergi sabtu malam. Gambar hakim tengah duduk makan biskut tu, tengah tunggu abah dia solat magrib, aku dah solat dulu..gilir-gilir la jaga hakim kan. Sebab kitorang pegi sebelum magrib. So sampai sana solat,pastu baru masuk tempat expo. Expo ni sampai pukul 9 malam, tapi sebab masih ramai orang kot, banyak booth yg tutup lambat. Kami pusing semua booth tapi tak la semua kami singgah betul2. Beli baju hakim 2-3 pasang, kasut 2 pasang, botol air, drypers, dan buku kecik2 yang belajar abc dan sebagainya tu. Booth yang paling sesak ialah booth Drypers dan Fiffy. Kat booth fiffy tu banyak baju,aku sempat amek seluar satu dan botol air je..baju tak dapat nak belek2 pun..penuh orang..!!!
Sebenarnya kami dah lapar..sebab memang belum makan la sebelum tu. Jadi kena laju2 pusing. Keluar dari expo tengok jam dah 9 lebih. Patut la lalu kat booth basilic tu dah tutup. Ingat nak beli botol air basilic masa balik, tapi nasib baik dah beli botol air Fiffy, lagi murah dan jimat..hehe..^^
Singgah makan kat Papa grill mama chop, berhampiran Angsana,Johor bahru. Hakim dah penat..makan pun main2 je..cepat2 habiskan makanan dan balik rumah.
Wassalam^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 6 March 2013

First time makan pavlova

Assalamualaikum...
Jumaat lepas, first time dapat makan pavlova. Sebelum ni duk tengok je orang lain makan kan..kat masterchef dulu pun ade tunjuk diorang buat pavlova. Tapi tak de maknenya nak buat sendiri..nak g cari mane ada jual pun tk sempat..huhu..
Pavlova pertama kali beli dan makan..sedap..^^
Ternampak gambar pavlova yang dioder oleh Kak ayu, blogger blog Citarasa Rinduan. Dia share kat fb. So godek-godek la dia beli ngan siapa. Dah add fb kakak yang jual tu. Tak lama beberapa hari lepas tu dia update status cakap nak buat pavlova, siapa nak boleh oder. So terus la oder. Rupanya jauh jugak rumah dia dari rumah aku ni. Tapi tak pasti lak berapa lama perjalanan. Jauh sikit dari kedai makan kak ayu la. Dalam 30 minit jugak la agaknya. Jalannya pulak masuk ke dalam..lalu jalan kelapa sawit.

Kak efah suhaidah ni macam2 dia buat tau, kek karamel, pavlova, roti2, kek coklat kukus, coklat cheese, dan macam2 lagi la. Buat kat rumah je..ambil oder dari kawan2 dan facebook.
Sekali makan pavlova dia memang sedap sangat la. Tak cukup pulak beli satu je masa tu. Siap adik ipar pun suka. Jadinya semalam aku oder lagi la ngan kak efah tu, beli 2 biji pavlova dan sebijik roti (besar) atas letak chicken floss. Tak sempat amek gambar dah kena makan dulu. Aku copy je la gambar dari fb kak Efah ni bagi korang tengok..

Oder dari orang lain, besar ni RM38

Macam ni yang aku beli, Pavlova Bajet, RM10

Meleleh air liur kan..^^

Roti ni RM10, boleh pilih nak kosong, gula, atau chicken floss

Roti pun sedap..pavlova pun sedap..memang pandai la kak efah ni. Tak manis sangat pun pavlova dia. Ok la kan...nanti la share link fb dia kat sini. Sebab update pakai hp susah nak masuk link..hehe..kalau nak cari kat fb taip je - efah suhaidah. Yang duk dekat2 tu boleh la oder..:)
Update -FB kak Efah -  http://www.facebook.com/efah.suhaidah


Wassalam..^^