Wednesday, 27 March 2013

Mom & baby expo 2013 @ Danga City Mall

Assalamualaikum..
Tahun ni dah kali ketiga dapat pergi Mom and baby expo kat Danga City Mall, johor bahru. First time pegi masa tahun 2011, tengah pregnant 7 bulan. Second time pegi tahun 2012, hakim umur 6/7 bulan kot tk ingat dh..huhu..ada entrynya dulu2..tp aku sendiri pun malas nak g cek entry lama2 tu..kih..kih..yela update laju2 je ni..curi masa sekejap..^^
Expo ni berlangsung minggu lepas, 22-24 march 2013. Lepas ni rasanya expo ni akan ada di beberapa tempat pulak..termasuk kuala lumpur. Macam2 ada kat expo ni, semua untuk anak dan ibu. Kami pergi sabtu malam. Gambar hakim tengah duduk makan biskut tu, tengah tunggu abah dia solat magrib, aku dah solat dulu..gilir-gilir la jaga hakim kan. Sebab kitorang pegi sebelum magrib. So sampai sana solat,pastu baru masuk tempat expo. Expo ni sampai pukul 9 malam, tapi sebab masih ramai orang kot, banyak booth yg tutup lambat. Kami pusing semua booth tapi tak la semua kami singgah betul2. Beli baju hakim 2-3 pasang, kasut 2 pasang, botol air, drypers, dan buku kecik2 yang belajar abc dan sebagainya tu. Booth yang paling sesak ialah booth Drypers dan Fiffy. Kat booth fiffy tu banyak baju,aku sempat amek seluar satu dan botol air je..baju tak dapat nak belek2 pun..penuh orang..!!!
Sebenarnya kami dah lapar..sebab memang belum makan la sebelum tu. Jadi kena laju2 pusing. Keluar dari expo tengok jam dah 9 lebih. Patut la lalu kat booth basilic tu dah tutup. Ingat nak beli botol air basilic masa balik, tapi nasib baik dah beli botol air Fiffy, lagi murah dan jimat..hehe..^^
Singgah makan kat Papa grill mama chop, berhampiran Angsana,Johor bahru. Hakim dah penat..makan pun main2 je..cepat2 habiskan makanan dan balik rumah.
Wassalam^^

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 comments:

Ratu Hatiku said...

comel hakim... :)

Mas Zull said...

assalamualaikum salina....wah dah semakin besar la dia...:)

Chic Na said...

hakim shopping yer. :)

ieda immi said...

bestnyaa bawa anak jalan2 kan ...
akk dah lama betul x ke angsana JB nie .. dulu duk JB mall nie baru je dibuat .. lepas tuu pindah ke KL huhu

Tihara said...

best jugak gi ekspo macam ni :)

Dkna Abza said...

apa yang dibawak dalam plastik pink tu

IntaNBerliaN said...

lama xsinggah sini...

tau kak, kak ina kompius sape sutera syifa.. sebabnya sebelum ni guna nick teratak hati kan.. hihii

sorry tau...

BUNDA a.k.a KN said...

comey hero tu..

rinduan citarasa said...

murah tak?

Deq's Qienz said...

best la kalo ada expo gini..sy pon dlm proses nk tambah barang² bb..nper diorg xbuat area sini ek..