Wednesday 15 August 2012

Pemenang GA ~ First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...


First nak minta maaf sebab lambat umumkan pemenang ni. Tak berkesempatan nak online. Lagi satu pening jugak nak pilih pemenang sebab semua jawapan bagus-bagus.

Semua entry penyertaan memang menjawab soalan dengan tepat. Jadi untuk memilih pemenang, aku pilih yang bagi jawapan siap penerangan, pendapat dan ayat sendiri, dan ada yang sertakan sokongan dalil Al-Quran dan Hadis. Memang aku mintak senaraikan ciri-ciri pakaian seorang muslimah. Tapi dah jawapan semua memang betul kan, jadi yang terbaik la akan dipilih. Itu pun yang buat entry dengan jawapan panjang lebar, penerangan, dan dalil, banyak jugak, dah pening lagi untuk pilih. Jadi aku buat keputusan untuk pilih yang betul-betul ikut semua syarat. Sebab tak semua yang join betul-betul ikut semua syarat tau. Ada yang follow, ada yang tak. Jadi tak adil la bagi mereka yang follow kedua-dua blog dan like fanpage, tapi yang menangnya tak penuhi tiga syarat tu kan.

Harap-harap semua berpuas hati dengan keputusan ni. Diharap GA ni dapat menyedarkan kita tentang cara kita berpakaian sebagai seorang muslimah. Kadang-kadang kita tahu, tapi ada yang terlepas pandang, atau tak ambil berat kan.

Untuk senarai peserta dan hadiah sila klik sini ye:
Senarai peserta
Hadiah GA

Ok la,jom tengok pemenangnya:

Tempat pertama:
4. http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Tempat kedua:
2. http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Tempat ketiga:
5. http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Tempat keempat:
19. http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html

Hadiah saguhati (cabutan bertuah):



Kepada semua pemenang sila email nama, alamat dan no.phone ke suterasyifa@gmail.com

Terima kasih kepada semua. Jemput la BW ke semua blog yang join, boleh menambahkan pengetahuan mana yang belum kita tahu tu kan. Yang tak menang jangan kecewa ye..lain kali ada rezeki boleh buat GA lagi..^^


wassalam^^


Monday 13 August 2012

Alhamdulillah..GA dah tamat!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..first GA dari blog ni dah tamat semalam, 12hb ogos 2012, jam 12 malam. Terima kasih yang tak terhingga kepada yang memberi sokongan dan menyertainya. Yang tak berkesempatan join tu, tak pe la, tak de rezeki untuk join kali ni kan. Yang join pulak, mesti tak sabar nak tau pemenangnya kan. Sabar ye, rasanya hari ni macam tak sempat nak umumkan pemenang. InsyaAllah..esok atau lusa. Ada yang join semalam belum dimasukkan dalam list peserta, jap lagi baru nak masukkan. Dan hadiah untuk saguhati pun belum diupdate. Belum sempat, nanti jap lagi lah ye..heheee...

First time buat GA, macam tak percaya pulak. Sebenarnya tak banyak masa sangat aku ni nak mengadap laptop ni. Belum habis BW ke semua blog yang menyertai. Sebelum ni, kalau ada yang join memang aku terus ke blog mereka, tapi sempat tengok sekali lalu je entrynya dan komen 'terima kasih'. Nak kena pergi balik satu-satu blog diorang untuk tengok balik entry penyertaan. Semua bagus-bagus jawapan yang diberi. Pening jugak nak pilih pemenang ni...^__^


wassalam^^

Sunday 12 August 2012

First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH..GA INI DAH TAMAT!!!

STICKY POST UNTIL 12/8/2012
UNTUK ENTRY TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH YE ^^

First time nak buat giveaway ni. Ada tak yang nak join ek??? Jom la korang join ramai -ramai ye. Senang je nak join ni. Hadiah pun menarik tau. Sponsored by Anggun Solehah Shop^^..



Jom tengok syarat-syaratnya:

1. Terbuka kepada semua FOLLOWER blog teratak hati.
2. Wajib follow blog sponsor, Anggun Solehah Shop.
3. Wajib Like fanpage Anggun Solehah Shop.
4. Buat entry bertajuk ' teratak hati 1st Giveaway^Jom Berpakaian Muslimah!! '
5. Letak banner kat atas tu dalam entry, link kan ke entry ini.
6. Letak Link sponsor dalam entry - Anggun Solehah Shop.
7. Tag seorang blogger, lebih pun boleh, pastikan dia tahu.
8. Jawab soalan ni:
   
# Senaraikan ciri-ciri pakaian seorang muslimah. Paling kurang 2, lebih pun lagi bagus.

# Letak sekeping gambar sebagai contoh, yang menunjukkan ciri-ciri pakaian muslimah yang korang list kan tu. Boleh guna gambar sendiri, orang lain (mintak permision dulu ye), atau gambar kartun/doodle.

9. Letak link entry korang tu kat kotak komen entry ini, beserta detail berikut:

    id follower
    id facebook

Pemenang  pertama, kedua dan ketiga akan dipilih berdasarkan jawapan yang dirasakan tepat, sesuai, menarik. 5 hadiah saguhati juga diberikan secara cabutan bertuah.

Giveaway ini bermula hari ni, 13/7/2012 sehingga 12/8/2012 jam 12 malam.


Nak tag msredcheesecake^^

Jom tengok hadiahnya!!!
UPDATE : Senarai peserta
UPDATE: Tarikh tamat mungkin berubah??


wassalam^^

Saturday 11 August 2012

8 bulan ~ dah banyak Hakim pandai..

Assalamualaikum...

Sebelum nak cerita pasal Hakim, nak cakap pasal GA. Daripada komen-komen di entry sebelum ni, ada yang mintak untuk ikut tarikh tamat yang asal sebab belum sempat join, dan ada yang cakap kalau pos hadiah pun mungkin orang dah balik kampung awal, tak de orang kat rumah. Jadi aku decide tuk teruskan je la tarikh tamat yang asal tu iaitu 12hb ogos 2012. Kepada yang cakap nak join tu, sila join cepat-cepat ye. Tinggal 2 hari je lagi ni tau. Yang dah join tu sabar ye, kalau ada rezeki menang tak kemana..hehe...

Hakim hari ni dah cukup 8 bulan. Dah macam-macam benda baru yang dia pandai. Yang selalu buat semua orang ketawa, Hakim dah pandai lentok-lentokkan kepala dia ke kiri dan ke kanan. Mula-mula dulu dia buat camtu bila kita nyanyikan 'La Ilahaillallah..Muhammadurrasulullah..' Tapi sekarang bila dengar zikir-zikir lain, lagu-lagu kat radio atau tv, semua dia nak lentokkan kepala. Kadang-kadang sekali badan dia gerakkan macam nak berjoget pulak. Time nak suapkan dia makan, bacakan doa makan pun dia buat camtu. Hahaaa...memang satu rumah ketawa aje tengok aksi dia tu. Entah dari mana dia belajar tak tahu la.

Selain tu, Hakim dah pandai bercerita tau. Dalam bahasa dia la, memang tak paham pun. Tapi tu ada time dia la. Setakat ni bunyi yang dapat difahami ialah 'da' 'bah' 'abah' 'babah' 'ma'. Tapi dia sendiri pun tak tau apa yang disebut tu. Baru aku tau rupanya perkataan abah dan mak memang asalnya dari bunyi/perkataan awal bayi. Patut la ada orang cakap budak akan pandai sebut 'abah' dulu. Kalau sebut 'ibu' mesti lambat baru dia boleh sebut. Kalau 'umi' lagi la lambat kot.

Hakim punya movement pulak,camane ek nak cakap.. Dia memang dah lama boleh meniarap sendiri. Tapi dari dia 6 bulan lebih, dia hanya boleh meniarap dan pusing-pusing ke kiri dan ke kanan. Kadang-kadang dia boleh buat pusingan 360 darjah dalam keadaan meniarap tu. Tapi sampai sekarang dia masih belum boleh bergerak ke depan dalam keadaan menirap. Merangkak lagi la belum. Kadang-kadang nampak dia nak gerak tapi macam makin ke belakang. Kadang-kadang dia cuba angkat punggong/menonggek, tapi terlentang balik. Setakat tu je la yang dia boleh. Bukan boleh lama-lama baring atau meniarap, mesti tak lama nak nangis je.

Hakim perasan dah boleh berdiri

Kalau duk dalam walker memang dia suka sangat. Laju je dia kayuh kaki nak mencapai-capai benda yang dia nampak. Kalau berdirikan dia pun memang dia suka, kadang-kadang berdirikan dia pijak lantai, laju je kaki dia melangkah. Perasan dah besar la Hakim ni kan. Belum boleh berdiri sendiri pun lagi dah berangan nak berdiri dan berjalan aje.

Gigi?? Belum tumbuh pun lagi. Tapi asyik nak menggigit je. Gigit dengan gusi dia pun sakit tau. Sekarang selalu je dia gigit my nipple time menyusu tu. Huhuuu..tu belum ada gigi, kalau dah ada gigi camane lah kan. Betul ke kalau budak nak tumbuh gigi mesti demam? Setakat ni Hakim memang tak pernah demam, dari lahir sampai sekarang. Sihat-sihat je. Walaupun dia seorang yang 'kecik'. Berat badan dia kalau ikut graf perkembangan bayi tu, memang tak cukup naik. Tak tau nak bagi makan apa dah. Macam tu jugak. Minggu depan baru pergi klinik kesihatan untuk check up Hakim.


wassalam^^

Thursday 9 August 2012

Ada lagi ke yang nak join GA ni??

Assalamualaikum...




Rasa-rasa cam nak tamatkan GA ni awal. Mungkin esok. Sebab dah nak raya ni kan. Kalau esok tamatkan GA, lusa (sabtu) umumkan pemenang, pastu sampai Ahad pemenang boleh bagi detail untuk pos hadiah. Isnin dah boleh pos hadiah kepada pemenang. Sebab pos laju national courier kan dah umumkan tarikh last untuk pos barang ialah pada 15hb ogos ni. Untuk jaminan barang sampai sebelum raya. Kalau lambat jawabnya lepas raya la baru sampai. Kalau boleh aku nak pos hadiahnya hari Isnin, 13hb, InsyaAllah sampai kepada penerima sebelum raya. Boleh la pakai masa raya kan...ececeh..macam la korang nak pakai masa raya. Ala mana la tau ada yang sesuai or matching2 ke, boleh la pakai, raya kan sebulan..kan3x..??hehe..

Tapi..tapi......ada ke yang nak join lagi GA ni? Mana la tau ada yang dah berhasrat nak join, tapi tak sempat atau sengaja tunggu saat-saat akhir iaitu 12hb tarikh asal GA tamat. Kesian pulak kan, kang terkejut pulak, baru nak join 12hb tu tengok-tengok dah ditamatkan awal pulak. Kecewa guling-guling pulak orang tu nanti. Ceh..perasan pulak aku ni, macam la orang kempunan sangat nak join GA aku yang tak seberapa pun ni. Hrmmm..apa-apa pun harap-harap kalau ada orang yang berhasrat nak join tu, baca la entry ni ye.

So apa pendapat korang?? Nak tamatkan esok ke nak ikut tarikh asal? Korang yang dah join tu kalau menang nak tak hadiah sebelum raya? Atau tak kesah dapat selepas raya?? Aku pun pening duk pikir ni..~_~

UPDATE: tarikh tamat ikut yang asal, 12hb ogos, ESOK!!!

wassalam^^


Senarai peserta GA ~ First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada yang sudi join dan support GA pertama aku, First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!. List yang join adalah seperti berikut:

1. http://hasnulizzah.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
2. http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
3. http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
4. http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
5. http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
6. http://gulahatimama.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
7. http://wwwrabiatuladawiyah.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
8. http://wanieysqaliefsuka-ga-contest.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
9. http://tiharaga.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
10. http://mayandhanis.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
11. http://maszull.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
12. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
13. http://kasihhannah88.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
14. http://sayacikbulat.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
15. http://mujadafewa.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
16. http://iamateslian.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
17. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
18. http://nadiaelena.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
19. http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
20. http://thelittlefh.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
21. http://kanokino.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
22. http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
23. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
24. http://sna-aai.blogspot.com/2012/08/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
25. http://ummiimandancgl.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1stgiveawayjom-berpakaian.html
26. http://solehahgirlz.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Kalau ada yang join tapi tak de dalam senarai sila bagitau ye..hehe..thanks^^

wassalam^^

Wednesday 8 August 2012

Betul ke gastrik camni??

Assalamualaikum...

Layan dulu gambar hakim tengah cop coklat dalam hamper raya tu. Coklat paling sedap dan mahal okey!! Hehe...Ok la..Nak cerita pasal lain sebenarnya.

Entah kenapa rasa makin kerap dan teruk pulak sakit ni. Sebenarnya sebelum puasa lagi dah rasa sakit kat bawah tulang rusuk belah kiri ni. Sakitnya datang time tengah masak. Kalau sebelum puasa, sakit masa tengah masak tuk lunch, kalau sekarang ni time masak untuk berbuka mesti sakit. Kupas bawang ke ape2 semua kena duduk. Kalau berdiri makin lama makin sakit. Bila dah berbuka elok je pulak. Pernah aku solat maghrib terus sambung isyak dan tarawih, ok je pulak berdiri lama pun. Gastrik ke camtu? Minggu lepas dah g klinik. Cakap kat doktor sakit bawah tulang rusuk belah kiri. Dari pregnant dulu dah ada sakit2 kat tulang rusuk belah kiri. Memang tak pernah cek. Doktor suruh baring. Pastu dia tekan kat tengah2 bawah dada,kat ulu hati, rasa sakit, dia tekan dari situ sampai ke bawah tulang rusuk kiri, memang rasa sakit. Pastu dia tekan belah kanan dan bahagian lain tak sakit. Dia pun cakap gastrik ni. Blurr kejap aku dengar. Eh yeke tetiba je aku ada gastrik?? Ubat yang dia bagi dah abis pun makan, tapi masih sakit time petang2 tengah nak masak untuk berbuka. Kuatkan hati je untuk bertahan sehingga berbuka.

Tapi yang aku pernah dengar orang cakap gastrik tu rasa pedih kat ulu hati kan. Aku ni tak rasa pedih pun. Rasa sakit yang tak tau nak cakap camane. Kat bawah rusuk belah kiri. Time sakit tu memang tak larat nak berdiri, kena duduk atau baring terus baru lega sikit.


~Wassalam~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 7 August 2012

iftar hujung minggu..

Assalamualaikum...

Hari sabtu lepas kami berbuka puasa di rumah kawan aku di Larkin, Johor. Dia baru je duk jb lepas kawen beberapa bulan lepas. Tu pun hujung minggu je dia balik jb sebab dia kerja kat seremban, suami dia kerja singapore, tu yang diorang beli rumah kat jb. Kawan aku ni orang melaka,aku kenal masa sama-sama kerja kat putrajaya dulu. Kalau ada yang perasan aku ada buat entry pergi majlis kawen diorang kat melaka dulu.

Sebenarnya plan nak ajak diorang berbuka kat rumah aku minggu sebelumnya. Tapi tak jadi sebab aku kepenatan baru balik dari kampung. So minggu lepas dia beria-ria ajak kami berbuka rumah diorang. Siap nak suruh aku masak ikan patin tempoyak. Tapi nak masak kat rumah dia memang tak sempat sebab encik apis balik kerja pukul 6 petang. Jadi aku masak la siap-siap kat rumah, bawak g sana. Sejam lebih jugak perjalanan, dah lepas waktu berbuka baru sampai. Kawan aku masak ikan pari masak lada. Ingatkan asam pedas, rupanya bukan. Dia pakai kari dan lada. Sedap jugak. Asam pedas dia pun dulu selalu makan masa duk menyewa sama zaman anak dara dulu..memang sedap.

Hari ahad pulak berbuka di rumah atok encik apis di felda taib andak. Tak de amek gambar pulak. Atok dah tak berapa sihat. Kesian pulak dia puasa-puasa ni kena memasak sorang-sorang untuk berbuka. Tapi dia memang rajin memasak. Orang tua memang camtu kan, degil sikit, dah ada orang nak masakkan pun dia nak masak jugak. Mak mertua dah ajak duk sini sebab dia sorang-sorang je kat sana dengan anak lelaki dia sorang, tapi dia tak nak, degil. Harap-harap dia sihat-sihat je, nanti raya baru balik sana lagi.


Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 4 August 2012

Cucur udang

Assalamualaikum...


Kali ni just nak share resepi. Aku buat cucur udang ni masa puasa kedua dulu, masa tu belum balik kampung lagi. Upload gambar kat fb ramai pulak kawan yang mintak resepi.


Cucur udang

Bahan-bahan:

2 cawan Tepung gandum

1/2 sudu teh Yis (mauripan)

Daun kuchai dihiris halus

Taugeh

1 sudu teh serbuk kunyit

Garam

Air sejuk (air peti ais)


Cara-cara:

Bancuh mauripan dengan sedikit air, biarkan sehingga 30 minit.

Campurkan tepung, serbuk kunyit, taugeh, daun kuchai, garam.

Bancuh bahan-bahan yang dicampurkan dengan air sejuk, tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

Panaskan minyak, celup senduk bulat (untuk acuan cucur) kedalam minyak panas selamat 1 minit.

Ceduk sedikit adunan tadu kedalam senduk panas, letak udang diatasnya, masulkan ke dalam minyak panas. Biarkan seketika sehingga agak2 boleh di keluarkan dari senduk, cungkil sedikit dengan sudu.

Ulang sehingga adunan habis.


Sos

Cili kering yang dikisar, bawang putih ditumbuk, gula melaka, gula, garam sikit, cuka atau asam keping, campur dalam periuk dan masak atas dapur, ikut suka nak pekat ke cair sikit ke..


First time tau aku buat cucur udang ni. Tanya umi aku resepi dan caranya. Kira ok la, jadi jugak. Awal-awal tu ingatkan tak jadi dah sebab melekat kat senduk, nak keluarkan pun susah. Tapi dah 2-3 biji lepas tu dah ok,dah tak lekat. 


Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 3 August 2012

Belum shoppig baju raya??jom shopping kat sini!!!

Assalamualaikum...

Jom shopping dress untuk raya, cepat-cepat oder..untuk raya perlu oder sekarang!! kalau lambat lepas raya baru dapat...


[klik link untuk banyak lagi pilihan warna]

RM70

Free size : Fits S - 2XL
Material: Lycra with beading details at neckline
Length: 140cm


MAGENTA - AVAILABLE


MUSTARD- AVAILABLE

 

[klik link untuk banyak lagi pilihan warna]
 
RM65
Material:lycra dgn hiasan renda
Length : 140 cm
FREE SIZE; Muat s-XL

MUSTARD - AVAILABLE


PURPLE - AVAILABLE


Sebarang pertanyaan boleh email ye:


wassalam^^