Tuesday, 7 August 2012

iftar hujung minggu..

Assalamualaikum...

Hari sabtu lepas kami berbuka puasa di rumah kawan aku di Larkin, Johor. Dia baru je duk jb lepas kawen beberapa bulan lepas. Tu pun hujung minggu je dia balik jb sebab dia kerja kat seremban, suami dia kerja singapore, tu yang diorang beli rumah kat jb. Kawan aku ni orang melaka,aku kenal masa sama-sama kerja kat putrajaya dulu. Kalau ada yang perasan aku ada buat entry pergi majlis kawen diorang kat melaka dulu.

Sebenarnya plan nak ajak diorang berbuka kat rumah aku minggu sebelumnya. Tapi tak jadi sebab aku kepenatan baru balik dari kampung. So minggu lepas dia beria-ria ajak kami berbuka rumah diorang. Siap nak suruh aku masak ikan patin tempoyak. Tapi nak masak kat rumah dia memang tak sempat sebab encik apis balik kerja pukul 6 petang. Jadi aku masak la siap-siap kat rumah, bawak g sana. Sejam lebih jugak perjalanan, dah lepas waktu berbuka baru sampai. Kawan aku masak ikan pari masak lada. Ingatkan asam pedas, rupanya bukan. Dia pakai kari dan lada. Sedap jugak. Asam pedas dia pun dulu selalu makan masa duk menyewa sama zaman anak dara dulu..memang sedap.

Hari ahad pulak berbuka di rumah atok encik apis di felda taib andak. Tak de amek gambar pulak. Atok dah tak berapa sihat. Kesian pulak dia puasa-puasa ni kena memasak sorang-sorang untuk berbuka. Tapi dia memang rajin memasak. Orang tua memang camtu kan, degil sikit, dah ada orang nak masakkan pun dia nak masak jugak. Mak mertua dah ajak duk sini sebab dia sorang-sorang je kat sana dengan anak lelaki dia sorang, tapi dia tak nak, degil. Harap-harap dia sihat-sihat je, nanti raya baru balik sana lagi.


Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

15 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tempyak kan tu?? nyum2..

sedapnya..huhu.

mamavogue said...

seronok nyer ujung minggu gi berbuka ramai2 kan..
mamavogue ujung minggu wajiblah masak extra spesel..hihi

perasaan sendiri je spesel nyer!

Hasrina said...

amboi meriahnya yummm

msredcheesecake said...

seronok berbuka ramai2 ni, ngan family ke kawan ke kan?

emma said...

xjemu kn mkn tempoyak, msk je ngn pape pn sume sedap.. Nyum2!

Masz Sidek said...

tempoyak.. sedapnye... tp sy tak makan ikan patin... ;'(

Wanieys said...

ikan patin tempoyak tu xmenahan betoi tgk hihihi

Nadia Elena said...

tiba-tiba mengidam..
nyammmm nyammmm... ^_^

ieda said...

tempoyak ikan patin kan tuu
hurmm org temerloh suke nie
akk kureng ..
seronok
meriah ngan lauk2 kampung ;)

izan mama mia said...

ish..meriah juga menunya..

izz iizza said...

gulai tempoyak ker tu..sedap tu..menyala jer kuningnya..:)

Hanis MY said...

Syoknyaa jauh jgk ye kawan tu keje

Nurul Husna Mohd Hassan said...

i like tempoyak.... :)

kad raya saya dah pos pagi tadi :)
mintak maaf sebab kad n tulisan saya tak cantik :)

MAY said...

ee..mcm ade masak tempoyak je!sedapny...

wan nurul hezrina said...

tuh patin masak tempoyakker?huh sodap!