Saturday, 11 August 2012

8 bulan ~ dah banyak Hakim pandai..

Assalamualaikum...

Sebelum nak cerita pasal Hakim, nak cakap pasal GA. Daripada komen-komen di entry sebelum ni, ada yang mintak untuk ikut tarikh tamat yang asal sebab belum sempat join, dan ada yang cakap kalau pos hadiah pun mungkin orang dah balik kampung awal, tak de orang kat rumah. Jadi aku decide tuk teruskan je la tarikh tamat yang asal tu iaitu 12hb ogos 2012. Kepada yang cakap nak join tu, sila join cepat-cepat ye. Tinggal 2 hari je lagi ni tau. Yang dah join tu sabar ye, kalau ada rezeki menang tak kemana..hehe...

Hakim hari ni dah cukup 8 bulan. Dah macam-macam benda baru yang dia pandai. Yang selalu buat semua orang ketawa, Hakim dah pandai lentok-lentokkan kepala dia ke kiri dan ke kanan. Mula-mula dulu dia buat camtu bila kita nyanyikan 'La Ilahaillallah..Muhammadurrasulullah..' Tapi sekarang bila dengar zikir-zikir lain, lagu-lagu kat radio atau tv, semua dia nak lentokkan kepala. Kadang-kadang sekali badan dia gerakkan macam nak berjoget pulak. Time nak suapkan dia makan, bacakan doa makan pun dia buat camtu. Hahaaa...memang satu rumah ketawa aje tengok aksi dia tu. Entah dari mana dia belajar tak tahu la.

Selain tu, Hakim dah pandai bercerita tau. Dalam bahasa dia la, memang tak paham pun. Tapi tu ada time dia la. Setakat ni bunyi yang dapat difahami ialah 'da' 'bah' 'abah' 'babah' 'ma'. Tapi dia sendiri pun tak tau apa yang disebut tu. Baru aku tau rupanya perkataan abah dan mak memang asalnya dari bunyi/perkataan awal bayi. Patut la ada orang cakap budak akan pandai sebut 'abah' dulu. Kalau sebut 'ibu' mesti lambat baru dia boleh sebut. Kalau 'umi' lagi la lambat kot.

Hakim punya movement pulak,camane ek nak cakap.. Dia memang dah lama boleh meniarap sendiri. Tapi dari dia 6 bulan lebih, dia hanya boleh meniarap dan pusing-pusing ke kiri dan ke kanan. Kadang-kadang dia boleh buat pusingan 360 darjah dalam keadaan meniarap tu. Tapi sampai sekarang dia masih belum boleh bergerak ke depan dalam keadaan menirap. Merangkak lagi la belum. Kadang-kadang nampak dia nak gerak tapi macam makin ke belakang. Kadang-kadang dia cuba angkat punggong/menonggek, tapi terlentang balik. Setakat tu je la yang dia boleh. Bukan boleh lama-lama baring atau meniarap, mesti tak lama nak nangis je.

Hakim perasan dah boleh berdiri

Kalau duk dalam walker memang dia suka sangat. Laju je dia kayuh kaki nak mencapai-capai benda yang dia nampak. Kalau berdirikan dia pun memang dia suka, kadang-kadang berdirikan dia pijak lantai, laju je kaki dia melangkah. Perasan dah besar la Hakim ni kan. Belum boleh berdiri sendiri pun lagi dah berangan nak berdiri dan berjalan aje.

Gigi?? Belum tumbuh pun lagi. Tapi asyik nak menggigit je. Gigit dengan gusi dia pun sakit tau. Sekarang selalu je dia gigit my nipple time menyusu tu. Huhuuu..tu belum ada gigi, kalau dah ada gigi camane lah kan. Betul ke kalau budak nak tumbuh gigi mesti demam? Setakat ni Hakim memang tak pernah demam, dari lahir sampai sekarang. Sihat-sihat je. Walaupun dia seorang yang 'kecik'. Berat badan dia kalau ikut graf perkembangan bayi tu, memang tak cukup naik. Tak tau nak bagi makan apa dah. Macam tu jugak. Minggu depan baru pergi klinik kesihatan untuk check up Hakim.


wassalam^^

14 comments:

inazamri said...

semakin hari semakin cerdik Hakim ni.Kadang2 budak tak merangkak tapi terus je belajar jln.hepi wkend.

Tihara said...

dah panadi berjalan ey..ske tgk baby..suka bau dia :)

mamavogue said...

hihi..
lame dah tak update pasal 'adik' Hakim ni :)

amboi dah banyak bijak nyer ye..
cepat besar bole main ngan abg Hakim :)

izan mama mia said...

tak lama lg hakim dh boleh jalan..best laa main kejar2..

izz iizza said...

makin cerdik dah dia..pasni pasti ada lagi perkara yg mencuit hati kan..:)

BloggerGenX said...

hmm..seronok la Hakim nanti time raya..dah dapat "kaki"...huhu

LYAfrina said...

makin hari mkin byk dia explore & makin byk ilmu serta iq dia berkembang

C'Jai said...

baby ni kekadang kemahiran yang dia dapt berbeza ...sesetengah elok jer ikut step...ada sesetengah pulak tak ikut step pun kan....

Ummi Iman said...

Suka dgn perkembangan bayi :) oppss iman masa umur dia 6 bulan dah boleh sebut umi. Kami pun tak percaya bila dgr. Sbb suka sgt ckp kat dia umi ni.. umi tu.. ayah tu lambat sikit. Dia panggil abah mulanya ;)

mcm iman tumbuh gigi mula2 tu tak demam, masa nak keluar gigi taring baru demam. Selalu bg benda lembut suruh dia gigit. Cepat sikit rasanya keluar. Iman 8 bulan dah ada gigi.

Lps ni kalau dah boleh bergerak, jenuh lah nak mengutipnya ;)

Nadia Elena said...

bab yang tumbuh gigi tu, memang saya selalu demam, tak kiralah dari kecik sampai besar. hopefully hakim takde lah demam2 nanti. hehehe.. =)

Wanieys said...

hakim dh makin bijak...makin banyak yg dia explore hihi

9n0L4 said...

dh pandai jalan ke belum ni. ;)

Liza Razak said...

alahai comelnye hakim ni :)

IntaNBerliaN said...

dah makin byk perkembangan hakim... good boy! :-)