Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Wednesday, 12 September 2012

I'm coming back!!


Assalamualaikum...

Mula-mula nk ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki andai ada salah silap selama kita berkenalan di alam maya ini. Mana lah tau ada terkasar bahasa, terguris hati, dan sebagainya..mohon ampun ye..^^ Syawal tinggal berapa hari je lagi baru nak buat ucapan..

Ok la..lama betul blog ni bercuti kan. Dari beberapa hari sebelum raya sampai la sekarang baru sedar diri nak update. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi apakan daya tak de kesempatan. Dua hari sebelum raya hakim demam, sampai hari raya keempat baru ok demamnya. First time ni hakim demam, aku dan encik apis pulak baru nak belajar jaga anak demam. Kena time raya pulak. Memang hilang terus mood nak raya. Plan nak balik kampung kuala lipis raya kedua, tak jadi sebab hakim masih demam. Raya kelima baru balik lipis.

Time raya tu pulak line internet problem, entah masalah ape, sampai la minggu lepas baru dapat guna internet. Internet ni nak beraya jugak kot.

Last entry sebelum ni aku umumkan pemenang GA kan. Nak minta maaf banyak-banyak sebab lambat pos hadiah kepada semua pemenang. Baru tadi ke pejabat pos untuk pos. Tunggu tau, nanti sampai la tu..^^


Sabtu sebelum raya, pukul 4 pagi hakim makin panas, nangis2 sebelum tertidur..

Wassalam^^

Wednesday, 15 August 2012

Pemenang GA ~ First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...


First nak minta maaf sebab lambat umumkan pemenang ni. Tak berkesempatan nak online. Lagi satu pening jugak nak pilih pemenang sebab semua jawapan bagus-bagus.

Semua entry penyertaan memang menjawab soalan dengan tepat. Jadi untuk memilih pemenang, aku pilih yang bagi jawapan siap penerangan, pendapat dan ayat sendiri, dan ada yang sertakan sokongan dalil Al-Quran dan Hadis. Memang aku mintak senaraikan ciri-ciri pakaian seorang muslimah. Tapi dah jawapan semua memang betul kan, jadi yang terbaik la akan dipilih. Itu pun yang buat entry dengan jawapan panjang lebar, penerangan, dan dalil, banyak jugak, dah pening lagi untuk pilih. Jadi aku buat keputusan untuk pilih yang betul-betul ikut semua syarat. Sebab tak semua yang join betul-betul ikut semua syarat tau. Ada yang follow, ada yang tak. Jadi tak adil la bagi mereka yang follow kedua-dua blog dan like fanpage, tapi yang menangnya tak penuhi tiga syarat tu kan.

Harap-harap semua berpuas hati dengan keputusan ni. Diharap GA ni dapat menyedarkan kita tentang cara kita berpakaian sebagai seorang muslimah. Kadang-kadang kita tahu, tapi ada yang terlepas pandang, atau tak ambil berat kan.

Untuk senarai peserta dan hadiah sila klik sini ye:
Senarai peserta
Hadiah GA

Ok la,jom tengok pemenangnya:

Tempat pertama:
4. http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Tempat kedua:
2. http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Tempat ketiga:
5. http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Tempat keempat:
19. http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html

Hadiah saguhati (cabutan bertuah):



Kepada semua pemenang sila email nama, alamat dan no.phone ke suterasyifa@gmail.com

Terima kasih kepada semua. Jemput la BW ke semua blog yang join, boleh menambahkan pengetahuan mana yang belum kita tahu tu kan. Yang tak menang jangan kecewa ye..lain kali ada rezeki boleh buat GA lagi..^^


wassalam^^


Monday, 13 August 2012

Alhamdulillah..GA dah tamat!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..first GA dari blog ni dah tamat semalam, 12hb ogos 2012, jam 12 malam. Terima kasih yang tak terhingga kepada yang memberi sokongan dan menyertainya. Yang tak berkesempatan join tu, tak pe la, tak de rezeki untuk join kali ni kan. Yang join pulak, mesti tak sabar nak tau pemenangnya kan. Sabar ye, rasanya hari ni macam tak sempat nak umumkan pemenang. InsyaAllah..esok atau lusa. Ada yang join semalam belum dimasukkan dalam list peserta, jap lagi baru nak masukkan. Dan hadiah untuk saguhati pun belum diupdate. Belum sempat, nanti jap lagi lah ye..heheee...

First time buat GA, macam tak percaya pulak. Sebenarnya tak banyak masa sangat aku ni nak mengadap laptop ni. Belum habis BW ke semua blog yang menyertai. Sebelum ni, kalau ada yang join memang aku terus ke blog mereka, tapi sempat tengok sekali lalu je entrynya dan komen 'terima kasih'. Nak kena pergi balik satu-satu blog diorang untuk tengok balik entry penyertaan. Semua bagus-bagus jawapan yang diberi. Pening jugak nak pilih pemenang ni...^__^


wassalam^^

Sunday, 12 August 2012

First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH..GA INI DAH TAMAT!!!

STICKY POST UNTIL 12/8/2012
UNTUK ENTRY TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH YE ^^

First time nak buat giveaway ni. Ada tak yang nak join ek??? Jom la korang join ramai -ramai ye. Senang je nak join ni. Hadiah pun menarik tau. Sponsored by Anggun Solehah Shop^^..



Jom tengok syarat-syaratnya:

1. Terbuka kepada semua FOLLOWER blog teratak hati.
2. Wajib follow blog sponsor, Anggun Solehah Shop.
3. Wajib Like fanpage Anggun Solehah Shop.
4. Buat entry bertajuk ' teratak hati 1st Giveaway^Jom Berpakaian Muslimah!! '
5. Letak banner kat atas tu dalam entry, link kan ke entry ini.
6. Letak Link sponsor dalam entry - Anggun Solehah Shop.
7. Tag seorang blogger, lebih pun boleh, pastikan dia tahu.
8. Jawab soalan ni:
   
# Senaraikan ciri-ciri pakaian seorang muslimah. Paling kurang 2, lebih pun lagi bagus.

# Letak sekeping gambar sebagai contoh, yang menunjukkan ciri-ciri pakaian muslimah yang korang list kan tu. Boleh guna gambar sendiri, orang lain (mintak permision dulu ye), atau gambar kartun/doodle.

9. Letak link entry korang tu kat kotak komen entry ini, beserta detail berikut:

    id follower
    id facebook

Pemenang  pertama, kedua dan ketiga akan dipilih berdasarkan jawapan yang dirasakan tepat, sesuai, menarik. 5 hadiah saguhati juga diberikan secara cabutan bertuah.

Giveaway ini bermula hari ni, 13/7/2012 sehingga 12/8/2012 jam 12 malam.


Nak tag msredcheesecake^^

Jom tengok hadiahnya!!!
UPDATE : Senarai peserta
UPDATE: Tarikh tamat mungkin berubah??


wassalam^^

Thursday, 9 August 2012

Ada lagi ke yang nak join GA ni??

Assalamualaikum...




Rasa-rasa cam nak tamatkan GA ni awal. Mungkin esok. Sebab dah nak raya ni kan. Kalau esok tamatkan GA, lusa (sabtu) umumkan pemenang, pastu sampai Ahad pemenang boleh bagi detail untuk pos hadiah. Isnin dah boleh pos hadiah kepada pemenang. Sebab pos laju national courier kan dah umumkan tarikh last untuk pos barang ialah pada 15hb ogos ni. Untuk jaminan barang sampai sebelum raya. Kalau lambat jawabnya lepas raya la baru sampai. Kalau boleh aku nak pos hadiahnya hari Isnin, 13hb, InsyaAllah sampai kepada penerima sebelum raya. Boleh la pakai masa raya kan...ececeh..macam la korang nak pakai masa raya. Ala mana la tau ada yang sesuai or matching2 ke, boleh la pakai, raya kan sebulan..kan3x..??hehe..

Tapi..tapi......ada ke yang nak join lagi GA ni? Mana la tau ada yang dah berhasrat nak join, tapi tak sempat atau sengaja tunggu saat-saat akhir iaitu 12hb tarikh asal GA tamat. Kesian pulak kan, kang terkejut pulak, baru nak join 12hb tu tengok-tengok dah ditamatkan awal pulak. Kecewa guling-guling pulak orang tu nanti. Ceh..perasan pulak aku ni, macam la orang kempunan sangat nak join GA aku yang tak seberapa pun ni. Hrmmm..apa-apa pun harap-harap kalau ada orang yang berhasrat nak join tu, baca la entry ni ye.

So apa pendapat korang?? Nak tamatkan esok ke nak ikut tarikh asal? Korang yang dah join tu kalau menang nak tak hadiah sebelum raya? Atau tak kesah dapat selepas raya?? Aku pun pening duk pikir ni..~_~

UPDATE: tarikh tamat ikut yang asal, 12hb ogos, ESOK!!!

wassalam^^


Senarai peserta GA ~ First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada yang sudi join dan support GA pertama aku, First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!. List yang join adalah seperti berikut:

1. http://hasnulizzah.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
2. http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
3. http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
4. http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
5. http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
6. http://gulahatimama.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
7. http://wwwrabiatuladawiyah.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
8. http://wanieysqaliefsuka-ga-contest.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
9. http://tiharaga.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
10. http://mayandhanis.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
11. http://maszull.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
12. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
13. http://kasihhannah88.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
14. http://sayacikbulat.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
15. http://mujadafewa.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
16. http://iamateslian.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
17. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
18. http://nadiaelena.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
19. http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
20. http://thelittlefh.blogspot.com/2012/07/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
21. http://kanokino.blogspot.com/2012/07/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
22. http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveaway-jom.html
23. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html
24. http://sna-aai.blogspot.com/2012/08/first-giveawayjom-berpakaian-muslimah.html
25. http://ummiimandancgl.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1stgiveawayjom-berpakaian.html
26. http://solehahgirlz.blogspot.com/2012/08/teratak-hati-1st-giveawayjom-berpakaian.html

Kalau ada yang join tapi tak de dalam senarai sila bagitau ye..hehe..thanks^^

wassalam^^

Tuesday, 31 July 2012

Tak puas berpuasa di kampung!!

Assalamualaikum...

Lamanya tak update. Balik kampung 3 hari je. Kepenatan sangat, sampai Hakim pun serba tak kena sejak dah balik sini. Penat sangat la tu berjalan jauh. Balik kampung di kuala lipis, hari selasa, balik semula ke johor hari jumaat pagi. Penat sangat rasanya balik kampung kali ni. Mungkin sebab puasa, dan Hakim pulak dah besar sikit, dah tak tidur sangat, nak bermain je, boleh golek-golek pulak dalam kereta.

Memang tak puas la berpuasa di kampung. Dapat berbuka 3 hari, dan bersahur juga tiga kali di Lipis. Masakan umi ku memang yang terbaik!! hehe..jom layan menu berbuka dan sahur kami..^^

Ayam percik from my Umi, memang special!!
Siput sedut masak lemak, juga masakan umi ku.. 
Rendang daging Kuala Lipis - wajib beli di bazar ramadhan kuala lipis!!
Rendang ni tak macam rendang daging biasa tau, tak tau nak cakap camane, tapi memang sedap!!

Siakap 3 rasa, yang ni aku masak^^

Ikan keli bakar, from bazar ramadhan kuala lipis, sangat mahal ok, seekor RM4!!

Murtabak, dibeli oleh abang ngah ku..

Sardin, simple tapi membuka selera!!

Banyak sebenarnya nak cerita pasal puasa ni, tapi tak de kesempatan la. Macam makin sibuk pulak dengan urusan-urusan lain. GA pun tak terurus dah. Nak update pasal senarai yang join GA dan hadiah, tapi belum sempat..haha..tu lah rajin sangat nak buat GA, tak sedar diri tu banyak kerja lain lagi.




Jom join my first GA!!
[klik banner]




wassalam^^

Sunday, 15 July 2012

Giveaway Craft n Crochet 2 By Tihara

Assalamualaikum...

Nak join GA by Tihara ni. Hadiah menarik jugak..mesti comel-comel hadiahnya.

Jom join GA ni..
Nak join klik banner tu ye..

TARIKH TUTUP : 6.8.2012

wassalam^^

Friday, 13 July 2012

Hadiah First Giveaway^^Jom Berpakaian Muslimah!!

Assalamualaikum...


Jap lagi nak post entry my first Giveway, sebelum tu jom layan gambar hadiah-hadiahnya.

Jom tengok hadiah untuk pemenang First Giveaway^Jom Berpakaian Muslimah!!

Hadiah pertama:
Sehelai baju waka-waka soft denim
(gambar hanya contoh, warna dan design mungkin lain) 

Hadiah kedua:
sehelai tudung cotton
(gambar hanya contoh, warna dan corak mungkin lain)
Hadiah ketiga:
sehelai pashmina
(gambar hanya contoh, warna dan corak mungkin lain)
Hadiah keempat:
sehelai tudung bawal two tone
(gambar hanya contoh, warna dan corak mungkin lain)

Lima hadiah saguhati:
UPDATE:

Brooch felt rose


Terima kasih..
wassalam^^



Thursday, 14 June 2012

GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger

Assalamualaikum...

Malam-malam ni rajin pulak nak menjoinkan diri untuk GA ni.


Nak join klik je banner tu ye..
Last 1 Julai 2012


wassalam^^