Thursday 29 November 2012

MAHA2012~teknologi terkini, produk terbaru..!!

On the way from johor, tertidur di highway, biskut masih ditangan..^^
lepas konvo adik, pergi makan ramai2 ngan famili ku dari lipis..hakim dah lapar ni..
MAHA~ hakim dah haus..!!
Hai..hakim kat MAHA ni..^^
telinga hakim gatal la..kena daun pokok rock melon ni..^^
Teknologi solar untuk menhidupkan lampu dan irrigation system..^^
tak pernah jumpa sebelum ni..^^
Hai..hakim kat atas ni..!!
Umi..jom la naik sekali..!!
syoknya main stereng..!!
lamanya pusing2..hakim tido dulu la..^^
ermm..hakim dah bangun tido pun tak abis pusing lagi?? makan biskut dulu la..^^
best la kipas ni..!!
baka pejantan..besar sangat tau..!!
main stereng lagi..ngan mok de ani pulak..^^
puyuh baka IKTA..besar dari puyuh biasa..
malam dah..makan dulu sebelum balik ke johor..penat dan lapar..!!
masuk kereta hakim tido, umi pun tido, tinggal abah drive sorang2..^^ 
Assalamualaikum...

Haa..korang dah pegi ke MAHA2012?? Belum..?? Cepat-cepat la pegi. Last hari ahad ni, 2 Disember. Best sangat tau. Aku memang setiap kali MAHA wajib pegi. Kebetulan pulak hari sabtu tu nak pergi convocation adik bongsu ku di USIM, Nilai. Dah dekat kan, malam tu tidur rumah sedara encik apis di Shah alam, hari ahad tu pergi MAHA.

Kali ni makin banyak pulak pameran dan exhibitor yang terlibat. Terutama exhibitor kategori IKS, industri kecil dan sederhana. Kat MAHA ni la mereka yang terlibat dalam IKS ni mengambil peluang mempromosikan produk mereka. Tapi memang tak sangka rupanya banyak sangat produk-produk anak malaysia yang dihasilkan atau diinovasikan sendiri. Jenama malaysia tau. Dari makanan, minuman, produk kesihatan, susu formula pun ada tau. Tapi yang menjadi persoalan, dimanakah produk-produk ni dapat diperoleh selain di MAHA dan selepas MAHA berakhir?? Susah nak jumpa kan. Mana ada kat pasaraya. Produk malaysia ni bagus-bagus jugak,tapi orang cakap macam 'tak sampai'.

Hrmm..harap-harap lepas ni diorang dapat tingkatkan pengeluaran dan marketing biar sampai ke pasaraya-pasaraya besar, boleh replace produk-produk dari luar terutama produk Israel kan. Sekarang duk sibuk boikot barang Israel kan. Tapi nak boikot pun memang banyak sangat produk Israel tu yang kita guna sehari-hari. Ermm..ok dah lari topik..!!^^

Ok..banyak lagi sebenarnya yang menarik kat MAHA ni. Teknologi terkini dalam bidang pertanian,penternakan, pemprosesan makanan, dan macam-macam lagi la. Tau tak kat mana MAHA ni? Yang tak tau tu sila search google lah ye..untuk mengetahui secara terperinci lagi...hehe..

Wassalam..^^

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 23 November 2012

Kids ride..seronoknya hakim!!

Assalamualaikum...

Sebenarnya minggu lepas punya cerita lagi ni. Tak sempat-sempat nak update entry. Masa ni pergi Kluang dengan adik ipar dua orang aka mok de ani dan mok su ana, aunty-aunty Hakim la ni. Pergi Kluang Mall, saje berjalan. Tengah jalan-jalan tu nampak kereta kecik yang comel tu,ada budak kecik duk dalam tu. Kitorang pun cari la mana nak amek kereta kecik tu. Pergi kat kaunter tengah-tengah mall tu, rupanya sewa kat situ kereta kecik tu. Sewa rm2 je, tapi  kena tinggal i/c dan rm10 sebagai deposit yang akan dipulangkan semula lepas kereta kecik tu dipulangkan. Oh ya, nama kereta kecik tu Kids ride. Kat atas dan belakang cam troli boleh isi barang-barang.

Mula-mula pikir nak ke Hakim duk dalam tu, dia nanti tak nampak orang mesti nak nangis je. Rupanya bukan main seronok lagi Hakim bila letak dalam tu. Mesti la kan, Hakim kan pantang jumpa stereng!! memang tak ingat dunia la kalau dia dah dapat pegang stereng. Bukan main tersengih-sengih lagi Hakim duduk dalam tu. Ada tali pinggang, so tak risau sangat la. Kitorang jalan tepi dia dan sorang tolak belakang. Yang bestnya aku tak yah dukung dia la, berlenggang kangkung je..^^ Bukan ape sebenarnya aku tak pernah lagi keluar tanpa encik apis. Kalau keluar mana-mana mesti dengan encik apis. Hakim dah semestinya la abah dia yang dukung je..hehee..Tapi kan masa dah nak balik tu, pergi pulang kids ride tu kat tengah-tengah mall tu, pastu nak pergi ke tempat parking memang terasa nak patah tangan la dukung Hakim, lagi-lagi dia dah tak reti diam sebab dah tak sabar nak susu!!!

Oh ya gambar spaggeti tu Hakim punya la, makan kat pizza hut, mintak kids punya yang free tu kan, spageti dan air soya. Hakim masih duduk dalam kids ride tu masa kat pizza hut, angkat dia tak nak, dia nak main stereng tu jugak, sambil aku suapkan spaggeti dia. Makannya sikit je, main je banyak..^^

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 19 November 2012

11 bulan ~ Hakim dah ada perubahan

Assalamualaikum...

Isnin minggu lepas lagi pergi check up Hakim 11 bulan. Isnin ni baru nak cerita..haha..Ok la Hakim masa check up tu timbang berat 6.76 kg. Sebelum ni, 10 bulan 6.40 kg kan, masa 9 bulan 6.46 kg. Masa 10 bulan turun, menjunam graf Hakim masuk ke area colour merah, area 'kurang zat makanan teruk'. Sebelum tu memang dah kat area kuning, area 'kurang zat makanan'. Masa tu bukan main lagi nurse tu membebel. Pastu bagi vitamin untuk Hakim.

Sejak bagi vitamin tu la nampak perubahannya. Hakim dah nak makan lebih sikit la sekarang. Tapi memang susah dah nak kejar dapatkan berat yang sepatutnya untuk Hakim, lagi 2 kg nak kena kejar untuk dapatkan graf dia ke area putih. 11 bulan ni pun naik 300 gram je, belum keluar dari area merah lagi, area kuning pun tak dapat cecah. Tapi nurse kali ni tak de la membebel tak tentu pasal. Elok je dia cakap baik-baik, bagi suggestion dan nasihat elok-elok. Camtu boleh la terima kan..hehe..^^

Hakim masih takut-takut nak berdiri sendiri dan jalan. Dia masih memapah-mapah untuk jalan, atau kita kena pimpin. Pernah cuba lepaskan slow-slow tangan dia, boleh je dia berdiri, tapi dia boleh menangis, takut berdiri sendiri..!!

Jom layan gambar terbaru Hakim..

kereta kontrol pak ngah dia ni..suka main tayar!!

suka sangat dapat main tayar kereta..^^

Mak su bawak main jongkang jongket..

yeay2..suka!!
wassalam^^

Thursday 15 November 2012

Kisah seorang pak cik dan rokoknya

Assalamualaikum...

Hari ahad lepas mak mertua ajak ikut rombongan menghantar pengantin lelaki di batu pahat. Pengantinnya jiran kami,sebelah rumah je. Ada 4 kereta dalam rombongan tu,termasuk la kereta kami,drivernya encik apis la. Masa kat sana, time nak makan tu aku,encik apis dan hakim duduk kat satu meja bulat ni. Dekat dengan meja pengantin. Memang diorang pakai meja bulat semua. Mak mertua dan geng2 dia duduk meja sebelah. Kiranya meja aku duduk tu banyak kosong lagi la.

Encik apis makan dulu,aku pulak suapkan hakim makan nasi minyak bersama sayur. Hakim memang dah lapar sangat gayanya masa tu. Nak bagi nasi putih diorang tak sediakan pulak. Masa tu la datang sorang pak cik ni duduk sebelah aku. Dia cakap nak tumpang duduk jap. Tak nak makan lagi. Dia tanya la kitorang ni rombongan pengantin lelaki ke. Encik apis pun berbasa-basi la dengan pak cik tu. Tak lama pak cik tu keluarkan rokok,nyalakan rokok dia dan hisap. Pastu dia boleh hembus-hembus asap rokok tu ke arah aku. Mane la tak bengang. Tapi aku sorokkan la rasa bengang tu. Tengok ke arah encik apis yang juga memandang aku seolah-olah faham. Yela..dah la aku tengah riba hakim lagi,agak-agak la pak cik oiii...tak pasal-pasal budak sekecik tu nak kena sedut asap rokok tu jugak!!

Huhhh...semua kupendamkan dalam hati. Nak pindah meja pun dah tengah makan kan,dengan hakim lagi. Bile encik apis dah siap makan dia pegang hakim pulak dan aku pun boleh la makan. Baru start makan tu, dengar ada orang cakap ngan pak cik tu YB dah sampai. Pastu pak cik tu cakap..'ok2 saya dah sediakan meja ni,duduk sini je la..' pastu pak cik tu pergi amek buah-buahan yang dihias cantik kat meja makan pengantin tu,masa tu pengantin baru siap makan. Dia letak buah tu kat meja aku duduk tu la. Aku dah pelik, aku baru je tengah makan ni, tak kan YB tu nak makan sekali aku kot??tak kan aku nak kena pindah?? Pastu dengar orang yang bercakap ngan pak cik tu tadi, tak pe la ada meja kosong kat sana. YB tu pun sampai memang terus duduk kat meja kosong tu. Pak cik tu pun bawak la buah yang dia amek tadi pergi letak kat meja YB duduk tu. Tengok-tengok dia makan sekali kat situ duduk sebelah YB lagi. Encik apis pun cakap..'patut la..nak tunggu makan dengan YB..kaki kipas la ni..'

Pastu dah balik tu aku ungkit lagi, 'kenapa la pak cik tu hembus2 asap rokok dia kat saya ngan hakim??' encik apis jawab 'dia saje nak suruh kita bla,dia nak ajak YB duduk situ..' haa?? Kan banyak lagi tempat lain. Orang tengah makan tak kan nak pindah..dah la asap rokok dia bau busuk!!! Huhh..memang tak boleh terima la kalau merokok dekat aku, lagi2 dekat hakim..nak merokok pergi la jauh2, ni tak kita pulak kena beralih..:-! Aku bukan la nak mengata pak cik tu sangat, tapi nak jugak cerita kat sini sebab sampai sekarang masih teringat-ingat lagi tau. Ala korang tak kenal pun pak cik tu sape kan..aku pun tak kenal..tak kira mengumpat la ek..hehe..o_O


Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 12 November 2012

Koleksi Zenitha dan Qirani

Assalamualaikum...

Tengok tajuk tu mesti dah tau kan..ni nak buat iklan lagi la ni. Hehe..korang dah tengok belum update terbaru di Anggun Solehah Shop? Haa..sudi-sudikan la ke ASS tu, tengok apa yang terbaru. Mai nak habaq sikit kat sini..cewah..tetiba cakap utara pulak..bukan pandai pun sebenarnya..hehe..Jom tengok koleksi terbaru ASS..














Koleksi Zenitha dan Qirani ni dari Indonesia. Cantik-cantik designnya. Tapi buat masa ni hanya dibuka untuk pre-order. Belum ada ready stok. Kalau berminat boleh order sekarang sebab tarikh tutup order yang terdekat pada 15/11/2012 ni, khamis. Order yang selepas tarikh tu akan diproses untuk batch pre-order yang seterusnya. Oh ya, kalau ada yang belum faham, pre-order ni maksudnya kami akan oder stok dengan supplier berdasarkan oder dari customer. Customer perlu bayar 50% dari harga baju+postage untuk membuat pre-order ni. Stok akan sampai lebih kurang 14 hari dari tarikh tutup order. Bila stok sampai, customer perlu bayar bakinya, dan baju akan dipos segera.

sebarang pertanyaan boleh email: suterasyifa@gmail.com

wassalam^^


Thursday 8 November 2012

First time jumpe blogger ~ blogger Citarasa Rinduan



Assalamualaikum...

Sangat teruja bila dapat jumpa blogger blog Citarasa Rinduaan, kak ayu, di kedai makan miliknya, Citarasa Rinduaan. Dah lama sebenarnya nak pergi berjumpa kak ayu di kedai dia. Tapi asyik tertunda je. Sebenarnya dulu sebelum kenal kak ayu di alam maya memang ada beberapa kali jugak makan kat situ. Tapi tak de perasan pun kak ayu ni. Bile dia datang ke blog aku ni, melalui blog kak zakie, aku terjah blog dia balik. Kak ayu pun ada beli dress yang aku jual di Anggun Solehah Shop. Masa tu aku tanya la kedai makan dia yang mane satu kat Sayong tu. Sebab memang dekat sangat dengan bandar tenggara ni, dalam 15 minit camtu. Bila dia cakap kedai makan belakang stesen minyak Mobil, aku pun pikir kedai makan yang biasa encik apis singgah kalau ada kerja yang lalu kat situ. Rupanya memang betul la kedai tu.

wajib la bergambar kan..hakim dah serabut tak mandi lagi..
Semalam petang kebetulan encik apis nak g amek kambing, memang lalu kat Sayong tu. Aku pun nak ikut la. Naik lori lagi tau. Memang dah cakap kat dia nanti singgah kedai makan kat Sayong tu. Tapi bila dah amek kambing, tak boleh nak singgah dah sebab kena hantar ke kebun dulu la kesian kambing tu terikat duk dalam lori tu. Lepas hantar kambing baru pergi makan, memang dah lapar sangat masa tu. Sampai je kedai kak ayu tu, tengok-tengok jugak la mana satu kak ayu nya. Dah duduk, datang la seorang akak ni, amek oder. Aku senyum nak tegur dah 'kak ayu ke?' tapi dalam hati je. Lepas dia beredar, encik apis cakap, kenapa tak tanya, tu la akak yang selalu duk kat kaunter tu kalau nak bayar. Lepas tu kak ayu jugak yang bawak makanan pada kami. Aku terus la tanya 'Ni kak ayu ye?'. Kak ayu angguk dan muka cam blur je, pastu tanya aku sape. Terkejut jugak la bila tau aku ni salina yang sebelum ni kenal di alam maya je.

dapat gift lagi dari kak ayu, kalendar 2013 dan acuan donut..
Tak pasal-pasal dapat makan free, kak ayu belanja, pastu dapat gift lagi, kalendar 2013 dan acuan donut. Tau-tau je aku tengah nak mencari acuan donut yang besar ni..hehe. Terima kasih kak ayu..^^

wassalam^^

Tuesday 6 November 2012

Kuih bijan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..cahaya mentari menyinar pagi ni. Tapi baru je masuk kain dalam mesin basuh tu. Belum siap untuk dijemur. Mintak-mintak tak hujan la tengahari ni. Hakim pulak jap lagi bangun la tu. Nak mandikan dia, bagi sarapan, layan dia main-main. Kadang-kadang sedar-sedar dah pukul 12 tengahari, masih melayan Hakim, masak pun belum, jemur baju pun belum. Camane tu?? Sempat lagi nak update blog?? Hehee..

Ok la nak cerita pengalaman kelakar aku hari ahad lepas. Konon-konon nak buat kueh bijan, ada orang panggil kuih bom bijan. Gambar kat atas tu from pakcik google ye.Kebetulan ada inti kelapa lebih masa buat kuih ketayap dulu, simpan beku kan tahan lama. So dengan confiden nya aku buat la kuih bijan ni. Ingat-ingat kan bahan dan caranya yang pernah aku buat dulu ngan umiku kat kampung. Guna tepung pulut, bancuh ngan air, letak inti kat tengah, bulatkan, salut bijan. Dah siap tu terus g goreng. Pakai minyak banyak, api slow je.

Mula-mula masuk kuih tu ok je. Lama-lama mula meletop-letop pulak kuih nya. Mula-mula sikit-sikit, lama-lama sampai ada yang melompat keluar kuali. Hahahaha...aku dah pelik dan rasa kelakar. Siap mak mertua, adik ipar dan encik apis ada kat dapur tu. Aku pun stop la dari menggoreng. Masuk bilik call my umi kat kampung. Antara perbualan kami:

Aku: umi, bukan nak buat kuih bijan tu pakai tepung pulut je, bancuh ngan air je kan...

Umi: campur tepung gandum sikit, atau keledek sikit.

Aku: yeke..kalau tak campur? Dah goreng dah pun, tapi kenapa meletop-letop?

Umi: la..awak tak tanya dulu..kuih tu la paling cerewet. Kena bancuh dengan air suam, garam sikit. Baru la tak meletop masa goreng.

Aku: la yeke..rasanya dulu buat ngan umi macam biasa je, tak ingat pun pakai air suam...


Begitu la kisahnya..korang rasa kelakar tak. Hahaha.. Akhirnya kuih tu terbengkalai camtu je. Aku pantang tak jadi camtu terus tak de mood nak pikir apa dah.

Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 5 November 2012

Selamat menghadapi SPM 2012^^ Hujan belum berhenti..

Assalamualaikum...

Hujan masih turun, dari tengahari semalam, berhenti sekejap, turun lagi. Ni terus tak berenti dah. Memang dari malam tadi sampai pagi ni, hujan tak lebat, tapi terus menerus turun. Diorang cakap hujan camni la boleh menyebabkan banjir macam yang pernah terjadi masa Johor dilanda banjir terbesar beberapa tahun lepas. Sekarang pun dah banjir di beberapa tempat di Batu Pahat.

Hari ni pulak bermula la perjuangan pelajar-pelajar calon SPM 2012. Termasuk la adik iparku, Dek Na, yang telah bersiap-siap awal pagi tadi untuk menjawab kertas Bahasa Melayu hari ni. Yang berada di kawasan banjir tu, harap-harap tak terganggu untuk menjawab SPM. Tak silap Najwa Latif pun SPM kot tahun ni, dia orang Batu Pahat kan?? eh..iye ke?? hehehee..

Jom layan gambar aksi Hakim sewaktu dalam perjalanan balik ke kuala lipis, dan balik semula ke johor. Balik ke Lipis hari isnin minggu lepas, dan balik semula ke Johor hari khamis.

Sibuk nak duk kat stereng, selagi tak dapat memang tak duk diam..ni dah kat Raub..
Marah sangat la tu orang nak amek dia..
Balik ke Johor..pagi lagi, waktu tidur Hakim la ni..
tapi duduk belakang tak nak tidur pulak, duduk depan baru nak tidur..

Makan nasi ayam KFC..

Biasanya kalau balik kampung memang aku duk belakang ngan Hakim. Bile dia tidur boleh baringkan atas tilam dia. Tapi balik kampung kali ni, dia dah tak nak duk belakang. Tak duk diam, boleh pulak dah duk kat belakang tu dia nak pergi ke depan, dia tahu ada stereng kat depan tu. Memang dia suka sangat duk main kat stereng kereta tu. 


Wassalam...^^