Thursday, 15 November 2012

Kisah seorang pak cik dan rokoknya

Assalamualaikum...

Hari ahad lepas mak mertua ajak ikut rombongan menghantar pengantin lelaki di batu pahat. Pengantinnya jiran kami,sebelah rumah je. Ada 4 kereta dalam rombongan tu,termasuk la kereta kami,drivernya encik apis la. Masa kat sana, time nak makan tu aku,encik apis dan hakim duduk kat satu meja bulat ni. Dekat dengan meja pengantin. Memang diorang pakai meja bulat semua. Mak mertua dan geng2 dia duduk meja sebelah. Kiranya meja aku duduk tu banyak kosong lagi la.

Encik apis makan dulu,aku pulak suapkan hakim makan nasi minyak bersama sayur. Hakim memang dah lapar sangat gayanya masa tu. Nak bagi nasi putih diorang tak sediakan pulak. Masa tu la datang sorang pak cik ni duduk sebelah aku. Dia cakap nak tumpang duduk jap. Tak nak makan lagi. Dia tanya la kitorang ni rombongan pengantin lelaki ke. Encik apis pun berbasa-basi la dengan pak cik tu. Tak lama pak cik tu keluarkan rokok,nyalakan rokok dia dan hisap. Pastu dia boleh hembus-hembus asap rokok tu ke arah aku. Mane la tak bengang. Tapi aku sorokkan la rasa bengang tu. Tengok ke arah encik apis yang juga memandang aku seolah-olah faham. Yela..dah la aku tengah riba hakim lagi,agak-agak la pak cik oiii...tak pasal-pasal budak sekecik tu nak kena sedut asap rokok tu jugak!!

Huhhh...semua kupendamkan dalam hati. Nak pindah meja pun dah tengah makan kan,dengan hakim lagi. Bile encik apis dah siap makan dia pegang hakim pulak dan aku pun boleh la makan. Baru start makan tu, dengar ada orang cakap ngan pak cik tu YB dah sampai. Pastu pak cik tu cakap..'ok2 saya dah sediakan meja ni,duduk sini je la..' pastu pak cik tu pergi amek buah-buahan yang dihias cantik kat meja makan pengantin tu,masa tu pengantin baru siap makan. Dia letak buah tu kat meja aku duduk tu la. Aku dah pelik, aku baru je tengah makan ni, tak kan YB tu nak makan sekali aku kot??tak kan aku nak kena pindah?? Pastu dengar orang yang bercakap ngan pak cik tu tadi, tak pe la ada meja kosong kat sana. YB tu pun sampai memang terus duduk kat meja kosong tu. Pak cik tu pun bawak la buah yang dia amek tadi pergi letak kat meja YB duduk tu. Tengok-tengok dia makan sekali kat situ duduk sebelah YB lagi. Encik apis pun cakap..'patut la..nak tunggu makan dengan YB..kaki kipas la ni..'

Pastu dah balik tu aku ungkit lagi, 'kenapa la pak cik tu hembus2 asap rokok dia kat saya ngan hakim??' encik apis jawab 'dia saje nak suruh kita bla,dia nak ajak YB duduk situ..' haa?? Kan banyak lagi tempat lain. Orang tengah makan tak kan nak pindah..dah la asap rokok dia bau busuk!!! Huhh..memang tak boleh terima la kalau merokok dekat aku, lagi2 dekat hakim..nak merokok pergi la jauh2, ni tak kita pulak kena beralih..:-! Aku bukan la nak mengata pak cik tu sangat, tapi nak jugak cerita kat sini sebab sampai sekarang masih teringat-ingat lagi tau. Ala korang tak kenal pun pak cik tu sape kan..aku pun tak kenal..tak kira mengumpat la ek..hehe..o_O


Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

10 comments:

Citarasa Rinduan said...

kak pun tak suka kaki kipas mahupun perokok...
bengangnya baca entry salina..
dah lah pegang bb...

mujur hakim tak nangis...

tak apa salina.prasangka baik jer.
pakcik tu kurang kasih sayang.. hahaha.

TiranaAduka said...

salam...

nice post......

Terima kasih sudi singgah dan salam kenal ...

1st Time my photo in My blog..

Thanks visit my blog..

From TiranaAduka.....: 2nd..my photo in My blog..

ieda said...

hurmmm
entah ape2 lah kan
manusia dikk .. macam2 jenis huhu

C'Jai said...

sian hakim....

pantang btul akak kalau org isap rokok tp tak umpama kat org lain.... mana adapnye...kalau nak mengipas pun agak2 la...

astgfirullah..terover lak akak..bukan apa geram...

Si Matatajam said...

Sian Hakim tak pasai2 kena sedut asap rokok..kalau M kena mcm tu, M wat libas2 tangan kt asap rokok tu bebanyak Biaq pakcik tu terasa skit yg kita ni mmg tak suka dia dok merokok dekat kta..

IntaNBerliaN said...

laaa blh plak hembus asap sbb nk suruh blah... sy pun mmg xsk bau asap rokok ni...

izan mama mia said...

huh..saya paling pantang asap rokok..selalu saya saund jer..lantak arr..sbb kita dl yg ddk situ kan..saya mmg tak boleh sabar bab rokok..serta merta saya naik geram...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tensen betol kalau bau asap rokok...kesian kt akak ngan hakim xpasal2 kena asap rokok pakcik tu

TiranaAduka said...

'ada gambr mto triumph bath tub dalam post. Godek2 la blog tirana aduka tu.hehehe

Nurul Husna Mohd Hassan said...

pak cik!!!