Tuesday, 6 November 2012

Kuih bijan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..cahaya mentari menyinar pagi ni. Tapi baru je masuk kain dalam mesin basuh tu. Belum siap untuk dijemur. Mintak-mintak tak hujan la tengahari ni. Hakim pulak jap lagi bangun la tu. Nak mandikan dia, bagi sarapan, layan dia main-main. Kadang-kadang sedar-sedar dah pukul 12 tengahari, masih melayan Hakim, masak pun belum, jemur baju pun belum. Camane tu?? Sempat lagi nak update blog?? Hehee..

Ok la nak cerita pengalaman kelakar aku hari ahad lepas. Konon-konon nak buat kueh bijan, ada orang panggil kuih bom bijan. Gambar kat atas tu from pakcik google ye.Kebetulan ada inti kelapa lebih masa buat kuih ketayap dulu, simpan beku kan tahan lama. So dengan confiden nya aku buat la kuih bijan ni. Ingat-ingat kan bahan dan caranya yang pernah aku buat dulu ngan umiku kat kampung. Guna tepung pulut, bancuh ngan air, letak inti kat tengah, bulatkan, salut bijan. Dah siap tu terus g goreng. Pakai minyak banyak, api slow je.

Mula-mula masuk kuih tu ok je. Lama-lama mula meletop-letop pulak kuih nya. Mula-mula sikit-sikit, lama-lama sampai ada yang melompat keluar kuali. Hahahaha...aku dah pelik dan rasa kelakar. Siap mak mertua, adik ipar dan encik apis ada kat dapur tu. Aku pun stop la dari menggoreng. Masuk bilik call my umi kat kampung. Antara perbualan kami:

Aku: umi, bukan nak buat kuih bijan tu pakai tepung pulut je, bancuh ngan air je kan...

Umi: campur tepung gandum sikit, atau keledek sikit.

Aku: yeke..kalau tak campur? Dah goreng dah pun, tapi kenapa meletop-letop?

Umi: la..awak tak tanya dulu..kuih tu la paling cerewet. Kena bancuh dengan air suam, garam sikit. Baru la tak meletop masa goreng.

Aku: la yeke..rasanya dulu buat ngan umi macam biasa je, tak ingat pun pakai air suam...


Begitu la kisahnya..korang rasa kelakar tak. Hahaha.. Akhirnya kuih tu terbengkalai camtu je. Aku pantang tak jadi camtu terus tak de mood nak pikir apa dah.

Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

18 comments:

Nadia Elena said...

tak minat kuih ni, tapi bila tengah lapar, hentam jer... =)

izzah said...

rajinnyer buat kuih...good2...ni yg suami makin sayang ni....

emma said...

Part melompat kua dr kuali yg klako kak,hehehhe.. xpe pcubaan ptame kan, pasni mesti jadi kan kak ^_^ chaiyok2..

Sharifah Nadzarah said...

salam kenal & folo sini...suke kuih tu...

Mya Abdullah said...

minat makan tapi taktahu pulak proses nak buat rumit.Nak goreng je pun dah rumit ><

BERT said...

hehe tak penah buat kuih ni tapi ni la antara kuih peberet saya... x sngka plak ada teknik nak buat kuih ni ye.. kalo tak meletop2 ye.. baru saya tau hehe

Karukord Jagau's said...

eh saya suka kuih ni :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah..sedap2.. tmbh2 inti nyoq..lau inti kcg tak gemar sgt =)

umialya said...

kuih bijan, lama tak makan...

IntaNBerliaN said...

hihiii siap terkeluar dr kuali lg.. :-)

ieda said...

sedapnyee
rajin akak buat ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sampai tekeluar kuali tu hehehe..ada teknik rupanya nk buat kuih ni kan hehe..selama ni wani tau mkn jer haha...

wani dh letak lama dh link akak dlm bloglist wani tau

Si Matatajam said...

M balas kunjungan dan follow sini...M panggil kuih ni onde2..

Kancil 8349 said...

sedapnya.....

maszull said...

assalamualaikum salina...sedap kuih ni...:)

izan mama mia said...

saya minat kuih ni tapi xreti nak bt sendiri

BlueiceButterfly said...

xpe2 len kali cuba lagi tau :)

Alynn Mueez said...

Alynn panggil kuih bijan ni "kuih gomok"...hehhehe

sedapppp!