Thursday, 8 November 2012

First time jumpe blogger ~ blogger Citarasa Rinduan



Assalamualaikum...

Sangat teruja bila dapat jumpa blogger blog Citarasa Rinduaan, kak ayu, di kedai makan miliknya, Citarasa Rinduaan. Dah lama sebenarnya nak pergi berjumpa kak ayu di kedai dia. Tapi asyik tertunda je. Sebenarnya dulu sebelum kenal kak ayu di alam maya memang ada beberapa kali jugak makan kat situ. Tapi tak de perasan pun kak ayu ni. Bile dia datang ke blog aku ni, melalui blog kak zakie, aku terjah blog dia balik. Kak ayu pun ada beli dress yang aku jual di Anggun Solehah Shop. Masa tu aku tanya la kedai makan dia yang mane satu kat Sayong tu. Sebab memang dekat sangat dengan bandar tenggara ni, dalam 15 minit camtu. Bila dia cakap kedai makan belakang stesen minyak Mobil, aku pun pikir kedai makan yang biasa encik apis singgah kalau ada kerja yang lalu kat situ. Rupanya memang betul la kedai tu.

wajib la bergambar kan..hakim dah serabut tak mandi lagi..
Semalam petang kebetulan encik apis nak g amek kambing, memang lalu kat Sayong tu. Aku pun nak ikut la. Naik lori lagi tau. Memang dah cakap kat dia nanti singgah kedai makan kat Sayong tu. Tapi bila dah amek kambing, tak boleh nak singgah dah sebab kena hantar ke kebun dulu la kesian kambing tu terikat duk dalam lori tu. Lepas hantar kambing baru pergi makan, memang dah lapar sangat masa tu. Sampai je kedai kak ayu tu, tengok-tengok jugak la mana satu kak ayu nya. Dah duduk, datang la seorang akak ni, amek oder. Aku senyum nak tegur dah 'kak ayu ke?' tapi dalam hati je. Lepas dia beredar, encik apis cakap, kenapa tak tanya, tu la akak yang selalu duk kat kaunter tu kalau nak bayar. Lepas tu kak ayu jugak yang bawak makanan pada kami. Aku terus la tanya 'Ni kak ayu ye?'. Kak ayu angguk dan muka cam blur je, pastu tanya aku sape. Terkejut jugak la bila tau aku ni salina yang sebelum ni kenal di alam maya je.

dapat gift lagi dari kak ayu, kalendar 2013 dan acuan donut..
Tak pasal-pasal dapat makan free, kak ayu belanja, pastu dapat gift lagi, kalendar 2013 dan acuan donut. Tau-tau je aku tengah nak mencari acuan donut yang besar ni..hehe. Terima kasih kak ayu..^^

wassalam^^

18 comments:

inazamri said...

moh ke Perak jumpa akak lak hihihi.Tapi takde kedai makan la..dtg umah akak masak apa yg ada hihi

Kakzakie said...

Amboi dah makan di Citarasa Rinduan ye... Kakak dah tak boleh buat kejutan sebab dari belakang pun kakak dah kenal Ayu tu...

Kakak pun nak pergi makan freelah...

BERT said...

wahh untungla.. dpt mkn free bagai.. jauh plak restorannye haaa

Citarasa Rinduan said...

Salina..
best tau layan Hakim smalam. dh leh jadi kawan bila jak agah dia tersenyum.. comel mcm ibunya,tampan mcm ayahnya..

nanti bt donut beso tu syer tau kat entry nak tgk.. hehehehe

klander tu ingat sis jgn setahun jer ya... selamanya tau.. moga ukhwah kita kekal selamanya

ieda said...

wahh untungnyaaa jumpe ayu dah yee .. murah rejeki ayu .. bileelahh nak boleh jumpe ayu pula nie ;)

Tentang Kita said...

beruntungnya...dapat jumpa pastu dpt mkn free..murah rezeki kak ayu kita

Nurul Husna Mohd Hassan said...

waa sonok la dapat jumpa rakan blogger :)

ana fatihah said...

Wah,seronoklaa akak dapat jumpe.Siap dapat hadiah lagi..hehe :)

Cik Yatt said...

untung nye..hehe

izan mama mia said...

saya tak pernah jumpa lg rakan blogger..teringin nak jumpa tapi malu..hihi

eita said...

waaa...best nyer....
leh jugak berkenal kenalan kan

LYAfrina said...

owh..seronoknyer..mmesti teruja sgt2 kan..

Si Matatajam said...

Mmg best bila dpt jumpa member blogger

IntaNBerliaN said...

wah xpasal2 dpt mkn free yer... best kan jumpa kwn2 blogger :-)

BlueiceButterfly said...

bestnya dapat hadiah lagi tue..hehe :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah seronoknya jumpa rakan blogger....dh tu dpt mkn free lg la best hihi

C'Jai said...

bes la dapat bersua muka kan..

izan mama mia said...

bestnyer dapat jumpa rakan blog