Monday, 5 November 2012

Selamat menghadapi SPM 2012^^ Hujan belum berhenti..

Assalamualaikum...

Hujan masih turun, dari tengahari semalam, berhenti sekejap, turun lagi. Ni terus tak berenti dah. Memang dari malam tadi sampai pagi ni, hujan tak lebat, tapi terus menerus turun. Diorang cakap hujan camni la boleh menyebabkan banjir macam yang pernah terjadi masa Johor dilanda banjir terbesar beberapa tahun lepas. Sekarang pun dah banjir di beberapa tempat di Batu Pahat.

Hari ni pulak bermula la perjuangan pelajar-pelajar calon SPM 2012. Termasuk la adik iparku, Dek Na, yang telah bersiap-siap awal pagi tadi untuk menjawab kertas Bahasa Melayu hari ni. Yang berada di kawasan banjir tu, harap-harap tak terganggu untuk menjawab SPM. Tak silap Najwa Latif pun SPM kot tahun ni, dia orang Batu Pahat kan?? eh..iye ke?? hehehee..

Jom layan gambar aksi Hakim sewaktu dalam perjalanan balik ke kuala lipis, dan balik semula ke johor. Balik ke Lipis hari isnin minggu lepas, dan balik semula ke Johor hari khamis.

Sibuk nak duk kat stereng, selagi tak dapat memang tak duk diam..ni dah kat Raub..
Marah sangat la tu orang nak amek dia..
Balik ke Johor..pagi lagi, waktu tidur Hakim la ni..
tapi duduk belakang tak nak tidur pulak, duduk depan baru nak tidur..

Makan nasi ayam KFC..

Biasanya kalau balik kampung memang aku duk belakang ngan Hakim. Bile dia tidur boleh baringkan atas tilam dia. Tapi balik kampung kali ni, dia dah tak nak duk belakang. Tak duk diam, boleh pulak dah duk kat belakang tu dia nak pergi ke depan, dia tahu ada stereng kat depan tu. Memang dia suka sangat duk main kat stereng kereta tu. 


Wassalam...^^



17 comments:

inazamri said...

amboi pic no 2 tu marah sgguh Hakim ye.Mama kacau ye.nak main stereng pun tak senangkan

yan's cottage said...

pandai hakim tarik muka bila marah ye...

nuyui a.k.a miss YUI said...

amboi..mimik mukanya.

Kakzakie said...

Masa usia macam ini biasalah, dia syok tengok stereng macam mainan dia ingat boleh pusing-pusing.

Marah betul org nak ambik tu hihi..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

garanya muka hakim buat mimik muka marah hehe....comel jer dia....

Karukord Jagau's said...

Hahahaa muka dia....marah betul tu heheee

izan mama mia said...

takut eh tgk wajah garang dia...

Nadia Elena said...

budak kecik memang suka main stereng. huhu. kadang2 penat jugak nak melayan. sabar jelah.. =)

maszull said...

assalamualaikum salina...belajar bawa kete yer...;)

are_lin@yu said...

alahai pandai nya wat muka..hihi

Mya Abdullah said...

Comelnyaaaaa!geram tengok!hehe

zulhilmi tempoyak said...

kahkahkah.. yg muka marah tu nmpk beno gangster.. ;p

eita said...

garang nyer..memang marah betol tu

C'Jai said...

hehe..comey jer muka hakim tengah marah..

IntaNBerliaN said...

gambar yg hakim marah tu nmpak garang sungguh yer... tapi comel.. hehhe

BlueiceButterfly said...

alahai comel gelagat :)

9n0L4 said...

marang betul muke nye tuuuu. hehe.