Friday 27 April 2012

Perlukah makanan tambahan bagi ibu menyusu??


Assalamualaikum…

Perlukah makanan tambahan bagi ibu yang menyusukan anaknya? Maksudnya supplement la. Macam yang aku cerita kat entry ni dan sini. Bila baca buku Pa&Ma bulan Mei 2012, ada pulak artikel bertajuk ‘Perlukah makanan tambahan kala menyusu?’. Artikel ni berdasarkan pandangan kaunselor laktasi, Siti Nur Suraya Mohamed Ali. Aku kongsikan kat sini antara isinya.

from google image

Terdapat kajian (Hamosh,1991) yang menyatakan bahawa anda tidak memerlukan makanan tambahan mahupun suplemen dalam bentuk vitamin atau mineral. Sebaliknya anda hanya digalakkan untuk mengikuti graf pemakanan yang dicadangkan oleh kebanyakan pakar pemakanan.

Graf berkenaan banyak menekankan pengambilan nutrient yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, nasi, daging ayam, daging lembu dan ikan. Diet yang sihat sebegini sudah memadai membantu anda dalam membekalkan nutrient yang mencukupi untuk menjalani aktiviti seharian. Pengambilan air dalam kadar yang dicadangkan iaitu enam hingga lapan gelas sehari juga penting untuk diambil berat.

Penyelesaian utamanya ialah makan ikut keperluan anda. Pastikan makanan yang diambil adalah sihat dan berkhasiat untuk kebaikan diri anda dan bayi yang disusukan.

Sekiranya makanan tambahan atau suplemen diperlukan, ia adalah untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukannya menambah penghasilan susu ibu.

Panduan asas pemakanan semasa menyusukan bayi:
1. Pelbagai ~ pelbagai jenis makanan daripada semua jenis kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien.
2. Banyak sayur, buah, bijirin
3. Hadkan makanan tertentu ~ hadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan alkohol.
4. Aktiviti ~ Perlu mengimbangi pengambilan diet seharian dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.

Susu ~ Kenyataan bahawa ibu menyusu perlu minum susu bagi menghasilkan susu sama sekali tidak benar. Malah dengan meminum air lebih banyak daripada amaun dicadangkan juga tidak akan membantu pertambahan susu ibu.

Vitamin C dan vitamin B ~ Pengambilan pil vitamin jenis ini boleh meningkatkan penghasilan susu ibu sehingga satu tahap. Namun ia akan kekal ditahap yang sama walaupun anda menambah dosnya.

Vitamin A dan vitamin E ~ Pengambilan pil vitamin jenis ini boleh menyerap ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan bayi sekiranya diambil secara berlebihan.

Herba ~ Makanan tambahan dalam bentuk herba perlu diteliti terlebih dahulu agar dapat dipastikan kandungannya selamat untuk kegunaan anda.

Ok itu saja sedikit perkongsian untuk pengetahuan bersama..^^

~wassalam~

Thursday 26 April 2012

Hakim kecik-kecik dah playboy??

Assalamualaikum...

Hakim playboy?? Hehe..mane lah Hakim tau apa-apa kan. Sebenarnya Ahad lepas kami pergi ke  rumah kawan waktu study dulu. Rumahnya dalam 45 minit jugak dari rumah kitorang. Diorang suami isteri pun memang kawan aku dan encik apis masa study dulu. Sama macam kawan yang aku citer kat sini, sini, dan sini. Kawan yang sebelum ni baby diorang girl kan. Nama babynya Nur Aisyah Aqilah, umur 2 bulan lebih.


Hakim dan Aisyah

Kawan yang baru jumpa Ahad lepas pulak, dah dapat anak kedua, babynya girl jugak. Panggil Aina. Aina ni lahir 15/12/2011, Hakim pulak lahir 11/12/2011. Beza 4 hari je la. Comel sangat Aina ni..semangat betul badan dia.


Hakim dan Aina

Dua kali Hakim bersanding dengan dua awek ye. Memang playboy la. Tak pe baby lagi. Nanti dah besar jangan menggatal sudah. Tengok la gambar atas tu, Hakim siap pegang tangan Aina lagi.

Seronok pulak bile jumpa balik kawan-kawan masa belajar dulu. Masing-masing dah ada anak. Dulu bincang pasal pelajaran, sekarang bincang pasal anak pulak...hehe..

wassalam^^

Tuesday 24 April 2012

My Blogshop > Anggun Solehah Shop

Assalamualaikum...

Lama tak update. Sibuk ke..?? Tak de la sibuk sangat. Perasan tak kat sidebar tu ada link blogshop tu. Beberapa hari ni dok sibuk menyiapkan blog baru, blogshop tau.

Kenapa tetiba je nak buat blogshop pulak ni?? Sebelum ni asyik shopping online je kat blog orang. Jadi terpikir la nak berbisnes jugak. Dah lama jugak terpikir nak buat bisnes. Tapi tak tau nak jual ape. Jadi baru sekarang datang idea dan ada peluang nak berbisnes.

InsyaAllah dapat la menambah pendapatan sikit-sikit, sebab aku ni memang duduk rumah je, tak kerja pun. Bisness online dari rumah je, senang sikit nak jaga anak kan.

Jom la ramai-ramai singgah di Anggun Solehah Shop (best tak nama ni??hehe). Dah singgah tu shopping la banyak-banyak ye^^

Sayang korang semua..^^


wassalam^^

Saturday 21 April 2012

Blogger has a new look!! ^ Puyuh masak ungkep

Assalamualaikum...

Hari ni macam malas nak post entry. Tadi ingat nak blokwalking je. Bukak dashboard tengok dah lain dah. Aku ke yang ketinggalan? Atau aku ada tersalah tekan? Entah la..bukak-bukak je terus dah lain. Post editor pun dah lain tau. Pening sekejap, ni pun tak abis pening lagi..huk..huk..new look lah katakan..

Tadi kawan yang aku ada cerita kat entry ni dan ni, datang lagi. Kali ni diorang beli telur ayam kampung, telur masin, puyuh, dan itik. Masa diorang datang dulu aku ada masakkan puyuh masak ungkep. Haa..tau tak masak ungkep tu camane? Kalau orang Jawa tu tau la. Ni memang masakan jawa. Namanya duduk Johor kan.

Aku pun bukan pandai sangat masak ungkep ni. Masa tu first time aku masak ungkep ni sebab diorang nak datang. Biasanya makan je yang mak mertua masak. Sedap pulak tu diorang cakap (ayat masuk bakul angkat sendiri). Biasa orang masak ungkep ni guna ayam kampung, ayam pencen atau puyuh pencen/tua. Bahan-bahannya lebih kurang macam masak rendang, tapi tak de santan.

Kawan aku ni nak mintak resepi, tapi tadi tak sempat nak tulis, so sebelum masuk kereta tadi sempat la dia pesan masukkan resepinya kat blog, nanti boleh dia baca. Aku pun tak sangka pulak dia ada baca blog aku selama ni. Segan lah pulak bile kawan yang memang kenal baca blog sendiri. Kalau tak kan yang baca blog ni kawan di alam maya je. Ok la jom tengok resepi masak ungkep ni..

pic. from google ye..

Aku tak detailkan kuantitinya, just bahan-bahan dan cara masak je..pandai-pandai lah agak-agak kuantitinya ya..hehe^^

  1. Bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, kunyit, jintan kasar, jintan halus, ketumbar, cili padi, di blend sekali.
  2. Tumis bahan-bahan yang di blend tadi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan puyuh/ayam
  4. Masukkan sedikit air untuk puyuh/ayam tu empuk
  5. Masukkan gula melaka dan asam keping.
  6. Garam secukup rasa.
  7. Biarkan dengan api perlahan, kacau sekali-sekali sampai puyuh/ayam empuk.
Selamat mencuba dan memasak ye..


wassalam^^




Friday 20 April 2012

Habbatus Sauda’ ~ Nigella sativa

Assalamualaikum…

Ramai jugak yang bagi nasihat dan pendapat yang berguna kat entry ni. Terutamanya ibu-ibu yang dah berpengalaman. Terima kasih semua. Aku bukan nak berfikiran negatif. Tapi memang kadang-kadang dapat rasa susu macam kurang. Dah tak tau nak usaha camane lagi.


Banyak info dah tentang breastfeeding aku baca antaranya kat sini dan sini. Yang penting perlu berfikiran positif. Sedih dan kesian bila tengok muka Hakim. Ya Allah..tolonglah hambaMu ini..mudahkan lah untukku menyusukan Hakim.


Aku dah try makan Habbatus Sauda’. Baru seminggu. Beli yang jenama Tok Guru, jenis kapsul, 100% Habbatus Sauda’ yang di grind dan dimasukkan dalam kapsul. Tak boleh nak cakap lagi lah ada perubahan ke tak.



Kakak aku ada belikan Habbatus Sauda’ jenama Habasyi. Belum try lagi, habiskan dulu yang first tu. Aku ada baca jugak Habbatus Sauda’ ni boleh menambah susu ibu.




`Makanlah Habbatussauda’ kerana didalamnya terdapat ubat segala penyakit kecuali mati’
(HR. Bukhari, Muslim)


InsyaAllah…Allah yang menentukan segalanya, kita hanya boleh berusaha dan tawakal.



~wassalam~

Thursday 19 April 2012

Dah sihat dari batuk yang teruk

Assalamualaikum…

Alhamdulillah..semakin sihat..dah tak batuk lagi dah, cuma kadang-kadang ada jugak batuk sikit-sikit, tapi sangat jarang dah sekarang, sebelum ni memang sangat teruk. Kalau yang baca entry ni tau la kan. Sebelum ni dah tiga kali pergi ke klinik yang sama dan tiga jenis ubat dah doktor tu bagi. Tetap tak baik jugak.

Jadi hari selasa minggu lepas aku pergi klinik lain, Poliklinik Norhayati.  Doktor tu terkejut la bila aku cakap dah batuk sejak awal bulan februari. Dia bagi 3 jenis ubat, ubat batuk biji, ubat tekak merah, dan antibiotik. Dan doktor tu buat surat suruh aku pergi klinik kesihatan kerajaan untuk buat test kahak dan darah. Suspek tibi??takut je dengar.

So hari rabu cuti kan, hari khamis kebetulan check up Hakim 4 bulan, aku pun check la sekali, bagi surat tu. Encik MA (medical assistant) tu pun terkejut sebab dah 2 bulan lebih batuk baru nak datang KK. Dia suruh aku g makmal untuk buat test kahak. Pergi makmal, akak tu cakap kena bagi sampel kahak time tu jugak, untuk sampel pertama, esoknya kena datang lagi untuk sampel kedua dan ketiga.

Aku pun g toilet, tapi memang tak boleh nak keluar kahak sebab batuk aku memang ada kahak tapi sikit je dan kadang-kadang je kahaknya ada. Eee…geli pulak korang baca pasal kahak-kahak ni kan. Jadi akak tu cakap start jumaat je sample pertama, isnin dan selasa sample kedua dan ketiga.

Tapi sampai hari ni aku belum hantar sample pertama pun lagi. Sebab tak de. Sejak makan ubat dari Poliklinik Norhayati tu memang ada perubahan. Baru makan sehari dah kurang batuknya. Dah sekarang tak tau nak cakap apa kat KK tu, sampai hari ni belum pergi KK tu lagi.

Harap-harap kali ni memang betul-betul baik dari batuk tu. Jangan la datang lagi wahai batuk yang teruk…hehe..^^


tengah tidur pun nak golek lagi dan masih tidur dalam keadaan meniarap ni..^^

~wassalam~

Tuesday 17 April 2012

Hujung minggu di Melaka & Johor Premium Outlets

Assalamualaikum...

Sabtu dan ahad lepas puas berjalan melepaskan kebosanan. Biasa hari ahad je dapat berjalan pun. Sebab hari sabtu encik apis memang kerja. Tapi sabtu lepas sebab ada jemputan majlis perkahwinan kawan aku di Melaka, jadi kerja separuh hari. Tengahari sabtu bertolak ke Melaka. Tapi dah pukul 2 petang pun masa bertolak tu.

baru gerak dah terlentok budak ni..
Jadi 4.30 petang baru sampai di rumah pengantin. Memang dah tak de orang la, tinggal sedara-mara dan jiran terdekat je. Pasangan pengantin pulak dah keluar untuk outdoor photography. Kawan aku ni kira ex-officemate la masa kerja kat Putrajaya dulu. Kakak dia dua orang pun memang dah kenal sebab duk satu rumah sewa kat Putrajaya dulu. Jadi sementara tunggu pengantin balik, aku borak-borak la dengan kakak-kakak pengantin. Lama jugak duduk situ, dah pukul 7 malam baru pengantin balik. Bergambar dan borak-borak kejap, then bergerak balik johor pukul 8 malam. Sangat kecewa sebab tak dapat jumpe kawan-kawan lain yang datang sebab sampai lambat kan.

pengantin dah nak bukak baju sempat lagi bergambar..
Ahad pulak, kakak aku yang duk kuantan tu datang Johor. Dia pun pergi jemputan kawen jugak di Muar. Kebetulan dah kat johor, dia dan kawan dia nak pergi ke Johor Premium Outlets kat Kulai. Memang dekat sangat la dengan tempat tinggal aku. Jadi kitorang pun join la pergi JPO pagi ahad tu dalam pukul 11 pagi.


JPO ni tempat shopping barang-barang branded dan of course la mahal-mahal barang-barang nya. Macam-macam jenama ada kat sini. Kawasan dia cantik, tapi kalau tengah panas tu boleh basah baju dibuatnya, sebab dia bukan macam shopping complex tu, dalam kedai je ada aircond, kat luar terbuka je. Kitorang ni macam la kaya-raya sangat nak shopping kat sini kan. Harga ada sampai beribu-riban. Window shopping je lah ye..hehe..

masuk cuci mata je..
Sebelum balik sempat beli aiskrim Baskin Robbin dan juga coklat di outlet Fidani. Tu pun adik ipar yang suka makan aiskrim dan coklat tu. Dah dekat 2 petang masa balik tu, perut pun dah lapar. Jadi terus pergi makan di Rasamas. Jauh sikit sebenarnya nak pergi Rasamas ni, kat Jusco Taman U, tapi sebab kat situ je yang ada, dan memang nak sangat makan Rasamas, so pergi je la kan.

hakim dah kepenatan ni..
wassalam^^

Thursday 12 April 2012

Perlukah supplement?? Ibu-ibu tolong lah saya...

Assalamualaikum...

Semalam Hakim cukup 4 bulan. Jadi pagi tadi pergi klinik for check up. Kali ni tak kena cucuk. Tapi sangat sedih bila timbang tadi, berat Hakim naik 100 gram je. Terlalu sikit kan naiknya tu. Dari 4.9 kg masa 3 bulan, sekarang baru 5.06 kg je. Sepatutnya baby paling kurang pun 500 gram naik dalam masa sebulan.

Masa 3 bulan dulu pun dia naik 300 gram je. Masa tu dah risau jugak. Dah cuba makan banyak-banyak, minum susu pun kadang 3-4 gelas sehari. Tapi masih tak berjaya. Tadi misi tu cakap graf dah kena kat area colour kuning. Misi pesan ibunya kena makan banyak-banyak dan berkhasiat, baru susunya ada zat.

Hrmmm..dah tak tau nak makan banyak camane lagi dah. Lepas ni kena tambah lagi la makan banyak, yang penting sayur dan lauknya. Susu Anmum pun dah minum. Selain tu selalu jugak minum horlick dan oat. Tapi kenapa Hakim tak besar-besar?

panasnya matahari, kena tutup kepala..^^

Bila dah jadi macam ni, semua orang keliling suruh bagi susu formula. Aku seboleh-bolehnya tak nak bagi Hakim susu formula, seperti yang aku tulis kat sini dan sini. Sedihnya..Ya Allah tolonglah hambaMu ini..hanya padaMu tempat memohon pertolongan...

Perlu ke supplement? Aku ada makan supplement multivitamin Appeton. Tapi bukan khusus untuk tambah susu badan. Ada jugak jumpa kat beberapa blog tentang supplement untuk menambah susu badan. Contohnya kat blog ni, produk Shaklee. Tapi macam mahal je produk ni. So belum pikir nak amek lagi. Kakak aku pulak ada cadangkan makan habbatus sauda. Kawan dia yang makan habbatus sauda, dan susu dia banyak la jugak sebab dia bekerja dan perlu pam susu untuk anak. Dia dah belikan untuk aku dan kebetulan nak datang Johor hujung minggu ni.

Jadi nak tanya la ibu-ibu lain yang lebih berpengalaman, camane nak selesaikan masalah ni?? Tolong lah ye...sangat perlukan pertolongan mereka yang lebih berpengalaman..

wassalam^^

Tuesday 10 April 2012

golek-golek sampai tergolek

Assalamualaikum...

Hakim cukup 4 bulan esok. Sejak akhir-akhir ni dia dah pandai dan selalu nak meniarap. Pantang dibaringkan atas tilam, mesti dia nak pusingkan badan dia ke kiri atau ke kanan. Tapi dia belum betul-betul dapat meniarap lagi.


Tengok la tangan kiri dia tu tersepit bawah badan dia, tangan kanan ok je. Jadi dia memang perlukan pertolongan untuk mengeluarkan tangan dia tu. Masa ni aku tengokkan je dia buat sendiri. Lama jugak dia meniarap dengan tangan tersepit tu.


Last-last dia tergolek kebelakang balik..hehe..kesian Hakim, belum berjaya. Tak pe usaha tangga kejayaan ye Hakim...^^

Biasanya orang lain akan tolong keluarkan tangan dia. Bila dah meniarap betul-betul, sengih-sengih la dia. Bila kita angkat dan baringkan dia mula nak nangis pulak. Seronok sangat agaknya dapat duk meniarap tu.

Kadang-kadang dia akan tergolek kebelakang, maksudnya ke kedudukan asal dia. Tapi kadang-kadang dia bolek tergolek ke sebelah sana, maksudnya cuba korang tengok gambar pertama tu, dia pernah tergolek ke sebelah kanan tu, maknanya jatuh dari tilam la kan. Masa tu dia nangis sebab kepala cam terhantuk sikit atas lantai mozek.

Jadinya sabagai langkah keselamatan, aku dan encik apis telah bergotong-royong pada Ahad lepas untuk mengemas bilik. Lagipun aku kan batuk, jadi nak bersihkan habuk-habuk dalam bilik ni yang mungkin menjadi penyebab batuk ni.

Encik apis dah bukak katil kat bilik tu, tilamnya dah letak atas lantai. Disebabkan bawah katil banyak barang, iaitu hadiah perkahwinan kitorang dulu, jadi banyak la kerja yang perlu dibuat. Alihkan dulu barang-barang tu, susun tempat lain. Banyak betul habuk bawah katil tu. Habuk kat kipas siling pun dibersihkan. Baru rasa bersih dan segar bilik tu. Tapi sampai hari ni batuk aku belum menunjukkan tanda-tanda nak baik -.- sedihnya..

wassalam^^

Friday 6 April 2012

Dah tak tahan dengan batuk ni..-.-

Assalamualaikum...

Sangat terseksa rasanya selama ni dengan batuk ni. Dah lama jugak aku batuk camni. Dari hujung bulan Januari lagi, sampai sekarang. Batuknya bukan macam batuk biasa tu. Bila nak batuk tu rasa cam ada sesuatu kat tekak ni, pastu terus batuk bertalu-talu sampai dapat lepaskan rasa 'sesuatu' kat tekak tu. Mula-mula batuk tu kering, lama-lama macam ada kahak jugak sikit. Dah pergi klinik. Mula-mula doktor bagi ubat batuk yang warna hitam tu. Tak baik lagi, pergi klinik yang sama. Doktor bagi ubat batuk Iridin dan antibiotik.

 sedap ubat batuk ni rasa blackcurrant

Dah abis ubat dan antibiotik tu, rasa dah baik, dah tak batuk lagi. Tapi kejap je kot. Tak lama batuk lagi. Aku pun pergi mintak ubat yang sama je kat klinik tu, tak jumpa doktor pun. Tapi bila dah abis ubat tu, masih batuk lagi, terpaksa la pergi klinik tu lagi, jumpa doktor. Doktor pun dah tak tau nak bagi ubat apa. Dia cakap takut nak kena lelah. Dia bagi ubat semput/lega dada yang warna putih jernih tu.

sangat tak sedap ubat ni
Ubat ni baru makan 3 kali. Batuknya macam makin teruk je. Biar betul doktor ni...huahaaa..dah tak tahan ni. Bila batuk je sangat seksa, kadang-kadang sampai nak muntah, ada la jugak 2-3 kali muntah. Entah batuk jenis apakah ini..korang pernah rasa tak??

tengah batuk ni..sambil habiskan menaip entry -.-

wassalam-.-

Thursday 5 April 2012

Kes rompakan rumah Mawi

Assalamualaikum...

Kes rompakan rumah Mawi??dah lama pun kejadian ni, mesti semua pun tau kan. Aku bukan nak cerita sangat pasal kes rompakan rumah Mawi ni, tapi kejadian yang berlaku kat rumah Mawi tu sangat sama dengan dua kejadian rompakan di kawasan tempat tinggal aku ni.

rumah Mawi di Bangi
Pertama, kejadian berlaku antara jam 4 - 4.30 pagi. Kedua, Ahad malam Isnin (awal pagi Isnin). Ketiga, warga Indonesia. Keempat, bertopeng/menutup muka. Kelima, bersenjatakan parang. Keenam, penghuni rumah semuanya diikat dan dikumpul dalam satu bilik.

Semuanya memang sama. Tapi tak pasti la adakah penjenayahnya orang sama atau tidak. Jauh sangat la Bandar Tenggara (Johor) ni dengan rumah Mawi kat Bangi tu.

Dua kejadian yang berlaku di rumah berhampiran tempat tinggal aku ni, berlaku sebelum kejadian di rumah Mawi tu. Dua minggu berturut-turut. Selepas tu dah tak de dengar rumah kena masuk perompak lagi. Agaknya lepas tu perompak tu pergi ke Bangi ke??hehheh..memandai je aku ni kan..

Tapi hari Isnin baru ni (Isnin lagi ye), antara jam 8 - 8.30 pagi ada seorang yang disyaki warga Indonesia, cuba mengumpil pintu sebuah rumah di kawasan ni. Tapi tak sempat sebab ada jiran yang nampak. Orang tu pulak sempat melarikan diri.

Semua kejadian ni membuatkan aku takut je. Kejadian last tu, waktu camtu rumah aku ni memang dah tak de orang. Semua pergi kerja termasuk mak mertua yang bukak kedai pada 8.30 pagi. Tinggal aku dan Hakim je. Bila ahad malam isnin pulak encik apis mula la ingatkan pasal rompakan tu, mula la tak lena tidur.

Tak dapat bayangkan kalau ada orang pecah masuk rumah ni.Mintak la dijauhkan...

wassalam^^

Wednesday 4 April 2012

My birthday??

Assalamualaikum...

Semalam, 3 April, adalah birthday aku ke 27. Dah tua ke??hehe..muda lagi kan..Semalam tak sempat pun nak buat entry birthday. Lagipun cam tak berapa pikir pasal birthday pun. Encik apis wish birthday dan cakap hadiah lambat sikit coz sekarang busy sikit. Ada ke patut??

Lelaki dah kawen camtu la. Masa bercinta bukan main lagi sambut birthday kita. Dah kawen je busy la konon. Hehe..sebenarnya aku tak kesah pun..memang dia tengah busy pun sekarang.

Petang balik kerja dia cakap nak pergi beli kek. Tapi aku cakap tak yah la. Malas nak makan kek. Boleh ke malas??hehheh..Aku cakap nak makan Pizza hut la, dah lama tak makan. So malam tadi aku, encik apis, Hakim, adik ipar sorang dan kawan dia yang juga jiran kami, pergi makan Pizza hut.



Makan set yang 3D tu, ape entah namanya, dia cakap all about chicken la. Siape yang suka ayam tu boleh la makan set ni. Bagi aku tak berapa sedap pun..tapi boleh la kan..

wassalam^^

Tuesday 3 April 2012

Toys for 3 month baby

Assalamualaikum...

Seperti yang telah diceritakan di entry ni, petang ahad lepas kami telah pergi ke majlis aqiqah dan potong jambul nur aisyah aqilah, baby kepada kawan aku dan encik apis, di johor bahru.

on the way, Hakim dah tak sabar nak jumpe gf dia^^

Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah dengan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Jom tengok gambar baby aisyah selepas majlis.

comel je dengan gaun pink dan semua serba pink

Ni pulak gambar baby boy tersalah masuk katil baby girl..tak malu betul kan..

Hakim tumpang katil jap ye..^^
Lama jugak duduk kat rumah diorang, orang lain semua dah balik, kitorang sambung berborak pulak. Jam dah hampir 6 petang baru kami balik. Tapi tak terus balik bandar tenggara, alang-alang dah dekat ni, singgah dulu la di Jusco Tebrau City. Jusco ni besar sangat tau, tak abis jalan pun, betul-betul masuk pun dua kedai je. Mesti la kedai barang baby kan, hehe. Beli mainan untuk Hakim.

belum dapat pasang kat katil lagi

teether
Musical mobile tu kena pasang kat katil baby. Masalahnya encik apis masih belum ada masa nak pasang katil baby untuk Hakim. Awal-awal dulu rasa tak perlu pakai katil baby, tapi dah beli mainan ni kena lah pasang jugak kan. Teether tu pulak untuk Hakim gigit-gigit. Bagi dia pegang terus dia nak masukkan ke mulut, tapi bukan gigit, dia nyonyot..hehe^^


wassalam^^

Sunday 1 April 2012

Hakim dah bersanding??

Assalamualaikum...

Semalam kawan masa belajar di UiTM dulu datang rumah. Diorang suami isteri memang sekelas la ngan aku dan encik apis masa belajar dulu. Diorang datang bersama baby gurl yang baru berusia 46 hari. Comel sangat baby nur aisyah aqilah ni.


Tengok la tu, Hakim bersama aweknya..hehe..Mak mertua aku cakap 'kecik-kecik dah disandingkan..' Sebenarnya diorang datang sebab nak beli kambing untuk aqiqah baby aisyah ni. Jadi semalam encik apis bawa lah papa aisyah ni masuk kebun, pilih kambing, then sembelih dan lapah terus. Majlisnya hari ni, jam 3 petang, di kediaman keluarga papa aisyah di Johor bahru. Jadi aku, encik apis dan Hakim akan pergi ke majlis aqiqah aisyah petang ni..^^


~wassalam~

Online shopping~Nursing wear

Assalamualaikum..

Semalam dapat bungkusan, nursing wear, 2 pasang. Shopping online je sekarang ni, nak cari kat luar tak de kesempatan. Lagipun susah nak cari kedai jual nursing wear ni. So, order online je la. Sebelum ni dah ada satu nursing blouse, beli dari aqeela muslimah. Kali ni beli lagi dua, satu blouse dan satu lagi t-shirt, dari autumnz. Puas hati jugak la shopping online ni kan. Bajunya pun selesa, kain cotton, tak la panas.


Nursing wear tu maksudnya pakaian menyusu, kalau ibu-ibu tu tau la kan. Pakai baju nursing ni senang bila keluar pergi mana-mana. Bila si kecik tu nak nenen je tak payah susah-susah nak cari tempat sesuai untuk susukan dia, just selak lapisan depan baju nursing tu, dalamnya dah siap terbuka.

Recycle gambar entry sebelum ni.

Nampak tak gambar kat atas tu? Tu aku pakai nursing blouse la, senang je nak susukan Hakim kat mana-mana..hehe..^^


~wassalam~