Showing posts with label tazkirah/muhasabah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah/muhasabah. Show all posts

Friday, 2 March 2012

takjubnya..kuasa Allah s.w.t

Assalamualaikum...

'takjubnya..', camtu la comment seorang kawan aku bile tengok gambar kat bawah ni, yang aku upload dalam album akaun facebook aku. Ada seorang lagi kawan comment 'boleh ke scan nampak camni?'. Teknologi sekarang ni macam-macam, ada 3D la, 4D la. Aku pun kebetulan kot dapat scan 4D ni, sebab kat kerajaan tak de, kat swasta je ada. Sebenarnya aku nak bersalin kat hospital kerajaan je, yela mane la mampu nak bersalin hospital swasta, kan mahal. Tapi abah mertua aku beria-ria suruh bersalin kat hospital swasta, dia nak sponsor, hrmm..rezeki la kan dapat bersalin kat hospital pakar swasta. Dapat la scan 4D ni..


Lepas dah selamat bersalin baru aku upload gambar ni, yela kita tak tau ape yang mungkin terjadi. Hanya Allah yang mengetahui dan menentukan segalanya. Hrmm..nak cerita pasal gambar Hakim masa dalam perut ni, masa doktor nak scan, dia tutup muka dia dengan tangan, doktor cakap 'sayang, tepi sikit tangan tu', dia pun alih sikit tangan, pastu doktor cakap 'pandai..', dia senyum. Memang dapat tengok betul-betul la masa tu, aku dan encik apis, seronok sangat.

Tu la kuasa Allah s.w.t yang Maha Pencipta. Lahirnya setiap manusia itu dari rahim seorang ibu. Tiada kuasa yang setanding kuasa Allah s.w.t. Tiada penciptaan yang lebih indah dan sempurna melainkan penciptaan dari Allah s.w.t. Secanggih mane pun teknologi sekarang tidak akan dapat menandingi kuasa Allah s.w.t. Dapat tengok gambar dia sihat, sempurna camni pun belum tentu lagi dia lahir nanti camane keadaannye, selamat ke tidak. Allah yang menentukan. Kalau Allah nak menguji kita dengan sesuatu yang tak elok, mungkin ada hikmah disebaliknya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, semuanya dari Allah s.w.t.

Renungan dan muhasabah di hari Jumaat...>__<

~wassalam~

Friday, 2 December 2011

Basahkan lidah dengan zikir atau lagu...?

Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang tenang dan sejuk...suasana hujan renyai2 dari pagi tadi sampai sekarang. Alhamdulillah, hujan itu rahmat kan. Menyuburkan tanaman2 di muka bumi ni.

Ok la, lama tak buat entry baru. Hari ni nak kongsi sikit tentang zikir. Terfikir pulak kalau kita dengar lagu kat radio tu, cepat je mulut kita boleh ikut lirik lagu tu kan. Lagu dah habis pun mulut masih terbawa-bawa menyayikan lagu tu. Sambil drive ke, sambil buat kerja kat office, kat rumah, kat mane-mane la. Kadang2 tanpa radio atau lagu kat PC, laptop atau handset pun kita boleh je menyanyi-nyanyi sendiri, macam2 la lagu yang menjadi kegemaran waktu tu kan.

Tapi kenapa kita susah sangat nak biasekan diri membasahkan lidah dengan zikir..? Antara zikir dan lagu, kenapa lagu-lagu tu jugak yang menjadi pilihan. Zikir sebenarnya bukan je dapat memberi ketenangan, tapi banyak lagi kelebihannya. Kat sini aku nak kongsi dari apa yang aku baca tentang berzikir, dari majalah Solusi Isu No.36:

[google image]
Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, Baginda Nabi s.a.w. berlalu melintasi Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim bertanya: "Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?" Jibrail menjawab: "Ini Muhammad." Nabi Ibrahim lalu berkata: "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas." Nabi s.a.w. bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?" Nabi Ibrahim menjawab: "Ucapkan kalimat 'la hawla wa la quwwata illa billah'." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban.

Al-Tirmizi dan al-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca 'Subhanallah al-azim wa bihamdih', maka akan ditanam baginya pokok kurma di syurga.

Riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca: 'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar', akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga."

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah: "Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran."

Hidup kita kat dunia ni kan sementara je. Kehidupan akhirat itu yang kekal. Jadi pilih la antara zikir dan lagu. Jom kita sama-sama membina rumah dengan pohon-pohon untuk kita diami di syurga nanti. Allah menjanjikan syurga buat hambanya yang mentaati perintah Allah, memperbanyak amalan soleh, dan meringankan lidah dengan berzikir.


~Wassalam~

Friday, 4 November 2011

Demi Masa!

Assalamualaikum...

Demi masa! Allah bersumpah dengan perkataan masa dalam surah Al-Ashr. Menunjukkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita seharian.

(1) Demi masa.
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
(3) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Surah Al-Ashr, 1-3)

Adakah kita tergolong dalam manusia yang berada dalam kerugian? Cuba kita hayati dan renungkan makna surah tersebut. Dalam kehidupan kita seharian mana satu urusan yang lebih kita utamakan? Urusan duniawi atau urusan mentaati perintah Allah?

Dalam sehari, 24 jam kita ada, tapi berapa saat atau minit yang kita gunakan untuk bertemu Allah? Kalau kita bertemu Allah dalam 5 waktu solat sehari, dan setiap waktu solat kita habiskan 5-10 minit, kita hanya bertemu dan dekat dengan Allah selama 25-50 minit SAHAJA sehari. 25-50 minit daripada 1440 minit yang kita ada dalam sehari. Masa yang selebihnya kita habiskan dengan macam-macam urusan duniawi termasuk lah mengadap laptop, berblogwalking, post entry dan sebagainya kan...

Dalam kehidupan seharian, kita sibuk dengan pelbagai urusan contohnya tutuntan kerja di pejabat, tanggungjawab sebagai pelajar, tugas suri rumah seperti mengemas rumah, memasak, dan sebagainya. Tapi tu semua bukan alasan untuk hanya menggunakan sedikit masa untuk beribadat kepada Allah. Kenapa perlu kedekut masa untuk Allah? Kenapa kita boleh lebihkan masa untuk urusan-urusan lain, tapi bila solat je kita seboleh-boleh nak pendekkan masanya. Al-Fatihah baca laju-laju, surah lazim baca yang paling pendek je, lepas salam, doa ala kadar terus lipat sejadah, kembali pada urusan dunia.

[google image]
Cuba kita lebihkan sedikit masa untuk bertemu Allah tu. Hayati bacaan al-Fatihah, baca surah yang panjang sikit, sujud lama sikit, lepas salam sambung dengan wirid dan zikir, sambung lagi dengan membaca al-Qur'an paling sedikit pun satu muka. Hrmmm..boleh tak kita buat camtu? Paling kurang pun buat dalam salah satu waktu solat je. Contohnya waktu solat Subuh atau waktu solat Maghrib sementara menunggu waktu Isyak. Kita boleh cuba sikit-sikit dan seterusnya istiqamah mengamalkannya. Kalau kita boleh istiqamah dalam 'mengepost' entry, kenapa perlu alasan untuk istiqamah dalam mengerjakan amal ibadat dan bertemuNya. Tak susah kan...^^

Semoga kita semua tak termasuk dalam golongan manusia yang berada dalam kerugian. Sama-sama kita hayati dan amalkan..>__<

~Wassalam~

Tuesday, 25 October 2011

Berilmu tetapi tidak mengamalkannya..??

Assalamualaikum...

Perkara paling susah dilakukan oleh orang yang ada ilmu ialah untuk mengamalkan ilmu tu. Siapa orang yang berilmu..?? Mesti la kita semua ada ilmu kan. Semua orang ada ilmu tak kira sikit atau banyak. Kita semua sekolah dari tadika, sekolah rendah, menengah, masuk universiti, kolej, dan sebagainya. Ilmu dalam kehidupan seharian contohnya kat rumah, mak ayah pun ada ajar dan turunkan ilmu sedikit-sebanyak tentang kehidupan kan. Jadi kita semua ni berilmu dan perlu untuk kita mengamalkan ilmu tu.

Tapi kenapa ramai yang susah untuk mengamalkan apa yang dia belajar, apa yang dia tahu..? Contoh paling mudah la, kita dah diajar di rumah dan di sekolah mungkin dari tadika lagi supaya membuang sampah ke dalam tong sampah atau bakul sampah atau plastik sampah atau tempat yang memang dikhaskan untuk membuang sampah. Susah ke nak amalkan..? Kenapa masih ada yang buang sampah merata-rata..? Ada pulak yang buang sampah di tempat yang tak sepatutnya cam peti surat, pasu bunga dan longkang.


 











Sia-sia la dari tadika atau sekolah rendah dah diajar gambar tong sampah tu camane, belajar bahasa inggeris ada perkataan dustbin kan siap ngan gambar lagi. Haa..mase tu boleh je faham buang sampah dalam tong sampah, yela mase kecik-kecik dulu kan, kat sekolah, cikgu ajar camtu dan arahkan camtu, ikut je la. Tapi bile dah besar dah lupe agaknya apa yang dipelajari. Hrmmm..tak tahu la kenapa kan....

Tu baru salah satu contoh, banyak lagi la kita boleh tengok kat sekeliling kita. Sebenarnya kita dah belajar, dah berilmu, dah tahu, tapi masih tak nak amalkan secara betul. Sia-sia je la ilmu yang kita ada tu kan. Berilmu bukan saja perlu dikongsikan tapi yang penting mengamalkannya.

Ok la, sama-sama kita mengamalkan ilmu pengetahuan yang kita ada k...>__<

~Wassalam~

Friday, 21 October 2011

Jadilah Seindah Hiasan

Assalamualaikum...

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Biasa kan dengan ayat ni. Wanita dicipta oleh Allah s.w.t. bermula dari penciptaan Hawa, yang dicipta dari tulang rusuk Adam a.s., sebagai peneman dan penghibur untuk Adam a.s. yang keseorangan.

Wanita, perempuan, gadis, memang dicipta dengan ciri-ciri tersendiri seperti lemah lembut, penyayang, dan sebagainya. Wanita ada daya tarikan tertentu yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Sebab tu la wanita dikatakan hiasan dunia. Tapi nak ke kita jadi hiasan yang murahan je kat dunia ni. Hiasan yang tak de harga, free je, tak pun jual murah-murah je. Mesti la tak nak kan...
 
google image
 Kita kan boleh buat pilihan sendiri. Jadi pilihlah untuk jadi seindah hiasan. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Jadilah hiasan yang ada harga, harga mahal-mahal, bukan maksudnya harga pada nilai wang ringgit, tapi harga pada pandangan orang sekeliling dan terutamanya pada pandangan Allah s.w.t.

Kenapa nak pilih untuk jadi hiasan yang biasa-biasa je..? Tak susah pun, jadi wanita solehah, dah dapat jadi hiasan yang paling indah di dunia sementara ni...susah ke..? Buat la pilihan sementara masih berkesempatan....^__^

~Wassalam~

Sunday, 16 October 2011

Besederhana, jangan membazir

Assalamualaikum...

Sebagai seorang muslim kita digalakkan supaya hidup besederhana dan tidak berlebih-lebih sehingga membazir. Jom baca kisah dari sebuah hadis ni:

Sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Anas r.ha menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pada suatu hari telah keluar berjalan bersama seorang sahabat (Anas), tiba-tiba Baginda terpandang sebuah rumah yang di atasnya terbina sebuah kubah. Lalu Baginda bertanya: "Rumah siapakah itu?" Sahabat memberitahu bahawa rumah itu kepunyaan si fulan daripada kaum Ansar, Baginda diam tidak berkata apa-apa tetapi memendam hal tersebut dalam dirinya.

Kemudian pada suatu ketika sahabat daripada kaum Ansar (tuan punya rumah tersebut) bersua dengan Rasulullah SAW lalu memberi salam kepada Baginda. Tetapi Baginda berpaling muka dengan wajah yang masam. Peristiwa itu amat mendukacitakan sahabat Ansar berkenaan, sehingga suatu waktu beliau menceritakan kesedihan berikutan peristiwa pahit itu kepada Anas r.ha.

Maka Anas menceritakan bahawa beliau pernah berjalan dengan Rasulullah SAW dan terpandang kubah yang dibina di rumah sahabat itu, lalu Baginda bertanya rumah siapakah itu? Setelah mendengar penjelasan daripada Anas, maka fahamlah beliau bahawa baginda tidak suka di kalangan sahabat-sahabatnya yang membuat kerja membazir seperti pembinaan kubah itu. Ini kerana kubah hanyalah perhiasan bukanlah keperluan. Sahabat Ansar itu segera pulang ke rumah mengambil tukul besi, lalu memecahkan kubah yang dibina itu sehingga tidak kelihatan lagi.

Selepas kejadian itu, Rasulullah SAW bersabda dihadapan para sahabat, "Ingatlah! bahawa setiap binaan yang kamu dirikan itu akan menjadi bala kepada kamu kecuali binaan rumah yang menjadi keperluan (La budda)." Kubah yang dibina oleh sahabat Ansar itu adalah suatu contoh pembaziran yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Rasulullah berpaling daripada muka sahabat berkenaan sebagai tazkirah dan amaran agar setiap orang yang mengaku dirinya beriman tidak melakukan hal-hal yang tergolong dalam pembaziran.

Seperti firman Allah SWT: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan adalah syaitan itu kufur terhadap Tuhannya." (Al-Israk:26-27).

Sumber: Majalah Anis - artikel 'Angkara Sebuah Kubah' oleh Ummu Humaira


Peringatan buat diri sendiri dan semua sahabat supaya hidup besederhana dan tidak membazir.

~Wassalam~

Saturday, 8 October 2011

Mendidik generasi mukmin cemerlang dari dalam rahim ibu

Assalamualaikum...

Aku pernah terbaca dalam facebook, tentang macam mane orang Yahudi boleh berjaya dan menguasai dunia sekarang ni. Diorang mula membentuk generasi diorang dari dalam rahim ibunya. Bila seorang ibu dari kaum tu hamil, ibu tu akan menjaga semua makan minum dan aktiviti sehariannya. Ibu tu akan makan makanan yang berkhasiat dan boleh merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan. Contohnya, diorang banyak makan kismis, kekacang, minyak ikan. Diorang akan makan ikan tanpa kepala sebab kepala ikan mengandungi banyak toksik. Selain tu, ibu tu akan banyak bermain piano, dan melakukan latihan matematik untuk merangsang otak bayi dalam kandungan. Kalau kita tengok sekarang ni, kebanyakan barang yang kita guna, pakai, makan, semuanya dikeluarkan oleh orang Yahudi. Barang-barang diorang menguasai pasaran dunia. Bila la agaknye kita dapat tengok barang keluaran umat islam sendiri yang digunakan diseluruh dunia..?hrmm..pikir lah sendiri kan....

Sebenarnya sebagai seorang islam kita ada cara kita sendiri mendidik anak menjadi seorang yang berjaya. Kalau betul caranya, kita akan dapat melahirkan generasi islam yang cemerlang. Bukan saja dengan ilmu agama, tapi dengan pengetahuan teknologi yang bemacam-macam sekarang ni. Semuanya bermula dari dalam rahim seorang ibu sehinggalah lahir dan dididik dalam sebuah keluarga, sebelum dia mengenali masyarakat sekeliling.

Mesti ada yang pelik kan, camane bayi dalam kandungan boleh dididik..? Sebenarnya, sejak usia kandungan 6 bulan lagi, otak bayi sedang bekembang dengan pesat. Masa ni lah ibu hamil digalakkan membaca surah Luqman untuk memperoleh anak yang bijak. Aktiviti ibu hamil juga banyak mempengaruhi bayi dalam kandungan. Kalau nak anak bijak dalam matematik, buat lah latihan matematik. Banyakkan membaca bahan-bahan yang berfaedah.

Bila usia kandungan 7 bulan, deria pertama yang mula berfungsi ialah pendengaran. Bayi masa ni dah boleh mendengar. Dah boleh kenal suara ibu dia, ayah, dan orang sekeliling. Semua bunyi disekeliling kita akan dapat didengar oleh bayi dalam kandungan mase tu. Kalau ibu tu dengar lagu, bayi tu pun dapat dengar. Jadi sebaik-baiknya kita dengarkan sesuatu yang baik-baik je untuk bayi. Contohnya bacaan ayat al-Qur'an. Kalau ibu tu selalu membaca al-Qur'an sepanjang kehamilan tu, bayi tu akan lebih terbiasa dengan suara ibunya dan bacaan ayat al-Qur'an. Cuba bayangkan kalau ibu tu selalu dengar muzik-muzik yang bising dan kuat, mesti bayi tu pun terbiasa dengan muzik-muzik camtu.


Dari segi pemakanan pulak, ibu hamil digalakkan makan makanan yang halal. Bukan la mase hamil je, sebagai umat islam kita kan mesti makan makanan yang halal. Makanan ni lah yang membentuk perkembangan bayi dalam kandungan. Selain makanan yang berkhasiat untuk pertumbuhan bayi, ibu hamil jugak digalakkan makan kismis, kurma, kekacang, yang boleh merangsang perkembangan otak bayi.

Firman Allah s.w.t:

"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan'. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam, ayat 23-25).

Amalan membaca al-Qur'an bukan je pada surah-surah tertentu, tapi baik diamalkan membaca keseluruhan al-Quran sepanjang kehamilan. Surah-surah yang digalakkan dibaca ketika hamil boleh dibaca lebih kerap. Surah Yusuf digalakkan dibaca sewaktu usia kandungan 16 minggu atau 4 bulan. Masa tu lah janin mula terbentuk, dan roh ditiupkan. Surah Luqman pulak dibaca sewaktu usia kandungan 24 minggu atau 6 bulan sebab mase ni otak bayi berkembang dengan pesat. Sewaktu usia kandungan 36 minggu pulak banyakkan membaca surah Maryam. Waktu ni bayi semakin matang dan bersedia untuk lahir. Membaca surah Maryam dapat menanamkan roh tauhid, memberi kekuatan pada ibu menghadapi saat melahirkan, dan semoga dimudahkan proses bersalin.

Semoga bayi yang dididik dengan bacaan al-Quran dari dalam rahim ni akan membesar menjadi seorang mukmin cemerlang. Mukmin yang bukan je berpegang teguh pada islam tapi pakar dalam pelbagai bidang. Tanggungjawab ibu bapa selepas bayi dilahirkan lebih berat lagi. Mampukah kita melahirkan generasi mukmin cemerlang dalam keadaan masyarakat islam sekarang? Masalah sosial remaja islam sekarang semakin teruk. Memang dapat dilihat kat mane-mane, dengan macam-macam kes rogol, pembuangan bayi, anak luar nikah, dan sebagainya. Jawapan untuk mengubah keadaan ni bermula dari kita sendiri, seterusnya institusi keluarga, masyarakat, dan kerajaan. Sama-sama kita laksanakan, insyaAllah...

Wallahualam....

~Wassalam~

Sumber: Bahan bacaan
Gambar: Google image

Thursday, 6 October 2011

~Damba Kasih~

Assalamualaikum...

semoga sihat semua...malam ni nak share lirik lagu nasyid ni, dah lame nasyid ni dari zaman study diploma dulu kot...jom hayati same2...^_^


Damba Kasih~In-team

Semakin jauh ku dari Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan yang Maha Pengasih
Siapalah diriku dipandanganMu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku dihadapanMu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Dikala dinihari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang Mu oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu Oh Tuhan
Kasih sayang Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmatMu
Ampunilah diriku


google image


















Firman Allah s.w.t:

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)


wassalam (^__^)

Saturday, 1 October 2011

Kisah dua orang sahabat~Iktibar dan pengajaran

Assalamualaikum...

Pernah tak korang bace or dengar kisah ni...

< Ada 2 orang sahabat, duk satu rumah. Dua-dua ni islam. Sorang ni aku bagi name Ahmad, memang alim, boleh dikatakan muslim sejati la, tak tinggal solat semua la...zikir tak pernah berhenti dari mulut...tasbih sentiasa di tangan. Lagi sorang pulak Ali, sangat berbeza. Tak pernah solat, perkara2 wajib sebagai muslim semua dia tak buat. Suka berfoya-foya, pergi kelab malam, minum arak, balik mabuk-mabuk. Ahmad ni ade jugak la tegur Ali, tapi tak diendahkan pun.

Satu ketika tu mase Ahmad tengah berzikir atas sejadah, tiba-tiba dia terpikir..'aku ni buat amal ibadat ni semua tapi aku tak mati-mati pun lagi. Keseronokan dunia aku tak pernah rasa lagi. Tak pernah rasa macam mane Ali rase. Dapat pergi kelab malam, berfoya-foya dengan ramai perempuan, minum arak...Aku pun muda lagi, baik aku cuba dulu rase keseronokan dunia ni, lepas tu kan aku boleh bertaubat balik..'

Pada mase yang same, Ali pun tetiba je terpikir..'sampai bila la aku nak buat perkara jahat ni..,entah-entah esok lusa aku mati tak sempat nak taubat camane..? Aku rase dah sampai masenye untuk aku bertaubat...baik aku jumpa Ahmad sekarang mintak dia ajarkan camane nak berubah..' Ali pun tergesa-gesa balik ke rumah malam tu dengan niat bersungguh-sungguh untuk bertaubat.

Di rumah pulak, Ahmad dah bersiap-siap untuk keluar menyertai Ali di kelab malam. Dalam keadaan tergesa-gesa Ahmad menuruni tangga rumah, pada mase yang same Ali berlari-lari menaiki tangga rumah. Kedua-duanya terlanggar sesama sendiri dan terjatuh dalam keadaan yang teruk sekali. Kedua-duanya ditakdirkan meninggal dunia kat situ jugak. Jadi mati la Ahmad dalam keadaan berpaling dari Allah, dan Ali pula mati dalam keadaan mengingati Allah. >

So, ape pendapat korang pasal kisah ni..? Cerita ni dah lame aku dengar, tak silap mase zaman sekolah menengah dulu...ade sorang ustaz tu cerita. Mase tu anggap cerita ni sekadar cerita la, untuk menggalakkan kita supaya sentiasa tetap dengan amalan kita sebagai seorang muslim. Tapi kisah ni sebenarnye memang realiti hidup. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Macam-macam perkara dapat kita tengok.

Contoh yang dapat kita tengok secara terangnye dalam dunia artis la kan. Ramai jugak yang dah berubah dari tak pakai tudung kepada pakai tudung, dan pakaian yang dah tak seksi. Tak tau la ape niat sebenar atas perubahan tu. Mintak2 memang niat ikhlas kerana Allah. Sebab ape yang dia buat tu memang wajib dia buat dari dulu lagi. Tapi ade pulak artis yang dari pakai tudung elok2, tetibe je dah bukak tudung pulak, ade yang terus bukak, ade yang pakai 'serkup' tutup rambut tapi nampak batang leher. Kenapa ek diorang buat camtu..? Agaknye diorang terpikir cam si Ahmad dalam kisah kat atas tu ke..?

Tu salah satu contoh la kan...macam-macam lagi yang jadi sekarang ni...bukan artis je, orang biase2 pun banyak...Ade yang elok2 pakaian mengikut syariat islam, tapi bile dah terpengaruh dengan kawan-kawan, boleh berubah pulak, dari pakai yang longgar-longgar kepada pakai yang ketat-ketat, dari pakai tudung menutup dada kepada tudung yang kecik n singkat. Hrmmm...macam2 kan...Manusia kalau dah terikut hasutan syaitan dan hawa nafsu memang ape2 pun boleh jadi. Berlindunglah pada Allah dari hasutan syaitan, supaya ditetapkan hati dan dibimbing ke jalan yang benar.

google image
Sebenarnye Allah baik hati sangat dengan hambaNya. Kalau kita nak buat baik, baru niat je dah dapat pahala, bile dah buat lagi la dapat pahala. Tapi kalau kita niat nak buat jahat, malaikat tak kan tulis lagi sampai betul2 dah buat perkara jahat tu.

Peringatan untuk diri sendiri jugak...hanya insan biasa yang tak lari dari membuat kesilapan...Moga diampunkan segala dosa, dan ditetapkan hati di jalanNya dalam mengharungi hidup sebagai musafir di dunia sementara ni...InsyaAllah...amin....

~Wassalam~

Tuesday, 27 September 2011

cukup baik kah kita...sebagai seorang muslim...??

Assalamualaikum...

susah ke nak jadi baik..?
sebenarnye aku ni tak de la baik sangat...
takkan aku nak puji diri sendiri baik lak kan...
tapi pandangan orang lain pada kite pun tak semestinye betul...
orang lain tak semestinye betul2 kenal kite...
jadi siapa yang betul-betul kenal kite..?
mesti la yang Maha Mengetahui...Allah s.w.t....

tapi pandangan orang lain pun penting gak...
kalau orang tengok kite baik je kan kite dah tunjuk contoh yang baik...
terpulang pada orang tu nak menilai camane...
nak jadikan contoh ke..nak tengok je ke...
tak boleh nak paksa orang ikut cara kite...
asalkan ape yang kite buat tu Allah tau...
kite buat ape yang Allah suruh dan tinggal ape yang Dia larang...
bukan untuk orang lain tau...
tapi untuk dinilai oleh Allah s.w.t....

ape maksud 'baik' sebenarnye...
cukup baik ke kite kalau tak buat ape yang Allah suruh..?
kalau camtu kite same la ngan orang bukan islam...
buat baik tapi tak percaya pada kebesaran Allah...

kembali lah pada fitrah...
fitrah manusia itu sukakan kebaikan...
sebab tu bile seseorang tu buat dosa dia takkan tenang...
dia akan rasa bersalah...
selagi dia tak berubah kearah kebaikan...
kalaulah ade orang yang tak rase ape2 bile dia buat dosa,
tu maknenye dia memang dah buta hati...
hati dah tak nampak jalan yang betul...
dah dikuasai hasutan syaitan dan hawa nafsu...

ade sesetengah orang yang ditegur secara baik,
tapi pandai pulak jawab guna ayat ni,
'tiada paksaan dalam agama'
sebagai alasan tak nak buat ape yang sepatutnye sebagai muslim...
ayat ni ayat dari Al-Quran, surah Al Baqarah ayat 256...
maksud sebenarnye: 'tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (islam)'
maksudnye islam tak memaksa orang bukan islam untuk masuk agama islam....
tak ke dah menyalahgunakan ayat Al-Quran tu...
sebagai muslim kita wajib melaksanakan ape yang diwajibkan ke atas kite...
meninggalkan ape yang dilarang dalam islam...

ade pulak sesetengah yang jawab camni..
'kalau buat tak ikhlas baik tak yah buat'
'tunggu la bile ikhlas baru buat'
hrmm...macam2 la alasan kan...
kalau kite tak buat macam mane nak tau ikhlas ke tak...
kan Allah yang nilai tu semua...
bile lak kite nak tau kite dah ikhlas..?
ikhlas tu kan datang bile kite dah buat...
bile kite jadikan amalan seharian kite...

kalau kite betul-betul memahami islam...
kite akan dapat melaksanakan ape pun suruhan Allah...
tanpa rasa dipaksa...
sebab islam itu indah...
islam itu mudah...tidak menyusahkan sesiapa pun...

google image
















aku ni pun bukan la selalu buat baik je...
kadang2 kite lupe siape diri kite...
hamba Allah di bumi yang sementara ni...
tapi bile kite lupe..bile kite buat salah...
kite kene cepat sedar...dan terus berubah...
insyaAllah aku akan berusaha menjadi hambaNya yang baik...
bukalah mata hati untuk kembali kepada fitrah...
same2 kite saling ingat-mengingati...
supaya sentiasa berada di landasan yang betul...

~wassalam~
thanks for reading...

Monday, 26 September 2011

ikut cara hidup islam~stereotype ke?

Assalamualaikum...

stereotype...maksudnye lebih kurang cam meniru orang la...
atau 'same je' ngan orang lain...
ape yang kite buat, ape yang kite pakai, ape kite bace..dan sebagainye..

google image










ade sesetengah yang cakap stereotype ni tak de pendirian sendiri...
semua yang orang lain buat dia pun buat jugak...
ade beza pun sikit2...basicnye tetap same...
penting sangat ke tuk jadi orang yang tak stereotype...?
stereotype ke kite bile kite ikut cara islam dalam kehidupan seharian..?
ade yang tak nak pakai tudung sebab anggap dia ikut cara orang lain...
nak jadi diri sendiri la konon...nak ade gaya sendiri...
tapi betul ke dia ade gaya sendiri...
bukan ke dia terikut-ikut gaya barat tu...
ooo...kirenye duk kat malaysia tapi tak nak ikut cara orang malaysia...
nak ikut cara orang negara lain...agama lain...

hrmmm...ade jugak orang camni...
bukan dalam bab tak pakai tudung je...
ade yang pakai tudung tapi tak nak same ngan orang lain...
sampai macam2 fesyen tudung diperkenalkan sekarang ni...
yang betul2 menepati syariaat tu tak pe la kan...
tapi ade yang sampai dah lari dari tujuan memakai tudung tu~menutup aurat...
tak payah la nak lain dari yang lain sampai camtu sekali...

islam kan memang datang sebagai satu cara hidup...
islam itu ad-din...yang bermaksud cara hidup...
cara hidup islam tak kan ade istilah ketinggalan zaman...
tak ade istilah stereotype...
semua boleh amalkan tak kire zaman bile, bangsa ape pun...
asalkan ikut panduan syariaat islam...
tak kan nak solat pun takut orang kate stereotype?
nak bace al-quran pun ego takut orang cakap meniru lak...
nak pakai tutup aurat pun takut orang kate kite same je ngan orang lain...

banyak la lagi cara hidup islam yang sepatutnye kite
amalkan dalam kehidupan seharian kite...
tak bermakne kite tiru orang...tak bermaksud kene stereotype...
kite masih ade pendirian...
tapi pendirian sebagai seorang muslim...
yang berpegang teguh pada ajaran islam...
hidup berpandukan syariaat, garis panduan islam...
insyaAllah selagi kite yakin dengan pendirian kite...
jadilah seorang muslim yang berpendirian...












k...wassalam...>.<

Friday, 23 September 2011

kenape susah nak bangun solat Subuh??

Assalamualaikum...

Susah sangat ke nak bangun subuh..??kenape susah sangat nak nak bangun tuk solat subuh..??lagi2 nak solat subuh diawal waktu... memang susah sangat kan...tak tau la korang camane kn...tapi aku ngaku la memang aku susah nak bangun solat subuh...bangun tu bangun la tapi mesti nak tunggu dah last2 waktu dah...paling awal pun 6.30, kadang2 sampai pukul 7.00 baru solat subuh...teruk betul la kan...kalau ade bangun awal pun waktu2 tertentu la cam ade hal nak kene gerak pegi mane2 pagi2 ke, tak pun mase keja dulu...


source: google image

Tapi kalau korang keja atau pun tengah study ke kn, bangun pagi mesti sebab nak kene siap2 awal nak g keja or nak g kelas pagi kn...kalau lambat ade tersangkut dengan trafic jam la...pastu punch kad merah la...yang nak g kelas tu ade yang lambat terlepas bas la, kene jalan kaki la...pastu lambat masuk kelas...macam2 la sebab yang mendorong untuk bangun awal...tapi tu semua sebab duniawi je kn...mesti ramai yang bile sampai hujung minggu je mule la nak balas dendam...tidur sampai tak ingat dunia...subuh pun tergadai...ade gak yang bangun subuh tapi lepas tu sambung tidur balik...tu kire ok la sikit walaupun sebenarnye tak elok pun amalan camtu...tak cukup kuat ke sebab untuk bangun solat subuh mematuhi perintah Allah, berbanding bangun tuk pegi kerja..??

Aku nak kongsi la sikit ape yang aku bace dalam majalah Solusi isu no.36 tadi...ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi, tentang rahsia dan keajaiban solat subuh...Rasulullah s.a.w mase zamannye amat menekankan pentingnye solat subuh berjemaah...sebab itu la sumber kekuatan umat islam...sebab tu sekarang kite boleh tengok umat islam dah tak macam zaman Rasulullah dulu...umat islam makin lemah...  dalam tu dia tulis 'dalam konteks solat Subuh berjemaah ini, mereka (pendeta) Yahudi pernah menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan orang islam kecuali berlaku suatu keadaan, yakni apabila jumlah jemaah umat islam yang solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat'. Bayangkan keadaan kite sekarang ni...berape kerat la sangat yang bangun pagi2 tuk solat Subuh berjemaah kat masjid....


source: google image

Lagi satu dalam tu ade hadis, yang bermaksud: "Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan:'Nikmatilah malam yang panjang ini.' Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwuduk, lepaslah lilitan yang ke dua. Kemudian apabila ia solat, lepaslah lilitan ketiga,sehingga dia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa lembap dan malas." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

So, jom lah kite same2 melawan musuh batin - hawa nafsu dan syaitan. Jangan biarkan syaitan tu besorak gembira tengok kite lena dalam lilitan bisikan dia...banyak hikmah dan keberkatan disebalik solat Subuh ni...rugi kalau kite lepaskan camtu je...

Semoga jadi pengajaran buat kite semua...aku pun cam terkena atas batang idung sendiri la bile bace pasal ni...sebenarnye selame ni pun bukan tak tau, tapi manusia kan memang camtu...susah nak istiqamah dalam mengerjakan amalan baik...sebab tu pentingnye tazkirah~peringatan...supaya kite sentiasa diingati...tak terus lupe dan lalai...wallahualam...

wassalam...

Saturday, 13 August 2011

Solat berjemaah~confiusnye....mane satu yg betul nih....

Assalamualaikum...hye semua...

Keconfiusan yg tersangat-sangat...dan menjadi kegeraman yg tersangat-sangat..!!!setahu aku la solat berjemaah ni kan yg amat dipentingkan adalah saf nye...namenye solat berjemaah kan, maksudnye solat tu tk kire la fardhu ke sunat ke, bile berjemaah tu maknenye solat beramai-ramai, diketuai oleh seorang imam, yg makmumnye pulak mengikut di belakang, duduk dalam susunan yg dipanggil saf, saf tu mesti la lurus, bersambung dalam satu baris tu, tk de putus2 la kan....dalam solat jemaah ni la kite leh tengok makmum2 ni semua bekerjasama dan bersatu dalam saf untuk menunaikan solat, mengadap Allah s.w.t., tapi kenape ade sesetengah orang yg susah sangat nk bersatu untuk membentuk saf yg sempurna....kenape dalam satu malaysia ni kita beria-ria laungkan pentingnya bersatu sebagai rakyat malaysia...??tapi sebagai umat islam kita sendiri tk boleh nk bersatu untuk membentuk saf dalam solat berjemaah...ni la sikap orang melayu kan...tk semua la...tapi bile ade je orang yg camni memang boleh merosakkan seluruh jemaah tu....

Sebenarnye aku sendiri lak yg confius...dulu duk asrama ustazah yg merangkap warden, kakak senior, or ajk ibadah, mesti ingat kan betapa pentingnya meluruskan dan merapatkan saf...dulu aku belajar saf tu dimulakan dari kanan, maksudnya dipenuhkan dari kanan la, kalau tk ramai org tu boleh buat dari tengah, bile nk rapatkan saf rapatkan ke kanan, nak luruskan saf tengok bahu org sebelah kanan, kalau ade kosong kt depan yg belakang kene la masuk penuhkan yg depan, kalau saf tu putus cam tk sah la solat berjemaah start kt org yg putus saf tu sampai la belakang, maksudnye bile tk sah solat berjemaah tu tk sah la solatnye kan...tk kire la solat fardhu ke sunat ke, kn bile jemaah kite memang niat jemaah, sebagai makmum, so camane tu, adakah ape yg aku paham dari zaman sekolah dulu tu salah..??

Situasi ni terjadi la kt masjid ni, mase tu aku terlambat g masjid tuk terawih, sempat la solat isyak kene masbuk satu rakaat..., tapi bile aku dh duk saf belakang tu aku pn terperasan la keadaan kt belakang tu, sebelum ni memang dh perasan pun diorang kt masjid ni buat saf penuhkan dari kiri...sebabnye pun aku dh tau dh...hanya semata-mata belah kiri kat bahagian pempuan tu banyak kipas, kipas syiling tu la, kat bahagian kanan pulak tk de kipas sebab atasnye kubah masjid, so kubah tu besar gak la, hampir separuh bahagian pempuan tu, so memang tk de kipas la kt situ, kipas yg berdiri tu pun tk de, biase la org datang terawih kt masjid memang nk cari tempat yg ade kipas je la kn sebab nanti nk sampai 8 rakaat tu mesti bepeluh-peluh kalau tk de kipas...belum yg 20 rakaat lagi....tk salah pn kalau nk duk kt tempat ade kipas, tapi tk kan sampai betul2 mementingkan diri sendiri kot...selalunye kt masjid ni 2 saf depan tu ok lagi penuh, tapi bile saf ketiga tu mesti penuh belah kiri sampai tengah je, pastu diorang buat pulak saf keempat penuh dari kiri sampai tengah je,buat saf separuh je, sebab nk duk kt kipas....boleh ke camtu..??safnye putus2...

Mase aku sampai tu aku terus la masuk sambung kt saf yg ketiga tu, ade la sorg dua lagi makcik sambung sebelah aku, tapi tk penuh gak la saf ketiga tu....ni lagi satu kes ni.., mase tu aku duk sebelah budak ni, tapi tk de la budak sangat, dh sekolah menengah la kot, bile solat terawih je leh main selang2 lak solatnye, tk kesah la dia nk selang2 nk buat berapa rakaat pun tapi kan dh mengganggu org lain tu...lepas terawih 2 rakaat tu rupenye org dh solat tuk rakaat ke 3&4 tu dia leh kuar lak duk kt belakang, bile dh rakaat ke2 (rakaat ke4 terawih) baru aku sedar sebelah tu kosong...camane tu..??bile rakaat ke 5&6 dia masuk balik, tapi aku dh rapatkan ke kiri, dia pun duk la sebelah kanan aku, aku rapatkan ke kiri sebab diorang dh memang buat saf camtu kan, sebelah kanan tu ade sorg je makcik tu, sebelahnye kosong sampai ujung ke kanan, so bile budak tu dh masuk sebelah kanan aku, bile dh rakaat ke 7&8 tu dia kuar lagi, kuar lak mase org dh solat pun, makcik tu pun tk rapatkan saf sebab dh solat, ikutkan boleh rapatkan saf tu walaupun tengah solat dengan gerakkan kaki mengiring, tapi dulu belajar ke kanan la, kt masjid ni nk kene mengiring ke kiri lak...tu yg confius tu...memang betul2 terganggu la aku solat terawih malam tu...hishhh.....

Balik tu aku pun melepaskan geram kt suami aku....aku cakap kt dia entah2 diorg ni pikir bulan ramadhan ni tk de setan so boleh la solat jemaah safnye berterabur camtu...tk de setan nk kacau...sebab kan selalu org kata kene rapatkan saf sebab nanti kalau tk rapat setan duk kt tengah2 kacau mase solat...hahaha....ade ke camtu lak....haishh.....semoga menjadi pengajaran kepada kita semua....
wallahualam....