Friday, 6 April 2012

Dah tak tahan dengan batuk ni..-.-

Assalamualaikum...

Sangat terseksa rasanya selama ni dengan batuk ni. Dah lama jugak aku batuk camni. Dari hujung bulan Januari lagi, sampai sekarang. Batuknya bukan macam batuk biasa tu. Bila nak batuk tu rasa cam ada sesuatu kat tekak ni, pastu terus batuk bertalu-talu sampai dapat lepaskan rasa 'sesuatu' kat tekak tu. Mula-mula batuk tu kering, lama-lama macam ada kahak jugak sikit. Dah pergi klinik. Mula-mula doktor bagi ubat batuk yang warna hitam tu. Tak baik lagi, pergi klinik yang sama. Doktor bagi ubat batuk Iridin dan antibiotik.

 sedap ubat batuk ni rasa blackcurrant

Dah abis ubat dan antibiotik tu, rasa dah baik, dah tak batuk lagi. Tapi kejap je kot. Tak lama batuk lagi. Aku pun pergi mintak ubat yang sama je kat klinik tu, tak jumpa doktor pun. Tapi bila dah abis ubat tu, masih batuk lagi, terpaksa la pergi klinik tu lagi, jumpa doktor. Doktor pun dah tak tau nak bagi ubat apa. Dia cakap takut nak kena lelah. Dia bagi ubat semput/lega dada yang warna putih jernih tu.

sangat tak sedap ubat ni
Ubat ni baru makan 3 kali. Batuknya macam makin teruk je. Biar betul doktor ni...huahaaa..dah tak tahan ni. Bila batuk je sangat seksa, kadang-kadang sampai nak muntah, ada la jugak 2-3 kali muntah. Entah batuk jenis apakah ini..korang pernah rasa tak??

tengah batuk ni..sambil habiskan menaip entry -.-

wassalam-.-

9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau sy batuk mmg lama..walau dah mkn ubt..

msredcheesecake said...

macam teruk jer.... saya kalau batuk pun lama gak nak baik tapi takdela sampai nak muntah...

pena rozie said...

cuba minum air masak banyak-banyak...

Karukord Jagau's said...

cuba ubat batuk cap kelapa laut affrika

IntaNBerliaN said...

sy pulak br lps baik selsema.. ni dh berjangkit dkt alisha pulak...

Tentang Kita said...

saya jaarng sgt nak telan ubat2 nie...bukan takut nk mkn ubat tp x suka

wan nurul hezrina said...

skang nurulpun ngah batuk2

nourulaida_mts04 said...

Skang ni pun baru 3 hari batuk rasa seksa sgt.smpai nk termuntah.nice entry.

nourulaida_mts04 said...

Skang ni pun baru 3 hari batuk rasa seksa sgt.smpai nk termuntah.nice entry.