Wednesday, 12 September 2012

I'm coming back!!


Assalamualaikum...

Mula-mula nk ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki andai ada salah silap selama kita berkenalan di alam maya ini. Mana lah tau ada terkasar bahasa, terguris hati, dan sebagainya..mohon ampun ye..^^ Syawal tinggal berapa hari je lagi baru nak buat ucapan..

Ok la..lama betul blog ni bercuti kan. Dari beberapa hari sebelum raya sampai la sekarang baru sedar diri nak update. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi apakan daya tak de kesempatan. Dua hari sebelum raya hakim demam, sampai hari raya keempat baru ok demamnya. First time ni hakim demam, aku dan encik apis pulak baru nak belajar jaga anak demam. Kena time raya pulak. Memang hilang terus mood nak raya. Plan nak balik kampung kuala lipis raya kedua, tak jadi sebab hakim masih demam. Raya kelima baru balik lipis.

Time raya tu pulak line internet problem, entah masalah ape, sampai la minggu lepas baru dapat guna internet. Internet ni nak beraya jugak kot.

Last entry sebelum ni aku umumkan pemenang GA kan. Nak minta maaf banyak-banyak sebab lambat pos hadiah kepada semua pemenang. Baru tadi ke pejabat pos untuk pos. Tunggu tau, nanti sampai la tu..^^


Sabtu sebelum raya, pukul 4 pagi hakim makin panas, nangis2 sebelum tertidur..

Wassalam^^

6 comments:

IntaNBerliaN said...

Siannyaa.. mmg sangat2 susah hati bila ank xsihat kan...

mamavogue said...

Siannyer adek Hakim ni..
bila baby demam jangan diselimut tebal2 dear.. Lap selalu badan dia ngan kain yg dibasahi air paip/suhu biasa..

Nadia Elena said...

demam2 pun nampak comel jugak.. ^_^

cik fadh said...

yke..ptot lame akk xupdate..sian hakim..

Sue PeLik said...

kesiannyaaaa dia demam! huhuhu

Si Matatajam said...

Kesian hakim..sakit sebelum raya tu..mesti sedih ja kita sebagai ibu bila anak sakit time tu kan...