Thursday, 27 September 2012

Cara hakim turun katil

Assalamualaikum...

Hakim sekarang dah 9 bulan. Dari dia 8 bulan lagi sibuk je nak pegi ke hujung katil tengok-tengok ke bawah nak amek apa-apa yang ada kat bawah tu. Mula-mula adik ipar aka mak su dia yang ajar camane nak turun bawah. Dia ajar turunkan kaki dulu,undur ke belakang. Pastu dah banyak kali ajar, hakim pun pandai la. Mula-mula biar hakim buat sendiri, dia masih tak boleh kawal kepala dan badan, mesti nak jatuh kepala jugak dulu. Sekarang dah laju je dia turun. Dah expert dah tau. Tak de nak jatuh dah. Tu yang makin dia suka nak turun bawah tu. Tengah menyusu pun dia boleh pusing terus nak g turun katil.

Sebenarnya dia belum boleh berdiri sendiri pun. Baru boleh berpaut-paut je. Lagi satu dia baru jugak la pandai meniarap sendiri dari keadaan duduk. Dulu dia teragak-agak lagi kalau kita dudukkan dia, dia nak gerak badan kedepan cam nak merangkak tu, takut-takut je. Sekarang dah laju je, kalau dudukkan dia atau dia duduk dari berdiri tu, pandai dah merangkak sendiri, tapi sekejap je dia merangkak tu, terus meniarap. Entah kenapa dia malas nak merangkak kot..haha..

Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

12 comments:

Michelle Hopell said...

pintarnya dia..
comel =)

Tihara said...

comel..seronok tengok perkembangan anak2 kan :)

Mrs Lurve said...

dh pandai dh..undur2 blkg pas2 siap pandang ag...comel!!

eita said...

aktif nyer dia...

mamavogue said...

pandai..!
siap tengok bawah dulu :)

Ala..abg Hakim dulu pun mls merangkak, betul2 handal masa umo 10 bln..!

IntaNBerliaN said...

yeayyy hakim budak pandai!! :-)

izan mama mia said...

cepat dia belajar...jenuh laa dah dapat kaki nanti..hihihi

ana fatihah said...

Alaa..comelnye..saya pun dah tak sabar menunggu kelahiran anak sedara kedua saya..Insya Allah,doakan semuanya selamat ye.. ^_^

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah,bijak dia..

Hasrina said...

ya allah comel sangat. gerammm nyaaa

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cepatnya hakim belajar...gud boy sayang :)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

yeay! hakim budak bijak :)