Friday, 21 September 2012

Playing mat untuk hakim

Assalamualaikum...

Update guna blogger droid ni susah sikit. Gambar memang duk camtu, pastu tak leh buat caption. Ke aku yang tak reti?

Entry sebelum ni dah cerita pasal nak beli playing mat untuk hakim kan. Tapi masa pergi toy R us hari ahad tu tak jumpe yang berkenan. Hari isnin malam pulak keluar ke Kluang, nak ambik adik ipar. Pergi awal sikit nak cari playing mat tu kat kluang mall. Sebelum tu pergi makan dulu kat Two City,nama kedai makan tu camtu. Yang peliknya memang ramai tau yang makan kat situ walaupun parkingnya susah,tepi2 jalan je,sampai kami dapat parking pun jauh jugak kena lintas jalan. Kedai makan lain berdekatan situ aku tengok kosong je. Memang ada aura la kedai makan Twocity ni. Gambar first tu hakim minum air dia, tu la botol air baru hakim yang beli kat toy R us tu. Gambar kedua hakim makan fries, pinggan chicken chop tu kejap je letak dekat dia,pastu cepat2 tarik jauh2 sebelum tangan dia mencapai. 

Lepas makan kami terus ke kluang mall. Jumpe pun playing mat nya. Beli yang sedang je, harga ok la, RM70 lebih. Ada yang besar lagi RM100 lebih. Playing mat ni nak letak kat tepi katil dalam bilik. Katil tu memang dah bukak, tilam kat atas lantai dah. Tapi tilam tu tebal jugak, tinggi jugak kalau hakim jatuh tu. Dah ada playing mat ni ok la sikit, beralas la jugak kalau jatuh kan, kalau tak terus jatuh ke lantai mozek la jawabnya. Gambar ketiga tu masa masuk Pacific. Gambar keempat tu la hakim dah bermain atas playing mat dia. Nampak tak dia 'mengemas' tu. Rattle ball tu pun baru beli kat toy R us.

Hakim sekarang memang kalau tengah menyusu atas katil tu, tiba2 laju je dia bergolek nak turun katil. Tu yang bahaya tu. Tapi dia dah pandai turun elok2 tau. Dah ajar dia camane nak turun, turunkan kaki dulu. Tapi kadang2 dia nak turunkan kaki tapi kepala dan badan pun tak terkawal. Tu yang bahaya tu, terpacak kepala dia atas playing mat tu aritu.

Wassalam^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

13 comments:

mamavogue said...

dah berdiri dah Hakim ye..
cepat je membesar kan :)

mamavogue guna blogger droid pun mmg duk atas je gamba nyer..hihi

Sue PeLik said...

comelnyaaaa mesti best kan??? baby dah makin besar. huhuhuhu

Momo said...

teringat kecik2 berebut nak duduk dalam troli dengan adik..haha

IntaNBerliaN said...

comelnya hakim... baguslah hakim dah tau cara nak turun katil.. cuma kita kne tgk2 je lah kan..

blog usang said...

baby hakim yg sungguh comel..

izzah said...

Berapa umur hakim...budak bijak ni:-)

ieda said...

suke lah hakim yee
dah boleh berdiri
dah lama x tgk dia .. ;)

IntaNBerliaN said...

singgah pagi isnin..

C'Jai said...

hamboiii hakim.... batuk ngn selsema ari tu dah oke ker..:)

IntaNBerliaN said...

singgah pagi selasa..

fieda said...

pandainya hakim mkn...dh pandai turun katil...amboi...

Che Rosliza Che mat said...

hakim dah pandai makan sendiri ya...comel je...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hehe hakim dh pandai skang ni kan....cepat belajar ni :)