Thursday, 13 September 2012

Hakim batuk dan selsema pulak..:(

Assalamualaikum..

Gambar tu masa raya pertama. Pagi tu dah kurang panas, ok sikit, tapi malamnya panas balik.

Sekarang Hakim masih tak berapa sihat. Sejak minggu lepas dia batuk berkahak, dan sekarang tambah selsema pulak. Dah pergi klinik. Doktor bagi ubat batuk, selsema dan demam. Susah betul nak bagi hakim makan ubat. Dah masuk ubat muntah pulak. Muntah sekali ngan kahak, bagus sebab kahaknya keluar, tapi ubat dan makanan pun keluar camane. Dah la sekarang nak bagi dia makan susah betul. Pening dah fikir camane nak bagi hakim makan. Sejak dia demam awal raya tu, sampai sekarang hakim dah tak berapa nak makan. Dah macam-macam cara dah masak bubur dia. Nestum,biskut,roti, semua pun sama. Makannya ada la secubit dua. Pastu dah tak nak. Kalau paksa pun masuk dalam mulut dia, pandai tau dia keluarkan balik, tak dengan lidah dia korek dengan jari keluarkan. Geram pun ada tengok. Risau sangat, dia dah la tak cukup berat, tak nak makan pulak. Aku tengok cam dah makin kurus pulak. Sepatutnya kena g klinik kesihatan semalam. Tapi tak pergi pun. Aku takut berat dia turun pulak. Malas nak dengar misi tu membebel. Hrmm...sedih la..risau..macam-macam ada. Mungkin hakim tak de selera nak makan sebab tekak dia ada kahak. Tapi sampai bile?? Bile nak baik?? Bile nak sihat sepenuhnya. Setiap kali masak bubur dia mesti banyak yang buang je. Aduhh..hakim tolong la sihat...dah tak tau nak buat camane lagi...:(


Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

mamavogue said...

Dear,
Hakim still breastfeed kan..
Awak mmg kena jaga mkn. Kalau bole awak amik vit c. Byk mkn buah oren, jambu batu. Tapi jgn yg sejuk tau.. Nnt segala zat tu sume Hakim dapat :)
Lagi satu minum air suam banyak :)

Sue PeLik said...

wahhhhhhhh comel jer! kesian dia demam erkkk huhuhu

inazamri said...

bg dia vitamin gak..bg selera makan dtg balik.mcm anak kawan akak pun demam lama sampai ilang selera mkn.takpun pelbagaikan makanan dia.

Tihara said...

moga cepat sembuh ey baby

izan mama mia said...

mg cepat sihat yer hakim...

IntaNBerliaN said...

hakim camne skrg... dh sht spnuhnya ke

Karukord Jagau's said...

dh sihat ke...harap2 dh sihat ye

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

la siannya kat hakim..dh ok belum ni

fieda said...

ada bakat ni jadi jurugambar profesional..