Saturday, 16 June 2012

Jangan tamak dan membazir

Assalamualaikum...

Masa cuti sekolah yang lepas, banyak majlis perkahwinan yang berlangsung tak kira di mana pun kan. Aku pulak pergi majlis sepupu kahwin di Kelantan. Namanya kenduri kawen kan, mesti la berkaitan makanan. Aku ni dulu-dulu kalau pergi kenduri kawen, mesti ambil nasi sikit-sikit je, lauk pun agak-agak nak makan la kan. Dulu aku tak makan banyak kot. Ambik sikit-sikit yang nak makan je la. Nanti tak de la membazir.

Tapi sekarang ni, (sejak dah kawen dan jadi mak budak ni), bila pergi kenduri kawen, bukan main berselera lagi nak makan. Ambik nasi lebih sikit, lauk pun, semua jenis mesti ambik, penuh pinggan. Sampai encik apis tengok pun tak percaya. Tapi masa kenduri kawen (orang kelate sebut 'bekwoh') sepupu kat Kelantan tu, memang sedap-sedap masakannya. Habis licin aku makan tau. Tak de buang-buang. Rasa nak tambah je, tapi segan la pulak kan. Ada yang tegur, 'fuh..licin makan..'. Aik macam perkara yang salah pulak bila makan licin.

jemput makan^^

Panjang pulak ceritanya. Sebenarnya nak cakap tentang amalan sesetengah orang yang suka tamak dan membazir. Dari apa yang aku perhatikan la, ada orang yang suka ambil makanan banyak-banyak dalam pinggan, contohnya kat majlis kenduri kawen. Pastu yang dimakannya sikit je, banyak yang tak habis pun. Last-last masuk plastik sampah. Benda ni macam dah jadi kebiasaan atau amalan sesetengah orang. Kenapa ek perlu jadi tamak dan akhirnya membazir?? Membazir tu kan amalan syaitan.

Kita kat Malaysia ni masih kaya dengan makanan. Cuba bayangkan mereka yang berada di tempat yang dilanda bencana, pergolakan, kemiskinan, dan macam-macam lagi. Nak dapatkan sebiji nasi, sejebis roti, pun susah.

gambar mr. google

Jadi kita sepatutnya bersyukur dengan rezeki dan kesenangan yang Allah pinjamkan ni. Buang la sikap tamak dan suka membazir tu. Tak kira sewaktu kenduri kawen ke, makan di rumah, di kedai makan, di dewan makan asrama ke. Ingat..jangan membazir tau!!


wassalam^^

19 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

hahaha.. benda free kata kan.. rugi xmakan banyak2 kn.. hehehe

~Sweet Honesty~ said...

betul2...jgn membazirr...

Yumida said...

sy pn camtu sis..bila g kenduri byk ambik makanan..org lain ambik sikit je...hmmm..janji perut kita kenyang kannn

MAY said...

btl btl.sy pun mcm tu.bsr selere lps kawwen.takutnye...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

betul tu. kalau negara luar tercarik2 nak makan, kita kat Malaysia ni kaya dengan makanan.

Citra NaniZam said...

kan.. membazir tu amalan syaitan..
teringat bos suami kak citra orang kaya tu tapi paling pantang kalo makan tak habis.. mesti kena licinkan pinggan tu selagi tak licin jangan harap boleh pergi.. sebab dia kata nak mencari rezki tu bukan senang jadi jangan dibazirkan takpe kalo nak makan banyak janji habis..

izzah said...

sokong2..kt msia ni bukan mati kebulur tp mati kekenyangan sbb byk makan...so,kena sntiasa bersyukur...

izan mama mia said...

betul...tak suka betul bila..ambil makan penuh pinggan,..pastu makan tak habis..sayang betul rezeki dibuang gitu saja...
kan..

Eera Shera said...

x suka tgk org mkn x abes.. sedih tgk gmbr tu

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown mam memilih...yang mana nak jew rietta amek..yang xnak rietta xamek...kang bazir...hehehe....

Wanieys said...

Klu dh free mesti kena mkn smpai kenyang....hehehe...klu ambik banyak habis xper jgn ambil byk smpai xabis tu yg jd membazir pulak :)

Deq's Qienz said...

ermmm sedihnya tgk pic budak bawah tuhhh..bersyukurlah kita berada d tmt yg selesa..

Kancil 8349 said...

pilu plak tengok gambar terakhir tu

ain vanilla said...

HAI . sore lmbat BW . akhirnya berjaya jugak BW siniiiii

msredcheesecake said...

KALAU AMBIL BANYAK TAPI HABIS MAKAN OK LAGI.... AGAK2 LA NAK AMBIL BANYAK MANA BOLEH HABIS KAN...

Rawlins byRawlins said...

Betul tu
Jangan membazir
Kalau rasa tak nak amik sikit
Kalau rasa tak cukup, kendian le menambah kan
Singgah baca entry saya ye. TQ

IntaNBerliaN said...

dulu sy pernah membazir... tp sejak kawen, sy dh xmembazir lagi... mesti mkn hbs... tu pun sbb hubby yg stail gitu.. so, kita pun terikut2..

tp alhamdulillah la ke arah kebaikan kan :-)

eita said...

orang malaysia ni ramai yang mati sebab makanan....

wan nurul hezrina said...

betultuh amalan membazir mmg org2 malaysia terkenal taw..hikhik..mmg skang kalau g org kawen kena amik cketjer sbb mood nak makan mesti tak banyak..so kena ingat kat negara susah,mmg dorg budak2 kurus kering tak makan.ingatan pd diri sendiri juga.hikhik