Friday, 15 June 2012

bingka labu

Labu oh labu..sebenarnya aku tak berapa suka makan labu. Tapi sekarang makan je la kalau ada depan mata tu. Biasa makan yang umi aku masak la. Haa..sekali aritu masa balik kampung umi aku bagi labu sebijik. Tanam belakang rumah punya. Aku tak pernah masak apa-apa yang berkaitan labu pun sebelum ni. Teringat pulak bingka labu yang umi ku selalu buat dulu. Aku pun terus call umi ku untuk tanya resepi. Maka tadi siap la labu tu dikerjakan menjadi bingka labu. Tapi tak sesedap yang umi ku masak lah ye. Air tangan umi sendiri jugak yang sedap kan.


Senang je nak masak. Tapi resepi umi ku agak-agak je sukatannya.


Labu direbus dan dilenyek. (aku guna setengah je labu tu)

Blender labu tadi bersama santan pekat (sebiji kelapa), telur 3 biji, gula, tepung (agak-agak pekat,tak pekat sangat tak cair sangat), sedikit garam.

Sapu minyak dalam loyang, panaskan atas dapur,dah panas masukkan bancuhan tadi.

Agak-agak dah nak keras sikit masuk dalam oven.


Jom-jom makan^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

14 comments:

Nizam.Ariff said...

antara kesukaan aku tu... tapi aku tak tau nak buat...

eita said...

suke makan tapi tak reti buat

Cik Kay Jue said...

sedap tak? ckj tak pernah makan...

nn lylyn said...

wah sedap2..nanti leh cuba =)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

tak pernah makan :)

Kakzakie said...

Kakak pula suka bingka labu ini. Nak-nak lepas bakar tu bahagian keras tepi dia lagi sedap. Kalau potong mesti bhgn tepi habis dulu..

Kancil 8349 said...

sedapnya...

Citra NaniZam said...

kak citra suka makan tapi tak tau masak.. kalo labu masak lemak tu pandailah

Eera Shera said...

sdpnye..sy suka labu. nk try la nnt

HeNRieTTa JoSe said...

yummy....teringin la plak...

Deq's Qienz said...

sedap kew??tak prnh makan lagikk. tapi kalo serawa labu baru jew pas makan..hehee

IntaNBerliaN said...

sy mmg sk mkanan yg berasaskan labu :-)

wan nurul hezrina said...

nurul amat2 suka dengan labu nak2 masak lemak..huhuhu

Wanieys said...

bingka labu xpenah mkn bingka ubi penah la mkn hihihi