Monday, 24 December 2012

Hakim..hakim..hakim..kenapa suka gigit..??

Assalamualaikum...

First hakim main bawah lori atok dia..., pastu yang pakai songkok tu abah dia baru balik solat jumaat,tapi tu songkok hakim la..last gambar2 malam semalam pegi makan pizza hut kat angsana,jb...^^

Kenapa budak cam hakim ni suka menggigit?? Sakit tau kalau dia gigit. Betul-betul tu dia gigit,sesungguh hati. Huhhh...memang kadang2 mencabar kesabaranku. Ada je kena tepuk kat kaki dia. Kadang slow je, kadang aku dah geram sebab sakit sangat memang terkuat la pukul kat kaki dia. Pastu hakim pun buat muka sedih dan nangis. Aku pulak yang kesian tengok. Tak baik kan pukul budak kecik lagi. Dia mane lah tau apa pun. Nabi s.a.w. pun cakap pukul budak masa umur 7 tahun tu pun sebab kalau tak nak solat kan.

Hakim ni menggigit time menyusu. Paham2 la kan gigit apa..nipple..!! Tak la setiap kali, tapi time dia buat tu memang sakit sangat la. Selain tu dia suka gigit kat perut aku..haha..entah apa yang sedap sangat gigit tu tak tau la. Orang lain pun kadang kena jugak gigit kat tangan or kaki. Kalau dia dapat gigit tu memang muka dia suka sangat la. Puas hati nampaknya dapat gigit. Kita marah dia makin sengih pulak..haihhh sabar je la...

Camane lagi nak buat supaya hakim dah tak menggigit?? Ada jugak bacakan ayat2 surah atau doa yang untuk lembut hati tu. Sekarang pun cam dah kurang sikit la. Dia kan tengah nak tumbuh gigi. Tak selesa la tu kot...sekarang baru 4 batang gigi, dua atas dua bawah. Belum penuh gigi lagi tu...huhu tak sanggup bayangkan...!!

Wassalam..^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

15 comments:

Mama Vogue said...

Adoii.. Paham cane sakit nyer bila kena gigit. Tapi mujur abg Hakim bukan jenis yang kuat gigit. Cuma kadang2 je terlepas.

Bila dah bergigi penuh ni mmg pesan kat dia kalau menyusu jgn sampai gigit, nanti mama tak bg lagi..hihihi

izan mama mia said...

mmg sakit..kalau baby menggigit..

Nadia Elena said...

pizza hut????? nyam~~~~

MystoryPic said...

hahaha... nak tumbuh gigi lagi kot

trah zain said...

ololo,, tomei tomei hakim ni,,hehe

Mia Liana said...

gigi gatal tu.... comelnya...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hakim tomey...hakim tomey....dia nak tumbuh gg lg ko kak hehehe

Daddy Ziyyad said...

Hihihi..kanak2 seusia dia menggigit sebab respons/reflex kpd tumbesaran gigi...Jadi, kalau kuat menggigit, cuba belikan teether set, supaya dia boleh' asah' giginya...Mmg sakit kalau kena gigit masa b/feeding..isteri saya dulu kena macam ni...:) Maybe boleh cuba guna nipple protector masa b/feeding.

Nurul Husna Mohd Hassan said...

budak2 memang camtu. anak kakak saya pun sokmo gigit, cepat2 kakak pukul dia. hehe

Cik Kay Jue said...

dia tengah seronok tu mengigit...

are_lin@yu said...

alahai comelnya dia ;-)

Chic Na said...

dia geram kot tu yg digigitnya. hihi..

LYAfrina said...

comel..rsanya dia gigit2 sbb gatal gusi lg kot..sbb igt ank sdra dulu camni..suka gigit

citarasa rinduan said...

rasanya salina belikan something..
gigi hakim dok gatai tu.
nk sesuaikan dgn gigi baru kan..

lama2 pasti hilang

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

singgah selasa..akak n hakim sihat?