Thursday, 10 November 2011

Parang sembelih warisan

Assalamualaikum...

Raya Korban dah abis la kirenye kan, semalam last hari tasyrik 13 zulhijah. Aku masih nak citer ni, ada kaitan la ngan raya korban. Pasal parang sembelih yang digunakan encik apis untuk menyembelih lembu korban. Hee...citer encik apis lagi kan...boring dah kot korang bace citer pasal encik apis ni je. Tak pe la, aku nak citer gak...huhu...

Haa...parang sembelih yang korang leh tengok dalam gambar kat bawah tu kan, parang tu la yang digunakan encik apis untuk menyembelih lembu korban. Panjang kan.., mesti lah panjang, kalau pendek boleh sembelih kambing je la. Parang tu sebenarnye dia dapat dari seorang pak imam yang juga seorang tukang sembelih. Masa tu dia tengok pak imam tu sembelih lembu kat kampung atuk dia, tahun lepas.

Parang sembelih, yang kat bawah tu pisau melapah lembu.
Dia pun tanya la pak imam tu, 'Pak imam, mane nak dapat parang sembelih camni..?' Pak imam tu pun pegi la kat beg dia, dia bukak beg tu, ada banyak parang dalam tu. Pak imam tu pun cakap 'Pilih la ko nak yang mane..'.  Encik apis pun tengok-tengok la parang-parang dalam beg tu, dan pilih satu. Pastu dia tanya pak imam tu 'Pak imam jual berapa yang ni..?' Pak imam tu jawab 'Amek je la, aku bagi, jaga elok-elok parang tu..'  Jadi encik apis pun dapat la parang tu, walaupun masa tu parang tu nampak buruk, berkarat, memang pak imam tu dah tak pakai sangat kot.

Lepas tu encik apis asah parang tu sampai jadi cantik dan tajam untuk sembelih lembu. Mak mertua aku cakap, orang tua camtu memang suka kalau ada orang muda berminat nak jadi tukang sembelih. Yela, sekarang ni kalau cam kat sini orang tua yang jadi tukang sembelih dulu dah tak de dah pun. Ada la beberapa orang je lagi. Pastu memang susah la nak cari orang muda yang berminat nak belajar sembelih lembu. Lama-lama nanti kalau tak de yang nak sambung kerja ni camane la kan. Macam masa raya korban aritu, kebanyakannye mintak encik apis sembelih. Bukan setakat lembu yang memang dijual sendiri, lembu yang diorang beli dengan orang lain pun mintak encik apis sembelihkan. Yang macam tu diorang bayar upah sembelih, dapat la RM50 seekor lembu.

Parang ni dah sembelih 20 ekor lembu tuk raya korban ni.
Ok la, tu la citer pasal parang sembelih warisan. Diharap ramai lagi anak muda yang berminat nak belajar sembelih lembu. Bukan sebagai kerjaya, tapi sekurang-kurangnye bila sampai masa nak sembelih lembu korban tu ada la orang yang boleh sembelih. Tak de la tercari-cari orang untuk sembelih. Yela, biasa kat satu kawasan tu bukan sekor je nak disembelih, ada sampai 4-5 ekor atau lebih kan.

~Wassalam~

7 comments:

cik fadh said...

bagus, bole dtgkan pendapatan..

teratak hati said...

x de la pndapatan sgt,sampingan je tu,org bagi upah,terima je la..duit raya..:)

NasZ said...

wah..bagusnya. ilmu yg jarang dapat tu. ilmu cara betul nak sembelih lembu.

Miss Purple Ungu said...

sekurang2nya encik apis bley blaja ilmu menyembelih yg betul kan
ni tak, asyik2 org tua je huhuhu

teratak hati said...

tu la, bkn parang je,nak sembelih lembu kne tau jugak cara yg betul,terutama klu tuk korban..bykkan bertanya pada yg berpengalaman..:)

msredcheesecake said...

dia sembelih lembu ritu? hebat la... susah ke?

teratak hati said...

entah la susah ke,asalkan ada kemahuan utk bljr,klu nk bljr start dgn smbelih ayam,itik,puyuh ke dulu..lama2 dh tau caranye baru smbelih yg bsar..