Friday, 18 November 2011

bila hati resah gelisah...hanya padaMu ku memohon...

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Kau kuatkanlah hatiku,
Kau tenangkanlah perasaanku,
menghadapi saat-saat yang ku nanti,
sesungguhnya hanya padaMu ya Allah,
tempat memohon pertolongan...

Ya Allah...
Kau berilah petunjuk dan hidayahMu,
Apa yang terbaik untukku,
jangan lah kau beri kesakitan padaku
yang tak dapat aku tanggung...

Ya Allah...
Kau permudahkanlah untukku,
Kau selamatkanlah segalanya...
hanya Kau yang berkuasa
menentukan segalanya ya Allah...

amin...


Setiap wanita, mungkin dari zaman kanak-kanak dan remaja lagi, pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia, seterusnya mendapat anak, menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang comel. Bila impian berkahwin tercapai, dan kemudian disahkan hamil, itulah saat-saat yang paling gembira bagi seorang wanita dan juga suaminya. Melalui tempoh kehamilan selama sembilan bulan, pada peringkat awal mesti penuh dengan kegembiraan. Merasai perkembangan bayi dalam rahim sendiri.

Tapi, disebalik kegembiraan tu, sebenarnya seorang wanita tak kan terlepas dari perasaan risau dan bimbang. Lebih-lebih lagi bila menghampiri saat-saat kelahiran. Macam-macam perasaan, bercampur-baur, resah gelisah, dengan banyak persoalan. 'Dapatkah aku menghadapinya?' 'Kuatkah aku menanggung kesakitannya?' Macam-macam lagi persoalan yang membelenggu.

Disaat menanti kelahiran bayi yang ditunggu-tunggu, saat ini lah seorang wanita perlu kuat dan tenang. Tak perlu memikirkan persoalan-persoalan yang hanya menambahkan kerisauan. Banyakkan berdoa, memohon kepada Allah, semoga ditenangkan perasaan, dipermudahkan segalanya.

Semoga ditabahkan hati dan ditenangkan perasaanku...


~Wassalam~

6 comments:

Miss Purple Ungu said...

semoga salina tabah menghadapi saat2 kelahiran nanti :)

msredcheesecake said...

insyaAllah, tuhan jadikan wanita sangat tabah....

IntaNBerliaN said...

InsyaAllah.. takda pe2 pun.. saya doakan awk slmt lahirkan baby awak tu nanti..

teratak hati said...

thanks semua...

Eera Shera said...

semoga selamat lahirkan baby..

insyaALLAH semuanye akan dipermudahkan..tabah dan kuat..

byk2 kan berdoa ;)

Kedai Lalaland said...

Selamat semua nya...Saya harap awk kuat!~~~