Friday, 11 November 2011

Tarikh keramat aku...

Assalamualaikum...

Tarikh keramat ke hari ni..?11.11.11? Tarikh yang cantik kan...ramai pilih untuk nikah atau tunang pada tarikh ni. Ada pulak kat FB tadi tulis yang tarikh ni munculnya anak syaitan dan dajjal, tak tau la kesahihannya.

Aku pun nak citer la pasal tarikh keramat aku. Walaupun bukan tarikh cantik. Tapi sebelum tu kan, pada tarikh yang cantik hari ni, blog aku ni tadi kena jugak 'blog has been removed' tu. Baru je sebelum tu aku baca blog miss purpleungu yang kena removed semalam, pastu BW lagi, sempat join satu segmen tu, pastu baru ingat nak update, tengok2 blog aku pulak kena removed. Dah la line tenet tengah slow sejak akhir2 ni. Lepas ikut step google support tu baru boleh bukak blog ni. Dah tak jadi nak update tadi, dah tengahari kan, kena la pegi masuk dapur, memasak. Menu special hari ni, siakap tiga rasa.


Biase orang masak siakap sekor terus tak potong-potong kan. Tapi siakap ni kena potong-potong kalau tak, tak muat kuali tau. Besar tu siakap ni, 2 kg lebih, tu dalam gambar cam banyak kan, tapi tu separuh je dari seekor siakap, separuh lagi bahagian kepala dah dimasak stim sebelum ni. Siakap segar dari laut ni. Ada wak tu memang selalu pegi laut kalau ada siakap dia tanya la mak mertua aku kat kedai nak tak siakap. Kali ni dia bawak yang besar. Memang puas la makan tadi, walaupun tak cukup bahan nak masak tiga rasa sebab tak de nenas, tapi pandai2 la adjust kan..sedap je..tengok la sape yang masak kan...(ayat masuk bakul angkat sendiri ~_~).

Ok la, kembali pada perkara yang aku nak citer sebenarnya tadi. Raya korban baru lepas kan. Masih bulan Zulhijah ni. Raya korban mengingatkan aku pada 2 peristiwa penting dalam hidup aku. First, pada Aidiladha 1430H, raya korban kedua, 11 Zulhijah 1430H bersamaan 28 Nov. 2009, berlangsungnya majlis pertunangan aku dan apis. Majlis simple je, tapi meriah la bagi aku, masa tu aku korban lembu dua bahagian.

11 Zulhijah 1430H / 28 Nov. 2009

Pada Aidiladha 1431H pulak, raya korban keempat, 13 Zulhijah 1431H bersamaan 20 Nov. 2010, aku selamat dinikahkan dengan encik apis. Majlis nikah pagi, dan tengaharinya kenduri.

13 Zulhijah 1431H / 20 Nov. 2010
Masa nak pilih tarikh nikah dan majlis tu, konon-konon nak pilih 10.10.10, tarikh tu memang cantik, tapi tak de cuti sekolah time tu, nanti susah sedara-mara nak datang dari jauh, so pilih la tarikh lain, dapat la bulan Zulhijah jugak, senang jugak nak ingat, bila raya korban je mesti ingat. Lagi satu, korang perasan tak, 20.11.2011 nanti cukup setahun perkahwinan aku dan apis, hehe...^^

Ok la, tu citer tarikh keramat aku, korang pun mesti ada tarikh keramat korang kan. Walaupun tarikh tak cantik tapi mesti la tarikh tu yang kita ingat sampai bila-bila kan.

~Wassalam~

13 comments:

zahidah seran said...

tarikh nikah 8/9/2006.
tak cantik langsung..
tapi tetap ingat...=)

Shuhaida Subri said...

Ada pulak x cantik. Ok la tu.. Bukan tarikh tu yang nak nikah, Tp orang. yer x? hehehehe

teratak hati said...

yer..btl tu..hehe..:)

Miss Purple Ungu said...

laa...blog teratak hati ni kena removed jugak ke huhuhu
mujur la dh blh bukak sambil hapdet entry kn
btw, sdpnya nmpk gmbr siakap 3 rasa tu :)

Lai Qma said...
This comment has been removed by the author.
Lai Qma said...
This comment has been removed by the author.
Lai Qma said...

0uh trikh keramat jgk tu..
heppy anniversary..^^,

NasZ said...

memang keramat tarikh tu. 20.11.2011. hehehe.

NasZ said...

memang keramat tarikh tu. 20.11.2011. hehehe.

Pondok Usang said...

20112011 lagi cun..

msredcheesecake said...

tarikh keramat msred birth date msred....

Eera Shera said...

walopon tarikh tak cantik tapi peristiwa yg berlaku tu tetap dikenang sampai bile2 sebab ianya sangat suwit..hehe

Eera Shera said...

walopon tarikh tak cantik tapi peristiwa yg berlaku tu tetap dikenang sampai bile2 sebab ianya sangat suwit..hehe