Wednesday, 2 May 2012

Ayam blackpepper

Assalamualaikum...

Lamanya tak update. Malas pulak nak menaip sejak beberapa hari ni. Hari ni nak share resepi lagi la ngan korang. Resepi simple je. Ayam blackpepper. Jom tengok resepinya..


Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kecil2)
  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia (ditumbuk)
  • kentang
  • lada hitam (dikisar halus)
  • kicap manis
Cara memasak:
  • gaul ayam yang telah dipootong kecil-kecil dengan halia dan garam.
  • goreng ayam tadi sehingga separuh masak dan ketepikan.
  • kentang dipotong bentuk wedges dan digoreng, kemudian ketepikan.
  • tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar.
  • masukkan serbuk lada hitam.
  • masukkan kicap manis dan sedikit air.
  • masukkan ayam yang digoreng tadi, gaul dan biarkan seketika.
  • masukkan kentang yang telah digoreng.
  • siap untuk dihidangkan dan dimakan.
Selamat mencuba dan memasak ye..^^

wassalam^^

6 comments:

Miss Purple Ungu said...

mmm...sedapnya
my favourite tu (klu bkl mak mertua lalu kt dpn harus x perasan :)

Karukord Jagau's said...

Ahaa boleh cuba niiii....
Utk lauk malam nanti :)

fieda said...

sedap ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok,dah mark resepi ini..ihi.

eita said...

bestnyer...

wan nurul hezrina said...

sedap ek ayam black paper?nurul selalu buat dagingjer..tapi nampak sodap2=)