Monday, 7 May 2012

'Sunan Musafir Contest yang Sueperbs'

Assalamualaikum...

Terima kasih Sue jemput untuk join contest ni. Ingatkan contest apa je, tengok-tengok hadiahnya buku novel Sunan Musafir edisi kulit keras yang dijual masa Pesta Buku hari tu. Terus teruja nak join. Nak tau kenapa?? Jom baca alkisahnya...

nak join? click gambar ye^^

Ok camni kisahnya..Aku memang peminat setia novel Ramli Awang Murshid ni. Lagi-lagi novel kisah Sunan ni. Laksamana Sunan adalah nama gelaran kepada watak utama novel ni, Saifudin. Sunan Musafir ni adalah sambungan ke-6 dari novel pertama iaitu Bagaikan Puteri. Sambungan kedua..Cinta Sang Ratu, ketiga..Hijab Sang Pencinta, Keempat..Cinta Sufi, dan kelima..Sutera Bidadari. Memang dah lama tunggu sambungan Sutera Bidadari tu. Akhirnya keluar pun Sunan Musafir ni.

Sebab apa aku suka baca novel ni?? Novel ni novel thriller. Imaginasi Ramli Awang Murshid ni memang tak tercapai akal kita. Novelnya banyak pengisian, bukan sekadar cerita je, banyak pengajaran dan ilmu dapat ditimba.

Kalau korang nak tau, entry pertama aku masa mula-mula ada blog ni, aku cerita tentang novel ni la. Masa tu Sutera Bidadari baru keluar. Tak caya cuba klik sini.

Bila tau Ramli Awang Murshid ada masa Pesta Buku dan novel Sunan Musafir ni akan dijual edisi kulit keras, terkilan sangat sebab mustahil la aku dapat pergi. Mustahil la aku nak ajak encik apis pergi KL tu. Jauh tu dari Johor, encik apis tu dah la seorang yang sibuk dengan kerjanya.

Jadi bila adik ipar yang study kat UPM dan tengah praktikal di Bangi, sms yang dia nak pergi Pesta Buku, aku pun terus la kirim kat dia belikan novel edisi kulit keras tu. Tapi dia pergi 30 April, orang karangkraf tu cakap 5,6 hb Mei baru novel kulit keras tu akan dijual dan Ramli Awang Murshid ada. Jadi sangat kecewa.

Bila baca entry Sue ni, sangat jeles la sebab dia dapat Sunan Musafir edisi Kulit keras tu dan dapat autograph lagi. Huhu..sedihnya tak dapat.

Sue..pilih la kita tuk dapat hadiah novel kulit keras tu ye..^^


wassalam^^



10 comments:

Eera Shera said...

hah? contest ke ni? kena terjah ni..nk sunannnn!!!

Masz Sidek said...

good luck...
rasa nak join gak laa...
sy pun minat cerita sunan...
kalau dpt novel ni... lengkaplah koleksi novel sunan sy ni... :)

sue perbs.. said...

Hehe.. Sedih pulak bce kisah awk ni.. Btw thanx join.. Gud luck..

IntaNBerliaN said...

oo xda rezeki time tu...

insyaAllah.. mana tau rezeki utk menang contest ni nanti..:-)

good luck..

nuha said...

gud luck..:D

msredcheesecake said...

Ada kawan saya suggest buku RAM ni kat saya. Sebelum ni saya baca novel thriller english je, tatau ada buku melayu.... Good luck yea...

Miss Purple Ungu said...

lama dah x baca novel2 RAM ni sbb dulu slalu pinjam kwn punya hehe :)

sue perbs.. said...

contest dah tamat.. siapa yang menang?

http://sueperbs.blogspot.com/2012/05/pemenang-sunan-musafir-contest-yang.html


thanx join..

ciksusu said...

congrate!! bw dr contest yg sama ;)
folow n link cni ye ;)

sue perbs.. said...

tinggalkan almat ye kat emel sy