Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, 12 May 2012

Banner, watermark & widget melekat

Assalamualaikum...

Nampak tak banner blog Anggun Solehah Shop tu?? Saje je nak buat banner. Tempah kat miss Z. RM 5 untuk banner tu, dan watermark RM 2. Tapi ada diskaun, miss Z bagi RM 5 je dua2.


Banner



Watermark

Ok la hasil kerja miss Z. Puas hati, dan boleh dirunding. Dua kali kot miss Z tukar-tukar nak ikut cam yang aku nak. Korang nak? Tempah la kat miss Z. Aku sebenarnya m_l_s nak belajar buat banner dan watermark tu, nak pikir design lagi kan. So tempah je la senang.

Yang kat tepi belah kiri tu pulak, nampak tak banner tu melekat je kat situ walaupun korang scroll ke bawah atau ke atas..tadi jumpe tutorial kat blog Masz Sidek, cam simple je nak buat, terus la apply kat sini. Boleh buat untuk widget-widget lain jugak tau. Korang nak buat pergi belajar tuto tu ye..


wassalam^^


Friday, 4 May 2012

Foremilk dan hindmilk??

Assalamualaikum...

Masih banyak ilmu tentang breastfeeding yang aku belum tau rupenya. Ada satu komen kat entry aku ni, dari najwa.



Masa baca komen tu duk pikir-pikir la 'apa tu hind milk?' Tapi masa tu tak sempat nak mencari maklumat mengenainya. Pastu terus lupa pasal tu. Semalam baru teringat balik. Bila baca komen tu, aku teringat yang aku pernah komen kat entry blog MommaMia, mengenai susu awal dan susu akhir. Jadi aku pun pergi la godek-godek blog tu untuk mencari jawapan. Tuan blog bagi link untuk aku baca lebih lanjut http://alinalan.blogspot.com/2010/05/hindmilk-important-while-breast-pumping.html. Lepas baca tu baru la aku faham.


Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan). Apa tu foremilk dan hindmilk nih?

credit: MommaMia


FOREMILK -- berperanan untuk menghilangkan dahaga
  • susu awal yang agak cair mengandungi air yang banyak
  • kurang lemak
  • tinggi karbohidrat

HINDMILK -- berperanan untuk mengenyangkan
  • susu yang agak pekat
  • mengandungi kurang air berbanding foremilk
  • lemak yang tinggi
  • ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby
  • selalu ada dibelakang breast - always comeout towards the end of pumping session
HINDMILK good for the baby and good for the momma. Why???
  • HINDMILK releasekan horman yg akan increase breast milk supply
  • HINDMILK help baby to be more relax, calm and satisfy baby

Siap ada video tau kat entry tu cara urutan breast untuk merangsang hind milk keluar waktu mengepam atau menyusukan.


Berbalik pada komen tadi, waktu menyusukan, aku tak de pulak alih-alih dari satu breast ke breast sebelah. Cuma yang aku perasan, hakim selalu jugak menyusu sekejap je, dalam 5 - 10 minit, pastu dah berenti. Biasa yang aku baca baby akan hisap lebih kurang 20 minit. Dah pujuk-pujuk hakim untuk hisap susu lagi tapi dia tak nak. Bila dia nak susu lagi aku bagi breast yang sebelah lain pulak la, sebab gilir-gilir kan. Jadi tak tau la hakim dapat ke tak hind milk yang dikatakan tu.


Teringat masa hakim kecik lagi, masa dalam pantang, dia menyusu berejam-jam, paling sekejap pun 30 minit. Sekarang entah kenapa dia hisap susu sekejap je dah tak nak.


Itulah gunanya komen-komen dari pembaca. Pendapat yang berguna dan dapt dimanfaatkan bersama..^^


wassalam^^


Penat berblogwalking^^

Assalamualaikum...

Niat nak tengok-tengok dashboard dan blogwalking sikit-sikit malam ni. Tapi tengok dah ada update dari cik atiqah untuk senarai yang join segmen dia. Segmen yang aku join semalam. Jadi tadi terus la blogwalking laju-laju kat blog diorang. Yang penting komen dan biasa lah, mesti follow.

Habis pun terjah semua blog, tak silap ada 20 blog tadi. Kebanyakan yang join blogger-blogger baru. Blog aku ni pun kira baru jugak la. Tapi tengah syok-syok mengomen tadi, spoil sikit bila ada yang letak word verification untuk komen. Nasib baik la line ok je. Kalau yang pakai broadband yang macam siput tu mesti dah hilang mood terus untuk komen kan.

Ada beberapa blog yang jumpa ada word verification tu. Perlu ke benda tu untuk seseorang yang datang dan komen blog diorang? Hrmmm..pinjam ayat Nabil jap..'lu pikir la sendiri..'^^

Ada yang join segmen untuk dapat ramai follower. Ada yang nak ramai pengunjung. Ada yang nak banyak komen kat entry. Bagi aku, aku nak semuanya. Tapi yang penting kualiti, bukan kuantiti. Aku lebih suka pengunjung yang datang baca entry dan komen. Baru la tak rasa macam tulis entry syok sendiri atau buat blog untuk sendiri baca je...betul tak??^^



wassalam^^

Tuesday, 6 December 2011

Jadikan buah-buahan sebagai snek

Assalamualaikum...

Hye semua...petang ni rasa cam nak menaip pulak..huhu..lame tak update. Sejak akhir-akhir ni memang malas je nak buat entry baru, entah la kenapa kan...tapi BW tetap rajin je. Petang-petang camni memang ngantuk je mata ni. Kalau tak BW confirm tido je lah keja nye. Tak boleh la tido je kan, tak baik untuk kesihatan.

Tapi kan serba salah pulak bile BW and komen blog orang, bile orang tu balas kunjungan, datang blog kite, tengok-tengok tak de entry baru pun, entry yang ada tu dia dah komen pun, camane dia nak komen lagi kan. Tapi ada je yang rajin masih tinggalkan komen kat entry yang sama buat kali kedua. Terima kasih la pada yang rajin tu..sayang korang..hehe...

Ok la, duk merapu je dari tadi. Tajuk kat atas tu, sape pernah baca or dengar..?? Haa..tu kan ayat iklan Kementerian Kesihatan dalam surat kabar Metro or Berita Harian (tak ingat dah). Kempen amalan pemakanan sihat. Jom sama-sama kita sahut seruan kempen ni. Tak rugi pun tau. Dulu muda-muda (sekarang tak de la tua sangat ye) aku tak pikir sangat pun nak amalkan pemakanan sihat ni. Bantai je la makan ape pun kan. Tapi sejak aku pregnant je, dan mengalami masalah anemia (kurang darah), terus je ada kesedaran untuk menjaga pemakanan. Penting tau menjaga apa yang kita makan dan cara pengambilan makanan tu.

Salah satu amalan pemakanan sihat ialah dengan menjadikan buah-buahan sebagai snek. Tau tak maksud snek tu. Maksudnya waktu antara masa makan yang utama iaitu breakfirst, lunch, dan dinner, kita mesti nak makan sesuatu kan. Contohnya kita makan biskut (apa-apa jenis biskut la), kerepek, makanan ringan, kuih muih dan sebagainya. Makanan macam ni biasanya banyak mengandungi gula, garam, dan bahan perasa tambahan. Kalau kita makan sebagai snek, dah berapa banyak gula, garam dan bahan perasa lain yang kita ambil dalam sehari bila dicampur dengan makanan yang kita makan pada waktu breakfirst, lunch, and dinner.

google image
So, apa kata kalau kita lapar pada waktu antara lunch dengan dinner tu, kita makan buah-buahan yang bermacam-macam jenis. Ikut kesukaan korang la kan. Buah-buahan kan semulajadi, tak de bahan perasa, kalau nak beli tu pilih yang fresh, segar-bugar, baru sedap. Buah-buahan dapat membekalkan vitamin C, membantu penyerapan ion dalam badan, membantu penghadaman, tak kan menggemukkan, dan banyak lagi la kebaikannya.

Macam aku, suka sangat makan jambu batu. Mesti nak ada je jambu batu dalam peti ais tu. Lagipun jambu batu senang simpan, tahan lama sikit la, tak cepat buruk, yang penting kaya dengan vitamin C. Betik pun suka jugak, tapi mesti cari yang masak segar, terus makan, tak boleh simpan lame, nanti dah tak sedap kan. Aku mesti makan jambu batu tu sebelum makan lunch, dan selepasnya. Kalau petang sikit lapar lagi, makan jambu batu lagi. Tak payah makan dengan asam boi pun, makan camtu je dah sedap. Tu aku amalkan sejak ada masalah anemia sebab pregnant. Sekarang dah tak anemia lagi, tapi masih nak makan jambu batu jugak. Lagipun senang nak dapat jambu batu tu, jual tepi jalan dekat-dekat tempat tinggal aku ni, segar dari ladang dia.

Ok la, nak stop dulu...jangan lupa amalkan pemakanan sihat ye, sama-sama menjaga kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati.....>__<


~Wassalam~

Wednesday, 19 October 2011

ada ke lelaki suka shopping...??

Assalamualaikum....

Ade ke lelaki suka shopping..?tak de..?bukan la maksudnye lelaki tak suke shopping langsung, tapi caranye lain la dengan perempuan bershopping. Lelaki bile nak beli barang yang dia nak dia akan terus pergi kat tempat yang dia nak beli tu, tengok 2-3 jenis, pilih, then terus bayar dan balik.

Kalau perempuan pulak tak de nye macam tu, nak beli t-shirt sehelai pun mesti kene pegi paling kurang 2-3 kedai, dah masuk satu kedai tu mesti tengok semua t-shirt yang ade kat dalam tu, nak pilih pun punye susah, mule2 dah berkenan, tapi tak terus amik, tengok yang lain pulak, last2 sendiri pening nak yang mane, tengok2 yang mule2 tadi jugak yang dipilih. Macam2 la lagi ragam perempuan bershopping.

Sebab tu la bile suami isteri bershopping same2 kadang2 boleh gaduh jadinye. Kalau yang belum kawin tu, mesti ade yang dating tu sambil shopping kan...mase couple boleh la lagi si lelaki tu ikutkan je...bile dah kawin macam2 la nanti yang keluar dari mulut dia.

google image

Dr. Davis Lewis, psikologi dari London, mendapati kebanyakan masa yang diambil oleh orang lelaki untuk membeli belah di kompleks ialah 30 minit sahaja. Jika lebih daripada masa ini menyebabkan dia letih dan jika terpaksa meneruskan akan menambahkan tekanan dalam dirinya. Sebaliknya bagi kebanyakan wanita, membeli belah adalah aktiviti berkala yang amat menyeronokkan, boleh mengurangkan tekanan harian dan boleh menambahkan keceriaan dalam dirinya. - Sumber: Majalah Anis, 'Shopping: Suami Stress, Isteri Ceria' oleh Pak Uteh (Perunding Motivasi Kekeluargaan).

Haa..korang setuju tak dengan kenyataan kat atas tu..?Bagi aku memang betul pun. Kalau dah boring duk rumah je mesti nak je pegi shopping. Kadang2 tu tak tau nak beli ape, saje2 je ajak encik suami pegi shopping kompleks. Kadang2 tu cari la alasan nak beli ape2 yang dah abis kat rumah ke, ade sale ke. Yang encik apis pulak mesti ade mase dia malas tu ade la dia buat muke lain je...tapi last2 dia ikutkan je. Pastu tengah shopping tu bile lame sikit je aku belek2 mule la kuar macam2 dari mulut dia tu. Dia memang suka membebel, tapi aku buat tak tau je, last2 dia ikutkan je la.

Hehe..kadang kesian lak kat dia kena ikut kite je kan. Ala bukan buat ape pun, kalau pilih lame2 tu kan sebab nak tengok mane yang ok, bandingkan harga, baru puas hati beli. Kadang2 nak amek ati dia, konon2 nak cari barang tuk dia cam baju or seluar, tapi sebab dia sendiri malas nak tengok n pilih dah tak beli pun. Dia sendiri la yang rugi kan.

Sebenarnye ape yang penting kena tolak ansur dan fahami pasangan kita. Lelaki dan perempuan kan memang berbeza. Kena pandai menjadikan perbezaan tu sebagai pelengkap diri masing2. Lelaki kenalah faham perempuan memang camtu. Tu pun tuk kebaikan bersama gak bile bershopping, kena pilih yang sesuai, harga yang berpatutan, baru la tak rugi duit je beli, duit suami gak kan. Perempuan pun kena paham2 la bile dah lame2 sangat tu, memang nak kena stop dulu, ajak suami g makan ke, pegi kedai yang jual barang2 yang dia suka tengok ke, baru la dapat ceriakan balik suasana shopping tu. Elakkan dari terjadinya suasana masam muka, gaduh2, dan stress.

Tapi apis tu tak de la sampai stress, dia memang seorang yang sabar (dengan kerenah aku ^^), walaupun dia suka membebel. Ok, selamat bershopping bersama pasangan korang...enjoy shopping...jangan sampai stress...>__<

~Wassalam~

Tuesday, 18 October 2011

Menyambut Kelahiran Bayi~Panduan untuk suami

Assalamualaikum...

Hari ni nak share tentang kaedah menyambut kelahiran bayi. Islam menggariskan beberapa perkara yang disunatkan sewaktu menyambut kelahiran bayi.

Panduan Untuk Suami

# Membaca surah-surah berikut semasa menanti saat kelahiran bayi:
  • Surah al-Inshiqaq : 1-5 bermaksud:
Apabila langit terbelah; serta mematuhi perintah tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; dan apabila bumi diratakan; serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong; serta mematuhi perintah tuhannya dan sudah semestinya ia patuh.
  • Surah al-Hasyr : 3 bermaksud:
Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyiksa mereka di dunia dan dalam pada itu mereka akan beroleh azab seksa neraka.

# Bersama-sama isteri sewaktu saat kelahiran.

# Sunat diazankan dan diiqamatkan secepat mungkin.

Setelah dipotong tali pusatnya dan dibersihkan serta dibenarkan melihat. Dilakukan oleh bapa bayi atau waris tertua dalam keluarga tersebut kerana inilah komunikasi awal sebagai pengenalan  terhadap kalimah-kalimah Allah s.w.t. untuk diperdengarkan kepadanya. Selain menjauhkan dari gangguan jin dan syaitan.

Diriwayatkan dari Abi Rafi a.s. katanya yang bermaksud:
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. berazan di telinga Hasan bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah." (H.R. Abu Daud dan Tarmizi)

Husain bin Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa dikurnia anak lalu mengucapkan azan pada telinga kanan bayinya dan mengucapkan iqamat pada telinga kirinya, maka si bayi akan terhindar dari gangguan syaitan." (H.R. Al-Baihaqi).
  • Azan di telinga kanan.
  • Iqamah di telinga kiri.  
  • Membaca surah al-Qadar di telinga kanan.
  • Membaca surah al-Ikhlas di telinga kiri. - Mohon supaya anak tersebut terselamat dari perbuatan zina, dikuatkan iman serta dijauhkan dari syirik.
  • Tahnik - Tahnik dengan manisan madu atau sedikit kurma. Menggunakan jari manis yang dibaca padanya surah al-Insyirah. Dan baca dari surah Toha:25-28. Dilakukan sebelum bayi diberi susu ibu. Semoga apabila dewasa ia akan bercakap perkara yang benar dan menjadi anak yang soleh dan baik budi pekertinya.
  • Untuk memperolehi keberkatan, seseorang yang dipilih melakukan tahnik seelok-eloknya orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.
  • Abu Musa r.a. berkata, "Aku dikurniakan seorang putera. Kemudian aku membawanya kepada Nabi. Baginda menamakannya Ibrahim, membersihkan mulutnya dengan kurma, dan didoakan agar mendapat keberkatan, selepas itu barulah ia diserahkan kepadaku."
# Mencukur kepala.

Dalam Muwata' Imam Malik diceritakan ayah Jaafar bin Muhammad berkata: " Fatimah telah menimbang rambut putera-puteranya lalu menimbangnya dengan perak dan nilainya disedekahkan kepada fakir miskin."

Mencukur rambut lazimnya dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.

#Memberi nama anak.

Menamakan anak dengan nama yang membawa maksud dan pengertian yang baik kerana itu merupakan doa kepada bayi.

#Aqiqah.

Dari segi syariat aqiqah ialah menyambelih kambing untuk bayi yang baru dilahirkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Semua anak tergantung (tergadai) dengan aqiqah, disembelih pada hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur rambutnya."(Hadith Shahih)

Ummu Karaz Al Kabiyah berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang aqiqah. Baginda bersabda yang bermaksud:
" Untuk seorang putera dua ekor dan untuk seorang puteri seekor dan tidak ada salahnya kambing itu jantan atau betina."

Terdapat juga riwayat bahawa seekor kambing disembelih apabila seorang bayi lelaki lahir. Ini berkait dengan sunnah Rasulullah s.a.w. apabila Hasan dan Husain r.a. dilahirkan.

Ahmad bin Hambal berkata, " Penyembelihan hendaklah dilakukan pada hari ketujuh, jika tidak pada hari keempat belas, dan jika tidak pada hari keduapuluh satu."

Beberapa ulama berpendapat jika penyembelihan tidak dilakukan pada hari-hari tersebut, bolehlah dilakukan pada hari-hari lain.

Jika seseorang tidak mampu melaksanakan aqiqah, maka dia tidak harus memaksa dirinya melakukannya.

Memasak haiwan aqiqah adalah lebih diutamakan (digalakkan) dari daging mentah untuk memudahkan fakir miskin menikmatinya.

Umur aqiqah yang disembelih sesuai dengan syarat-syarat aqiqah, sihat dan tidak cacat.

Tidak sah seekor kambing disembelih oleh beberapa orang lain untuk beberapa orang anak mereka.

Sebaik-baiknya aqiqah itu berupa kambing, unta, lembu, atau kerbau.

Anak-anak dianjurkan menyembelih aqiqah untuk ibu bapa mereka jika mereka mengetahui bahawa aqiqah untuk ibu bapa belum dilakukan.


Semoga memberi manfaat kepada semua yang membaca. Diambil dari sumber bahan bacaan dan diringkaskan. Kalau ada kemusykilan boleh bertanya kepada yang lebih arif atau mencari dari sumber-sumber lain. Malu bertanya sesat jalan, malas membaca sendiri yang rugi kan...>_<

Gambar: Google image

Wallahualam....

~Wassalam~

Thursday, 22 September 2011

kafein dan wanita

Assalamualaikum... 


picture from google image

korang suke tak minum nescafe or kopi?
tapi mesti ramai yang biase minum teh kan...
aku lak memang suke sangat minum kopi n nescafe ni...
lagi2 mase sarapan, bile mengantuk waktu nak study dulu,
n dah keja pun bile ngantuk mesti nak minum nescafe...
bau nescafe tu je dah buat mata segar...

tapi kan korang tau tak keburukan nescafe tu pada kesihatan kite..
terutama sekali pada kaum wanita...
bukan nescafe je, semua minuman yang mengandungi kafein,
nescafe, kopi, teh, minuman bergas, coklat...
bukan tak boleh minum..,tapi tak boleh terlalu banyak...

kafein boleh menyerap kandungan ion atau zat besi dalam badan kite...
bile kite makan makanan yang mengandungi zat besi,
then kite minum minuman berkafein,
kafein tu akan menyerap zat besi dalam makanan,
kan rugi je kite makan camtu,
kite makan bukan tuk kenyang je...
tapi untuk kesihatan tubuh badan kite gakkan...
zat besi ni penting untuk menambah darah dalam badan...
lebih tepat hemoglobin atau sel darah merah...

sebenarnye aku tau pun sebab aku kan tengah pregnant ni...
so pegi check up je asyik kurang darah atau diorang panggil anemia...
biase berlaku pada ibu mengandung,
sebab darah digunakan untuk pembesaran baby dalam kandungan....

sebab tu la kafein tak elok untuk kaum wanita...
lagi2 yang dah kawin n merancang tuk pregnant...
aku memang dah kurang minum nescafe sejak pregnant ni,
tapi rupe-rupenye minum teh pun ade kafein,
walaupun kandungan kafein dalam teh rendah berbanding dalam nescafe/kopi,
tapi bile minum 2-3 cawan sehari, hari2 pulak, kan jadi banyak kafein nye...
kalau nak minum gak boleh,
tapi jangan minum waktu makan makanan yang mengandungi zat besi,
senang citer waktu korang makan nasi + lauk +sayur,
minum la air kosong je, tak pun air jus buah-buahan...

rindunye nak minum nescafe...'~'
tengok je plastik nescafe dalam laci tu dah buat tak tahan dah...
terbayangkan aroma dan rasanye...
tapi demi babyku dalam kandungan ni...sabar je la...
sekarang dah tak minum langsung nescafe, kopi, teh...
sabo je la...^~*

p/s: kafein ade kebaikan gak, contohnye menambahkan daya konsentrasi,
n mengandungi antioxidant atau anti penuaan,
kire leh awet mude la,
tapi awet mude pun kalau dah anemia baik tak yah kan...hehe...^__^

thank u for reading....just share about what i know....
~wassalam~

Tuesday, 20 September 2011

continue..~tips merancang majlis perkahwinan~

Part 2

Assalamualaikum...

hye semua...ni entry tuk sambung entry sebelum ni ~ tips merancang majlis perkahwinan~
ok kat bawah ni aku perincikan camane nak buat list baget tu:

barang hantaran
    • tentukan berapa dulang dari pihak lelaki dan perempuan
    • tentukan barang2nye, biasenye first sirih junjung/bunga telor, makanan dalam 3 jenis contohnye coklat, kek, buah-buahan...yang lain tu barang2 cam al-quran/tafsir, baju (sepasang), handbeg, kasut, jam tangan, kosmetik, toileteries....
    • kalau banyak dulang barang2nye maybe murah2 sikit setiap satu, tapi kalau sikit cam 7 or 9 dulang tu, boleh la beli barang mahal2 sikit, time ni la nak beli handbag, kasut dan sebagainye yang branded2 n mahal sikit kan...
    • decide camane nak gubah hantaran tu, bekas hantaran, hiasan..,ikut warna tema la kan...
    • boleh je beli bekas hantaran yang siap digubah tu, tapi kalau rajin boleh gubah sendiri, lagi jimat...

hantaran aku dulu, simple je,
bekas tu suami aku buat, welding besi sendiri....


    
    hantaran dari suamiku...bekasnye same, buat sendiri....
    

cenderahati tuk tetamu
    • anggarkan bilangan tetamu - jiran kawasan tempat tinggal, saudara mara, kawan2 korang, kawan2 mak ayah korang, rombongan pihak lelaki/perempuan, dan sebagainye...agak2 la jumlahnye 500 / 1000 / 2000 ke....
    • jangan anggar terlalu sikit or terlebih sangat...kalau sikit nanti tk cukup lak cenderahati tu kn susah, kalau lebih nanti rugi lak, membazir...
    • letak baget berape ringgit tuk cenderahati tu tuk seorang tetamu, contohnye RM 2, kalau 1000 tetamu dah RM 2000 abis kat situ je...
    • then boleh pilih nak bagi ape, dalam beg kertas ke beg kain ke, boleh g survey dulu kalau banyak mase n rajin...penat tu semua nak kene survey..boleh patah kaki woo...
kad kahwin
    • jumlah kad kahwin ikut pada tetamu korang, cam aku dulu kat kampung aku orang2 kampung tak yah bagi kad, jemput mulut je, kad biase tuk saudara mara yang jauh, kawan2, ade gak kawasan yang jiran2nye kene bagi kad gak...
    • harga ikut baget la kan, bayangkan kalau korang baget RM 1 satu kad, 1000 kad dah RM 1000...tuk kad je tu...huhu..
kenduri + kanopi
    • ikut pilihan dan kebiasaan tempat korang..
    • katering - cam senang kan, tapi memang mahal sikit dan kene berhati-hati memilih, banyak kes tipu dah sekarang....
    • kalau kat kampung memang masak gotong royong - tempah tukang masak awal2 dan bincang menu tuk kenduri, barang2 tuk masak, bayaran....
    • kanopi - tempah tuk sewa kanopi pn nk kene awal gak...terutama kalau buat majlis time cuti sekolah/cuti raya
baju nikah, baju sanding, makeup, pelamin, gambar kawin
    • biasenye kalau g kedai mak andam tu memang dah siap pakej2 perkahwinan nye...
    • biase semua tu ade dalam satu pakej..kalau tak amek pakej harga jadi mahal sikit..
    • kalau tak nak pakej pun tak pe..ikut pilihan la, nak sewa baju ngan kedai lain, makeup ngan orang lain, gambar ngan orang lain...
    • baju nikah tu biase buat sendiri, tempah la, kire tak sewa, sebab boleh buat kenangan kan...
Total bajet

korang mesti nak kawen tu pikir berape duit perlu ade kan...cukup ke tak duit yang ade tu...
hrmm...kalau majlis yang korang rancang tu memang meriah dan gempak la orang kate kan,
boleh sampai RM 20000 kot abis duit...ade yang lebih lagi...
tapi kalau majlis simple je dalam RM 10000 pun dah cukup...
cam majlis aku dulu aku bajet RM 10000,
dh lepas semua aku kire2 jumlah sebenar abis dalam RM 13000...
ok la tu kan...sebenarnye majlis simple je dh ok,
tak bermakna tak meriah, cam aku dulu simple tapi meriah je aku rase...
tapi majlis belah suami aku lagi meriah...abis sampai RM 30000 kot...
tapi pastu cover balik ngan duit 'salam keruk'...paham2 la kan...
tu pun sebab mak ayah mertua aku ni ade bisnes, semua orang kenal,
anak pertama lak tu kawin...so kene keluar lebih la kan...


 ok la...setakat tu saje kot yang boleh aku kongsi ngan korang...
dah penat lak menaip banyak-banyak ni....
terima kasih kerana sudi membace...
k..wassalam..^.^

Sunday, 18 September 2011

sape nak kawin..??jom bace ni...~tips merancang majlis perkahwinan~

~Part 1~

Assalamualaikum...

haa...ni musim raya ni ramai yang buat majlis kahwin kan...
kawan2 aku pun ade beberapa orang yang melangsungkan perkahwinan musim2 raya ni...
jiran2 kat kawasan rumah ni pun ade beberapa rumah yang buat majlis kahwin...
teringat mase aku kawin dulu...bulan 11 tahun lepas, lepas raya haji...

so kat sini aku nk kongsi la sikit ngan korang kan...
tips untuk merancang sebuah majlis perkahwinan....
majlis perkahwinan sendiri..
zaman sekarang ni kan semua nye pakai duit...
so kalau nk jimat tu tk yah pakai wedding planner pun...
kite sediri pun leh jadi planner yang bagus...lagi senang, puas hati, jimat....
lagi satu tak yah la sampai nak buat pinjaman peribadi tuk kawin...

ok, tak yah buang mase...kat bawah ni aku senaraikan ape yang perlu korang buat tuk merancang majlis perkahwinan korang...

  1. confirm kn tarikh akad nikah dan majlis kenduri belah perempuan dan lelaki - tak dapat tarikh yg tepat pun sekurang-kurangnye bulan dan tahunnye...
  2. start kumpul duit - pandai2 la baget duit gaji tu tuk belanje seharian dan simpan tuk beli barang tuk majlis kahwin tu..,kalau dh tau bile nak buat majlis tu lagi senang nak baget sebulan berape perlu disimpan...
  3. senaraikan perbelanjaan mengikut bahagian2 nye...
    • barang hantaran + hiasan
    • cincin/gelang/rantai + mas kahwin
    • barang cenderahati untuk tetamu
    • kad kahwin
    • kenduri (makanan, kanopi)
    • baju nikah, baju sanding
    • makeup (mak andam)
    • pelamin
    • gambar kahwin
    • perbelanjaan rombongan kahwin (minyak kereta, dll..)
    • perbelanjaan sampingan lain...           
  4. letak baget harga untuk setiap barang2 yang disenaraikan tu...baget mengikut kemampuan korang la kan...dan juge duit hantaran....
  5. start beli barang sikit-sikit - sambil kumpul duit tu korang boleh pakai duit tu sikit2 tuk beli barang2 tertentu contohnye barang hantaran dan cenderahati untuk tetamu...boleh survey dulu barang yang korang nak dan harganye...
  6. survey awal2 pakej perkahwinan yang disediakan kat kedai mak andam yang berdekatan rumah korang...survey la beberape tempat, then senang nak pilih mane yang sesuai...paling awal 6 bulan sebelum majlis kahwin dah kene booking, kalau tak nanti tak dapat ape yang korang nak...termasuk la jurugambarnye...
  7. tempah kad kahwin - boleh survey dulu nak yang camane n harganye...kalau nak jimat tak yah yang mahal2 sangat, nanti kan orang buang jugak..hehe..sekarang ramai dh pakai facebook je kan tuk jemput kawan2...
  8. masukkan harga sebenar setiap kali beli barang tu kat dalam senarai yang korang dah buat awal2 tu..sebelah ngan harga baget, buat dalam bentuk column la, so senang korang nak tengok korang dah belanje lebih baget ke kurang dari bajet ke.....
  9. pastikan korang ngan pasangan dah pegi kusus kahwin, pastu lagi 3 atau 2 bulan sblm tarikh nikah g pejabat agama kat tempat masing2 tuk amek borang kahwin...
  10. borang kahwin tu beserta ngan borang ujian HIV, setkan mase betul2 tuk g HIV test tu kat klinik kesihatan or klinik swasta, kalau nak jimat g klinik kesihatan je, result test tu sah tuk mase 6 bulan, so paling awal korang boleh buat test tu 6 bulan sebelum tarikh nikah, dapat settle awal lagi bagus kan tak pening kepala saat2 akhir...
  11. kalau yang lelaki, borang kahwin dia kena settle dulu ngan kadi kat tempat tinggal dia, pastu borang yang lelaki tu bagi kat perempuan tuk antar bersama borang perempuan kat kadi tempat tinggal perempuan tu...
ok...setakat ni dulu tuk part 1...next entry aku sambung tuk part 2...lebih terperinci lagi....
ade ape2 yang korang tak paham boleh tanya kt komen k...
wah dh macam perunding perkahwinan lak...hehe...
semua berdasarkan pengalaman aku dulu...terpulang pade korang nak ikut ke tak kn....
wassalam....^_^