Showing posts with label info bayi. Show all posts
Showing posts with label info bayi. Show all posts

Saturday, 11 August 2012

8 bulan ~ dah banyak Hakim pandai..

Assalamualaikum...

Sebelum nak cerita pasal Hakim, nak cakap pasal GA. Daripada komen-komen di entry sebelum ni, ada yang mintak untuk ikut tarikh tamat yang asal sebab belum sempat join, dan ada yang cakap kalau pos hadiah pun mungkin orang dah balik kampung awal, tak de orang kat rumah. Jadi aku decide tuk teruskan je la tarikh tamat yang asal tu iaitu 12hb ogos 2012. Kepada yang cakap nak join tu, sila join cepat-cepat ye. Tinggal 2 hari je lagi ni tau. Yang dah join tu sabar ye, kalau ada rezeki menang tak kemana..hehe...

Hakim hari ni dah cukup 8 bulan. Dah macam-macam benda baru yang dia pandai. Yang selalu buat semua orang ketawa, Hakim dah pandai lentok-lentokkan kepala dia ke kiri dan ke kanan. Mula-mula dulu dia buat camtu bila kita nyanyikan 'La Ilahaillallah..Muhammadurrasulullah..' Tapi sekarang bila dengar zikir-zikir lain, lagu-lagu kat radio atau tv, semua dia nak lentokkan kepala. Kadang-kadang sekali badan dia gerakkan macam nak berjoget pulak. Time nak suapkan dia makan, bacakan doa makan pun dia buat camtu. Hahaaa...memang satu rumah ketawa aje tengok aksi dia tu. Entah dari mana dia belajar tak tahu la.

Selain tu, Hakim dah pandai bercerita tau. Dalam bahasa dia la, memang tak paham pun. Tapi tu ada time dia la. Setakat ni bunyi yang dapat difahami ialah 'da' 'bah' 'abah' 'babah' 'ma'. Tapi dia sendiri pun tak tau apa yang disebut tu. Baru aku tau rupanya perkataan abah dan mak memang asalnya dari bunyi/perkataan awal bayi. Patut la ada orang cakap budak akan pandai sebut 'abah' dulu. Kalau sebut 'ibu' mesti lambat baru dia boleh sebut. Kalau 'umi' lagi la lambat kot.

Hakim punya movement pulak,camane ek nak cakap.. Dia memang dah lama boleh meniarap sendiri. Tapi dari dia 6 bulan lebih, dia hanya boleh meniarap dan pusing-pusing ke kiri dan ke kanan. Kadang-kadang dia boleh buat pusingan 360 darjah dalam keadaan meniarap tu. Tapi sampai sekarang dia masih belum boleh bergerak ke depan dalam keadaan menirap. Merangkak lagi la belum. Kadang-kadang nampak dia nak gerak tapi macam makin ke belakang. Kadang-kadang dia cuba angkat punggong/menonggek, tapi terlentang balik. Setakat tu je la yang dia boleh. Bukan boleh lama-lama baring atau meniarap, mesti tak lama nak nangis je.

Hakim perasan dah boleh berdiri

Kalau duk dalam walker memang dia suka sangat. Laju je dia kayuh kaki nak mencapai-capai benda yang dia nampak. Kalau berdirikan dia pun memang dia suka, kadang-kadang berdirikan dia pijak lantai, laju je kaki dia melangkah. Perasan dah besar la Hakim ni kan. Belum boleh berdiri sendiri pun lagi dah berangan nak berdiri dan berjalan aje.

Gigi?? Belum tumbuh pun lagi. Tapi asyik nak menggigit je. Gigit dengan gusi dia pun sakit tau. Sekarang selalu je dia gigit my nipple time menyusu tu. Huhuuu..tu belum ada gigi, kalau dah ada gigi camane lah kan. Betul ke kalau budak nak tumbuh gigi mesti demam? Setakat ni Hakim memang tak pernah demam, dari lahir sampai sekarang. Sihat-sihat je. Walaupun dia seorang yang 'kecik'. Berat badan dia kalau ikut graf perkembangan bayi tu, memang tak cukup naik. Tak tau nak bagi makan apa dah. Macam tu jugak. Minggu depan baru pergi klinik kesihatan untuk check up Hakim.


wassalam^^

Tuesday, 10 July 2012

Nasi VS Nestum

Assalamualaikum...

Nak tanya pendapat ibu-ibu yang lebih berpengalaman. Mana lagi bagus, bagi anak makan nasi ke nestum. Sebab cik misi kat klinik kesihatan tu awal-awal dah pesan, jangan bagi nestum, ajar anak makan nasi. Kalau bagi nestum nanti dia suka yang manis je, dah tak suka makan nasi.Tapi orang-orang sekeliling asyik suruh bagi nestum je. Lagi kenyang, lagi sedap, lagi senang, memang makanan bayi, senang hadam, macam-macam lagi la alasannya. Hrmmm..aku pun dah konfius. Memang dari Hakim 5 bulan lebih, aku start bagi dia nasi+lobak+kentang+sawi/brokoli+ikan, yang dimesin dan ditapis. 
Nasi Hakim, +lobak+kentang+sawi/brokoli+ikan

Bukan apa, aku dengar diorang cakap nestum tu bancuh dengan susu. Tu yang aku tak nak. Mesti la kena guna susu formula kan. Aku nak breastfeeding Hakim sebab tak nak bagi dia minum susu lembu. Kalau nak guna susu ibu yang dipam, aku ni bukannya selalu pam pun. Sekarang lagi la tak pernah pam dah. Sebab Hakim kalau dibagi susu pam yang dah disimpan dalam frezer dan dipanaskan, dia tak nak minum. Tapi sebab Hakim masa timbang 6 bulan dulu naiknya sikit je, aku pun nak try la bagi nestum. Aku tanya encik apis, kalau tak bancuh dengan susu boleh tak. Encik apis cakap boleh je kot.

Kebetulan masa pergi Tesco tu, tengok-tengok nestum untuk baby tu. Aku baca cara penyediaan dia kat kotak tu. Dia tulis bancuh dengan air suam je, tak tulis pulak letak susu. So, kitorng pun beli la nestum tu. Dah bagi kat Hakim. Bagi waktu pagi, sebelum mandi atau selepas dia mandi. Bancuh sikit je, tu pun tak habis jugak, sebab dia kalau pagi memang nak tidur je yang dia tau. Dah dua tiga kali bagi, barulah aku perasan kat kotak tu tulis nestum beras dengan susu. Tengok kandungan dia, wah..memang dah siap ada susu la!!! susu skim (susu lembu), camtu dia tulis okey..

Nampak tak anak panah tu tunjuk 'susu'

Kenapa lah aku tak terfikir langsung nak tegok kandungan dia sebelum tu. Dah beli tak kan nak buang pulak kan. Encik apis cakap, tak pe la, sikit je susunya dia campur dalam tu. Lagipun bagi sikit je waktu pagi, tengahari dan malam bagi nasi. Aduyai...tapi aku tetap sedih...-__-

Aku siap beli buku ni dulu sebab excited nak bagi Hakim makan banyak-banyak..biar cepat besar..

Malam tadi adik ipar balik dari KL bawak novel yang aku cerita semalam, nak sangat novel tu, sampai kirim kat adik ipar, kebetulan dia pergi Alamanda, Putrajaya, boleh la belikan kat MPH situ.



Jadi ada tiga novel aku perlu baca ni. Of course la baca Sunan Musafir dulu kan. Dah tak sabar nak tahu kesudahan kisah Sunan ni!!!


wassalam^^

Friday, 29 June 2012

BAYI SUSU IBU

Assalamualaikum...


SHARE FROM: FACEBOOK

wassalam^^

Thursday, 14 June 2012

check up for 6th month...160gram jer??

Assalamualaikum...

Hari ni pergi check up Hakim untuk 6 bulan. Timbang dia tadi, baru 5.68 kg. Bulan lepas 5.52 kg. Naik 160 gram sahaja tau. Cam tak percaya je..tapi tu la hakikatnya. Sedih la camni. Budak lain dah 6 bulan ada dah 10 kg kot. Jadi graf pembesaran dia dari duduk kat atas line kuning, sekarang dah masuk dalam area kuning dah.

menunggu di KK tadi...ramai orang..dah tertidur Hakim

Sebenarnya sejak dia kurang berat masa 4 bulan dulu, aku dah risau, jadi dah start bagi dia makan. Tapi masa tu sikit-sikit je, bagi jus buah. Dah 5 bulan bagi nasi, sayur, ikan yang dikisar dan ditapis. Masa 5 bulan tengok ada perubahan sikit sebab naik 500 gram. Tapi dah 6 bulan naik 160 gram je ni. Wahahaha...sedih betul la.

Jadi aku memang tak melaksanakan exclusive breastfeeding la. Exclusive breastfeeding tu maksudnya bayi hanya diberi susu ibu sejak lahir hingga umur genap 6 bulan. Sejak Hakim tak cukup berat, ramai la termasuk umi aku kat kampung dan mak dan abah mertua kat sini, suruh bagi susu formula. Diorang cakap susu badan je tak cukup. Aku bukan tak kesian kat Hakim, bukan nak jadi kejam, tapi memang tak sanggup nak bagi FM kat dia. Tu yang aku bagi nasi je tu, walaupun dia belum cukup 6 bulan. Daripada bagi FM tu baik la aku bagi nasi.

Aku ada baca dalam buku Panduan Penyusuan Susu Ibu, antara panduan untuk memantau tumbesaran bayi:

- Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri.
- berat bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahirapabila berusia 5 bulan.
- Menjelang 12 bulan, berat badannya harus meningkat 3 kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 1 1/2 kali ganda daripada panjang lahir.
- Mengawasi pembesaran dan tumbesaran anak adalah penting untuk mengetahui samada anak sihat dan mendapat susu atau makanan yang secukupnya.

Berat Hakim masa lahir 3.05 kg, masa 5 bulan 5.52 kg. Tak sampai sekali ganda pun kan??


wassalam^^

Friday, 1 June 2012

Mandikan baby dengan air sejuk?

Assalamualaikum...

Betul ke kalau mandikan baby dengan air sejuk nanti badan dia kuat? Air sejuk tu maksudnya air paip la, yang tak ditambah air panas. Biasa kan baby baru lahir dimandikan air suam.Tapi ada orang cakap mandikan bayi dengan air sejuk je, biar badan dia kuat sikit. Kawan aku pun anak dia baru sebulan lebih dia dah biasakan mandi dengan air paip.

Aku pun try la mandikan Hakim dengan air sejuk. Masa tu dia dah 3 bulan lebih. Mula-mula tu masuk je kaki dia dalam besen berisi air tu dia nangis terus. Angkat dan masuk lagi dia nangis. Kelakar pun ada tengok dia nangis, kesian pun ada. Pastu biasakan basuh punggung dia kat sinki. Mula-mula pun dia nangis-nangis sikit. Pastu dah 3 - 4 kali dia dah macam suka pulak duk dalam sinki tu.

Pastu bila mandikan air sejuk, dia nangis jugak sikit-sikit, aku pujuk-pujuk sikit. Lama-lama, dia dah tak nangis. Tapi dia dah tak reti nak bengkokkan kaki dia. Takut sejuk. Masa nak basuh belakang badan dia, kaki dia luruskan je tak bagi lutut dia masuk dalam air. Tapi bile basuh bahagia depan pulak kan dudukkan dia dalam tu, masuk jugak semua  badan dia dalam air. Sekarang dah ok la, dah tak nagis, boleh main tepuk-tepuk air lagi. Cuma kalau mandikan pagi awal sangat, baru guna air suam sikit.


Betul ke mandikan air sejuk boleh kuatkan badan bayi? Aku tengok sama je kot. Baby lagi kan..nak kuat camane lagi. Tapi memang kesian tengok dia masa awal-awal mandikan dia dengan air sejuk. Atuk dia pun tak bagi, suruh guna air suam je.



wassalam^^

Tuesday, 29 May 2012

Baby walker tak elok untuk bayi?

Assalamualaikum...

Hari sabtu lepas aku dah beli baby walker untuk Hakim. Hakim sekarang kalau dibaringkan mula la dia nak nangis je. Tak boleh letak kejap, dia start la nak menjerit. Biasa dia akan tidur waktu pagi camni, lepas mandi, masuk buai. Senang aku nak buat kerja, nak basuh baju, menjemur, dan memasak..termasuk la mengupdate blog..hehee..Kalau aku tak de update tu, maknanya Hakim tak nak tidur la tu.

Bila dia tak tidur, atau tidur kejap je dah bangun, aku tak dapat nak buat kerja lain. Terutamanya nak memasak untuk makan tengahari. Dah dibaringkan dekat dengan dapur, boleh nampak sambil aku masak-masak, tapi dia nak jerit jugak. Kadang-kadang memang tension la bila jadi camtu. Dia nak didukung je, bayangkan tengah goreng ikan dukung dia, ada tepercik minyak panas kang...

Lagi satu dia kalau dah nangis tu, amek dia dirikan, terus dia sengih-sengih sambil tengok kiri kanan. Haa..kan memang saja si Hakim ni nak perhatian orang aje. Suka bila didirikan, padahal kecik lagi mana boleh berdiri lagi. Penat nak pegang dia je. Last-last aku dan encik apis pun beli la walker. Try letak dia alam walker tu, mula-mula dia macam tak suka. Letak kejap je dah buat muka nak nangis. Tapi semalam dia bangun awal, aku letak dalam walker letak kat dapur, sambil aku masak. Kaki dia memang tak pandai kayuh pun lagi. Ok pulak dia duduk dalam tu, diam je. 


Semalam ada baca kat blog ni tentang keburukan walker. Baby walker boleh memberi keburukan kepada motor development dan mental development. Baby sepatutnya belajar meniarap,melunjur dan merangkak sebelum belajar berjalan. Ibu-ibu suka menggunakan walker untuk anak supaya mudah untuk mereka membuat kerja lain dan membiarkan anak didalam walker. Walker juga banyak mendatangkan kecederaan kepada bayi jika dibiarkan tanpa pengawasan. Bila baca kat blog kak najwa tu semalam, takut la pulak. Dia risau tentang anak dia yang lambat belajar membaca dan menulis. Nak baca keterangannya lagi sila ke blog tersebut ye.

Aku pun pernah terbaca dulu, yang walker ni banyak keburukan dari kebaikan. Walker sebenarnya tak membantu anak belajar berjalan. Sebaliknya anak akan hanya bergantung pada walker dan tidak belajar untuk berjalan sendiri. Hakim ni pulak kan, bila dibaringkan, dia macam dah malas nak meniarap. Bila dia dah meniarap, kejap je dia akan mula nak menangis, dan jika dibiarkan dia terus menangis sekuat hati. Dia ada jugak cuba-cuba tolak kaki dia masa meniarap tu. Tapi tak lama pun, dia dah nangis. Macam mana dia nak belajar melunjur macam tu?? Risau jugak aku memikirkannya. Dia dah 5 bulan lebih, sepatutnya dia dah boleh melunjur ke belum??Aku pun tak tahu..belum ada pengalaman.


wassalam^^

Friday, 4 May 2012

Foremilk dan hindmilk??

Assalamualaikum...

Masih banyak ilmu tentang breastfeeding yang aku belum tau rupenya. Ada satu komen kat entry aku ni, dari najwa.



Masa baca komen tu duk pikir-pikir la 'apa tu hind milk?' Tapi masa tu tak sempat nak mencari maklumat mengenainya. Pastu terus lupa pasal tu. Semalam baru teringat balik. Bila baca komen tu, aku teringat yang aku pernah komen kat entry blog MommaMia, mengenai susu awal dan susu akhir. Jadi aku pun pergi la godek-godek blog tu untuk mencari jawapan. Tuan blog bagi link untuk aku baca lebih lanjut http://alinalan.blogspot.com/2010/05/hindmilk-important-while-breast-pumping.html. Lepas baca tu baru la aku faham.


Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan). Apa tu foremilk dan hindmilk nih?

credit: MommaMia


FOREMILK -- berperanan untuk menghilangkan dahaga
  • susu awal yang agak cair mengandungi air yang banyak
  • kurang lemak
  • tinggi karbohidrat

HINDMILK -- berperanan untuk mengenyangkan
  • susu yang agak pekat
  • mengandungi kurang air berbanding foremilk
  • lemak yang tinggi
  • ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby
  • selalu ada dibelakang breast - always comeout towards the end of pumping session
HINDMILK good for the baby and good for the momma. Why???
  • HINDMILK releasekan horman yg akan increase breast milk supply
  • HINDMILK help baby to be more relax, calm and satisfy baby

Siap ada video tau kat entry tu cara urutan breast untuk merangsang hind milk keluar waktu mengepam atau menyusukan.


Berbalik pada komen tadi, waktu menyusukan, aku tak de pulak alih-alih dari satu breast ke breast sebelah. Cuma yang aku perasan, hakim selalu jugak menyusu sekejap je, dalam 5 - 10 minit, pastu dah berenti. Biasa yang aku baca baby akan hisap lebih kurang 20 minit. Dah pujuk-pujuk hakim untuk hisap susu lagi tapi dia tak nak. Bila dia nak susu lagi aku bagi breast yang sebelah lain pulak la, sebab gilir-gilir kan. Jadi tak tau la hakim dapat ke tak hind milk yang dikatakan tu.


Teringat masa hakim kecik lagi, masa dalam pantang, dia menyusu berejam-jam, paling sekejap pun 30 minit. Sekarang entah kenapa dia hisap susu sekejap je dah tak nak.


Itulah gunanya komen-komen dari pembaca. Pendapat yang berguna dan dapt dimanfaatkan bersama..^^


wassalam^^


Saturday, 24 March 2012

Hakim : Perkembangan bayi 3 bulan

Assalamualaikum…

Hari ni Hakim dah 3 bulan 13 hari. Perkembangan yang dapat dilihat dengan jelas ialah melalui tangannya yang makin ligat. Aktiviti utama adalah menghisap tangan. Bukan hisap jari, tapi tangan dia genggam cam penumbuk tu, pastu dia bawak ke mulut, jilat dan hisap. Bukan main lagi bunyi hisapannya tu. Kadang-kadang sampai dua2 belah tangan dihisapnya sekaligus.
tangan mesti kat mulut..
Selain tu, Hakim selalu gosok-gosok telinga dia sampai merah-merah. Waktu menyusu pun macam-macam aksi tangan dia. Kadang-kadang dia genggam baju aku, kuat jugak genggaman dia, rambut pun dah berapa kali kena tarik dengan tangan Hakim. Lagi satu bile dia tengok benda dekat dengan dia mesti tangannya macam nak capai-capai benda tu.
bangun tidur je nak gosok telinga..

Hakim dah makin kenal bunyi-bunyi. Masa bawak dia pergi stor tempat kerja abah dia, Hakim macam bad mood je, mak su dia bawak dia duduk atas forklift, pastu bunyikan hon banyak kali, dia boleh ketawa pulak. Masa tu la ketawa dia paling gembira sangat gayanya. Biasenya dia hanya senyum-senyum dan ketawa sikit-sikit je bile mainkan mainan bunyi-bunyi dia tu. Dia lagi suka bunyi hon forklift rupenya..hehe..

Hakim bersama forkliftnye..

Jom bace sedikit info dari majalah Pa&Ma keluaran April 2012:

Bayi bawah usia 3 bulan sudah meneroka mindanya melalui aktiviti bermain. Aktivitinya bukan sekadar minum susu dan menangis. Renungan mata, pergerakan genggaman tangan yang spontan serta sentuhan mama,papa dan ahli keluarga lain adalah aktiviti awal si manja dalam menerokai dunia barunya.
Bayi berusia 3 bulan ke atas memiliki aktiviti lebih khusus. Perasaan ingin tahu tertumpu pada tarikan bunyi dan visual yang ada di sekelilingnya. Bayi lebih gemar bermain dengan tangannya sendiri, mengenali wajah orang terdekat, dan mengamati permainan. Sesi memandikannya juga boleh menjadi salah satu aktiviti menyeronokkan baginya seperti menepuk-nepuk permukaan air atau meletakkan permainan di dalam besen mandinya.

Hakim bile dibawa duduk depan tv, dia tengok tv tu macam faham je. Bunyi dan warna-warna dari tv tu sebenarnya yang menarik perhatian dia, lagi-lagi kalau tengok kartun, bukannya dia faham pun, tapi kan banyak colour-colour.
Masa mandi pun tak duk diam Hakim ni. Ditendang-tendangnya air dalam besen mandi tu sampai tepercik keluar, habis basah lantainya. Kalau sabunkan tangan dia, kena cepat-cepat bilas, kadang-kadang waktu mandi pun dia nak bawak tangannya ke mulut.
 
 
Aku nak kongsi satu info mengenai persoalan dalam entry Intan Berlian semalam, aku baru terbaca tadi dalam majalah Pa&Ma, mengenai menyusukan anak sewaktu hamil:
Jika anda masih menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi, tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.



wassalam^^