Wednesday, 19 October 2011

ada ke lelaki suka shopping...??

Assalamualaikum....

Ade ke lelaki suka shopping..?tak de..?bukan la maksudnye lelaki tak suke shopping langsung, tapi caranye lain la dengan perempuan bershopping. Lelaki bile nak beli barang yang dia nak dia akan terus pergi kat tempat yang dia nak beli tu, tengok 2-3 jenis, pilih, then terus bayar dan balik.

Kalau perempuan pulak tak de nye macam tu, nak beli t-shirt sehelai pun mesti kene pegi paling kurang 2-3 kedai, dah masuk satu kedai tu mesti tengok semua t-shirt yang ade kat dalam tu, nak pilih pun punye susah, mule2 dah berkenan, tapi tak terus amik, tengok yang lain pulak, last2 sendiri pening nak yang mane, tengok2 yang mule2 tadi jugak yang dipilih. Macam2 la lagi ragam perempuan bershopping.

Sebab tu la bile suami isteri bershopping same2 kadang2 boleh gaduh jadinye. Kalau yang belum kawin tu, mesti ade yang dating tu sambil shopping kan...mase couple boleh la lagi si lelaki tu ikutkan je...bile dah kawin macam2 la nanti yang keluar dari mulut dia.

google image

Dr. Davis Lewis, psikologi dari London, mendapati kebanyakan masa yang diambil oleh orang lelaki untuk membeli belah di kompleks ialah 30 minit sahaja. Jika lebih daripada masa ini menyebabkan dia letih dan jika terpaksa meneruskan akan menambahkan tekanan dalam dirinya. Sebaliknya bagi kebanyakan wanita, membeli belah adalah aktiviti berkala yang amat menyeronokkan, boleh mengurangkan tekanan harian dan boleh menambahkan keceriaan dalam dirinya. - Sumber: Majalah Anis, 'Shopping: Suami Stress, Isteri Ceria' oleh Pak Uteh (Perunding Motivasi Kekeluargaan).

Haa..korang setuju tak dengan kenyataan kat atas tu..?Bagi aku memang betul pun. Kalau dah boring duk rumah je mesti nak je pegi shopping. Kadang2 tu tak tau nak beli ape, saje2 je ajak encik suami pegi shopping kompleks. Kadang2 tu cari la alasan nak beli ape2 yang dah abis kat rumah ke, ade sale ke. Yang encik apis pulak mesti ade mase dia malas tu ade la dia buat muke lain je...tapi last2 dia ikutkan je. Pastu tengah shopping tu bile lame sikit je aku belek2 mule la kuar macam2 dari mulut dia tu. Dia memang suka membebel, tapi aku buat tak tau je, last2 dia ikutkan je la.

Hehe..kadang kesian lak kat dia kena ikut kite je kan. Ala bukan buat ape pun, kalau pilih lame2 tu kan sebab nak tengok mane yang ok, bandingkan harga, baru puas hati beli. Kadang2 nak amek ati dia, konon2 nak cari barang tuk dia cam baju or seluar, tapi sebab dia sendiri malas nak tengok n pilih dah tak beli pun. Dia sendiri la yang rugi kan.

Sebenarnye ape yang penting kena tolak ansur dan fahami pasangan kita. Lelaki dan perempuan kan memang berbeza. Kena pandai menjadikan perbezaan tu sebagai pelengkap diri masing2. Lelaki kenalah faham perempuan memang camtu. Tu pun tuk kebaikan bersama gak bile bershopping, kena pilih yang sesuai, harga yang berpatutan, baru la tak rugi duit je beli, duit suami gak kan. Perempuan pun kena paham2 la bile dah lame2 sangat tu, memang nak kena stop dulu, ajak suami g makan ke, pegi kedai yang jual barang2 yang dia suka tengok ke, baru la dapat ceriakan balik suasana shopping tu. Elakkan dari terjadinya suasana masam muka, gaduh2, dan stress.

Tapi apis tu tak de la sampai stress, dia memang seorang yang sabar (dengan kerenah aku ^^), walaupun dia suka membebel. Ok, selamat bershopping bersama pasangan korang...enjoy shopping...jangan sampai stress...>__<

~Wassalam~

Tuesday, 18 October 2011

Terima Kasih Semua...

Assalamualaikum...
Hye semua, semoga sihat2 je...dah malam2 ni, sebelum tidur rajin pulak nak menaip (sambil tunggu susu dalam cawan ni sejuk untuk diminum).

Hari ni tengok macam ramai je yang datang singgah kat blog yang tak seberapa ni. Tak kira pulak berapa ramai, tapi pageview cam banyak je bertambah dalam sehari ni. Tapi tak de la macam pageview blog2 femes tu kan. Cume rasa cam hari ni banyak la bertambah dari sebelum2 ni.

Thank you kepada korang semua yang rajin singgah sini. Mungkin lepas join bloglist 'msredcheesecake' semalam kot. Bagus jugak ye join2 bloglist ni. Sampai penat jugak la membalas kunjungan2 hari ni.

Ade jugak la yang datang entah dari mane boleh jumpe blog ni, terima kasih la, yang tak sangkanye kawan lama mase sekolah menengah dulu tiba-tiba muncul kat shoutbox, panggil aku dengan nama aku-salina, mane tak pelik kan, cek2 rupenye kawan lama.

Lagi satu kan, follower aku kan baru berapa je lah kan. Tapi sebelum ni lame gak stop kat angka 19. Semalam dah jadi 21. Hari ni pulak last tadi tengok dah 25. Haa..memang hari ni boleh dikatakan murah rezeki la kan. Orang singgah dan follow blog yang tak seberapa ni. So, terima kasih kepada semua yang sudi follow blog aku ni.

Ala nak dibandingkan blog yang glemer2 tu sehari tah berapa puluh orang yang follow, tah2 beratus2 tak. Hehe..tak kisah la. Nak jugak citer kat sini.

Cam syok pulak bile orang sudi follow, macam kita cari kawan dan ramai nak berkawan ngan kita, kan seronok tu. Cam baru masuk darjah satu/masuk tingkatan satu/masuk sekolah baru/masuk asrama/masuk U/baru duk hostel/dapat keja tempat baru...dan sebagainya...kan baru nak kenal2, cari kawan, pastu dapat ramai kawan yang baik hati. Kan seronok camtu.

Cakap pasal berkawan ni, dalam berkawan tu kena berhati-hati gak memilih kawan. Kita kan kadang2 mudah terpengaruh dengan kawan. Biar pengaruh yang baik2 je yang kita amek. Yang tak elok tu jadikan sempadan. Kita pun bagi la pengaruh yang baik2 je kat orang lain..k...

Ok, dah abiskan minum susu (sambil menaip ni). Kena tidur awal, esok nak g check up klinik pagi2 sebelum pukul lapan.
Selamat malam semua.

~Wassalam~
^__^

Menyambut Kelahiran Bayi~Panduan untuk suami

Assalamualaikum...

Hari ni nak share tentang kaedah menyambut kelahiran bayi. Islam menggariskan beberapa perkara yang disunatkan sewaktu menyambut kelahiran bayi.

Panduan Untuk Suami

# Membaca surah-surah berikut semasa menanti saat kelahiran bayi:
  • Surah al-Inshiqaq : 1-5 bermaksud:
Apabila langit terbelah; serta mematuhi perintah tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; dan apabila bumi diratakan; serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong; serta mematuhi perintah tuhannya dan sudah semestinya ia patuh.
  • Surah al-Hasyr : 3 bermaksud:
Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyiksa mereka di dunia dan dalam pada itu mereka akan beroleh azab seksa neraka.

# Bersama-sama isteri sewaktu saat kelahiran.

# Sunat diazankan dan diiqamatkan secepat mungkin.

Setelah dipotong tali pusatnya dan dibersihkan serta dibenarkan melihat. Dilakukan oleh bapa bayi atau waris tertua dalam keluarga tersebut kerana inilah komunikasi awal sebagai pengenalan  terhadap kalimah-kalimah Allah s.w.t. untuk diperdengarkan kepadanya. Selain menjauhkan dari gangguan jin dan syaitan.

Diriwayatkan dari Abi Rafi a.s. katanya yang bermaksud:
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. berazan di telinga Hasan bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah." (H.R. Abu Daud dan Tarmizi)

Husain bin Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa dikurnia anak lalu mengucapkan azan pada telinga kanan bayinya dan mengucapkan iqamat pada telinga kirinya, maka si bayi akan terhindar dari gangguan syaitan." (H.R. Al-Baihaqi).
  • Azan di telinga kanan.
  • Iqamah di telinga kiri.  
  • Membaca surah al-Qadar di telinga kanan.
  • Membaca surah al-Ikhlas di telinga kiri. - Mohon supaya anak tersebut terselamat dari perbuatan zina, dikuatkan iman serta dijauhkan dari syirik.
  • Tahnik - Tahnik dengan manisan madu atau sedikit kurma. Menggunakan jari manis yang dibaca padanya surah al-Insyirah. Dan baca dari surah Toha:25-28. Dilakukan sebelum bayi diberi susu ibu. Semoga apabila dewasa ia akan bercakap perkara yang benar dan menjadi anak yang soleh dan baik budi pekertinya.
  • Untuk memperolehi keberkatan, seseorang yang dipilih melakukan tahnik seelok-eloknya orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.
  • Abu Musa r.a. berkata, "Aku dikurniakan seorang putera. Kemudian aku membawanya kepada Nabi. Baginda menamakannya Ibrahim, membersihkan mulutnya dengan kurma, dan didoakan agar mendapat keberkatan, selepas itu barulah ia diserahkan kepadaku."
# Mencukur kepala.

Dalam Muwata' Imam Malik diceritakan ayah Jaafar bin Muhammad berkata: " Fatimah telah menimbang rambut putera-puteranya lalu menimbangnya dengan perak dan nilainya disedekahkan kepada fakir miskin."

Mencukur rambut lazimnya dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.

#Memberi nama anak.

Menamakan anak dengan nama yang membawa maksud dan pengertian yang baik kerana itu merupakan doa kepada bayi.

#Aqiqah.

Dari segi syariat aqiqah ialah menyambelih kambing untuk bayi yang baru dilahirkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Semua anak tergantung (tergadai) dengan aqiqah, disembelih pada hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur rambutnya."(Hadith Shahih)

Ummu Karaz Al Kabiyah berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang aqiqah. Baginda bersabda yang bermaksud:
" Untuk seorang putera dua ekor dan untuk seorang puteri seekor dan tidak ada salahnya kambing itu jantan atau betina."

Terdapat juga riwayat bahawa seekor kambing disembelih apabila seorang bayi lelaki lahir. Ini berkait dengan sunnah Rasulullah s.a.w. apabila Hasan dan Husain r.a. dilahirkan.

Ahmad bin Hambal berkata, " Penyembelihan hendaklah dilakukan pada hari ketujuh, jika tidak pada hari keempat belas, dan jika tidak pada hari keduapuluh satu."

Beberapa ulama berpendapat jika penyembelihan tidak dilakukan pada hari-hari tersebut, bolehlah dilakukan pada hari-hari lain.

Jika seseorang tidak mampu melaksanakan aqiqah, maka dia tidak harus memaksa dirinya melakukannya.

Memasak haiwan aqiqah adalah lebih diutamakan (digalakkan) dari daging mentah untuk memudahkan fakir miskin menikmatinya.

Umur aqiqah yang disembelih sesuai dengan syarat-syarat aqiqah, sihat dan tidak cacat.

Tidak sah seekor kambing disembelih oleh beberapa orang lain untuk beberapa orang anak mereka.

Sebaik-baiknya aqiqah itu berupa kambing, unta, lembu, atau kerbau.

Anak-anak dianjurkan menyembelih aqiqah untuk ibu bapa mereka jika mereka mengetahui bahawa aqiqah untuk ibu bapa belum dilakukan.


Semoga memberi manfaat kepada semua yang membaca. Diambil dari sumber bahan bacaan dan diringkaskan. Kalau ada kemusykilan boleh bertanya kepada yang lebih arif atau mencari dari sumber-sumber lain. Malu bertanya sesat jalan, malas membaca sendiri yang rugi kan...>_<

Gambar: Google image

Wallahualam....

~Wassalam~

Sunday, 16 October 2011

Besederhana, jangan membazir

Assalamualaikum...

Sebagai seorang muslim kita digalakkan supaya hidup besederhana dan tidak berlebih-lebih sehingga membazir. Jom baca kisah dari sebuah hadis ni:

Sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Anas r.ha menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pada suatu hari telah keluar berjalan bersama seorang sahabat (Anas), tiba-tiba Baginda terpandang sebuah rumah yang di atasnya terbina sebuah kubah. Lalu Baginda bertanya: "Rumah siapakah itu?" Sahabat memberitahu bahawa rumah itu kepunyaan si fulan daripada kaum Ansar, Baginda diam tidak berkata apa-apa tetapi memendam hal tersebut dalam dirinya.

Kemudian pada suatu ketika sahabat daripada kaum Ansar (tuan punya rumah tersebut) bersua dengan Rasulullah SAW lalu memberi salam kepada Baginda. Tetapi Baginda berpaling muka dengan wajah yang masam. Peristiwa itu amat mendukacitakan sahabat Ansar berkenaan, sehingga suatu waktu beliau menceritakan kesedihan berikutan peristiwa pahit itu kepada Anas r.ha.

Maka Anas menceritakan bahawa beliau pernah berjalan dengan Rasulullah SAW dan terpandang kubah yang dibina di rumah sahabat itu, lalu Baginda bertanya rumah siapakah itu? Setelah mendengar penjelasan daripada Anas, maka fahamlah beliau bahawa baginda tidak suka di kalangan sahabat-sahabatnya yang membuat kerja membazir seperti pembinaan kubah itu. Ini kerana kubah hanyalah perhiasan bukanlah keperluan. Sahabat Ansar itu segera pulang ke rumah mengambil tukul besi, lalu memecahkan kubah yang dibina itu sehingga tidak kelihatan lagi.

Selepas kejadian itu, Rasulullah SAW bersabda dihadapan para sahabat, "Ingatlah! bahawa setiap binaan yang kamu dirikan itu akan menjadi bala kepada kamu kecuali binaan rumah yang menjadi keperluan (La budda)." Kubah yang dibina oleh sahabat Ansar itu adalah suatu contoh pembaziran yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Rasulullah berpaling daripada muka sahabat berkenaan sebagai tazkirah dan amaran agar setiap orang yang mengaku dirinya beriman tidak melakukan hal-hal yang tergolong dalam pembaziran.

Seperti firman Allah SWT: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan adalah syaitan itu kufur terhadap Tuhannya." (Al-Israk:26-27).

Sumber: Majalah Anis - artikel 'Angkara Sebuah Kubah' oleh Ummu Humaira


Peringatan buat diri sendiri dan semua sahabat supaya hidup besederhana dan tidak membazir.

~Wassalam~